>

Friday 28 February 2014

Woo Hoo! Cerai Susu


Assalamualaikum

Aku feeling2 nak cerai susu dengan Iman, tapi tak sampai hati la pulak.Tapi kena jugak sampai hati sebab dia dah 2 thn 3 bulan! Dia bukan kira semua tmp nak milk milk. 

"mom, nak milk milk mom" **aiyooooo pitammm!... sambil dia selak baju aku. Kalau kat rumah. Kot kat luar? Memang tebal la kannn selak sana sini

Skrg ni pon siang aku dah tak bagi susu badan, PAKSA dia minum susu botol walaupon dia sebenarnya TAK HINGIN pon nak minum. Asal aku baring mula lah dia pon sama baring sambil nyonyot. 

Tapi kalau dekat school, elok je dia minum susu botol tuh. Ni teacher dia yg ckp.  Dengan aku jangan harap! 

Nasib baik sekarang dia makan banyak, Doc kata ok je kalau tak berapa minum susu pon.

Dia kategori cepat  bercakap (banding ngan abam dia) 5 -6 patah boleh ckp dah. 

Kalau cakap mandi je, terus dia pegi toilet. Lepas berak pon terus pegi toilet. Now boleh dah ajar dia toilet training kan?

Pandai menyanyi2. Twinkle2, wheel on the bus, head & shoulder, row2 boat, baba black sheep...

Doa makan pandai baca juga. Zikir selepas solat kadang2 dia ikut baca. 

Sekian.

bersama rakan sebaya 



Thursday 27 February 2014

Faham? Heh


Assalamualaikum

Pernah tak..
Kadang-kadang rasa malas nak bercakap. Lebih suka senyap melayan pikiran.  Tak kesahlah korang pikir pasal apa. Lost in your own thoughts gitu..

Dan very the very annoying la kalau orang asyek tanya itu ini, ajak bual-bual dalam keadaan ko taknak bercakap.  Tambah annoying lagi kalau apa yang dia tanya tu buat ko lagi jengkel atau nak bagi pelempang pun ada.
Lagilah annoying kalau dia berdiri tercegat sebelah ko perhati je apa ko buat. 

Contohnya kan, contoh..jerr

"Tu  pekat sangat tu.  Taruk air sikit"
Ni air aku ke air ko?
Perlu tak aku jawab. Tak perlu kan. Aku cuma mmmm.. aje lah.

Contoh lagi kan, contoh...boleh kan?

"Taknak beli handbeg abc? . Design tu cantik  tu.."
Suka hati akulah nak beli brand mana. Aku suka brand xyz.  Bukannya abc.
Perlu tak aku jawab.  Tak perlu kan.

H'a.. itu lah contoh daripada contoh-contoh. Panjang lebar pulak kang kalo aku sebut semua.

Petang semalam di off aku berdiri tepi sinki basuh cawan yang aku pakai.
Masuk masuk saja dalam dapur dia terus tanya, "buat apa tu"
Eeeee nak je aku jawab aku tengah potong rambut 

Begitulah.

Kalau aku tengah rasa malas nak bercakap, ko kena faham signal aku.
Kalau aku senyap tu maknanya aku malas nak bercakap.
Bukannya marah ke ape ke. Bad mood pon takkk
Jadi, ko buatlah kerja kp.
Aku buat kerja aku.

Tapi aku tak la selalu nak orang tak kacau aku.
Tengok time lah. Kena masa masanya meja aku riuh rendah dengan gurau senda.


Wednesday 26 February 2014

Tak Tahan Asyik Kena Kutuk


Assalamualaikum

Pernah kena kutuk? Mesti tentions kan, lepas tu sebelum tidur mulalah teringat2 org yg kutuk kita tu sampai jadi insomia. Ok yg ni memang kritikal

Kadang2 aku Blog walking ada blogger citer pasal tentions kena kutuk, mulah lah luahan berjela-jela dalam blog. 

Of coz aku pernah kena kutuk. Dalam real life dan dalam maya. Dalam maya tu tak la makan dalam sanggat kan. Sebab ko tak kenal aku dan aku pon tak rasa nak kenal ko kot. Ni kena kutuk depan2 peehh nangesssss siot! Tapi jeng jeng jeng aku ada tips mcm mana kite nak lupakan org yg kutuk kita tu. Ni aku prektikkan kat diri sendiri tau.

Aku anggap kutukan org tu mcm lalat. Nak lagi best mcm langau la hahaha. Sebb bila dia masuk dlm pala otak ni jd berlegar2 tak nak keluar tau. Benda tu rosakkan mood aku, rosakkan motivasi diri, menghancurkan keyakinan diri dan merampas kehidupan ceria aku. cecece

So pakai imaginasi yg aku memang pakar (sebab kuat berangan kan kahkahkah) menghalau kutukan tu laju-laju. Bila dtg teringat cepat-cepat hapuskan. Tak nak fikir dan ingat langsung. Bila teringat muka si pengutuk cepat-cepat munculkan si muka remy Ishak (melting!) tak pon si Izzue Islam. (double melting!). Kite kena utamakan kecerian hidup dan kecantikan diri. Yer laaaa kang asyik fikir si pengutuk tu nanti cepat pulak kedut  muka aku ni. Lepas tu mula lah hati tak tenteram (sebab kedut kan). Bila tak tenteram nanti diri tua sebelum usia hahaha Nampak tak kaitan tu semua. Nampak? Betapa tidak penting nya pengutuk tu dalam hidup kita nih

Para pengutuk, aku mmg tak ambil endah apa korang ckp tu. Aku tak nak ada aura negatif dalam hidup aku. Paling penting hati aku sangat indah. hehe 

Itu jerr

Pss : Jangan biarkan org lain merosakkan hari-hari anda









Monday 24 February 2014

Weh.. lagi sehari okeh nak masuk birthday Isma ke 3-empat.. **pengsan la tua!


Assalamualaikum

Happy Birthday untuk suami, Isma (biase la bini dia hover semangat wish awal) 

Semoga Allah merahmati perkahwinan kita, semoga dimurahkan rezeki zuriat dan harta yang banyak ***haha boleh tak wish mcm nih. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik tahun ini. Dan semoga happy ceria sejahtera.

So sempena birthday beliau, aku telah tidak memasak selama seminggu! ha ha ha nasib le dpt bini mcm ni 
 aku nak pose-pose bagi kaseh sayang sajork.. sbb tu yang penting kann??? Tak beli lagi hadiah nya. Apa nak bagi ni wehh? 

Aku tgk wallet dia dah usang bebenor, tapi wallet usang tu ferragamor..Howwwww??? pitamm.. tak kan berhabis dekat seribu utk wallet dia je..Memang tak la! Haaaaa nangis nangis

Perfume? yg ada tu pon tak luak-luak.

Baju? mcm kat rumah tu baju dia yg berlambak2 tergantung sampai baju aku pon diketepikan. 

ATAU

kita celebrate kat anjung rumah sambil menikmati pemandangan construction depan rumah yg berhabok kepok tu. Romantika sgts kan


Team hijau! Kedah ka? ke PAS hihi 



Friday 21 February 2014

Update Yang Senonoh


Assalamualaikum

I used to love Sophie Kinsella. Masa diploma dan degree kot. Banyak juga buku dia yang aku baca.  Terkial-kial bukak kamus sebab masa tu tak la pandai English sangat. As you can see, I love chick lit genre on that time. Pelik juga sebab aku tak la kelakar orangnya :p


Lepas dah habis belajar, dah mula suka author lain pulak. Paling suka Dorothy Koomson la kot. Jalan cerita dia lebih thriller tapi ending dia mcm waaahh best giler kot. Hahaha. Aku tak suka love story terlebih romantik sampai rasa nak muntah hijau kuning semua.

Masa orang dok cakap pasal Sophie Kinsella kan. Dari shopaholic series ke  Madeleine Wickham (is nama sebenar beliau) memang aku baca. Ada pinjam, ada beli sendiri. Baca juga buku-buku dia yang lain mcm remember me? Can you keep the secret, twenties girl. She's funny. Cara penulisannya memang boleh buat aku release tension. Undomestic Goddess was the first buku yg aku baca. My cousin fiza yg introduce. Paling best amongs Sophie Kinseela's book. Tak tau kenapa. 



A year ago, aku mula baca buku Jane Green. Buku-buku dia lebih menyentuh kepada isu kewanitaan. Real life dan banyak menggunakan wisdom words. Sayangnya susah juga nak cari buku dia kat sini. Maybe sebab dia tak berapa famous kot.

Recently, aku mula jatuh cinta dengan buku fixie. Well, buku dia semuanya "Wow!" kot. Buku dia yang sebelum ni I read a few dan setakat ni aku rasa sumbat yang agak kucar kacir. Jalan cerita dah best dah, tapi ntah agak memeningkan kepala. Bisik dan kelabu sangat best. 

Koyak dan Ajaib <---------------- This is my next target!


Thursday 20 February 2014

Hari-Hari Telan Pil HyperTentions


Assalamualaikum

Korang tau tak salah satu sebab aku tak boleh jadi cikgu kan nanti hari2 aku kena telan pill hypestress. Serius pill tu khas dijual utk cikgu2 zaman ni. 

Korang tahu sebab apa? Budak sekarang terlebih manja. Cikgu jentik mengadu kat parents. Yang parents kemain hover serang cikgu apa semua. Denda Ketuk ketampi pergi report polis. WTH sangat. Mengada giler. 
Eh dah semua tak boleh denda ape kejadahnya. Dekat sekolah la cikgu monitor anak. Cara macam mana nak bg anak ko jadi baik, dengar ckp, disiplin dan rajin buat kerja sekolah? Tak kan cikgu senyum bergembira tepuk2 bahu? 

Denda ketok ketampi, berdiri dalam luar kelas, rotan tangan, tarik telinga, jungjung buku teks, berjalan itik aku dah rasa. Ada aku ngadu kat mak ayahh aku? tak de derr.. berani la mengadu memang aku kena libas ngan ayah aku. Dah nakal dan tak siap kerja sekolah memang tu lah hukuman dia. Denda utk pengajaran yg kau tak kan ulangi kesalahan yg sama. 

Masa aku form 4 kena berdiri atas kerusi dalam kelas. Aku sensorang je tau sebab kantoi cikgu mengajar depan aku tgh siapkan kerja sekolah subjek lain  hahaha gile kental kan. paling takleh blah  ada pulak crush kau lalu nak pergi toilet ke apa. eeeee malu iolls tau!

Kena sebat kat tgn guna pembaris kuning tu pun pernah. Sebab aku aku keluar sekolah cara haram pastu kantoi ada budak lain nampak pi mengadu kat cikgu disiplin. hoii pendengki sungguh ko kan. Tak leh lupa

Jalan itik pun pernah kena dan paling epic sekali. Yang ni satu kelas. kena jalan lalu kelas-kelas lain. Seksa giler nak habiskan. Malu tu tak la sangat sebab ramai-ramai kan. seksanya sebab beberapa hari mengengkang aku berjalan. Lenguh siut. 

Cikgu-cikgu sekolah aku mostly garang. Takut wehh. Aku ingat cikgu Vasantha ajar english. Stock ko tak jawab soalan dia dia lempar ape yg ada atas meja ko. Suara jgn ckp la asyik petir memanjang. 

Cikgu Zurina mengajar subjek ekonomi pun garang. Dia tak menggunakan denda fizikal. Tapi kata-kata dia tu perghh makan dalam tau dak. 

Cikgu Param (lelaki) mengajar perdagangan. Tak garang sangat tapi suka perli. Haissshh tak suka dengar. 

Korang yg membesar zaman-zaman aku 90-an mesti dah rasa denda2 mcm tu kan? Tak la selalu kena sebab aku rasa tak de la time tu banyak sangat bongoknya. Banyak main dalam kelas je hehe


sekadar gambar hiasan. Ini semua biasa.



Tuesday 18 February 2014

Kenapa Yer?


Assalamualaikum

Ada seseorang tanya aku..."Kau tulis blog ni ada orang bacakah??"


Aku jawab.."Ada kot..kawan2, sedara2..adalah 2 ke 3 orang...hehehe"


Aku tak kecik hati ada orang baca ker tak...aku suka bersembang. Tak ada kawan sembang, merapu dalam blog pun jadi le. 
. Komen takde. Followers ciput. Si anon ada komen tp aku saspek org yg sama kott. Walaupon si anon ckp muka tak seberapa, perasan cun.  Perhh dah memang tak cun. Mana dtg perasaan tu ya. Mak okeyy jerr. :)

So, orang nak baca ker tak, tu terpulang...kalau ada orang baca, Alhamdullilah..takder pun tak mengapa..no harm done kan..hehehe...Bak kata roomate aku sekatil sebantal tu "Saper ntah yang baca blog bie tu.."

Cis! Dia tak tau yg bini dia ni ada org email nak berkenalan. Maaf la bro ye. Mak tak reply sebab tak mo berprasangka buruk dan mengundang fitnah. Mak dah tak available, anak dua bro. 


Kadang kala tulis mengenai anak-anak (tapi jarang sangat entry ini). Sekarang aku ada group wassup my ex diploma. Bersembang mcm-mcm benda. Pon sama dpt bersembang dalam Group wassup all my cousins sebelah mak because kami mmg closed. Dapat pulak kawen dengan best friend (isma gomok lah tuuuu). Hidup tak la kaya raya but alhamdulillah cukup makan, cukup pakai, ada kerja, kawan yang selalu bagi aku happy dan geram (hehe) all the time.

Monday 17 February 2014

Apple Crambles di dalam loyang


Assalamualaikum

Ini namanya entry kepam dah berkulat! Apple crumble dibuat 2 bulan sudah haha rase dia pon dah tak ingat dah kahkahkah. ala.....rasa dia mcm ala-ala apple pie mac D tu =)

So, bila dapat resepi. Yes. Ini yang adinda mahukan! Serius simple gilers. Cam mana nak explen eh. Aku tak pandai masak but if ada rasa rajin boleh la try resepi ni. Mcm aku kan terbongok-bongok pun menjadi masaknya. Banyak kan? Makan seorang memang tak habes sebab dia satu loyang.





Resepi tengah bergelora

Inti dalaman yakni apple 
7 apple hijau. Potong wedges halus
2 sudu kecil butter (aku guna brand mother choice)
100 grm gula
kismis (korang agak-agak ye)
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon 
2 sudu kecil tepung gandum

Cara memasaknya - Masukkan semua bahan dalam periuk di atas api sampai apple tu betul-betul lembut. Kena selalu kacau-kacau ye. Dah masak tu campak dlm loyang. duduk dediam di situ

Crumbles

150 grm tepung gandum
40 grm gula
hujung sudu kecil garam
80 grm butter 

Cara memasaknya - campurkan semua bahan sambil gaul-gaul dia jadi bulat-bulat kecil. Seperti pic di bawah ini. Lepas tu tabur ke atas apple yg dalam loyang tu kan. SIAP! Masukkan dlm oven. Api 180 celcius selama 40 minit. Nanti crambles berubah ke perang-perangan gitu.  Sebelum itu jgn lupa panaskan oven dalam 15 min ye! 




Friday 14 February 2014

Aku Bukan Malaikat Boleh Puaskan Hati Semua Orang


Assalamualaikum

Buat itu salah. Buat ini tidak kena. 

Bercakap ini dikatakan bongkak. 

Berkata begitu dicakap riak. 

Tulis begini dikritik. Tulis itu dihentam. 

Apa lagi tidak kena wahai sang manusia?

No, tell me?






Wednesday 12 February 2014

Gambar Selfie Membuatkan Orang Mula Menyampah


Assalamualaikum


Tangkap gambar sendiri 
Eeeeeeeeee tak kiut lah
Tangkap lagi
Eeeeeeeee tudung ni kan. Mata ni kan
Gambar yg ke 98
haaaaaa baru cun, upload!!!!

Pernah tak korang berperangai busuk mcm atas ni? Mesti pernah kan.. Alah.. ngaku jer la. Aku pun sama. Busuk tu je yg tak hahahah Kita geng la! High 7 sikit. 

Ok. Tak kira perempuan lelaki sama je suka kemhore. Pada aku perempuan kan suka cantik. Manjang nak nampak cun kiut je. Cer muka bangun tido rambut berselerak ko kemhore (bukan bangun tido ko terus tempek Bb cream segantang pastu claim muka bangun tido, atau ko guna camera 360. NO! Tak aci ok!). Ni nak yg muka bebetul bangun tido terus capai HP dan kemhore pastu upload ke laman sosial. Aku rasa tak ada siapa giler berani buat mcm tu. Betul tak? 

Kot hari tu terlebih over dressing atau makeup mulalah posing depan kemera sambil caption "selebet sangat hari ni" atau "panda eyes". Padahal dlm hati nak suruh org komen "mcm ni ko ckp selebet?! manis cun la. kahkahkah

Peragai mcm ni tak salah pun cuma kekadang agak menjengkelkan kemhore di tmp tak sepatutnya. Aku tak kisah pun sape-sape suka kemhore  sebab kekadang aku pun terbabas sekali. Captions aku lebih pada kegemukkan, kelemakkan, perot buncit, perot kek lapis la.. pipi keluar screen hp la. Sedar diri gemok kan. 

Walaupun ramai anggap kemhore atau selfie ni mcm perangai syok sendiri tapiiiii hah ni part paling best, dari segi positifnya, lebih baik obses dgn diri sendiri daripada obses dgn org lain yg sah-sah la tak ada faedah dik non. Korang boleh teruskan kemhore dan pedulikkan pandangan sinis org lain even ketika korang sedang ber kemhore beramai-ramai tepi jalan!


Yun tempek artikle dari FB. Okeeeyy. Janji (dalam mimipi) tak kemhore hehehheee..



Saturday 8 February 2014

Minggu sekarang kami di sini


Assalamualaikum

Biarlah gambar berbicara. Gambar pon sekotol 2 je.







Thursday 6 February 2014

Tak Nak Gemok dan Double Chin (Kodok)!


Assalamualaikum

Saper-saper yang taknak gemok dan jugak sedang mencari alternatif macam mana nak kurus kan badan selain dari buat pembedahan plastik dan membahayakan diri memakan pil kurus, apa kata kita try buat air rebusan kunyit hidup, campor ngan asam keping dan gula sikit. Wow weeee! Ni petua dpt dari bebudak whatsupp group semalam. Ais pulak jgn minum langsung. Kalau aku minum jugak meh tempeleng diri sendiri. 


Ape bawah dagu tu issskkk musykil giler ni

So pagi ni aku berangan konon aku nak start makan malam dengan ayam bakar kunyit+garam jerk dan air rebusan kunyit... petuhui..!! Mampu ke nokk? Ntah-ntah esoknya pulak terus minum fruit juice sekotak. Si rebusan kunyit ntah ke mana.  Nak diet kena super duper disiplin, tak aci main tipu-tipu semua ni, tapi aku insan yang lemah dan penjeles tengok Isma dan anak beranak makan sedap-sedap, mana tahan babe.


So, aku memang respek la dekat saper-saper yang berjaya mengkerenggakan badan sekaligus bakal menjadi wanita hot atau jejaka idaman malaya Cey!

But, diet-diet taik kucing aku ni, berjaya jugak 2 hari aku tak sentuh nasi. Just bab tak boleh minum air AIS jerk aku tak mampu nak laksanakan. Pasal aku jadik geram bila balik kerja, bukak peti ais, tengok air dah berpeluh-peluh botol dia. Janji nak letak sikit kat bibir jerk, buat lepas gian tapi terminum pulak..hahahaha

So guys..!! Good luck ok? Nanti dah kurus kacak bergaya jangan la berlagak serta berjalan pakai lubang hidong pulak. Eh eh?


Hai cik kunyit! Kite jadi best frend setiap malam okey *Celet sikit*



Tuesday 4 February 2014

SPA di rumah


Assalamualaikum

Tajuk ada sedikit berlagak...padahal rumah orang lain siap ada jakuzzi panas buih2....hahahaha. Suka jer bagi korang angin.
Sumpah aku dah tak boleh pikir tajuk apa nak letak! Mcm blur kan....kalau SPM sah2 dah kena bulat besar2 ngan pen merah.

Cite dia macam ni... Minggu lepas beli Bath Tab kayu dapatlah aku berhoneymoon dengan Isma. Sian sangat laki bini kan. Honeymoon dalam bilik air kahkahkah. Tak pe itu lain kali aku cite....eh?! Biasa lah kalau duduk baring rapat2 tengok tivi bebudak 2 orang tu mesti nak selit sama. Asal berpelok Irish dan Iman siap dah bukak silat panjat atas badan papa. 
Habis aku ni letak celah mana? 

Aku ni punya semangat memulakan sessi SPA di rumah. Tengah2 tunggu air tu penuh, datang pulak Irish  sambil  meloncat2.... Budak2 memang suka main buih kan. Tambah  mcm ni dapat berendam sampai kecut2 telor pon Irish OK lagi. Sikit2 tanya "mom apa ni, apa ni?" aku mcm eh mom chop dulu okeh. Jgn nak perasan boleh masuk sekali... hahahaha Kannnn? dengan budak 4 thn pon nak berebut.





Senyum sampai ke telinga dapat berendam sekali. Patutnya duduk dalam tu bertenang2 dan relax kan sambil menikmati mandi susu dan air panas kan? Takkkkkkkkk OK. Aku kena layan dia berkuak lentang, buat2 lemas la, kebus2 air. Siap duduk atas aku lagi!




Pastu hantar kat whatsup keluarga aku. Kecoooooooh je adik aku ckp GAY. Bengong betul! Ada satu kejadian. Aku taruh pic adik aku ni (hazwan) dalam instagram. Pastu buat hashtag #sayajual. hahahahaaa.. kawan2 aku nengok pon gelak besar. Mana takknyaaaaa umur dah 30, Girlfriend tak dak lagi. Lepas tu dia sentap uolls terus block aku. hahahahahaa. Sensitip pulok dah. Dgn kakak cun kau ni pon sentap? Bagus jugak la idea aku ni. Yes! aku bangga.





Kalau seorang Ibu tengok gambar macam ni sejuk jer hatikan. Cepatnya masa berlalu...anak2 dah semakin membesar. Kitaorang semakin tua. Irish dah 4 tahun...Iman dah semakin pandai bercakap. Mcm bertih jagung. Tengok2 esok semua dah ada kerjaya sendiri tinggal lah mom ngan papa berdua jer...sobsobsob


*emo*


 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah