>

Friday 27 March 2015

Astro Kena Potong dan Suami Goyang Kaki Di Rumah (Amboiii Nih!)


Assalamualaikum


Bebaru ni kannnnn??? Jalan2 kat Wangsa Walk. Agent Astro ada bukak booth kat situ. Bila aku lalu depan tu salesgirl tu approach ahkak kiut 

Salesgirl : Rumah akak ada Astro?
Me : Takde. Last year je ada pas tu terus discontinued dah.
Salesgirl : Kenapa? Akak duduk menyewa dengan kawan-kawan ke?
Me : Eh,tak la. Duduk dengan family tapi kitorang memang tak nak Astro dah.
Salesgirl : Kenapa pulak tak nak? Astro kan best.

Erk, perlu ke jawab? Hanya semata-mata ia best, maka wajib ada Astro kat rumah ke? 
 
Astro best ke? Jujur lah memang lah best sampai goyang bontot sebab dpt mcm aku kaki tgk citer berseries like revenge, suits, scandal bagai tu.  Tapi, rumah parents aku ada Astro so bila balik sana, baru layan. Aku pun bukan minat semua channel. Aku setakat layan Diva, Star World, dan  Movies (sikit-sikit - menipu.. lebih sebenarnyer hehe)

Kalau nak suruh layan Astro masa hari bekerja macam sekarang ni, memang takde maknanya. Aku bgtau masa ada astro dulu bukannya aku dpt tgk sangat. Kadang tu bersaing2 ngan anak2. Depa manjang nak tgk disney junior ( High 5 semua season yg sampai aku dh boleh hapal lagu n step menari hoihhh), bila time Isma tgk bola, anak2 dok hulur suh tukar channel pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Harap ISma bertabah lah! Remote sampai kena sorok pasal irish tu dah tahu tekan Six one Three (#613) So uolls dapat bayangkan bila kat rumah  ada Astro pukul berapa baru aku akan layan Astro eh?


5.30pm - Sampai ke rumah.
6.00pm - Masuk Dapur (kalo tk masak jam2 ni sapu rumah)
7.00pm - Rehat DAN MANDI
7.45pm - Solat
8.15pm - Makan Malam
8.45pm - Start suh anak2 tgk buku dan baca buku. Ajar Irish membaca. Iman menulis. Tapi iman banyak menggelending main
9.30pm - Kemas dapur. Gosok baju kerja dan baju sekolah.
10.30pm - Tengok TV. borak2 ngan Isma
12.00pm - Tidur. Kadang tk tentu gak sebab irish tu mata dia boleh tahan burung antu berjaga sampai jam 1 pagi semata nk tgk big heroes T________T


Berape lame je tengok TV? Honestly, bukannya tgk sangat pun. Banyak yg terlelap. Rasa macam no point kami sambung semula Astro sebab tak tengok sangat. Kat TV biasa pun banyak drama menarik tiap-tiap malam. Salah satunya nasuhaaaaa (ohh abg fattah amin ku yg sado! kecik besor kecik besor je aku pandng dia. hotttttt sgt ko ni dh kenape!!) 

So takde hal la kalau takde Astro. Nak tgk movie beli je DVD cetak rompak (yes jgn tiru cara aku tk menyokong original heh.. mahal kottt.. ngan GST lg nieh) nanti kami tgk sama2 laki bini.

Tengok jadual kat atas tu,aku rasa penat. Pfff. Orang kata, seorang isteri kerjanya takkan habis hingga ke saat dia melelapkan mata di malam hari. Betul ke? 

Betul kot. Tapi tak bermakna seorang suami goyang kaki lepas balik dari kerja kan? Aku bersyukur sebab isma ada lah vitamin rajin dia tu.  Erk, mungkin sebab aku paksa delegate kerja kot. Hahahaha. Terima kasih Bie sebab rajin tolong saya... rajin basuhkan kain tiap-tiap malam, sidai dan angkat sekali.Nahh ni dia pesanan khidmat masyarakat - Kalau boleh tolong lipatkan sekali yeh? Dah SEBILIK tak berlipat? aduhhh sape kena buat tuuuuuu *nangessss* . 
Kadang memalam sebelom sleep dia sapu ruang tamu. Sapu saje tak pe ye. Ni sekali sapu ngan lego2 kecik2 sepah atas lantai tu cedok masuk dlm bakul mainan panglimas. Nanges bini tgk. Yg bini ni gigih la tonggeng2 kutip sebijik2 lego tu. Yg dia sederappp sapu terus! Geram nak kunyah kot?

I think it's important to share responsibilities. Takot bini tak boleh nak bahagi masa pada keluarga. OT tgh malam lagi. Dah penat seharian dari pagi sampai ke nak tidur, mana ade mase menggentel dah?  Ecececececc. 

Kalau seorang isteri boleh sama-sama keluar mencari rezeki, apa salahnya seorang suami menolong isteri di rumah. Aku teringat seorang ustaz berkata dalam program Semanis Kurma. Katanya, seorang lelaki akan menjadi rajin atau malas, bergantung pada cara dia dididik. Jika kita mahu anak lelaki kita rajin, suami kita kena rajin. Anak akan jadikan bapa sebagai role model. Kalau dia tengok bapa dia jenis goyang kaki tak tolong mak, si anak juga berpotensi untuk menjadi seorang suami yang goyang kaki tak tolong isteri. Bagi dia, itu bukan tanggungjawab dia. Sebenarnya, kita boleh je slow talk dengan suami kita (in case dia jenis goyang kaki). Minta tolong dia. Lama-lama suami akan ringan tulang, memahami dan ia akan menjadi rutin. Kalo tak jalan jugak,  rajin2 lah baca selepas solat 100 kali, Ya Latiff...Ya Latiff....Ya Latiff :)

Lagi? Ok. Since isma dah semakin kurus badan dia, terus aku rasa aku dah mok mok. Pastu stress lepas bersalin kena nekad kurus. Lepas tu asyik cepat penat. Yer laaaaaa mana tak penat dah debab kan? Isma asal pakai baju seluar mesti cakap saya dah kurus kan? sambil tunjuk seluar dah boleh kancing. Dulu tak boleh kancing sendat pun
pakai jugak hahaha. Malas nak layan. 

Ni lagi pesanan khidmat masyarakat - Badan dah selim tu tolong2 lah bini mandikan and basuhkan berak anak2 pulok yah.. tak yah sangat melekat duduk atas sofa mcm ada magnet bila bini suh basuh berak anak2 haha!


Friday 6 March 2015

Asyikkk Teringin Makan


Assalamualaikum


Ha.... Sesapa yang frend FB dengan aku tu diam-diam jer la eh? Layan jer la gambar-gambar yang aku up kat FB. Sebab kiter ongtua memang macam ni. Tengok gambar dalam album FB baru la fikir nak buat cerita apa. 

Dah. Tekak ni pulak kalau dah teringin mana boleh nak fokus dah. Kepala dok terbayang jer. Jangan malam ni jilat kepala irish n Iman dah. Dah la kepala diaorg dah bau ketiak aku tu ha.  Tapi korang ok jer?? Wangi jer kan??

Ok. Back to the topic. Rasanya minggu ni jer la yang banyak mkn di luar sebab mom korang ni malas masak walaupon papa ada beli stok 2 kilo ikan keli. Dah knp sampai 2 kilo bang? Bini ni dah la penakut menggoreng ikan tu meletop2.. habis la lobang2 tgn jemari I. Anje sangat. Pang nak?? 

Memasak free time weekend since 2-3 minggu lepas. Dengan tak larat ni. Dalam kepala manjangggg teringin nak makan nasi arab. Fefeling lah nanti baby kenan muka arab hihi. The best nasi arab of coz la dekat the Saba Jalan Jelatek.

Isma semalam BZ sangat mcm kalahkan Kak Mah. Ptg dia amik aku di off terus tuntut kat dia, 'belanjer saye makan Saba. Nak makan nasi arab'. Pastu kata Isma, 'half half lah bayar' Hoihhh mcm tu pun boleh? Sebab dia tak gemor nasi arab. So dia ala makan tak makan buat syarat jer lah.  Drama.... Irish n Iman, dah besar jangan nak ikut drama Papa eh? Lelaki kot? Bedal jer lah semua.

Sampai-sampai jer kat Saba, Irish dan Iman ade lah duduk 10 minit. Lepas tu start berlari panjat sana sini. Bila makanan sampai, tak dibaginya kiter sentuh langsung. Nak suap sendiri memasing.  Mangkali diaorang berangan dah abam kawasan kot? 

Tu je citernyer. Ape macam tergantung je kan

Kali ni dia mau suap sendiri. Selalunya papa dia yg suapkan. Agak comot laaa

I tell you, my anak ni memang kusss semangat kuat makan, tapi badan menten.. cer mom ko ni mkn banyak terus jadi belon.

Aku tgk pic dia masa baby, berubah sgt muka dia dah besar ni. Masa kecik ala ala muka tok mat (bapak aku), Isma dah macam alaaaaaa... eh bie ni.. biarlah sama cam muka bapak I. Nak semua ikut belah dia lah tuuu

Kalau nak tau dialah paling Win tak duduk diam. Nampak tu Berpeluh. Padahal dlm ni ekon T_______T



Wednesday 4 March 2015

Orang memang ramai teka saya baby apa?


Assalamualaikum

Minggu ni dah 5 bulan yakni 24 weeks umur kandungan.... 4 months to go and rasa berdebar-debar jugak rasenyer nak bersalin huhu
Preparation untuk baby? Heeeeeee..... 5% jer kot? Selamba jer tak beli besungguh-sungguh. Bukan apa, segala barut, bedung, baju2 kecik abang2 dia punya elok lagi. Tunku batu pun masih berbalut ngan daun mengkudu hohoohoho. Cuma now ngah cari comforter baby. Tgk dlm insta rm80 ade, RM120 pun ada, Yang ni aku masih sebok nak google sana sini.  Murah semestinya. Heeeee. Nak yang murah jer kan?

Well hari ni aku bukan lah nk citer preparation brg baby pun, tp more kepada fizikal mental untuk pertambahan ahli baru. Sebab anak sulung baru 5 thn, anak 2nd 4 thn so both masih kecil lagi perlukan perhatian kami laki bini. Aku baca blog namee roslan pagi tadi, dia kata - Jangan stress untuk berita gembira.. gituh lah tajuknya. Memang kena mengena dgn pertambahan baby baru yg rapat-rapat.

To be honest kan... masa dpt tahu mengandung (this time tk check lagi air kencing), sebab my period memang regular, eh dah tetiba seminggu lewat ko boleh agak lah mesti ade sesuatu kan, aku rasa berdebar jugak - eh dah ready ke no 3 ni? Tak lah stress cuma perasaan tu ade dang ding dung la.. Fikir banyak sangat. Padahal before2 ni bile org tanya bila nk tambah lagi no 3, ngan konfidentnya thn 2015 laaa pregnant semula. Masin mulut 2015 pregnant hehe.. Masa sebulan lebih kandungan aku, iman masuk hospital sampai sebulan 2 kali. memang mencabar minda segala-galanya. Seminggu jaga iman di hospital. Tak dpt rest secukupnya. Aku sangat bersyukur tak ade alah muntah2 semua tu. Kalau takkk mmang papa dia lah berkampong kat hospital. 

Iman now dia ada hobi baru. Yang somehow boleh buat Isma heart attack. Haha. Isma sekarang memang aku nampak level of dia punya kesabaran dengan Iman teramatlah tinggi. Dia la paling merajin layan Iman main, gomol  semua. aku pon tak serajin dia. Letih lah memanjang haku ni. Lagipon boys kan? They just weird. Apa menda main lawan-lawan angin bertiga2 org tu lepas tu tergolek jatuh sorang-sorang and happy. Tapaham aku.

Patut nya bersyukur kita dapat zuriat. Rezeki paling mewah. Betul kan? Macam aku memula tak ready no 3 ni tapi bila Fikirkan yg posotive dan baik2 saja insyaAllah Allah mudahkan segala urusan kita. 

Allah bagi rezeki anak tapi kita tak happy mcm tak bersyukur pula kan. Cuba fikirkan pasangan yg dah 5 thn kawen masih tak dapat zuriat and macam2 cara mereka usaha ikhtiarkan. Ada yang berurut, berubat, jumpa dr pakar, cucuk subur eh macam-macam cara.

Phewwwww sskema kemain entry kali ni. Mak-mak sangat. Sebab dah mak-mak sangat kan, Bz ngan anak laki and tunang memasing makaaaaa ahad tu hari jumpa BFF sek men minum2 makan2 kek, minum celery apple. Hilang haus! 
Best wohh! Tiga org je pun. Tapi bising mcm tak sedor diri yg 2 org pregnant dan sorang lagi bakal menjadi isteri solehahh

 



Shipah kata, dia redha jer kalau orang cakap gemok. aku pon suruh Shipah redha. Jarang la orang pregnant yang tak gemok kan? Nora Danish je yang tak gemok. Yang penting nanti dalam pantang, pantang bebetul. Macam aku, kali ni tak naik berat, eh bising lah nurse. Habis aku makan banyak pun cenggitu nak buek cam ner? Nak menurunkan berat tu senang, nak menten tu yang seksa. Nak-nak pulak lepas habes pantang semua menda nak makan. Kalau boleh, lembu nak makan sekor, durian selori. Baru puas hati. =P



Perrrrrgggghhh. Hebat giler! Shipah tak sampai lagi habis sepotong kek aku kerejakan


Tudung itam tu tgh excited tunggu bulan 5 ni.. bakal membuat perasmian 1st nite kan ekyn kan weeeeeeeheeee. Minta2 muat la baju tema peach semlm aku beli utk pakai majlis resepsi dia



Malam ni bukan malam Jumaat kan? Kbye. Haha

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah