>

Friday 31 May 2013

Rupanya ada


Assalamualaikum


Jarang akcelli check keywords kat overview. Almaklumlah jangka hayat blog masih berpantang *sedar diri (sebab gedik nak jugak buat blog) tak ada la diaorang nak search ape pun kat blog ni.

Tapi hari ni tgk la overview punya page.... Ko tgk entry no 2 bawah sekali tu. Ape kejadahnya ko search konek anak ikan ensem. ko hingat blog akak ni blog gay kah? 

konek Anak ikan keli ko tak nak search ke? yang pelik pelik korang search. 

Pepek bukaan 3? Astaga.... ni mesti kes dalam labour room menahan kontraksion sambil search apa terjadi selepas pepek bukaan 3 kan kan kan 

macam-macam la korang. Bikin akak gelak sesorang di tgh hari jumaat ni.



Anak Lelaki atau Anak Perempuan?


Assalamualaikum

Aritu tgk dokumentari pasal orang jepun. Dia kata antara anak lelaki dan perempuan, diaorang prefer anak perempuan dari anak lelaki.

Akak tahu kenapa diaorang suka anak perempuan? Lelaki dah la pemalas buat kerja rumah. Bila dah khawin langsung lupakan emak ayah. Ok lah, tak la semua. Segelintir je. Ada yg lebihkan bini. Ikut ckp bini pun ada. 


Fikir2 balik memang betul pun sebab ada terjadi di sekitar kenalan2 akak dan cik asben. Sekitar sedara mara pun ada juga terjadi. maksud akak yg lebihkan bini tu la.

Tapi Cik asben akak tu tak dak pun lebihkan akak. *Urut dada

Berlainan dengan perempuan, mak lebih rapat dgn anak perempuan.Boleh share mcm2. boleh bercerita bagai. kalau tak bagi duit sebulan sekali pun at least mesti call once a week. 

Anak perempuan walau mcm mana pun tetap nak kasi duit kat parents. Even duit cukup2 makan je tetap juga kasi RM100 sebulan. 

Dengar ceramah Ustaz Kazim tak? Ustaz kata orang kita nak beri duit kat mak ayah bila ada balance2 gaji sudah tolak belanja, hutang semua, baaaaaru kasi mak ayah. BUKAN ye. Sepatutnya, once dapat gaji, siap ke tepi kan duit utk mak ayah. Macam tu baru betul caranya dan baru berkat.

So lepas ni nak plan anak perempuan pulak. Merasa hari2 makan ikan dan buah nyah sebab nak anak perempuan. Howwww? Yer la Uolls, I dah ada 2 small punai and one big punai, so nak merasa lah pulak ada pipit. 


Anak-anak mom muka sebijik mom



Thursday 30 May 2013

Agak Cetek Perbualan


Assalamualaikum

Sebagaimana Uolls tahu kebelakangan ni cuaca memang panas. Hangat gila babeng. 

Okey.

Akak bukak puteri lilin, boleh je tahan panas terik, tapi merungut juga sekali sekala bila panas. Zaman diploma dulu ada seorang mamat sama kelas ngan akak jenis lawak sarcastik. 

Bila akak ckp "weeii panas gile, cari tmp redup ahh"

Dia sibuk je nak jawab bg sakit hati " Ko tau tak neraka tu lagi panas. Ni sikit pun ko dah mengada-ngada. aku rasa ko memang bercita2 nak masuk neraka kan. Ko kena training kat Padang Masyar"

Setan kan. Yg dia yakin akak masuk neraka apasal. So akak  jawab, mane boleh diam punya

"eh Ko tu nanti masuk neraka berbillon kali lepas tu baru dpt masuk syurga siap ada hitam kat dahi sebb tanda org tu dari neraka"

Kan..jawapan akak lagi mesra alam kan 

kemudian ntah ape ape merepek menda alah kami bertekak.

Okey.

Ada sekali tu mamat ni kata nak buat puasa sunat setiap hari isnin and khamis. Sekali akak menyampuk

" Sudah la... puasa ramadhan pun ko terbuntang-buntang bijik mata nak buat ada hati nak puasa sunat "

Monday 27 May 2013

Selamat melahirkan baby Gegirl


Assalamualaikum

Ikutkan dijangka baby zuuuss keluar on last tuesday. At last semalam dpt sms dari my mother yg my cousin, Pizah dah pun selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan di Hospital Ampang. 

Hamboii bukan main lg kau pizah sempat lg tgk wayang sebelum tu dan kunyah fries. Now, sila lah berpantang 44 hari dan selamat berjaga bangun tgh malam. Rasakan. 

Nak slim balik mcm kim kardashian katanyaaaa, tapi Kekda harap badan pizah maintain cam sekarang lah.... hahahha dengki.

Berat 71kg katanyaaaaaa.... 





Yay! ini dia Pizah Junior. Nama belum announce lagi. Gojes Chomil rasa nak kemek kemek je dia ... you knows babies are amazing. OMG.. ni akak rasa nak tambah baby lagi. My wish for you baby, WELOME TO THE BEAUTIFUL WORLD! 


Thursday 23 May 2013

Nekad ni


Assalamualaikum

Agak penat semalam, membuat puasa ganti in the row

Plus... Hari ni pun sambung lagi

10 days lagik to ganti *tabah

Tu la padah ganti puasa last minit

akak tak perasan jah yg awal july ramadhan

2-3 hari ni akak BZ menguruskan sesuatu, bukan menguruskan badan ye

Adalah...nanti cite

Berbuka semlm makan nasi lemak malis di Setapak

'Sehari bersama Haidar Abdullah di malis. Boleh order sampai lebam. * kau ingat kau femes macam Triad neng neng nong neng, sekali dengar layan kan....

Bukan Malis shop lot tu

Ni kat tepi jln kawasan UTAR setapak, warong je pun

kekenyangan dihidangkan Nasik lemak nasi tambah + ayam goreng 2 ketol + telor goreng +  sirap bandung + sate 18 cucuk 

Tu menu akak sorang jer tau

Sib baik tak order charkeowteow

Nanti asben kate kau ni pahal nak sama buncit cam perut aku ke? hahahahaha

ok ok biar I slim erra fazira u sorang je yg boroi eh

Plus... malas tangkap gambar makanan  sebab ada 2 orang laksamana kecik tu

Bila keluarkan HP masing2 berebut nak pegang HP. 

sorang dpt pegang, sorang menjerit nak pegang jugak

In the end dah tahu dah ape jadi, dah boleh baca... HP akak konpem jatuh, lepas tu akak hangin, simpan balik HP, lepas tu dua2 menjerit nk HP, so baik tak payah keluarkan. 

Lepas berbuka berkunjung ke rumah mak akak di Ampang

Sebab asben mau pergi putrajaya jumpe member lepak minum

Gigih sungguh kau cik asben memalam mau zassss ke sana

Suka hati lah kau lah Bie

Dpt jumpa mak berborak segala hal 

Sangat gembira

Puasa diganti, makan mengah2, dpt jumpa mak 

Kepuasan berganda



Wednesday 22 May 2013

Aku yang buat semua


Assalamualaikum


Sesiapa yg ada anak tak kira lah anak ramai atau sikit tentu faham sgt situasi di atas ni.

Ada masa sampai malas dah nak kemas kalau kekdahnya sampai 44 kali sehari kena kemas Jah!

Sine akak pun tak ada maid, weekend je la yg dpt kemas rumah pun. Alasan! 

Lepas tu bila time mengemas time ni juga lah kids nak itu nak ini. Boleh tak korang suruh apak layan kejab? Ni nak mom juga.

Ada pun bila ada tetamu nak dtg rumah, hoii memang terus licin lah rumah, sekali bilik air yg tak berapa nak hitam tu pun sental jugak. 

Tertoggeng2 lah akak mengemop lantai. Asben kate 

'Elok macm ni tiap2 hari org dtg rumah'

Choooi! 

Akak bukan malas kemas rumah Uolls, yg mengemas nyer akak sorang. Buat sepah 3 org (termasuk asben muhahahaha). Macam mano tu? 

Cik asben memang tak buat punya, tp dia rajin basuh baju.. memang dia akan kutip semua kain baju basuh, sidai and angkat sekali. Lipat melipat serah kat akak la

Bab memasak pun sama. Bila ada org dtg dialah chefnya. Hari2 biasa akak lah masak, padahal banyak beli bungkus ajah kofkofkof..penat la..balik kerja rasa nak baring je ngadap tibi sampai jam 12 mlm

Akak tak marah pun bila Irish dan Iman sepahkan toy, main tarik2 bantal kusyen, lompat2 atas couch, lari2 keliling rumah, buat bising sebab itu semua proses pembelanjaran. Tak stress pun, cuma kekadang tu jd singa betina la jugak elok main sesama lepas tu diaorang gaduh mcm hape. 

Orang kata melihat anak2 membesar adalah salah satu perkara yg membahagiakan. 

dan............ Akak sudah rasa sekarang =)





Monday 20 May 2013

Kurangkan kolesterol utk jantung sihat


Assalamualaikum

Since cholesterol akak naik mencanak, perot pun dah mcm kek lapis, maka akak amat amat amat seribu kali amat concern dan makan pun kena pilih2 jugak. Sebelum ni sumbat ape saje, makan je. kenyang pun makan. Dasyat betul. Nafsu makan sgt kena kontrol. Susahkan nak say NO to the food. 


Akak tetiba rajin menggogel bab2 kesihatan, baca2 ada kata Kolestrol penyebab serangan jantung dan mcm2 penyakit boleh dtg. Erkk, Takut okeh. I love my heart ever and ever and ever. Hover pulak. 

Baca2 lagi bab makanan yg boleh menurunkan cholesterol. Banyak2 makanan yg dinyatakan semua akak boleh telan. hahahha.. sib baik kan.  akak mane de cerewet bab makan. tp bab  berpantang mkn memang akak sgt strict. 

Mcm akak kan still BFkan Iman, org2 tua kata jgn langsung mkn nangka, sampai la ni memang akak tak makan. Gulai nangka pun akak tak usik. Mase akak berpantangkan Irish and Iman, tukang Urut bersalin akak, Cik Sal namanya. Hoii..memang cun lah shape dia. Anak 5 okeh. Dia ni baya2 mak akak, tgn punyalah tegap. Dia pesan kat akak, org dah beranak ni jgn langsung seumur hidup makan 5 jenis buah, yakni

buah pisang 

buah tembikai

buah betik

buah kelapa

buah jambu batu

Nak pitam akak dengar. Okeh mcm ni ye Cik Sal, Buah kelapa paling feveret di abad ini.  dengan isi gebu bush putih, air nyer mengilangkan dahaga. Mane boleh pantang beb. yg ni memang langsung tak boleh tak makan. Buah-buah lain akak No hal. 

Cik Sal citer since dia bersalinkkan anak 1st dulu, sampai lah dia idup ke hari ni, dia langsung tak makan and tak minum buah yg dinyatakan di atas ni. Berprinsip betol lah dia ni.

Ni dia contoh2 makanan yang boleh less kan cholesterol akak

1 - Ikan Salmon - Jarang makan.

2 - Kuaci- sedap, tp tk suka mkn sebb bijik kecik2. Tak puas doi

3 - Buah Kurma - Suka makan. lgpun buah feveret Nabi kan

4 - Epal Hijau - Buat juice baru layan

5 - Ikan tuna - Sgt jarang makan

6 - Kacang tanah - boleh buat kudap2 depan tivi

7 - Buah Mangga - boleh je telan

8 - Kismis - rembat irish punya kismislah

9 - Oatmeal - dan dan terus beli nestum 3 in 1 kat coldstorage kat ngan opis. everiday now bfast telan nestum je. Kenyang sampai tgh hari okeh. Tutup mata je nengok nasi lemak ngan roti canai tu hahahahaha berlagak syial 



Saturday 11 May 2013

Hai lah mulut


Assalamualaikum

Orang yg bermulut laser ni selalu kata

aku ni mulut je ckp lepas, hati baik

Adakah bilamana kau sakitkan hati orang dengan kata-kata dr mulut kau dan orang yg mendengar itu boleh memaafkan kamu sebab hati kau baik?

Tidak ye mak jemah sekalian

Akak dengar di Reset Minda, dari Dr Muhaya berkata

Apa yg mulut keluar daripada mulut kita, itu yg mencerminkan hati kita

Tak ada istilah mulut laser tapi hati baik. NO. TIADA. Full Stop

Apa yg keluar dr mulut kau itu yg mencerminkan hati kau sebenarnya

Berhati-hati bila hendak mengherdik, mencaci, menghina, berkata

Ingat ye, dunia ini hanya sementara

Jangan suka suka menyakiti hati orang dengan kata-kata kau yg pedas

Di sana esk kelak mulut akan dikunci serapat-rapatnya

Hati akan menjadi saksi segala-galanya

Merangkak kau nanti utk meminta maaf pada org yg kau sakiti hatinya

Tempek pic ni bagi kau tak rasa sakit hati



Thursday 9 May 2013

Betul betul lupa


Assalamualaikum

Kelakar oke

Sgt kelakar hingga menusuk Peranakan

(Alamak lupa...tahun ni belum buat pap smear, tahun lepas buat dah)

Hari ni sgt kena beringat

Kena follow dgn patrol car siap nyala2 lampu polis ckp thru pembesar suara

W*L *** sila berhenti di tepi jln

Serius rasa mcm penjenayah

Thanks cik asben sebb guna HP masa memandu

Demm! pak polisi tu yg perasan road tax dah mati

Rasa nak lari laju2 dan terjun waterfall

akak jeling cik asben, akak kerut dahi

dan serius dia pun tak perasan road tax dah mati!

kalau dgn JPJ dah kena towing kan

kena naik court dengar hakim jatuhkan hukuman

tapi pak polisi ni baik hati

kasi warning sahaja

agaknya kalau tak kena tahan kami pun tak perasan road tax mati

Terima kaceh pak polisi 

exposekan kami dengan experience ini  

Tuesday 7 May 2013

Spring Potato Cafe


Assalamualaikum

Mak akak pesan kalau mulut penuh jgn cakap

nanti tersembur Uolls geli nanti

so... akak type je la eh


Spring Potato Cafe di Sri Gombak

Akak order Bibimbap

 
Kimchi. Marvelles! 
Makanan korea. Dlm ini ada sayur timun, togeh, kobis, carrot, telur dan daging bersama Sos special korea 

Banyak2 bahannya. 

Sos meriahhhh

Kenyang termengah2

Kepuasan berganda 

Sedap. Rekemended! Utk penggemar sayur boleh order ini. 

Harga RM11.00

Cik Asben tak suka. Tak kena dgn tekak dia. Dia kan kg.com.my

Maka dia order ini




Tekak ttp mahu nasi. Keli goreng berlado dan udang besar bercili

Akak tak sempat rasa pun. Irish meratah udang. Cik Asben kata sedap sgt

Ini pula RM10

Yang penting owner dia org islam masak sendiri makanan ni semua

pandai dia masak korea cuisine

Rupenyer bini nya org korea, Maka dia belajar dgn mak mertuanya

Tambahan....


Signature dish sempena nama kedai

Potato toing toing  

ada perasa BBQ, cheese, Cream corn, blackpaper

RM3.00




Asam pedas pun ada di sini

Kan kepelbagaian namanya tu

Western pun ada. Lupa nak tangkap gambar menu western

Cam tu la bang...

Meniaga macam-macam. Customer banyak pilihan makanan


Lokasi?

No. 11a, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak
boleh CLICK  sini tgk gugel map


Bulan depan akak dtg lagi

konfem

saya kunci lirik ini......


Monday 6 May 2013

Awak kentot ye....?


Assalamualaikum

Uolls pernah tahan kentot?

Pernah buat2 bersin pastu kentot?

Kentot dlm kereta pastu tak mengaku terus menjerit woii busuk, sape kentot ni?! 

Pernah tiba-tiba jerit coz cover bunyi kentot?

Paling bangsat pun kemut2 bontot pastu bunyi kecil kecil je

Pernah? pernah?

hahahahha

Mesti pernah kan??

Akak lupe dh siape pernah ckp

tapi dia ckp...

Tahan kentot tak bagus sebb angin tu naik ke otak, so otak jadi lembab. hahaha

Tu pasal bile akak kentot asben jeling pastu akak keluarkan hujah2 kentut tersebut.

Asben : Masalahnya  bau kentot awk otak sy ni boleh jd lembab

Ello.... org yg melepaskan kentot dgn bunyik yg amat lantang ni org yg percaya pd diri sendiri tau haha

Thursday 2 May 2013

Cabaran Dalam Mengopek Anak


Assalamualaikum

Dulu zaman sekolah rendah akak ingatkan org yg menetek susu ibu ni org yang susah dan tak ada duit. dan org yg kasi anak dia minum susu formula jenama yg mahal2 tu la org yg mewah dan kaya2. 

Tapi itu dulu lah. Zaman tak boleh fikir dgn betul dan tak tahu ape2. Bila pregnantkan Irish rajin2 gugel dan baca Pa&Ma, ditambah pula tengok offmate gigih pam di surau. Tanya2 diaorang hal menetek ni, barulah sedar KELEBIHAN SUSU IBU. 



Irish menikmati susu fresh!

Kelebihan yg maha banyak sampai susu formula yg paling mahal pun tak dpt lawan. Yer la, nak lawan ciptaan Allah s.w.t, manalah boleh, kan? betul dak?


Teruslah akak nak mengopek iman sampai umur 2 thn. Abgnya dulu sampai 10 bulan ajah  sebab dah pregnant balik.


Suara2 sumbang org sekeliling


Walaupun menetek anak ni bagus tapi hakikatnya bukan mudah. Kalau mental tak kuat memang rasa give up. Belum lagi suara2 sinis mencemuh.


Eh jijiklah susu ibu


 “Ishh apa ni menyusu depan orang? Tak malu ke?” 


Bagi je la susu formula, kan senang bila kau nak keluar, boleh tinggalkan baby kat rumah



Kan kan? pernah berdepan ngan org2 mcm gini kan? Cabaran PALING BESAR dlm menetek anak ni adalah PERSEPSI ORANG SEKELILING. 

Para2 Cik asben pleaseeee kasi sokongan 100%. Asben akak mmg support akak menetekkan anak. Dia tak kasi campur susu formula. Bersyukur di situ. Ada juga saudara mara kata

 “baby lapar tu, tu sebab asyik bangun mlm je.  kena tambah dengan susu formula kasi dia kenyang“ 

Rakan2 pun ada menokok tambah

Dah kerja nanti ko bagi je anak ko susu formula, senang! Tak payah nak pam2

Cuba bayangkan berapa banyak benda para2 mom kena hadapi?

Bengkak Susu

YA! Pernah alami kan. Uolls yg tak pernah rasa mmg satu kerugian amat besar hahahha.. sakit nya sampai ke otak sampai badan menggigil demam melampau2. Hoi! sakit nya lagi dasyat dari contraction tau dak. Rasa nak nangis. Tercalar keegooan akak di situ 

Kadang2 rasa untungnya jadi lelaki. Rasa sakit time berkhatan je. Tapi kaum hawa? Sakit senggut, sakit bersalin, sakit bengkak susu. Oleh itu jgn mengata kaum hawa ni lemah. Kami hebat. Kasih sayang seorang ibu lagi hebat. Sebab itu Islam kata syurga di bawah telapak kaki ibu =) 

Sakit Belakang

Bila menyusukan badan sambil baring badan kita kan mengiring. Sama ada mengiring ke kanan atau ke kiri. Sama je sakitnya. Kena lah bekorban ye, bukan utk sesiapa, utk anak sendiri je pun

Puting melecet

Bila bb dah ada gigi...berwaspada ye Uolls. Gigit menjadi perkara feveret diaorang. Bila dia gigit rasa mcm nak ping dia je. Selalunya akak jerit sakit je le. Dia tersengih-sengih. Cik asben tak faham apsal akak kena menjerit. Tak faham ye? Cer akak gigit puting dia, mau meroyan. 

Malu Nursing in public

Memula dulu benda alah ni lah yg buat akak risau. Akak dah standby bawak poncho nursing cover tu. Kat restoren selak lah ape lagi sambil di cover oleh poncho nursing. Yg penting cover kena tip top dan yakin. 

Masalah Sifat M

Kalau perkara mengarut alasan tak kasi susu badan sebab keturunannya tak ada susu boleh terima lagi. Kalau jawapan MALAS kasi susu badan, WTH? memang sangat sangat geram. Ingat tau....... susu ibu hak anak-anak kita.


 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah