>

Thursday, 7 March 2013

Ayat Suci Al-Quran Untuk Anak Demam


Assalamualaikum

Irish dah demam since hari ahad itu hari. Sampai ke pagi tadi, badan dia dah sejuk sikit. 

Dah la irish ni jenis susah nak makan ubat. Nak kasi makan ubat demam and antibiotik ni dia punya menangis mcm kena dera, tu belum lagi brp ML je yg dpt masuk. Lain semua luah balik. Memang menguji kesabaran sungguh. Dah la risau demam tak surut2, lepas tu bila celom kepala dia mengamuk tak suka. 

Semalam kami laki bini tak pergi kerja sebab bawak Irish ke rumah Pakcik akak, Pak Ngah. Pak Ngah akak ni pandai dalam berubat budak2 demam. Pagi semlm kami pergi rumah Pak Ngah then terus berubat. Akak tgk Pak ngah guna dua bijik bawang putih , baca2 ayat al-quran then sapu seluruh badan Irish. lepas tu buat air jampi untuk celom satu badan irish. Akak bungkus bawak balik air celom tu. Sejuk lah sikit badannya.

Ada sesuatu yg akak buat bila anak2 demam ialah dengan membaca surah Al-Anbiya ayat 69 sebanyak 9x lepas tu tiup di kepala (maksudnya :"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!") dan lagi satu surah Al-Mulk ayat 14 pun sebanyak 9 kali dan tiup di kepala (maksudnya :Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!)

Bacalah surah Yasin juga. Surah Yassin kan mempunyai 1001 khasiat, kebaikan kelebihan dan penawar.  

Kedua-dua ayat dalam surah ni akak dapat drp ceramah Dr Fatimah Az-zahrah. Keajaiban Surah Al-Quran memang tidak dpt ditandingi. Baca Banyak kali kedua-dua ayat ni dan surah yasin, Insya Allah demam anak akan kebah dan surut. 

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah