>

Tuesday 24 June 2014

Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan


Assalamualaikum

Hemmm aku kan lambat lekat.  Khawin awal tahun 2008. So total menunggu 2 tahun. 
Masa tu fikir bestnya kawin2 terus pregnant. Macam bulan empat kawin, tup tup bulan lima dah start uwekk uwekk.  .. 
Eee macam desperate kan bunyinye.. Mana tak desperate, bila dah masuk 1 tahun khawin   kira dah macam lambat atau senja, member- member office aku yang  kawin selepas aku dah pregnant dan bersalin dah pon.  bestnye khawin2 dah pregnant.....


Bila nak dekat cuti sekolah mula la kawan2 office bujang bagi kad khawin dang!!!  Lepas tu sedih aku ni bila lagi nak pregnant. (wahhh kemain jauh lagi fikir. Khawin = pregnant) tapi pergi juga kenduri sebab fikir nanti orang kecik hati pulak. Ada juga tau orang berpikiran macam ni "Ooo kenduri aku hari tu ko tak datang kan? kenduri kau aku datang tau!" Sepatutnya mana boleh pikir macam tu sebab mana lah kita tau orang tu femes so sampai dapat 10 jemputan nak pergi..? hahaha Mampos -- Maafkan lah dia... Ok Ok tak citer pasal kawin lagi (Apa aku merepek ni?)

Pause--


Kilang proses anak pun boleh valid sampai 20 tahun, tu yang aku nak cepat2. 

Malam pertama terus on je.. Belasah je lantak la orang nak kata bunting pelamin memang dah tak sempat dah ni haha

Bila dah setahun kawin orang dok tanya2 bila nak mengandung bila nak mengandung. Selalunya yang tanya ni bukannya family terdekat aku. Macam mak, ayah, adik beradik TAK PERNAH TANYA langsung ye. Diaorang faham.  Tuuuuu yg rajin bertanya sedara2 side Isma tuuuuuu.  OK soklan ni memang menjadi feveret ditanya orang-orang kita. Jangan ambil hati sangat. Apetah lagi tgk badan ko tambun sikit soklan dia "dah berisi ke". kannnnn? Itu pasal masa tak ada anak aku mentennnnkan badan jgn gemok hahaha so aku jawab je belum ada rezeki 


Setahun lebih lepas khawin baru aku mengandung. Itu pun keguguran 2 kali. 2 kali pada tahun yang sama. Sampai ke tahap nak bawak aku pergi berurut. Holololooooo asal bermasalah je aku je yang kena berurut. Aku ke yg bermasalah ni? memandai-mandai kan memasing. Lepas gugur 2 kali tu aku buatttttt uruttt..ape susah


Ditakdirkan sebulan selepas gugur kali kedua aku pregnant kali ke-3. Aku ingat lagi bulan oktober tengah2 busy buat persiapan adik ipar (adik isma) khawin sebab buat di rumah kami, dengan aku naik turun tangga berlari2 lagi, alhamdullilah sebenarnya masa tu aku dah pregnantkan Irish. Cuma aku je tak sedar sebab seminggu sebelum wedding ade keluar stain tompok2 coklat. So aku ingatkan period. Rupanya masa tu orang2 tua kata 'tanda' kita dah lekat. 


Kalau kita paham rezeki tu di tangan Allah, kita tak perlu stress melayan soklan2 ni. Suka aku maklumkan bahawa soklan2 ini adalah  amat sensitif.  Kadang memang susah deal ngan manusia yang tak berapa faham ni. Tambah beban kalau kita pesyen memikirkan soklan2 diaorang ni. Anggap je lah diaorang sekadar nak  Busy body menyembang . Habis cerita. Hidup ko pon tak susah.





My Zidane dan Aimar ( Nama belakang sebenar )





Thursday 19 June 2014

Clap Clap. Sudah Semestinya Angka Yg Ke Tiga Puluhan


Assalamualaikum



Ok semua, kesian giler muka macam hampeh lagi sibet. Tapi pasal aku jujur dan tak la asyik berangan cantik, aku redho bubuh jugak gambar aku dalam ni. Tapi tu la. Kalo gambar buruk, letak satu jer. Kalo gambar cun, musti terpaling banyak walau tak kena dengan tajuk. Hahahahaha


Marliza dan Nor Azian (revealed full name mereka) : Terima kasih for the birthday treat tu. I never regret since we know each other.. Korang sangat cantik semalam. Sampai aku terasa macam aku ni tukang gaji korang. Ces!

Isma Firdaus : Bie, terima kasih pasal belikan handbeg yg ke entah brp kali dan izinkan saya keluar sekejap tengah hari semalam berangan macam anak dara, dan Bie tengah hari pun tak sempat lunch sedangkan saya makan sedap-sedap kat luar :) . Baiknya... I love U..!!!

OK

Disebabkan Arip juara walau gigi tak bersusun  (tetibe minat pulekk -- Well, aku tau sapa yang tak layan kilauan emas tak kenal pon sebenarnya Arip tu--Yayyy kite geng laaaaa), aku tinggalkan korang dengan satu video dan lirik sempena birhday ahkak yg dah tiga puloh sen. 




Hakikat Sebuah Cinta - Original by Iklim

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta




Monday 16 June 2014

Suami Tengok World Cup ...Si Bini Tidur Bertemankan Bantal


Assalamualaikum

Demam world cup  dah start jumaat subuh hari tu. Before start World cup aku tanya isma bila nak start? 
Ni world cup dah mula sebok tanya Bila nak habis? 
Ha ha ha member malas nak jawab. Nampaknya sebulan ni TV tu menjadi milik sepenuh masa dia tanpa ada pengecualian. Remote pon aku tak boleh jeling. Bagi aku yg dah lali, tengok kan aje bola sambil mengharap dii tertido ( tapi tak mungkin berlaku..Jab.. ade tak? ohh memang tak ada ). 

Pagi semalam dari jam 12 tgh mlm sampai ke pagi kul 10 kot dia tak tidur. Huru hara jawabnya. Dah diqado' nya tido lepas zuhur sampai kul 6.00 kot. Lepas tu ada hati lagi tu pergi main bola tepi rumah. Bila tanya dia esok tak ada bola kan? dia jawab hari2 ada bola non stop. Nak tengok bola takde masalah. Tapi jangan  bising  ye bila gol ke, tak gol ke Irish dan Iman terjaga, bie yang gol nanti hahaha. Nasib baik Piala Dunia nie 4 tahun sekali. Tapi aku dah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier League, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup... mati la

Isma memang dari dulu hard fan Brazil. Mungkin sebab warna sama (who knows haha). Aku memang dah termaktub tak minat bola, tapi laki minat bola punya pasal aku pun menyokong lah dia dari belakang (geli). Ah tak kisah la. Aku lebih suka tgk muka team yg kacak segak giler mcm team italy, spain dan portugal. Argentina pun boleh tahan jugak. Tengok sambil diam menikmati. Muka terletak. Hidung terletak. Putih merah-merah pink and hot smoking body in a fine. Masa tahun bile tu German jadi tuan rumah. 2006 kot? Aku minat giler tengok muka si Ballack tu. Sweet sangat. Isma tak suka. Dia kata mcm tu pun hendsome ke? haha habissss nak tahap  mcm mana lagi? Perempuan memang sangat comel kan bila bercakap tentang pemain bola.

Well...ini tahun kedua world cup kami laki bini. Masa tahun 2010 world cup, aku sedang berpantang di rumah nanny. Irish masa tu umur baru sebulan. Baru naik 3 kilos. Dia keluar 2 kilos je. Dan Isma obses  sesangat zinedin zidane . Dah chop dah nama tuuuuu letak kat anak lelaki. FINE. Janji 2 nama lagi tu adalah pilihan aku. Apa motif entry ni sebenarnya? 

Aku rasa, perempuan kena tau serba sedikit knowledge pasal bola. Tak tau banyak tapi sikit pon tak ape. Yg basic je pon. Macam selalu aku bagi pendapat (sembang kencang aje) Tgh2 player nak sumbat bola ke gol tiba2 referee angkat bendera tepi padang sambil blow the wiesel, lantas aku ckp "offside la woiit".. as simple as that kan?  aku rase benda tu semua makhluk kat alam semesta ni tahu hahaahaa welcome to my world! 

Lelaki lain cerita la. Sebab bagi aku lelaki kalau tak minat bola dia memang lain macam. Sebab aku ada kawan lelaki, diaorang tak suka dan tak minat bola, banyak kali aku tanya why bro? why bro? why? why? what's matter with u bro? (sebanyak 18 kali). Sampai tahap dia jawab bagi package pelempang sekali hahaha. Sebab lelaki sesuai dengan bola. Tapi ada jugak lelaki yang tak minat bola tapi dia minat Tennis, Golf, Badminton, Guli. OK. Boleh dimaafkan. Janji dia ambil tahu hal sport. Baru dia Man.

Lelaki dia kena aktif dalam sports. Dont offended pls kalau korang or laki korang tak aktif sports. I was just being random. Tak ada istilah betul atau salah dalam memberi pendapat masing-masing. Anyway, for me dia akan nampak seksi dan gagah (walau pon tak ada six pack tapi ada six lemak). Aku rasa dia tak membosankan sebab dia ada minat. Oh comelnya pergi dating kat Adidas sama-sama sebab nak cari track pants!

Macam aku, aku suka Isma bersukan. Yer la dia dari zaman sekolah sampai sekarang related dengan sukan. So dia akan lepak chill tengok bola, main bola dengan kawan-kawan laki sahaja. Bagus aku kan. Sporting and very lovely indeed. Untung Isma kawen dengan aku. kehkehkeh (Gelabah!)



Impian Isma utk letak nama anak Ibrahimovic. Memang BIG NO NO. 
Aku bangkang dari awal.
 Satu - nama pakcik aku kooott Ibrahim.
 Dua  - Movic? Ingat ni rusia ke ape?

* BTW, Ibrahimovic is bosnian ye. Gigih aku tengok wiki 




Friday 13 June 2014

PANDORA USA dan Pandora dan Pandora Lagik


Assalamualaikum

Tgh2 hari ni tetiba plak tingat kat Pandora Kuwahaja namanya nafsu ni. Pastu pergi carik pasal dok belek-belek album dalam FB Pandora dia. BTW, ni la pandora yg ORIGINAL ye agak murah dari butik. Sebab dia dari USA.  Lawa kauuuuuu... jejeh ayor lior nengoknya. 



Ok now, lets check it out pandora yang ada dalam FB beliau. Hensem-hensem belaka.... 


Korang nak beli set mcm nie pun boleh or korang nak beli rantai sahaja pun boleh. Yang tentunya memang murah dari butik. 
Tak la murah sampai puluh2 ringgit nakk.  Gegirl semua jgn la tanjat dengor beratus2 terus tutup blog ahkak nii.. amboiiii... Ni Original... yg puluh2 hengget org jual berlambak2 dlm insagram tu replica nak tahan lama mana sanggat kan. 

Baik beli Original.. yg penting quality. Kata nak pakai lama kan?

----pause----

OK. Sambung balik cuci anak mata



Nak pesyen cenggini pun ada. Tali jenis kulit. Kat butik pun ada sama mcm ni. Dont worry baby. 

Bracelet RM245.00



Sabar jer aku tengok banyak charm yang cantik. Rasa macam nak beli jer. Tapi bila pandang purse tengok nipis semacam. Terus melupakan hasrat. Scroll laju-laju ke bawah sambil menangis di dalam hati T_____T



Salah satu charm yg dijual. Banyak lagi corak lain. Muntah pulak korang aku nempek semua kat sini. 
Harga charm bermula dari RM95 ke atas. Ikut design yg macam mana korang mahukan. Cecantik belako i told youuuu. 

Memancor-mancor!


Jenis bangle pun ada. RM245 including shipping. (bangle sahaja ye--Charm harge lain)



 Lawaaaaaanya! Korang minta suami tersayang belikan ye. Senang! 




Ni aku dapat ni mau jalan hidung tegak ke atas jer kan kan kan. Itu pasal lah tak dapat ha ha ha 



Sparkling bow pandora ring tajuknya. Gile comel! keluaran pandora juga ye kawan2 dirahmati sekalian.

RM195


Deposit  RM120  (SIZE 50, 52, 54, 56, 58, 60)


OK.

Bila korang nak order tu kena bagi deposit 60% dulu..once barang smpi baru bayar balance,,,sooooooo consider mcm bayar 2 kali la... Bagus kan mcm tu?

Kalau nak tengok lebih gambar selain yang aku attach dekat sini U guys boleh belek-belek dekat SINI. Senang citer aku bagi semua detail.


Tokei Name : Cikin 

Hp Number : 0192998091 (call boleh, wassup boleh, sms boleh, ngorat je tak boleh!)


Dekat FB tu lagi banyak lagi gambar koleksi comel-comel, pinaor-pinor mata, geram-geram, berahi-berahi, pitam-pitam and many more. Jangan lupa visit. Jangan Memalas. Jangan lupa beli. Tau?

Happy shopping princess!



Wednesday 4 June 2014

Perangai dan Nama Sekor-Sekor


Assalamualaikum

Beberapa bulan yg lepas adik aku, Nad ada ambil 2 ekor kucing. Adik beradik warna oren. Maka terjadilah adegan berebut-rebut pilih nama diaorang. Sebab aku ada perangai diktaktor sikit so aku dah chop satu nama ni dan semua orang kena ikut haha aku suka Shadow. Dia mcm ku dikejar bayang2 resah... Tapiiiiii ceehhh sorang pun tak suka. 

Disebabkan diktaktor aku tak boleh melebihi kepoweran nanny kan, oleh itu nanny dah bg nama muktamad! Oren dan brownie. Nanny ni pon bagi nama tak urban lansung. 
Kasik la nama sebastian ke, orlando ke. Panglima2 aku tu kemain suka tambah yg iman imon tu, dia kejar sampai dapat. Masuk bawah meja kerusi semua. Kalau baik sikit Iman dekatkan muka dia sampai penyek kucing tu. 
Yang kucing tu pon, tak nak nya dia berganjak ke ape ke. Boleh redha jer. Tak de melawan langsung. Boleh lagik guling-guling carik pasal ngan Iman. Memang mendapat la kan.
Dia tu kalau aku tinggalkan kucing dengan dia berdua memang arwah la kucing tu sebab dia akan pijak, jinjing ekor, gomol, sangkut kepala kucing dekat lengan macam bawak handbag. Memang tak boleh dibiarkan.

Aku adik beradik and nanny memang suka kucing. KECUALI bapak aku. Walau dia tak suka, dia tetap bagi kiteorang bela. Dari kiteorang zaman sekolah memang dah ada kucing. Meh sini aku bagitau apa perangai kucing aku dari dulu sampai sekarang.

Simba

Bela dia masa tengah baby lagi. Mak dia nama cicak (see... dah tau sape yg bg nama kan?) beranakkan simba dan adik2 yg lain 4 ekor. Selamber cicak selongkor almari baju nanny cari port beranak. Haha aleh2 terus beranak dlm tu. Kami 4 beradik  memasing dah chop. Aku of cozz diktaktor chop yg paling comel, besar dan karekter diktaktor jugak. sebab ape tau, Simba ni time menyusu dia tepis2 je adik2 dia yg lain tu. bior dia bolot sensorang. True story. Huh kecik2 dah ada perangai! Maka dia lah terpaling besor dikalangan adik2 yg lain. Terus anggap dia abang Long haha

Jefry 

Kucing siam. Warna bulu kelabu. Cantik sangat mata dia. Tokei kedai bawah rumah bagi kat nanny sebab bini dia nak bersalin. Takk sesuai kott ada baby and ade kucing sekali. Nama nak nampak jahat je kan hahaha.. tapi jefry ni baik giler uolls! Nanny tu biorkan je ikan2 mentah atas meja. Sikit pon dia tak heran. Dia hanya memandang dengan mata sepi.

Nina 

Dia ni adik jefry. Tapi bulu tak sama. Kaler oren dan kembang2 sikit ala-ala persian. Tapi nottinyer lahaiii kemain! Perangai totally different ngan abgnya. (Mcm review artiss pula. ehh). Nanny punya tak tahan sikit lagi nina kena buang hahaha kesian. Last-last ada orang nak bela dengan lapang dada nanny memberinya.

Lucky

Dia jantan. Ekcelli lebih pada kucing adik aku, Aiman. Sebab dia yg bg nama. Dah besar teruna suara mcm orang sakit tekak. Tak boleh mengiau kuat. Suara tak lepas. Masa lucky kanak-kanak adik aku Mira pergi bantai bagi minum air sabun basuh pinggan. Ya ammmmpunnnn... Nanny punya mengamok kat Mira siap ugut tak bagi makan malam. hahahahaaa kelakar sgt bile diingat2 balik ni. Kesudahnya sampai ke besor suara Lucky mcm baru lepas baligh hahaha 

Nelly

Korang tau rappers nelly tu? Lagu hot dia hot in here. Aku suka giler kat dia. Very the hot! So Mak nelly yg cicak tu. Tapi ni anak cicak yg batch ntah ke berapa ntah. Bukan batch Simba. Baik sangat nelly ni. Ape semua kita makan dia ngendeng. Even durian pun dia bedal. Biskut, kacang, kuaci, roti, aiskream eh semua la yg manusia mkn dia suka makan juga. Usia dia pon panjang. 13 tahun. Nanny catit bila  dia wujud di mukabumi ini sampai dia mati. Sayang sangat kat beliau. Dah dah. Jangan bela kucing kalau tanak sedih bila kucing mati dulu dari kita. OK?

Dyer

Dyer ni, Aiman yg bg nama sempena nama footballer kesayangan -- Kieron Courtney Dyer. Bila dah besar bertukar jadi bapok. Lembik, tak bising, manja sangat & tak reti nak kahwin. Hahaha. Tak segagah lansung dengan nama.   Kami suka dia jadi kucing jantan tak ganas, balik rumah tak luka-luka, asyik perap je dalam rumah.

Nah,, demikian karekter kucing2 yang sangat popular di rumah kami. Ada ramai lagi tapi dah tak ingat nama. 

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah