>

Tuesday 14 August 2018

Bercita-cita nak update blog everyday (Hak tuiii)


Assalamualaikum


Aku saje bukak blog bersawang ni. Rupanya last entry thn 2016. Teruk sangat perangai tu.
Aspalela sungguh!

Mase last entry anak baru 3. Tahun 2018 anak dah 4. Cepatnya masa berlalu. Sekarang dah bulan ogos. Eh lagi sebulan anak aku no 4 tu setahun dah uollssss! 

  
Last year sedang pregnant no 4. Muka tu tak boleh kembang lagi ke? 



 IRish masuk darjah 1. last year jugekk



irish lagi. 


 keje - keje Makan


ikutkan banyak nak cerita. tapi malas datang kembali. Lain kali la kita sambung yea. kah kah.
Lain kali tu tak tau la bila kan. Tajuk entry atas poyo sgt ni. Jangan kena tunggu lagi 6 bulan atau tahun 2019 sudah la yeh. 

Tata!




Wednesday 25 May 2016

Putrajaya United Football Academy Macam Ni Kah?


Assalamualaikum

Hari ahad baru-baru ni, cam biaso aku telah mengekor isma ke Bukit Jelutong untuk tengok anak-anak main bola sepak dan memberi moral support dan menjadik ketua gengster atau kaki pukul penyokong kepada team Irish and Iman. 
Eleh.. Tengok main bola tu tujuan kedua sebenarnya, tujuan ketama ialah melepak-lepak bersama mom-mom yang lain. Lepak dalam erti kata sebenarnya ialah bergurau senda, bergosip-gosipan dan MAKAN, Makan Makan Makan! Lagi-lagi makan. 

Aku nak citer banyak pasal bola semua ni pon tak pandai sebab tak berapa nak tau. Senang cerita begini,  Isma ada menubuhkan kelab bola sepak tajuknya Putrajaya United Football Academy untuk kids lelaki dan perempuan usia minimun 5 tahun hingga 17 tahun. Tempatanya di Putrajaya Sec 8, Setiap hari ahad, jam 9.00 pagi. Kelab tersebut dah start dah dari Disember 2015.

So, paling mudah untuk semua worang kalau nak join ialah call atau whats up my Isma gemok di 013-6282 282. Korang call, whats up je Isma  tanya dia berapa monthly fees apa semua tu. Tak boleh hutang-hutang semua ni or 5 kali bayar macam main kutu periuk dekat kampung. Hahahaha. Once bile dah join, Isma akan bagi set baju bola free. FREE Ye. 
Lepas tu, nanti lepas raya diaorang ada match friendly game di Melaka pula. Haaa dont play play aaaa.. Team Kelab Isma ni merata dah pergi lawan bola. Yang utamanya tiada siapa pernah injured, memang selamat dunia akhirat. InsyaAllah.



Geddit? So sekarang dah boleh slow talk dengan suami atau isteri  lepas tu zaaaaaaapppp WhatsApp !


Tak silap aku, gambar ni masa bulan pertama Kelab Putrajaya United ditubuhkan

Friendly game dengan kelab bola sepak budak-budak Jepun. Comel betul. Siap keeper diaorang budak perempuan rambut tocang.

All the coaches. Yang buat aku kagum dengan bebudak ni, dengar 100% apa yang coach bagi arahan. Sikit pun tak melawan.
Bila time training, siapa yg masih melepak tepi padang tu kan, siapa lambat, coach kira 1 sampai 10, menggelupur semua masuk padang haha

Para-para coaches pulak bukan calang-calang orang ya. Semuanya bekas pemain-pemain  professional pernah main untuk negeri dan kelab ternama di malaysia. 

Friendly game dengan team PKNS


Dulu Isma main dengan team Malaysia dan KL tahun 1997 kan. Dia main defender, tapi anak-anak macam tak minat ke arah sukan bola. Senang cerita tak minat bersukan lah. So, bila papa nya sendiri menubuhkan Putrajaya United ni, papa gesa lah jugak anak-anak dia join. Masa mula-mula join,  Irish dan Iman main hentam jerk. Bayangkan la, main tadek ikut sistem. Main tarammm jerk. Dia la striker, dia la defender. Kekadang aku tengok diaorang  penat kejar bola satu padang, golnya tak jugak, bukan setakat gol, sentuh bola pon tak. Terasa macam kena ayam-ayam jerk dengan team kuat.

Tapi bila dah training setiap minggu, dah tahu sistem main dengan betul. Dah nampaklah progressnya dua beradik tu. Kalau diasah lagi, senang la hidup Mom and Papa kalau dua beradik tu terror main ball. Nanti kami dok umah goyang tetek je la. Irish and Iman bagi duit juta-juta. Kata kaya macam Ronaldo kan? Tiap-tiap bulan naik Cruise keliling dunia. Sebab nak naik kapalterbang dah gayat. Haha. Takyah kata handbag Prada, kilang handbag pon Irish and iman boleh bagi. Perrrghhh.

Berangannnnnn je. Ala. Berangan kan free? Bukan boleh bayar. Irish and Iman kena pandai main bola macam Papa. Baru la Man. Lelaki dia kena pandai main bola (selain dari dia kena pandai solat la ofcoz). **Petir sabung menyabung.


Bersama Akmal Rizal, ex- player Malaysia

  
Bersama Team Mate

Korang sila la war-warkan pada sahabat handai semua eh? 

Friday 6 May 2016

Daging Merah Aloq Setaq. Eh Sedap Pulak Kau Ni


Assalamualaikum

Masa cuti 3 hari berderet minggu lepas, 2 hari berturut-turut kami pergi lunch di Daging Merah Aloq Setaq! Harga RM6.50 sepinggan nett. Air free boleh refill minum sampai kembung. Ada 3 jenis air. Aku nengok Isma asyik berulang ambil air. Dalam kekenyangan tu, bergelas2 dia minum. Last masa nak balik aku perli, tak nak tapau air sekali ke hahahaaa.. 
Aku pulak kalau ada tempat makan sedap mestilah share dengan korang semua. Takkan la nak gemok sorang-sorang? Mana aci! Daging merah punya pasaaaaaaaaaaaaaaal la aku punya badan naik sekilo ni! 

Kami pergi makan hari ahad dan isnin. Isma cakap dia pon dah gemok sebab kuat tido. Ok bagus. Alang-alang you gemok, jom la makan nasik hari ni sepuas hati. Isma pon ONNNNN. 

Kata Isma, kalau aku letak dalam FB atau Insta lepas tu orang terliur, aku dah berdosa. Sudah. Dah tu acane ni? Maksudnya lepas ni dah tak boleh la nak share makan-makan dah la kan? Hahahaha. Sebab confirm akan terliur punya la. Sedang aku yang sendiri punya badan pon dah terliur, ni kan pulak korang. Tapi seliyesssssssss memang sedap makan dekat sini. Aku nak ajak Isma pergi lagi la weekend ni. Kalau dia taknak, dia tido luar. Hahahahaha


 Sapa yang tak makan daging boleh main jauh-jauh jangan banyak cakap. 
Konsep dia is no sharing ok? Ko nak rasa, pergi order lain haha. 

Korang kenal Azuan bikin panas melodi kan. kedai ni dia yang punya. Kalau korang nak pergi, dia menghala ke Taman Tun Dr Ismail then terus ke Kg. Sungai Penchala. Kalau korang tak tau, sila la Google sendiri. Jangan nak malas-malas sangat macam lembu baru lepas makan. Ok? Hahah. Tetiba lembu pon masuk dalam ini cerita. Daging dia dalam perut dah pun. Ok la! Dah nak waktu balik dah ni.  Selamat makan semua. Dengan  pesanan, kalau makan sedap tu jangan lupakan aku disini. Ok Bai.





Wednesday 4 May 2016

Bercakap Dalam Bahasa Inggeris


Assalamualaikum

Salam Satu Malaysia. Ewah!



Since setiap minggu ganti puasa, lagi 17 hari ( i know!), memang kena istiqomah buat sampai habis ganti. Ramadhan is coming around on june kan.. 

Last night, i teringat entry semlm nak converse in english with the kiddos kan, aku pun test lah dekat Irish first.

"Irish, How are you?"

"I'm fine, Thank you. Alhamdullilah"

What is your mother's name?

"Aida Abdullah"

My eyes gleamed like the anime cartoon character. Woww..i was surprised! 

Then i asked Iman pulak

"What is your brother's name?"

"berrader tu ape mom?"

Terus Berderai gelak aku dan Isma. Masakkkkkkk macam nih! hahahahaa

BUT I need to teach him proper english language, right? Dia baru 5 tahun pun. We still have time before he goes to sekolah kebangsaan… We can do this! Hahaha…
 Panglimas yg suka tengok Upin Ipin 24 jam. Nak muntah dah. Skrip pon dah hafal. Semua watak aku dah tau. Paling annoying Ismail bin Mail. Asal ade barang asyik menjual je keje ko kan. 2 singgit 2 singgit 2 singgit! Dah lah mata nak kuyu je. 
Gambar anak tapi komen ismail bin mail hahaha!





 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah