>

Thursday 29 May 2014

Hujung Minggu Ketaq Jubor- Part 2


Assalamualaikum

.....................sambungan (mcm bagos!)

Sabtu kul 9 pagi - 24 May


Rutin masih sama macam semalam. bangun pagi, jerang air utk mandikan kiddos (maklomlah No heater)  and iron baju. Tapi kali ni aku iron 3 pasang baju  pasal setiap kali pakai pun, masih jugak ketat. Lantas menyalahkan fabrik baju tu konon-konon dia shirik padahal memang aku sedia put on weight herghh
Pagi pergi ke school Irih ade perjumpaan parents and teachers review (ala2 ambil report kad for half year schooling). Dengar ape Teacher Nor komen pasal Irish and his study, overall berpuas hati =) 
Elok je habis tu, Tok Mat wassup tanya ada di mana and dia asked for lunch. Moh kite ke Sushi King baby! 

Aku makan bento set salmon dan ayam crunchy yang memang aku adore cara pembuatanya. Klasik dan lazat, makan pula bersama sup matsisimo (belasah eja) Pastu macam mana ntah aku termakan nasik pasal nasi tu utk irish tapi tak boleh tahan tengok godaan dia tu. Perut aku dah sendat sungguh sekarang!


Ni tajuk dia jimat tak mau order air berperisa, mahal hahaha


kite bagi tok jadi baby sitter kejab hahaha agak cemas sebenornya

Kalau dah dengan tok  mana nak kena marah #urutdada

Ahad kul 12 tgh hari - 25 May 


effek dagu runcing. Iman pandai buat jugek!


Destinasi ujung minggu kami ialah ke wedding adik kpd kakak ipar isma di dewan perdana felda.  . Nasib baik la tempat tu aircond tersejuk tahap vibrate kopek, tak jauh mana dengan rumah kami, Iman Imon pergi kutil fresh flower di setiap tepi laluan red carpet (ok masa ni majlis dah selesai.. tapi pun kan bersepah la tepi2 tu dia buat gembur2 kelopak bunga.. fuhhh urut dada yg ntah kesejuta kali)
Adik nya yg perempuan. Cantik sangat. Bagai pinang dibelah 12 belas

Mak mertua kite

Sebelah iman tu abg Isma. Tapi muka tak sama. Sorang snow white sorang snow jugak tapi campur gerhana sekali 

Akal buat2 tido, PADAHAL dia lah panglima no 1. Habis bunga orang

Isma and his cousin 

 One pipit and three punai 



Balik from wedding, group ITTAR wassup ajak lepak  minum ptg area-area keramat Au3 kott. Elok aku sampai rumah mak mertua (sebab isma nak tgk badminton, rumah kami kan tak dak astro)  So, sempat la nak catch up semua. 

Bedah liza ambil aku gegas terus  ke Au3. Kiteorang panggil kedai kueh sedap. Sampai ke kesudah tak tau nama sebenar apa. Lantakk


Allah humma barik lana.. Fima razak tana.. Wakina Azabannar! Amboi, Memasing LV (aku tak hahaha) and semua sihat semacam jerk. Haha. 

Ok, dari kiri Kak Haplah, Princess Elsa --Takkan la tak kenal kot? the twins -- emily chioma and emily humairah, Yun (mommi twins), bedah liza and si tukang tangkap gambor is imran (bukan nama sebenar. Dia claim muka mcm imran ajmain -- yer kan jer lah haha ok ade la 11% sipi-sipi.  before tu lg maha dasyat sehingga menjadi kontroversi katanya mcm shah jazhel haha) 


Hai shah jazhel.. bnyk benor retiss muka cm ko kan?  *relakuuu menuuugguuumu..walau 1000 thn laaaagiiii* tetiba ada muzik  background


Kami memang suka jumpa terkejut2 mcm nii. Baru la fun baby. Kiteorang suka buat lawak sampai semua  rasa macam nak terkencing dalam seluar and buah pinggang gatal. kahkahkah

habissss dahhh citer ketaq jubor. Setakat citer ujung mingggu siap berpart bagai. Lempang kang.


Monday 26 May 2014

Hujung Minggu Ketaq Jubor- Part 1


Assalamualaikum

Aku rasa, hujung minggu ni la yang aku terpaling penat.. Sampai melecet-lecet peha. Asyik bergesel jek. Maklumlah, perempuan gemuk, memang macam tu. Nak pulak makan terlebih banyak. Sana orang jemput makan, sini wedding, melepak ngan member lagi.. Tu yang naik 2 kg tu!. Tapi macam biasa la perempuan kan. Deny.
Dengan malam semalam sakit jantung weeeeii nengok si Daren main. Bergegor2 jantung berombak2 dada ni kauu. Dah tertulis piala Thomas bukan milik Malaysia. Aku bukan apa,  nak Malaysia menang sebab nak kan cuti hari ni.. tak de lah semangat kesukanan sangat pun haha tau dek isma memang kena hempok! Belek2 FB ade pulak member up status -
“ tak pe Malaysia tak menang mlm ni..cuba lagi. Baru 22 thn tak menang, Liverpool dah 24 thn tak menang EPL. LOL”
Haha! Sib bai guwe tak sokong liverboooo.. Haruss forward ke adik2 aku yg kipas susah mati (read – die hard fan) you’ll never walk alone iteww
Ok, sekarang mari kiter saksikan jadual aku yang terlalu ketat ni melebihkan ketua wanita UMNO Shahrizat Jalil dan nora Danish.
Jumaat kul 10 pagi - 23 May

Pukul sepuloh dah gerak dari Wanga Maju Ke UPM. Dengan aku2, isma and kiddos memonteng. Pergi menghantor sepupu isma daftar masuk matriks UPM, Adik iwan yg SPM nya mendapat 10A1 (kagum! Clap clap clap)

Sesambil depa tgh uruskan registration , aku n kiddos minum kat cafe bawah tu. Depan meja ade 3 org student tgh main ngan sugar gliders. Datang 2 panglima aku ni memang terus terkam la kan.. excited diaorang tu. Dah si sugar gliders punyalah jinak eeeeeeee rase nak tumbuk2.. gile comel. Dah tak de kerja diaorang ngadap si binatang tu je. Kejab2 panjat meja, kejab2 intai dia masuk dlm handbeg, kejab2 usap, kejab2 pegang. Besar harapan lame sikit duduk situ mati kott sugar gliders tu.


Di UPM Kolej 13



Nampak ekor dia je.. geram nak tunjal. Rase mcm nak bela bg Irish dan Iman main, Isma mcm tak setuju je.. elehh sebab dia kena keluar duit kan?



Stanby! Stanby!



Hah kannn.. dah seluk ke dalam tu

Dah selesai semua,dah sob sobb ninggalkan anak di UPM,  bawak uncle and anty isma ke Alamanda. Sebab sampai sana kul 1, so memang expected staff2 gomen keluar lunch. Mak tuaaaaan memasing punya baju dan make up (perempuan ye, lelaki pi solat jemaat) mcm pi wedding kt hotel. Terjonjol2 biji mata aku nengoknya. Terus rasa apekah aku selekeh benau hari ni dan hari2 sebelomnya?

Kite amik port ujung2 sebab riuh kan

Destinasi terakhir kami ialah ke rumah Pakngah dekat glomac Saujana Utama, Sungai Buloh. Jubor dah ketar-ketar selagi tak ampai hahaha Jauh sangat...sampai sana dah pukul 6 ptg. Ok kawan-kawan, dekat rumah Pakngah kami makan Ikan patin dengan ikan lampan bakor yang Isma masak. Sangat sedap. Aku dah tau apa rahsia kelazatan dia, tapi pasal aku dengki, aku taknak kasik tau apa tips tu. Tunggu la sampai terbukak hati baru aku share eh? Keji tak? Ha ha ha
 Duduk dekat rumah uncle ada la dalam 6 jam kot? Kasik chance dekat Isma jumpa dan beramah mesra dengan uncle anty dia yg 2 thn sekali baru jumpa tu. Nasib la aku pun dah 6 thn kawin so dah boleh masuk arrr kepala ngan mereka Kalau tak, musti aku jadik kera sumbang. Tapi aku kekadang perempuan muka tak malu,aku buat-buat peramah jerk. Ada jerk terselit cerita aku kat mana-mana. Haha.

Sabtu kul 9 pagi - 24 May 

Esk aku sambung. Kena keluar follow boss jumpa orang.. daaaaaa




Pewittt... BZ nampak? Mana wife U? ohhh dia tgh terlentang baring..!



Thursday 22 May 2014

Terus menggelupur dapat makan kat sini pasal dah 3 minggu tak date


Assalamualaikum

Kalau bagi aku makan 3 batang pinggan pon, ini resaksa gorgon boleh habeskan dengan selamat badak sahaja. Makan macam dalam badan ada jin. Seriously I never had enough of this nasik lemak. This ONLY. Tapi musti makan dengan sambal dia yang kaler merah hati yang ada rasa macam gula melaka tu la. Sambal pon nak specific jer kan? Demand. Mengada! Pui!

Susah la nak carik nasik lemak bebetul lemak  dekat Key El ni. Yang ada banyak pon, nasik lemak penipu tu. Saper pernah makan? bila bukak tmp pengukus tu berapi2 berarasap keluar, tapi nasi nya rompong tak rasa santan langsung. 

Pastu bila tengok balik gallery dekat handphone ni, nampak pulak gambar nasik lemak pagi tadi aku makan, terus bergenang air mata. *lap lap laju2. Kang kena bahan pasal makanan pon nak emos haha!
Lantas meng update blog nak mintak simpati, supaya roomate aku membawa mkn setiap pagi bila time bayar roomate lah yg haruss bayar Hahaha.  Janji nafsu menggila terhadap nasik lemak ni dah tertunai. Yes!

Oh. Btw, kepada sesiapa yang bakal balik ke kampung untuk bercuti 3 weeks bersama keluarga, diucapkan semoga selamat pergi dan selamat kembali ke rumah eh? Jangan bawak kereta laju-laju dan rancanglah perjalanan anda sebab kalau balik nak stuck dalam jem sampai 10 jam tak ok jugak kan?



Sekian. Enjoy your eyes dan harap jangan menyampah. 
Kalau menyampah pon, aku tabah jer. Haha.


Pssst : Lokasi? Di Belakang Genius Aulad Wangsa Maju. Tak dak kedai tapi ada tempat duduk siap boleh order air. pehh!


Friday 16 May 2014

Ohh mata, kenapa kau tak boleh tidur?


Assalamualaikum

Soal tidur bukan soal main-main. Tidur merupakan ibadah serius yang tidak boleh dibawa bergurau. Aku dari dulu mcm musang yg boleh sengkang mata. Mata so sembab. Bulatan hitam di mana-mana. erghh

Cerita kenagkwan tidak boleh tidur ini sangat membimbangkan hati dan perasan aku. *See, caring tak aku? guna perkataan bimbang tu. kahkahkah.  Konon-konon ada penyakit insomnia, susah nak tidur. wad de fish? 

Kenapa tak boleh tidur? Utk aku yg comei ini yang berlaku sebenarnya -


1. Nak jadi pandai macam Albert Enstein


Study kencang, sampai lewat malam. Padahal result exam tak lah kencang mana sangat pun.



2. SMS sayang menyayang cinta dikenang (Masa bercintun of cozz dgn Isma, heh ade orang lain lg ke? jentik kang!)

Seperti mana aku merasa perit lukanyaaa wowowohhhh (Cilok lirik sweet child mainan perkasihanmu..) Chooi!.. aku tak bleh lupa zaman menengah tak ingt form brp ade senior crush kat aku, call  guna public phone sesambil main gitar kauuu menyanyi lagu ni..Guna Public Phoneeee!! waahaaahaaahaaa aku nak gelak sebenornya kang kesian plak nampak benor kesungguhan dia tu, Mak is geli okeh jenjiwang ni.. mak agogo laaaaaaa, dah tak memaksal kat opis aku dok teringat lagu ni)

Sudah haidar, ko membebel flash back jadi tak tentu hala.

Baiklah!

Kalau dah text-ing sebelum tidur tu mmg takkan habis. i love u, i love u too, i love u three, i love u four... i love u hundred thirty nine point seventy two, jadah!

3. Over-thinking

Dalam kepala otak fikir nak tidur. Tapi otak asyik fikir benda-benda random. Entah apa-apa benda singgah kat kepala otak. Kadang-kadang Aaron aziz pun keluar dalam otak. Kadang-kadang berangan kalau aku kaya nak beli tu ni, nak pergi sana sini. Fikir punya fikir,
 last-last dah pagi. Ciss!


4. Berangan melampau batas

Ini biasa perempuan punya kerja. (ke aku?) Kiteorang  duk fikir satu situasi yang perfect di mana kami adalah heroin. Kalau boleh nak heroin drama korea-korea, baru cunn kiut loteh molek putih melepak mata besau dan sentiasa
 menjadi trending jeritan 'saraghae! saranghae!'  kat korea (melampau!)

5. Internet yang terlampau laju.

Internet laju juga punca tak tidur malam. Duk bersidai kat laman sosial 24 jam. Laman sosial pon yg haku layan whats upp group jerrrrr.. Geng ittar aku. Semua pala otak biol. Ok cukup. Tak bleh citer lelebih group ni. Nanti kantoi ngan roommate haha 

Habis!
So, sekarang korang rasa sebab apa korang tak boleh tidur? 

p/s: beep-beep~ bermesej  tak enty aku kali ni?


Thursday 15 May 2014

Happy Birthday Handsome


Assalamualaikum

Hari ni 15/05/2014 - genap umur Irish Zihnee Zidane 4 thn! Tak sangka sekejap jer masa berlalu. Dari masa mengandung yang aku tak berapa mabok sampai 9 bulan keje2 makan je, berat dari 47Kg zasssss naik carta teratas ke 62kg!  Sampai la drama nak bersalin, ke drama Irish jaundis kena tahan dlm wad 5 hari duduk bawah lampu biru ( tak tipu mase ni aku sebak dah la sesorang dlm wad isma tak sampai lagi hoooooo) Aku bejaga malam sehingga tidur hanya dua jam sehari, sampai la sekarang Irish dah pandai  korek hidung sendiri, pastu masukkan tangan yang dia korek hidung dalam mulut aku. Bagus son. Mom dapat rasa masin-masin tu. 

Rasa macam sekejap jer masa berlalu. Serious sekejap. Membesarkan anak rasa sekejap, melalui saat-saat itu aku rasa seronok sgt walau kadang darah naik bila Irish berkarate dengan iman imon. 

Bila ada Irish dan Iman, hari-hari rasa sekejap jer. Macam magic giler! Malam tadi Irish pandai dah masukkan DVD feveret all time dia tu (ice age) ke dalam DVD player. Pastu kelam kabut tekan play sebab tak nak bg mom yg tekan. Iman Imon plak asal hujung charger tepon tu terjuntai jatuh ke bawah mula lah projek dia menghisap hujung tu. #tgnmomdidada

Ha.... Dah pandai banyak benda anak2 mom. Esok dah pandai sikit tolong mom lipat kain pulak. Ok sons? Eh. Taknak ah tolong lipat kain. Tu kerja orang pempuan. No no noooo harus tolong mom. Esk ade bini boleh tolong bini buat2 kerja melipat kain. Ok takpe. bini Tak payah tolong. Bini buat sendirik. Haha.


Kek pon aku tak sempat nak order mcm last year. Mcm Last year irish sambut birthday dekat school dia. Prepare goodies beg tuk diaorang. Reramai rakan2 sebaya nyanyi eppy bestday. Thn ni kami laki bini hampir lupa birthday irish hahahaaaa teruk kan? Hampir je.. tak lupa terus! #hidungkembang . 
 Last week Ingat tu memang ingat 15hb tapi tak perasan eh tup tup minggu depan birthday boi. Maka dapat *Kishkish & big bear hugz...!!! MMuahhhhh...!! kekekeke

Apa yang ada la. Tak kisah. Pikirkan weekend ni bawak Irish tgk movie RIo 2. Dia tak habeh2 ngan Bird blue, bird blue. Janji ada. Aku nak gelak pon ada. Haha. Takper la. Janji niat sampai kan? 

Untuk Irish Zihee Zidane. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 4. Semoga dikurniakan iman yg sempurna, akhlak yg terpuji, umur yg bermanafaat, diperluaskan rezeki yg halal, ilmu yg berguna, sihat tubuh badan, bertambam hemcem, bertambah kaya dan boleh belikan Mom Prada besar  nanti. Haha. Sesambil jer wish pastu ada personnel interest siap. U and YOUR Iman Imon are my best friend ever! Mom sayang Irish dan Iman. Janji lapan kali sayang mom sama-sama Ok? Janji janji janji janji janji janji janji janji!


Bile ke rumah nanny tak lain tak bukan asyik ngadap ini
#BROThatsNotOK

Pakai topi bukan sambut birtday dia. Harap jgn perasan. 

Cayang Irish.  Sebelah tu memakai baju  team JDT walau pon bukan penyokong (ape barang!) Haruss lah Itam dan yellow berada di hati adinda.  (Kejor yob kejor!)



Friday 9 May 2014

Pakai Tudung Memang Manis Tapi Biarlah Seiring Dengan Perangai Ye?


Assalamualaikum

Korang tau la kan. Jadi mak mak ni kan beli pampers, susu, puting botol irish yg every month kena beli baru. Peel dia suka gigit sampai rabak. Jadi lubang besar memang stok susu keluar cam air paip #urutdada. 

Dia dari beby guna brand Mum, agak princely la sebab masa tu anak 1st, mana tau brand lain dah. Tanya kawan2 dah knp semua pakai brand mum. Dah aku pun mengikut jer lah kan. Bila dah besar ni nak tukar botol lain, yg murah arrrrr ambooooi main campak je eh botol baru tu. Eeeeee geram betol. Eksyen eh? Beli toy car pun tak mampu lagi, berak pon mom basuh lagi nak eksyen2 ngan mom yeh? 

So, sekarang back to the topic!

Dah beli brg2 yg disebut tadi tu aku lalu tepi bank islam tu memang port motor kat situ. I is terkejut uolls perempuan berhijab sedang menghisap rokok tepi tu bersama segelumang member2 dia yg lain. Call me naif tapi aku memang tak bleh terima. Dia gelak kuat-kuat, over reaction, bukan aku je yg terkeluar bijik mata, org lain lain lalu pun sama! 

Yang paling annoying nak tau tak kenapa? Pasal dia PAKAI TUDUNG. Ok. Pakai tudung guys. Dia seorang saja. Dah. Malas nak bebel panjang-panjang pasal perempuan pakai tudung kat sini, tapi sekarang ni, orang pakai tudung banyak yang tercemar dengan perangai yang jauh tersasar dari yang sepatutnya bila pakai tudung. Ada yang peluk sakan dekat public, ketawa mengilai-ngilai and blogging guna bahasa kasar sampai aku semput nak baca.

Tapi, yang aku cuba nak tekankan bukan pasal wanita bertudung atau tak, tapi how they carry themself in public with hijab. Hurm..



Molek tak?

Biarkan bebassssssss


Wednesday 7 May 2014

To Make It More Meaningful


Assalamualaikum

Kebanyakan orang yang aku kenal kan semua tak suka current kerja diaorang.
And most of it sebab bos, or colleague or semua faktor luar. Bukan sebab the work itself.


Jadi apa yang kita perlu buat ialah bunuh kawan sekerja yang kita tak suka, atau bunuh bos kita yang kita benci. 


Korang Jangan tukar kerja. Sebab rata rata orang yang tukar kerja selalunya menyesal sebab tak dapat apa yang dimahukan. Pembunuhan boleh dilakukan sendiri atau korang upah pembunuh upahan. 

Kalau benci bos yang buat sexual harassment , tikam konek mereka.
Kalau bos suka jerit-jerit maki hamun tikam leher mereka.
Kalau kawan yang semak kat ofis tikam mata mereka.


Baru puas hati kan?

Takdelah. Acah mak enonnn je.


Basically, Utk dpt semua yang kita suka sekaligus pada masa yang sama memang mustahil. Same goes to people nak kan boyfriend atau suami yg kaya, BAIK dan kacak? Mana ada wujud orang mcm tu!  Mana ada manusia yg sempurna. Listen people!! The grass is always greener on the other side. Sometimes yang problem is us. US! But we fail to realize. so macam kita suka someone, there are things pasal dia yang kita tak suka. So kita kena terima semua. 

Sama macam kerja. Semua benda pun sama. Dont do things half hearted. You'll regret


Tuesday 6 May 2014

Tidak Ada Sutera Yg Begitu Lembut Seperti Belaian Seorang Ibu


Assalamualaikum

How time flies kan? Tak sangka bos kecik Iman Imon dah 2thn 6 bulan umur dia. Macam baru sekejap je rasa sakit lepas kena jahit. Tup-tup dah 2 tahun. Bos iman  suka mandi walaupun air sejuk bedi. Menangis dah keluar suara kucing jantan tersepit telur serta dah pandai tepuk kopek mom sampai senak sebab suruh dia berhenti mandi. Cuba Ikut perangai mom ni tak suka mandi. Haha.

Nanny (mak aku) selalu gelak bila aku cakap macam ni dengan bos iman, 'Iman Imon ni tak comel'. Sat lagi dia balas 'takkk Iman Mon mel.. Haha. Mengikek nanny gelak. Bos Iman pulak kecit-kecit dah tunjuk perangai rock star. Dia buat abam tak pe. Bila abam tengah meniarap selamber je duduk lompat2 belakang abam. Boleh imangine tak dgn berat badan dia saje dah 13 kilo. Kalau dia tengah nangis or mamai-mamai nak tidur, selak je baju aku ni kasi candu terus dia diam hahaha

Paling best bila pergi rumah nanny, service nanny memang tip top. Nasi berhidang time lunch and dinner. Minum pagi dan petang dah ready. Best kan? Pastu bila kat rumah sendiri semua kena buat sendiri hatta memasak sekalipun maka bagaimana untuk menahan emosi jikalau begitu? All kena buat by my own. tapi ahaaaaaaa membasuh baju memang tugasan wajib isma hohohohhoho

I love U very much mak! Harap mak akan sihat sampai la bos iman masuk U and sampai dia ada 1 orang adik lepas ni. Bukan untuk mak memanjakan diri ini sewaktu dalam pantang tetapi untuk sentiasa berada dibelakang, menyokong dan membela diri ini kerana Engkau sumber kekuatanku.. :) *May kan hari ibu*

Bos Iman Imon dah banyak akal sekarang. Orang dah nak membesar macam tu la. Hari-hari ada je akal dia. Pipi dah makin labuh. badan dah makin lebar berkembang. Kadang-kadang naik seram tengok perut dia bulat. Mensusu dah banyak kali ok? Setakat malam dia berjaga 5 kali, apa ada hal??? 


Dah dekat nak sama saiz ngan abam. 
Iman Imon sila bawak bersabar. Drama sekali sekala takper sebab comel. Kalau selalu drama, urut dada. Haha


Minum air dari labu
Boleh dibawa bila berjalan
Bimbingan awal dari ibu
Serta kasih yang berkekalan ;) Love u forever ever ever ever 100000000x!


 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah