>

Monday, 30 September 2013

Bila Suami Curang.....


Assalamualaikum

Gitewwwww... Gerun tak denggar?  

Bila share-share cerita dengan member-member kan pasal kes curang kan macam-macam cerita keluar. Lelaki pandang screen hp tersengih sambil sms tu tanda tengah aungau lah tu. Ada yg kata lelaki ni akan melekat kat hp sampai bawak ke jamban. Eh mengata aku ni. tapi aku main candy crush lar heheheheheh 

Pastu ada yg guna 2 hp as 2 nombor, satu utk di rumah, satu letak kat office. Perempuan ni instinct dia hebat okeh. Kelebihan naluri ibu dan isteri. ko buat sorok la macam mana pun tetap kantoi juga. Perempuan ni power tau dak! 

Aku nak share cerita kisah benar terjadi pada member aku.  Dia syak aben dia flirt belakang dia. Dia cuma syak tapi tak kantoi lagi. Ciri-ciri lelaki ngah angau ada la sikit-sikit contoh every tgh hari since kawen tau mesti asben dia balik rumah makan sebab member aku ni cikgu so separuh hari dan diaorang lunch together di rumah.  But sekarang ni dah tak balik mkn. Bila tanya dia ckp makan kat office. 

Ok fine.

Sebelum ni asben dia ada je waktu malam memang tak keluar rumah, lepak ngan famili je. Sekarang ni keluar malam seminggu 2 kali. So member aku akan catit hari apa asben dia keluar tu. Bila tanya asben dia jawab jumpa kawan-kawan.

Come on la. jumpa kawan-kawan seminggu 2 kali punya tak logik. Kawan-kawan pun dah kawen. Tak kan lah bini diaorang tak bising asyik melepak malam. Huh

Ok fine lagi

Member aku pergi tanya kawan sekerja asben dia. Kawan asben tu kata asben dia every tgh hari keluar balik makan di rumah. Padahal dah tak balik makan di rumah. See see something fishy di situ. 

Member aku siasat lagi. Dia ambil cuti. Member aku pinjam kereta aku sebab nak menyamar. Aku tak follow pun. Isma tak bagi masuk campur. Tgh hari member aku tunggu depan office asben dia. Lepas tu nampak kereta asben keluar dari gate office. Dia follow sampai asben dia berhenti satu rumah. Member dah berdebar ni sebab dia cam sgt rumah tu. Asben dia masuk rumah ada perempuan kat pintu. Demn! perempuan tu bini orang. Dan dia kenal sgt perempuan tu!

Apa lagi tanda-tanda curang eh? 

Kalau dalam drama bila basuh baju tinggalkan bukti dalam poket. Tak pon  tinggalkan kesan gincu kat kolar, elok pulak tu bentuk bibir tu. Gila drama melayu betol. ko tinggal la kat lengan ke, kat belakang baju ke. Ko saje je nak kasi orang tu kantoi dengan bini dia kan. Perempuan devil! 

Perempuan ni cepat risau dan jeles terlebih. Respect kat privasi asben kena ada jugak. Tak kan lah tiap kali asben balik "bak sini hp.." chek laju laju sms call ape semua" Lelaki ni panjang akal. Ko hingat dia bodoh. Macam la dia tak boleh delete segala bukti dlm hp tu. Tak pon dia tukor nama GF dia jadi nama jantan. Salmiah jadi Salleh. Syahirah jadi Syahir. 

Orang perempuan ni tak jeles langsung dan tak ambil kisah susah jugak. Kang ckp tak sayang la ta ambil berat la kat laki. Tapi asben jangan lah ambil kesempatan. Nampak isteri sporting hammmbooii ko jadi puaka pulak. 

Friday, 27 September 2013

Currently Wish List


Assalamualaikum

Bunyik mengada  je kan! Wish pikir Wish pikir Wish. Berangan tak salah. Sebelum lelapkan mata berfantasi nak yg tu nak yg ni. Mana tau sesedap berangan tetiba ting ada depan mata. *lempang1kalit


Kitchen Kabinet Pink



Pitammmmmm.... walau shocking pink pening pala otak bila pandang lama-lama, but i like bebeh. Separuh dari 24 jam adalah di dapur maka aku suka kaler girlish girlish kasi mood memasak aku naik. Bila naik makanan pun bertambah sedap. Bila sedap laki I bertambah-tambah makan. Walaupun dia tak kuat makan...... kalau aku masak lah. Syiol kan? 


Master bedroom



Bilik aku macam ni bila tetamu dtg memang saje kasi bukak pintu bilik luas luas. hahaha menunjuk...berlagak. Tu pasal aku tak dapat bilik mcm ni. 

Memang keje aku tergolek je lah atas katil sambil tgk syiling kelip kelip bintang. Time breakpast Isma bawakkan dulang berisi air oren fresh dari kotak marigold bersama scrabble egg di tepi ada kuntuman bunga kertas. ohhhh romantiknya. *tp tahu dah tak kan ada nya


Hyundai Santa FE




Srrluuuppp.. sedut ayor lior balik. Gila smart perempuan (aku) bawak. Aku jatuh cinta dgn MPV. Tak kira brand apa. Tapi sebab brand ni paling murah amongs MPV  tetap jugak ada rasa terkencing nak beli. Pening Isma isteri dia meroyan nak beli kereta baru ish..ish..




Ko tgk Keluasan dia irish dan iman boleh main police entri. Silap silap boleh main nyorok-nyorok sekali. Dah boleh agak mana iman menyorok. *bawah baju aku sambil mengopek  


Pulau Sibu

Pernah pegi? pernah? bukan kat sabah tau. Ni dekat selatan tu jer. Semenjak nengok dalam tibi pasal pulau sibu terus masukkan dlm wish list. Fuhh cantik meletop. Pantai bersih tiada pencemaran. Boleh releks tenang aman damai berehat tiga empat malam. Eh tgk tgk balik dari situ 'terlekat' pulak. haaah nak sgt aman damai sunyi sgt kan








Little Caliphs Khalifah Impianku

Since Irish 3 years old aku dah berangan nak masukkan dia ke preschool ni. Awal thn tu hari call principal little caliphs tanya boleh accept ke umur 3 thn. Dia kata tak accept. 4 tahun baru boleh join. Islamic based and english medium. YAY!  2014 New Registration we will meet Principal Little Caliphs on Saturday 5th October from 9am-1pm




Note 3

Ekcelli tepon iphone 5s yg membuat aku terjojol mata tup tup keluar Note 3 terus cinta beralih arah. Nyah ko iphone. Sapa suruh ko mahal sgt! 

 Apa ke gedik sgt ko ni tak tetap pendirian haha.. gitu kan. standed la yg skrin gedabak dan mudah digodek menjadi pujaan hati. 



peluh-peluh tgk ko 

Dah! banyak benda wish kang Uolls muntah katak kata I org tua gedik


Ok bai

Monday, 23 September 2013

Dibandingkan


Assalamualaikum


Aku paling menyampah bila parents bandingkan aku dengan kawan-kawan or saudara aku. Parents aku taktahu yg perangai diorang lagi dasyat tulen.

Aku ada review di twitter lawak legend. Benda Kelakar ekcelli. Pernah tak parents uolls banding bandingkan? Pernah tak? pernah pernah pernah? ke aku sorang je yg kechoh? hahahaha 

Masa sekolah rendah Tok Mat selalu check beg sekolah. Bila memalam lepas makan panggil aku suruh ambil beg sekolah. Masa ni mana sempat dah nak sorok kerja rumah tak siap yg lepas lepas. Tadah je lah muka aku kat situ. Tok Mat tak pukul tapi telinga ni kebas la dengar dia punya bebelan tu. Mak aku bukan jenis bebel. Dia perati je dari dekat. 

Bila ambil report kad sekolah, ade subjek yg ala ala kadar, memang balik rumah kena bebel. Mula lah banding bandingkan aku ngan orang tu la orang ni la, sepupu sedara sana sini, padahaaaaal yg mcm status kat atas ni lah hahahaha.. 

Masa form 1, kan sekolah baru, kawan-kawan pun baru. Ada seorang budak lelaki dlm kelas aku juga hantar surat nak berkenalan. Kejadahnya ko ni? dah satu kelas ko nak kenal apa nya. Aku buat derk sebab baru form 1 kot....Geli! pastu dah la satu kelas! eeeii koser aku. Aku memang tak suka sampai tak ingat dah nama dia. kejab je dia sekolah kat situ. Lepas tu dia blah pergi mana ntah tak ambil pusing. Nak dijadikan cerita, aku tak buang surat tu kat kelas, aku simpan dalam beg sekolah konon balik baru buang. lepas tu lupa sampai ke sudah. Bila tok mat check beg sekolah, terjumpa surat tu, ni  kaki ni kena sebat tau. Tensi aku. Dah la aku tak suka budak tu. kena sebat pulak. Hoii memang time tu aku menyumpah2 lah budak tu.

Masa form 2 dapat sekali kelas ngan bestfriend. Duduk sebelah sebelah lagi. Best sgt. Dulu mana de HP nak  wassup wechat bagai. Bila jumpa berborak tak hingat selalu kena marah ngan Ustazah Zabedah. Dah la kami duduk depan sekali. 
Aku pernah lompat sekolah dgn betfriend sekali (bahasa sekarang tak tau apa). Time rehat pergi lari belakang sekolah lepak mampley bawah sekolah tu. Kantin makanan tak sedap, semua tak sedap. Yg boleh telan pun keropok lekor. Tu pun kena berebut2 beli. Lambat tinggal cili je. Air minum bau sabun. Haishhh... kembang perut. Aku saspek pakcik kantin tu ambil tender kantin guna org dalam wakaakakkaaa.. 

Makan kat mampley tenang. Order terus dapat. Malang ada bau, balik dr lepak mampley nak masuk gate belakang sekolah, cikgu displin siap tunggu situ. Woii kami punya gelabah jgn citer la... time perhimpunan nama kami kena panggil. rasa masa tu nak buat buat jatuh pengsan. Kena sebat kat tapak tangan okeh. Rasa nak ambil kain sekolah tutup muka. Habis reputasi I tau. Lepas tu kami tak buat dah. Gila kau kalau buat lagi memang kebal sungguh.

Masa form 3, tak best sangat sebab mengadap PMR. 

Cerita tergantung kan. Ok bai 

Saturday, 14 September 2013

Isu Iman


Assalamualaikum

Jarang citer pasal iman kan? Nak citer pasal iman boleh tak? Tak nak baca pun tak per, tetap jugak nak citer. *goyangbontot

Iman dan stroller tak boleh dipisahkan. Jika dipisah apak ko terpaksa lari 100 meter. Mana nak kejar ko lagi, apak ko nak kontrol nafas kaver perot mcm kek lapis hangus lagi. Aku? pakai hills mana bleh lari *libas shawl
Iman kan? Dia kalau jumpa orang yg tak kenal garang sgts. Nak nak jmp pertama kali, muka masam sambil buat bunyik tiger aaaaumm. Garang sgt la kononnya cinonet je pun. Bawak pergi rumah kawan atau sedara boleh buat muka sardin golek golek atas kusyen org. Pesyen tak takut org. Dia kan pengarah urusan. 

kalau benda mkn terjatuh dr tangan dia, marah dulu pastu baru suruh isma atau aku ambilkan. Apakah perasaan korang? Kata dia kutip sendiri, jgn harap. aku buat derk je tahan dia menangis sampai aku ambilkan. Nak keeeeenaaaaaaa ni


Sekarang ni jgn sebut wording mandi depan dia, dan dan situ bukak seluar dan pampers. Baju tak pandai lagi bukak sendiri. Mandi nak selalu dan wajib lama. Setakat jirus 2-3 kali sabun jirus balik memang tak lut. dia kena sampai kecut telo dia pun tak per. Kena had kekerapan mandi sebab dah start selsema sekarang. Geram apak dia nak korek idung dia kalau ada taik idung idung ijau tergantung. Orang nak bersihkan mula lah menjerit menangis macam kena dera.


Iman segala benda boleh capai. Table talk dapur tinggi tau. Dia tak boleh capai. Maka dia ambil stool org basuh kain dlm bilik air tu berdiri atas tu tadaaaaaaaaa dah boleh capai. Kena sentiasa alert. 

Vitamin IG6 Elken kena sorok. Rasa susu memang asyik ahh. Majang nak min min min. Sehari kena mkn 4 ketol vitamin. Ni nak makan sebotol! *muntah duit*

Jakun jmp tangga. Rumah sendiri tangga kena pagar

Makanan kegemaran selain dari duit syiling adalah tayar car toy irish yg dah pecah tu.Pantang nampak mesti masuk mulut. Irish nampak adik makan mcm berselera sangat konperm jerit "adik eat tayar..No no adik No..." Bagus tul ada pengawas sorang ni. Mainan kesukaan masih lagi iron board. Berkenan sungguh la duduk celah-celah pusing pusing bawah tu. Iron aku dah siap cabutkan taruh atas almari. Kekadang dia suka pampers. berterabur satu rumah.  Rajin mengemas sekarang ni. Tgk mood dia la. Yg hard core lagi suka tampar tampar tibi. Urut dada mak ko ni Pheewwww 


Sekarang dah pandai gaduh dengan abang dia dah. 

Hari tu dia capai remote tibi, abang dia rampas simpan dalam laci.
Dia pegang car mainan dia *bukan main sgt pun, suka campak campak kasi berderai*, abang dia siap rampas.
Dia capai charger samsung sebab nak hisap hujung tmp jolok bontot samsung, abang dia siap menjerit. Sebab pernah aku nak charge hp meletop terus hp aku lepas tu keluar asap. Terbakar kat dlm tau sebab basah aku tak perasan main jolok jer . Panassss je. Bukan hp tapi hati mak ni
Dia punggah drawer almari tibi, abang dia tutup balik drawer almari
Last-last dia pergi bilik ambil hanger, pelepukkkkkkkkk atas kepala Abang. Melolong- lolong Irish menangis dtg kat aku. 
Pastu dia boleh sengih muka tak bersalah package kejar abang nak pelepuk lagi sekali 



Tuesday, 10 September 2013

Menjawab Soalan Maut - Biler Nak Khawin? Biler Nak Ada Anak?


Assalamualaikum

Situasi A

Kawan perempuan / Lelaki BZ bodi : Ko bile nak kawin? Tak teringin nak ada famili sendiri kerr?

Lelaki atau perempuan tak kawin lagi : Bulan 12 ni. Tahun je tak tau lagik

Situasi B

Makcik kepohchee sgt : Ni bile nak ada anak ni? *usap usap perut*

Perempuan tak pregnant lagi : Errrmm Tak tahu la cik. Tu kena tanya Allah sebab Dia yang tahu masa yg terbaik utk saya * senyum paling berseri sekali* 

Makcik kepohchee sgt : *diam dgn sendirinya*


Situasi Haidar Abdullah 

Setelah 2 tahun kawin dan gugur 2 kali

Pakcik sebelah isma : Belum lekat lagi? Tak usah merancang. Rancang2 nanti terus tak dpt

Haidar Abdullah bajet cute dan kerempeng : Bukan kita x mau anak,  dah takde rezeki lagi. Susah la tipikal melayu kita ni.  Kalau tak sibuk hal orang,  mau kena stroke kot.  Geram!! *tp dalam hati jer lah*

Tak boleh ke kita semua, KITA SEMUA ORANG MELAYU, fikir sesuatu kejadian tu dengan secara positif dan redha dengan qada' dan qadar Allah? 


Uolls know, situasi2 kat atas ni memang pedih bernanah telinga orang dok tanya tanya. Memang masa tu dengar je member office dan best friend pregnant rasa tensyen. Aku ajar diri sendiri bila tau sedara atau kengkawan pregnant jgn stress but happi for them.

Sampailah aku pregnantkan Irish utk kali ke-3, memang aku rahsiakan dari member-member kecuali Zaimah only sebab dia yg tolong belikan pregnancy test dan zasss aku terus check kat jamban office. 

Tak nak kepoh kepoh sebab ada 2-3 orang member office dah lebih 5 tahun kawin tak ada anak. So sgt sgt sgt faham dan jaga perasaan diaorang tak nak diaorang terasa sebab aku dah rasa perasaan mcm tu. 

Aku selalu bgtau mak jangan tanya soklan bila nak kahwin pada member aku, sgt sensitif, sama sensitif dengan soklan utk org yg dah lama kahwin tapi belum ada rezeki anak sendiri atau sudah berumur 60 tapi belum pergi haji lagi. Alhamdullilah, mak aku bukan jenis mami jarum dok BZ bodi hal orang. Even masa aku tak ada baby lagi sikit sedetik pun famili tak pernah tanya langsung bila nak pregnant. 



Siapa yg pernah dpt soklan cepuemas mcm ni, anggap je la concern dia org pada diri kita ...

Friday, 6 September 2013

Nutrisi Untuk Ibu Hamil


Assalamualaikum

Perggghh tajuk skema sgt ni. tapi wording tetaplah tatabahasa berterabur, tunggang balik ayat. Habis.... sasterawan negara pun kena tangkap yg konperm konperm tulisan beliau sgt dramatis, sopan dan tersusun. Aku???? ada la jugak entry sopan tapi banyak yg merepek ringankan otak Ada aku kesah.

Aku masuk farmasi care ada perempuan slim kulit sgt gebus *serius memang cantik. kalau aku jantan memang minta no phone* bagi aku pamphlet tentang ibu mengandung. 

Aku mcm motip ko kasi benda alah ni? *sambil tgk perot sendiri yg bertingkat

What everrr aku ambil then bagus jugak utk masa akan dtg. Boleh buat rujukan I and Uolls hahaha mcm nak tambah lagi sorang je ni. 

Sebab aku nak merehatkan pala otak aku malas fikir nak taip apa maka aku kopipes ape yg ada dlm pamphlet tu eh. Semua setujuuuuuuuu? cepat ckp ye lah jgn kasi aku malas sesorang.



Ibu-ibu hamil biasa mengalami situasi peningkatan kadar pemakanan. Ini adalah normal kerana semasa hamil, nutrien yang diambil melalui makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan dan jika tidak dikawal, pelbagai masalah lain akan timbul, seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Bagi melengkapi tuntutan nutrien di samping menjaga pertambahan berat badan, ibu-ibu dinasihatkan supaya mengawasi pengambilan makanan. Ada kalanya doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.

Berikut adalah panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil:

  1. Karbohidrat dan lemak - sumber zat tenaga untuk penghasilan kalori. Boleh diperolehi dari bijirin seperti oat.
  2. Protein - sumber zat pertumbuhan sel. Boleh didapati dari daging, kekacang, ikan dan telur.
  3. Mineral - zat pengatur. Sumber dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Vitamin B kompleks - menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal. Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu), telur dan sereal dapat membantu.
  5. Vitamin D - untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Minyak hati ikan, susu dan kuning telur antara penyumbangnya.
  6. Vitamin E - bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau boleh dimakan.
  7. Asid folik - perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan mutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi. Amalkan pengambilan bayam, brokoli, pisang dan tomato.
  8. Zat besi - mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung. Sumber makanan adalah seperti bayam, kangkung, daging dan hati.
  9. Kalsium - bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis, yang mungkin berlaku melalui pengambilan kalsium dari tulang ibu sekiranya bekalan nutrien ini tidak mencukupi. Penyumbang nutrisi ini banyak di dalam sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.

Perkara penting yang perlu diingatkan adalah mengambil nutrisi pemakanan secara seimbang, iaitu tidak terlalu kurang dan juga tidak melebihi yang sepatutnya. Berjumpalah dengan doktor anda bagi mendapatkan kepastian mengenai cara pemakanan anda.


Wednesday, 4 September 2013

Balasan Durhaka


Assalamualaikum

Kannnn Tajukk??

Citernya uollss, Isma ajak makan KFC. Paksa nih. Muka aku ketat jer. Aku malas nak keluar sebab apa tau??? Dah kul 11.00 malam kot ko ajak aku makan. Sebelum tu, dah makan  daging salai lemak cili padi, sambal belacan macang dan kailan ikan masing *lorat Ganu* Aku masak laaaaa....kebulur ke apa ntah dia ni. 

So Isma  plan nak gi KFC 24 hours bawah rumah tu la.


Nak tak nak aku order beger zinger cheese dua lapis mcm tambah lemak tepu *gemok pun tak pa*ini semua tipoooo*bila gemok bising!*

Order beger, borak borak dengan budak kaunter tu **matila regular customer.

Habis mkn Isma ajak gi jumpa member dia di mamak melawati hal kerje katanyaaa tapi aku dan kiddos duduk dalam kereta, boleh mcm tu? 

Masa tu dah jam 1 lebih pagi aku terjelepuk dalam kereta. Irish dan Iman main honk honk guna bontot. Omak ko ni mata dah kena gam korang boleh segar bugar main segala benda dalam kereta. 

Pastu balik rumah dah tak perasan kul brp terus boom atas katil aku tengok Isma tak tido lagi. 

sempat Isma pesan " Bie, jgn tido. Buat 'OT' dulu"


Hek? 

Apa OT OT. Dah la ajak aku teman sampai kena kurung dlm kereta. Tak ade de OT OT. Besok la jawabnya hahahahahah Aku memang gitu, kalau mengantuk terus tak boleh bangun. 

Haa tu dia pengajaran.


Alang alang dah hapdet ni meh aku sumbat semua cerita. 

Minyak naik? Rilek laa.. lets syair along together. TQ soooooo much tau Abe Najib *kalau tak haram dah lama I peluk U! Mata kelip kelip*


Dari 20 sen itu

Ada yang mengambil kesempatan
Ada yang tinggal kesempitan
Ada yang ucap kesyukuran
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen


Menarik
Akibat 20 sen itu
harga Barangan akan melambung
Para pembeli bagai berkabung
Para peniaga jenuh menghitung
tapi gaji statik tidak bergerak
sememangnya belanja sangat berhemah

Minyak naik memang membebankan semua
Tak ada apa yg boleh rakyat buat
Berdoa agar lepas dari kesempitan
Amaran buat pemimpin yg menipu rakyat
Allah itu Maha Adil dan Saksama





Monday, 2 September 2013

Anak mahu panggil kita dengan panggilan apa


Assalamualaikum

Lepas dah merepek dlm wassup grup kezzen meletop, sebab cerita nya salah seorang kezzen bgtau wife nya dah admitted hospital Bainun, Ipoh. So kami kepoh la nanti baby nak panggil dia dan isteri apa. So mcm mcm la idea bernas drp kami kezzen perempuan yg kepochi tahap didie alias. 

Ada yg suggest bapak (classic!), abah, bapa (gila skema), abi, walid, ayahda (mcm bunyik genster paradise je)  ummi, ibu, mammi, bonda, ma, ammi, amma 

Aku suggest babah dan mamah (make sure ada 's' okeh). Bior lain dari yg lain hehehe

my kiddos panggil aku mom dan isma papa. Easy penzy! Then at first aku terfikir nak amek panggilan mummy-daddy since bunyi ala ala manja.wah kelas ko jah! *tetiba* boleh pulak fikir camtu. then when i think my kids will call Isma daddy. aku jadi risau. sebab nye? sebab daddy macam untuk panggilan orang kaya2? hahaha. *imagine my kids will call Isma, "daddy, nk iphone! nk ipad! nak PS"* pitammm!! so cancel. haha. mmg sebab aku fikir panggilan daddy ni orang kaya2. lol. kami ni mane lah kaya pong. bersederhana je. 

Zaman sekarang tak mcm orang dolu-dolu kebanyakkan panggil mak dan abah atau mak dan ayah atau mak dan bapak. Almost my kezzen anak anak diaorang panggil ibu dan ayah. Nice.

Sunday, 1 September 2013

Kegemukkan


Assalamualaikum

Huh! mengah mengah mengah. Baru lepas naik tangga. Fuhhh dia punya letih mcm Jogging 5 x padang. Padahal baru 2 tingkat naiknyaaaaa.

Malam baru2 ni lepak makan mlm dengan best friend isma. Isma ada sekali la. Standed la mkn nasi berlauk. bukannya bnyk pun. Ade 4 jenis lauk je pun. Aku konon diet makan sup je. Sup perut la tapi muhahahaha..berganda ganda kot lemaknya.. diet la sgt!

Dah balik makan tu, jam 11 mcm tu masuk wassup from best friend isma ni tadi

'Napa gemuk dah sekarang'

aku baca pastu gelak. Wak lu gemuk. Tapi memang mcm pinggan dah bulatnya. Aku tak de kecik kecik hati sebab memang betul pun. *sedar diri ini tak hot*  Lagipun dengan best friend isma ni memang dah kenal lama dah. Lupa pulak aku bgtahu nama dia Ragasegaran. Dia ni  india alim. Bila ckp on the phone dgn dia sebelum nak say bye bye dia mesti pesan jgn lupa solat. Dlm kad birthday pun dia tulis jgn tinggal solat. Terbaik!!...alim alim... member muslim aku pun tak pernah pesan mcm tu. Cuma mana hati dia belum tergerak nak peluk islam. Apakah motip blog ini? 


Pic dicilok dari stalk FB isma. Beria Raja pakai full set baju melayu. Ensem sikit dari Hussain Bolt kan. Ada siapa berkenan di hati? 

Berbalik pada kegemukkan tadi tu kan, bulan puasa tu hari aku timbang dah 54kg. Now naik pulak 56kg. What??!! Why this happened to me yg punyalah cermat sgt mkn masa raya. Ambil sejemput sejemput je. Open house kot puncanya aku jadi tambun ni. 

Oleh itu aku guggle tips utk menurunkan berat badan *sebab risau kot dah gemok sok baru nak nyesal*. Paling tak logik 'Turunkan berat badan dlm masa 24 jam'. Wahh aku memula mcm nak seronok tp aku tau ni mesti ntah hape hape. Sekali kau keluar bahasa indonesia terus. Boleh la paham jugak. Dia ckp 'ayo bangkit dari sofa dan banyak bergerak'- yg ni selalu je aku buat. Dah kat rumah tu mana ada duduk setempat. Metilah bergerak tgk anak. Budak berdua tu bukan boleh tinggal biar duduk dlm bilik tak tgk tgk. Mesti ada je salah 
orang menjerit,  tak pun dua dua menjerit. 

'sering makan porsi kecil'- yg ni mcm susah nak follow. mana cukup wei sumbat porsi kecik dlm perut ini.  aku suka yang big big. Tak main la small small

'Cara makan yang benar' - Selain dari waktu makan yg betul, jgn makan kudap kudap buat kunyah kunyah. Yg ni selalu isma lah buat. Mkn kacang goreng, kuachi, kerepek segala jenis. Ya memang cara berbaloi menghabiskan duit dan menternak lemak. 

kesimpulannya nak jadi mcm beruang gempal atau kerengga merah? 



 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah