>

Monday 29 April 2013

MAINAN YAHUDI YANG WAJIB UOLLS TAHU!


Assalamualaikum


"Sedarkah Uolls kopi dan daging kambing adalah minuman dan makanan sunnah nabi?"

 No 8 paling kritikal

1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam. Mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing. Mereka minum apa yang diminum oleh nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita? Kita ikut orang Zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi dalam hati ayam. Maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kita diajar memakan daging kambing tinggi kolesterol, namun daging kambing juga adalah makanan nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Selepas itu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


# Diperolehi dari HPA Stokis 


Tuesday 23 April 2013

Rahsia Dalaman


Assalamualaikum

Asben akak kate Iman ni kepoh cam akak. 

a ah betul lah tu..akak memang suka kepoh lagi2 gossip artis. Matiilah kann

kepoh lagi sikit2 camwhore masuk dlm wassup group kezzen meleTOP. Kes mendera otak diorang la kasi stress tgk pic akak



Cik asben akak ni jeles bila akak plan sendiri2 pergi cuti2 bersama teman sehidup semati atau ngan kazzen 

Last week kazzen ajak pergi pulau lombok..next year je pun.. alah..ade lah 3 hari kot percutian..but girls only.. NO punai and NO belalai eh

bile akak call dia tak kasik! Akak sentap Uolls. Kang akak memberontak pergi jugak kot terbalik plak akak atas bot tu.. eeeeeiiii menci menci

kemudian Kazzen ajak pergi Vietnam.. jawapan pun same tak kasik.. semua tak boleh tau. Paksa2 suh dia kasi jugak pergi menderhaka namanya. Dasaaarr .. Tak apalah. Luka boleh sembuh kan?


Apa-apa sajalah! 


Ni konsep 2 in 1 kekdanya. Cerita sekali gus! 

haa ni dia assistant tak berbayar. Sibuk nak pegang gunting lah, nak cucuk jarum la. Ko nampak apak tgk menjahit tikar koyak tu. Koyak tu bukan main besar lagi dr ujung sane sampai sikit lg nk ke ujung sini. Gigih dia menjahit. konsep berjimat kekdahnya. Kalau akak dah campak buang la

Iman ni memang kepochi. Pantang ape org buat dia nak sibuk. Bila iklan keluar kat tibi, dia dok mengadap kusyuk. Kalau dia dlm bilik berlari ni nak tgk iklan punya pasal. Akak suspect besar nanti mesti kaki shooping. Kepoh brand apa yg baru di pasaran 

Perangai dia, bila akak mengajar abg, dia buat selamber badak duduk atas buku tu boleh? tak gerak2 dah. duduk selagi tak angkat dia. Abg pun cepuk dia, dia tak kasi can... dia lepuk balik abg dia. 

Ujung ujung abg yg menangis. memang Akak gelak. Mat leleh lah!  Iman memang kuat semangat. Lagi lasak dari abg. Suara bass besar. Suara abg haluss lembut. 

Anak no 2 kot. Ye ke eh? 





dia paling small, dia paling tak reti dok diam

Tak boleh dah org lain bawk beg dia hantar ke bbsiter. Sendiri mahu bawak beg



Friday 19 April 2013

Best friend for Life


Assalamualaikum


Akcelli anniversary kami semalam! 

Kekonon tak nak menggedik masuk dlm blog

tp akak kan memang gedix so uolls tatap la pic kat atas ni

Kami kepit kepit ada sijil nikah! Kau Hado? 

Muahahahahahahahaa 

Gelak ni kena 6 harkat ye. Jgn Lupa qolqolahnya sekali....

Memula khawen kan

Kalau merajuk akak mesti masuk bilik

Terperap kepam la dlm bilik tu, mengharapkan cik asben ckp cam gini

"baby baby..sorri.. jom pegi tgk showroom car, saye hadiahkan BMW yer"

tp haraaaaaammm

lagi dia tetaplah kusyuk tengok manchester city lawan liverpool

Dia buat derk dia je

Last last akak sendiri healing hati ni tau

Tak shukeeee 

Tapi sekarang....

Dah tak ade de nak masuk2 bilik

Bila dia tanya ape-ape atau dia nak berborak

Akak buat tak tahu..*Sila bercakap sesorang ye

Lame lame dia bosan sebb akak tak response langsung

lepas tu dia start proses memujuk

Tak de la pujuk nak rembat BMW tuk akak

dan dia tak ckp pun Sorry 

tapi....dia akan cakap soft soft apa yg tak kena

*.............selebihnya tak yah citer la kens

Hoyeh..hoye...akak joget2 gembira

Guna tektik ni menjadi lah

Baru dia tahu tak best tak ada rakan sembang and gaduh

Monday 15 April 2013

Normal...Itu normal


Assalamualaikum

Akak rasa dah ada habit baru

Setiap kali isi minyak akak akan menGELUH

Tapi cara ini tidak menjimatkan minyak akak

Kalau tak isi minyak mcm mana pulak kereta nak bergerak?

Maka kita guna kenderaan awam

Tp...*muka kepam sedih* malaysia ni perkhidmatan kenderaan awam masih lagi di tahap..well... *batuk sekejap

lagi pun jauh laaaa dari rumah

Apa nak guna?

Menapak? 

Menangisi harga minyak yg makin lama makin naik?

Ya! Ini jenis soalan cari pasal. Jgn cuba kalau Uolls tidak punya ilmu kebal. Ha ha! 


Friday 12 April 2013

Belut Badang


Assalamualaikum

Akak lepakking depan TV tgk discovery channel pasal river monster untold stories. Pasal belut. Ni bukan spesis belut yg Uolss mkn kat Sushi King or Octopus tu, ni spesis besar gabak dgn panjang dia lagi dah mcm ulor sawa rupe dia

Belut ni citernyer di sungai Kawasan Mexico, ade sorang koboi mexico tunggang kuda lalu sungai yg ada belut ni. Lepas tu mati sebb kena renjatan elektrik belut. Belut tu tak makan pun dia. Bila je kena air sungai tu dan dan kat situ jugak kojol. 

So ahli pengkaji ni siasatlah pinca sebenar kematian koboi tu. Tgk tgk kat sungai tu adelah dalam 50 ke 60 ekor belut dok berkampung kat situ. Banyak okeh! geli pun iyer jugak! Maknanya air sungai tu memang dah ada kuasa elektrik drp badan belut tu sendiri.

Akak teringatlah arwah tok akak ada bela 2 ekor belut di bawah rumah dia. Tok akak buat kolah batu tuk letak belut tu. Bila kami balik kg 1st thing kena tgk belut tu lah. feeling2 mcm tgk ikan warna warni dlm kolam lah. Ntah ape yg best pun tak tau

Bila tok akak meninggal dunia taun 1988, belut terus hilang. Gone macam tu. No idealah org cuti ke, org makan idup2 ke, dia merajuk ke, ntah lah labu. 

Mistik kan

Monday 8 April 2013

Cerita hantu tak ada faedah


Assalamualaikum

Takut tapi nak tgk jugak

kadang2 hairan tgk sepupu2, anak2 sedara terjerit2 dan terlompat2 takut bila disergah oleh hantu, pochong dan pontianak di tibi. Baik filem tempatan atau dari luar impaknya sama jer. Takut nak tgk tapi tetap juga nak tgk. 

Maka diaorang menyorok di belakang emaknya, ada yg mengintai di balik pintu atau ada yg duduk jauh2 di belakang. Yg tutup mata sebelah guna tangan pun ada. 


Ada rasa takut mcm naik benda alah ni tak?

Dah tahu takut siapa suruh tgk cerita hantu. Filem tahyul ulang tiga empat kali pun diorang tak bosan2. 

Asyik2 kisah hantu betina merayau-rayau mahu membalas dendam atas jantan durjana yg merosakkan dan membunuhnya. Asyik2 hantu yg diupah oleh org utk merosakkan rumah tangga org lain disebabkan dendam kesumat yg memang sebati dengan org melayu katanya.. Asyik2 kisah hantu konon memberi pelbagai signal kepada hero atau heroin utk membogkar misteri pembunuhan dan entah apa-apa lagilah.

Mana real ghost story?

Cuba buat filem/cerita hantu dlm bentuk kisah benar. Contohnya menghasut manusia supaya sentiasa berbuat jahat, menakut-nakutkan dan membimbangkan manusia dengan soal rezeki, menyesatkan manusia drp jalan kebenaran, menimbulkan pemusuhan sesama mansia, melalaikan dan mengelirukan manusia dalam urusan agama dan macam-macam lagi

Setuju tak dengan akak yg itu adalah half drp tugas2 syaitoon dan hantu, belum lagi kisah pintu2 masuk syaitoon ke dalam diri kita, bermacam-macam gaya tipuaan syaitoon dan 1001 perihal alam syaitoon yg perlu kita tahu.  

Kalau setakat filem hantu cekik orang lalu mati dan si mati menjadi hantu, kita as penonton tak dapat mengambil apa-apa faedah pun. Syaitoon pun bersorak bangga sebab kejahatan sebenar mereka masih gagal kita bongkar dan dedah! 

Friday 5 April 2013

Baju terpakai? Hina sangat ke?


Assalamualaikum

Angkat tangan! Siapa pernah beli baju terpakai or bundle?

Mase akak dok Rawang dulu kan, berlambak2 kedai bundle tepi2 jln tu. Pernah lah singgah dan pernah la beli baju dress 3 helai lagi sebb each is rm5. Bapak murah kan! lawa Jah.. akak siap pakai pergi off okeh. Off mate pun tak tahu sebb nampak brand new. 

Cik asben pun terjebak beli jugak seluar jeans bundle brand TommyHilfiger. Tak ingat dah brp hinggit. Dia punya lusuh tu ya ampun dah mcm kain buruk. Beli tetap beli bro

Baju bundle ni selamat utk dipakai. Balik rumah rendam baju bundle ngan air panas semalaman lepas tu baru bilas. kalau nko rasa geli lagi takut kena kurap panau kayap lipas cicak, rendam sekali ngan klorox yg utk baju bercolor tu

Memang sesetengah orang geli ngan baju bundle ni. Ada yg kate ape kelaaaas nak pakai bj bundle. Eeeeuu...Baju 2nd hand kan. Eleh..Baju 2nd hand tak boleh pakai, yg nko tu sendiri 2nd hand boleh pulak? hahaha..jgn cebik kan mulut, siapa suruh buat projek sebelum khawen kan dah tention

Ada org yg teringin pakai baju brand tp tak mampu, maka pergi la mencari kat bundle. Akak ada kenalan lelaki yg suka beli baju bundle. Bila akak tanyer apesal nko suka shooping bundle, dia kata pakaian bundle unik, original, branded dan best. Tepat jugak apa yg dia ckp kan tu.

Terpulanglah pada pandangan dan citarasa masing-masing. Nko ada duit berkepok mampu beli baju branded dan mahal belilah. Rasa-rasa duit ala kadar tp nak pakai branded boleh je cari kat bundle. Tak ada saper pun kisah. 

#'tuit'lah apa saja. siapa pun tak kisah





Wednesday 3 April 2013

Ada Mesej Utk Kamu. Harap Mengerti


Assalamualaikum

Ada perkara-perkara yg membahagiakan yg kadang-kadang kita terlupa bersyukur atau mungkin kita tak sedar.

Bersyukur untuk rezeki dpt merasa makan yang best best. Akak ni walaupun 'tembam' tp makan tetap kusssss semangat. 

Entri ini ringkas sahajork. Cuma ada sikit gambar2 bahagia dari handphone. *Maap lah pic tak brp clear sgt. Pakai samsong ajek











Bersyukur dengan kesihatan badan dan mental yg sihat. Selepas solat ambil lah masa 5-10 minit mambaca Al-Fatihah 3 kali dan Zikir As Shifa' 3 kali 

Bersyukur dikurniakan anak-anak yg sihat dan pandai. Rajin rajin membaca surah Al Insyirah, surah AL Anbiya' ayat 79. 

Zikir Ya Latiff 7 kali ditiupkan di umbun umbun anak







Syukur untuk 3 budak jantan yg akak sayeng banget







Amalkan membaca surah Al-furqaan ayat 74 untuk kebahagiaan sekeluarga. 

Syukur Alhamdullilah di atas segala nikmat yg dikurniakan. Masalah tu memang tak boleh lari. Senantiasa lah berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberikan kekuatan utk mengharungi hari-hari yg mendatang. 


# Hidup macam makanan. Manis, tawar, masin


Monday 1 April 2013

Diserang Gigitan Cinta


Assalamualaikum


Early warning: cerita kali ini agak seperti membuka pekung di dada,dan menimbulkan ketidak puasan hati pd seseorang pihak.  siapa seseorang pihak tuh? nanti Uolls akan tahu. huhuh..





Akak selalu mcm merungut dgn gigitan2 cinta yg diterima. ok, dont get me wrong, ini bukanlah gigitan cinta dr sang suami, tp gigitan cinta dr serangga2 yg tatau tah mana celah muncul pulak sejak 2,3 menjak ni! especially nyamuk! 

Cissss ko nyamuk! :(

Especially bila bersenang lenang kangkang kat ruang tamu, asben and anak-anak elok je tk de dok menggaru tak tentu hala. Yg akak ni Hoiii..suka betul lah diaorang nak gigit. Sebb darah akak jenis AB+ yg diorang ketagih sedut darah akak? kejab kejab tepuk betis, kejab kejab tepuk lengan, pipi pun ada. Dah tu kulit jadi bintat-bintat merah. Nampak horror.

Dah siap pasang ubat nyamuk elektrik pun tak lut. Nyamuk Bandar ni kebal sungguh la. Yess! Akak taruh losyen baby jonson&jonson  kaler pink tu....moisterizer duapuloh ampat jam dan hasilnya taaadaaaaaaa..... Nyaman idup. Tak gigit dah. 

Mujarab!




 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah