>

Tuesday 26 February 2013

Cucuk bontot di LPPKN


Assalamualaikum

Kedengaran best kan tajuk atas ni

Maybe Uolls ada yang mahu menimang baby atau dah mula terfikir2 cara nak membuat famili planning. Akak rasa bab ni memang susah nak memilih mana yg sesuai dengan badan dan mana yang paling effective.

Macam akak after period yg pertama selepas gave the birth to Iman (2nd baby), that time umor iman 6 bulan, tgh period akak buat appoitment with LPPKN di Jln Raja Laut. Cadangnya nak menggunakan cara Implan yg tanam kat lengan sebb melalui pembacaan di blog2 cara implan sgt effektif. Akak nak anak lagi, cumanya tunggu uman 2 taun lebeh bolehlah menambah bil ahli keluarga. Akak pun tgh BF Iman lagi.

Bila di LPPKN, nurse kat situ tanyalah akak latar belakg, anak ke berapa, umur anak yg latest brp taun, explanation jenis2 / kaedah2 famili planning yg ada bla bla bla, then akak ckp nak guna implan. Harganya RM350 kot. Nurse explain lagi, implan ni setgh org tak sesuai dengan badan and bila pakai akan bleeding sepanjang masa. Akak tak nak lah jadi cm gitu. Asyik bleeding je boleh pengsan tau. Kalau org yg serasi pakai implan, No hal la, tunggu bukak balik lagi 3 taun.

Nurse cdg akak try guna cocok kat bontot yg every 3 months tu. Sebb kekdahnya cocok di bontot tu same cam implan, kalau bleeding nurse stanby ubat. kalau dah masuk implan and bleeding memanjang, tak ke kena kuarkan balik, lepas tu burn lah 350 hinggi tu. kan membazir namanyer tu. Membazirkan amalan syaitooon.

Short Discussion ngan Cik asben, akak setuju nak guna kekdah cocok do bontot. Alaaa... cocok tepi aja pun. Nurse bgtahu akak either period will sepanjang masa or tak mari langsung and that time cucuk period akak baru 3 hari. Tgh hari tu dah kering period. errkkk..terus mandi wajib. so far period akak ade je dtg tiap bulan.

Sepatutnya awal Dec tu hari akak kena cucuk kali ke-4, tp tak pergi pong. Akak rasa nak plan sendiri sendiri lah. Akak ambil cocok tu badan naik mencanak2, asyik moody memanjang. Perubahan hormon yg menyampah dgn diri sendiri.

Bila ckp ngan Asben kita plan pakai kondom la, dia kata tak best dan penggunaan plastik perlu dikurangkan.Ek eleh mOtip?

Dia suh guna kekdah IUD, Akak ckp tk de maknenya akak nak kangkang masuk benda alah tu dlm pepek.... hoi ngerilah.. tak nak tak nak tak nak

Dia suggest makan pil perancang. Pil tu kena disiplin wooooo. Sekali nko terlupa makan konfirm lekat. Akak dengar pil  brand yasmin tu boleh kurgkan susu badan, betul ke? Ade jugak ckp boleh cantikkan kulit. Kulit jadi flawless gitu. Kalau anak dara nak kulit cantik boleh ke makan pil tu hah?

Akak ngah fening nak plan pakai kekdah ape. Cik asben ade tak fening nak fikir? Nan hado eh, dia nak je ada baby cepat sebb dia pun dah 34 taun. akak je says nak rehat dulu, nak slimkkan badan balik kononnya, tp exercise malas, semua benda nak telan kan.  Kalau guna biology clock mau kira waktu subur ke waktu tak subur ke akak no konfident. Tgh fikir-fikir kekdah ape perlu dipakai. 





Monday 25 February 2013

Happy Birthday Isma Firdaus Fareed


Assalamualaikum

Happy birthday to my gorgeous Cik Asben. He's 34 years young today. Gigih akak nak tulis 20 random fact about him. Excited? You should be! 


1. Dia tak gheti main gitar
2. Dia sangar suka makanan pedas. Sangat sangat pedas.
3. Dah pernah pergi Liverpool dan Manchaster City secara percuma. Dua kali lagi okeh!
4. Peminat tegar Football club Benfica dan AC Milan
5. Nama dia diberi sempena Maknya sukakan Isma DJ radio thn 70-an
6. Selalu kata kulit anak-anak sama dengan kulit dia. Padahal dia tu versi tinted
7. Dia boleh congak math yg susah babeng tanpa menggunakan kalikator. Tapi math SPM tak dapat pun A haha
8. Dia pandai berenang
9. Dia benci susu. Semua jenis tok nenek susu dia tak boleh telan. Masa umur dia 2 thn dia dah tak nak susu tapi ketagih teh.. boley?
10. Sama sekolah menengah dengan Azmin Ali dan Aznil Nawawi
11. Rambut tak boleh panjang, nanti jadi David Arumugam Alleycats
12. Selalu tak tutup air dalam bilik air. Tentions mak
13. Melihat dia menangis sewaktu hari akad nikah dan kelahiran anak-anak
14. Paling suka movie perang dan suspense thriller 
15. Kipas susah mati dengan group Gun and roses dan Wings
16. Ada team futsal -  satu team dengan Edry KRU, Adam AF dan Tomok OiAM. Akak pon tk tahu mcm mana dia boleh terjebak dengan geng artis. Yg tentions selalu main futsal waktu malam. Goyang akak tinggal bertiga ngan kids kat rumah
17. Suka giler kenyang makan kuachi
18. Pandai masak ikan bakar. Tetamu dtg rumah kami acara wajib adalah serve ikan bakar yg resepi rencah yg konon-konon rahsia sgt tu. Semua kata sedap. Alah..akak tahu resepinya cuma malas nak buat. Bior dia  bakar sesorang
19. Beli baju and seluar jalan untuk kids mestilah dari jenama Benetton. Katanya design nya cam org besar. Tak nampak budak-budak
20. Time dia tgk bola, kena tahan lah telinga dia maki players main cam lembu. kalau team malaysia lagi dasyat lah makinya tu. Bila Team faveret dia kalah, jgn harap dia baca paper selama seminggu. Frust tergolek dog punya.   




"We fight, we make up, we share secrets over a tea cup. Sometimes you're my friend, sometimes a guide, you are the person in whom I take pride. Happy Birthday Love"



Friday 22 February 2013

Colourful Of Wan Zaimah


Assalamualaikum

Ssssssssss... akak nak citer my ex-colleague, still at the same bank few back years. Gila kepoh macam Cik Kiah Pekasam... haha she is funny tau. Org tak kenal dia mesti ckp muka dia blurr yg masam tk nak senyum langsung kat org. Tapi OH Tidak! tolonglah jgn berperasaan prejudis dengan Wan Zaimah. Dah kenal dia, ko rasa dia sgt gila baban dan innocent. 

Zaimah ni same age as mine. kami umur dah 30sen tapi jiwa still agogo. Dia selalu fitam fikir tak ada BF. Takut jadi andartu katanya. 

Ustaz Azhar Idrus kata anak dara tua ialah wanita umur 60 yg belum berkahwin. Kalo umur 30an tapi belum kahwin bukan anak dara tua tetapi anak dara." Hahaha..it's a relief her when saw that on youtube.

Ada sekali member kami, Nawi kenalkan Zaimah dengan dude anak 2. Dude muda ni jenis khawen cepat. pastu bercerai. Meroyan Zaimah tak nak. Akak gelak kat Nawi. Tak lah terdesak sgt sampai dude pun sebat jugak kan. 

Pernah kenalkan dia dengan Ashroff - Ni pun member Nawi jugak. Nko Nawi elolah bukak opis mencari jodoh!
Lawyer muda baya baya kami, that time umur 27 taun. Ashroff tu ensem jah! ensem yg mcm tgk je mata ko terjojol kluar. Ada firm sendiri, pakai BM, pakai beg hell vee, kaya dan dot dot dot. Uolls paham2lah kan. choooi...reject terus oleh zaimah. 

Nawi lagi ni kenalkan ngan mamat kedah. Anak org kaya kedah. akak tulis nama bapak dia kat sini konpem uolls kenal. Apakan daya, kacak tu mmg tiada, gemok dan short-ty *zaimah yg ckp mcm ni haaaaa... Alah ada apa pada rupa. Berkedut jugak nanti. Pun kena rejected

Oh yer! Akak pernah kenalkan ngan member akak kerja di EPF. Panggil dia EPF aja lah eh. EPF ni mmg baik, sesuai dibawa balik ke rumah jumpe mak ayah. See see akak kenalkan ngan org yg baik-baik belako. EPF orhge kelate, ngamlah ngan zaimah org Ganu. Cuma EPF bujang terlajak sikitlah. Umur dia masa tu 34. Yer lah org jantan umur cam gitu dah ada anak dua tiga. 

Sekarang EPF dah 39 taun and baru je khawen Nov 2012 tu hari. Lame giler kan ko simpan teruna ko. 

Tapi akak sedih giler ba alif ba ya,khawen tak jemput akak. Motip ko nak sorok khawen, ko hingat ko artis?

Akak dpt tahu pun dari FB membe dia. konon2 nko nak soroklah muka bini ko tu?! Cun sgt ke?! *tetiba naik hangin hahahahahah 

Merepek kan. Nak citer pasal zaimah, hangin pasal org lain pulak

Zaimah pernah citer kat kami (kami as membe2 opis) tgh syok dia layan shisha hahahah sebenarnya lepak makan kat pelita Bangsar, ada menteri kasi dia name card. *sampai kesudah menteri apa dia tak bgtau. motip ko nak berahsia sgt? ko takut kena gossip dlm Oh Bulan lah konon!. Tgh zaimah mkn tu menteri dok ushar dia je. Bahsa tersiratnya menteri suh zaimah col dia. ade sorg member opis nama Odie dgr citer zaimah ckp "eh ko tunjuk tetek sebelah pun belum tentu menteri tu nak kasi ko name card dia". Kami bantai gelak cam sakai. Ko jgn jd udang boleh tak Odie? Bangang dohh hahahahahahha

Last week akak lunch ngan Zaimah. Dia dtg ke opis akak sebb ada order vit IG6 elken kat akak. Vit ni mmg terbaaaaaaaek for skins and body imune. *iklan sejenak. As usuall dia masih single mingle, belum ketemui jalan itu, masih mencari pasangan yg seraaaaasi bersama. In sya Allah, akan mendapat jodoh yg terbaik dan berkekalan hingga ke Jannah





Deng! nampak lurah dendam. Kenal? Yg pasti bukan Zaimah muaahahahahaha



Thursday 21 February 2013

Gaji penjual ikan


Assalamualaikum

Jenuh la akak mencari gambar ikan yg akak dpt drp kuala kedah itu hari. Cari dlm hp tak ada, dlm camera tak ada, rupenya dlm hp cik asben. Berlambak  stok ikan utk sebulan atau setahun kalau malas masak hahaha.. 




Ikan Temenung paling sedap buat tempoyak, asam rebus daun kesom, goreng panas2 garing perghh

Ikan temenung dan senangin ni kami dpt dr family Kedah nun, Abg E. Dia ni ala-ala anak angkat MIL aku. Time dier bujang thn 90-an dtg Kay Ell duduk ngan MIL aku. Sekarang ni dah anak lima. Bini je baru sorang huhuu.. Abg E ni penjual dan tokei ikan. Dia jual ikan kat pasar pagi setiap hari. No miss. Sekali jual ikan 200 ke 250 kilos. Akak kan boleh estimated la gaya dier cerita berapa kilos sehari dia dpt jual kan, untung eh dah tolak semua kos kan, RM300 sehari. Sehari tau. kalau sebulan, Uolls congak lah sendiri. Gaji dia saja boleh kalah org kerja opis eh. Dia tu kerja sesorang je. No pekerja lain. Only him. haaaaa Uolls jangan pandang sebelah mata org jual ikan ni, walau kerja tak glamer, tapi duit kepok-kepok. 

Kerja pun tak la berat sgt. Habis jual ikan jam 10 pagi. Lepas tu rehat lek kat rumah. Jam 4 pagi bangun pergi ke Kuala Perlis ambil ikan yg baru turun dari laut. Ikan memang fresh manis melekat. Jam 7 pagi dah boleh start bizz. Duduk Kay Ell mana nak dpt ikan fresh oii. Yg kat pasar tu pun dah 3 hari punya ikan. Tu yg akak teringin nak settle down kat kampung. Semua benda fresh dari barang basah ke barang kering. 

Murahnya rezeki Abg E dan family. Seminggu kami di Kedah, 4 kali Abg E belanja kami makan. Best tu memang la best tapi dah naik segan. Asal jumpa belanja. Asal belanja jumpa. 

Uolls boleh google untung ikan temenung ni banyak mana. Siapa nak kaya? Jadilah penjual ikan hehehehe 

Tuesday 19 February 2013

Langkawi, aku datang


Assalamualaikum

Dah upload pic barulah boleh hapdet kens. Ni percutian paling ringkas dan tak de plan ape2 pun. 

Sabtu lepas  (a day B4 CNY) tgh mkn tgh hari kat food court bawah rumah tu, asben tetiba kasi idea bernas pergi ke Pangkor. Akak ckp nak pergi berjln time cuti  seminggu CNY kena lah booking awal2. konfirm full la semua benda. pastu dia  kata kite gamble pergi langkawi. Dia ada member kerja kat Kastam Langkawi. boleh tolong tgk kan keta sewa and chalet. 

Aiiyoo nak melancong pon pakei org dalam kah? Dah la member kastam dia ni last kontek masa form 1, boleh? lepas tu nak minta tolong org tu. 

Cik asben tak ada no phone dia. tapi ada add frend di FB. So dia tgk FB mamat ni, ade no Hp. Bila call dapat ckp, dia kata boleh carikan chalet and keta sewa  kat sane, Kami pon packing2 baju, lepas Asar zasssas ke Utara. Kami bermalam di Yan, rumah Pak Uda Cik asben. Hari Selasa baru gerak ke Langkawi. 


Ni Di Jeti Kuala Kedah. Nak Naik Ferri jam 11.30am.  Pak Uda je yg hantar kami. Kereta kami tinggalkan kat dia. Rumah Pak Uda ke Jeti ni adelah dlm setgh jam. 


Di dalam Ferri. Lega lah si kenit ni sleep. Perjalanan 2 jam. lame kens. ujung2 tu akak memang nak muntah pening dah. Lame bukan ape, driver kena bawak slow sebb ade penumpang baru pas operation. 


Irish biaser la, tak gheti dok diam

dekat2 nak sampai, Iman bangun. sib baik tak meragam. Terus pass Iman kat MIL kasi tgk tingkap luar. OH Ye, cik asben ajak maknyer sekali, then ajak dua orang anak pak uda. 





Nilah keta sewa kami. kami dok 3 hari 2 malam, rate sehari sewa Rm140. Selesa lah jugak tuk kami anak beranak 4 org, campur lagi 3 orang. 


Member kastam cik asben carikan kami Tjg malie Resort. Belakang tu betul2 pantai cenang, tapi kami tak mandi pon pantai tu. Rate semlm RM120. Bilik tu ada dua katil queen size. kami ambil sebilik aje! save!  hahahaha


Banner di tepi resort Tjg Malie. Ko tgk org berzinar dia samakan ngan Hanjing eh. Maka Jgnlah berzinar 

Lepas chek in, kami feeling2 makan di tepi lapangan kapal terbang. Cuaca sepoi2 angin bahasa melayu. redup je. 



Perkara wajib Uolls dtg ke Langkawi of coz lah kena melawat Makan Mahsuri kan. Walaupon ni kali ke4 akak dtg sini, masih jugak kena tgk makam ni. 








makam Mahsuri








Kami ambil trip ke island hooping, naik boat kover 3 island. Pergi ke Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar.  Seorang dewasa RM30, Kanak-kanak RM20. Anak akak bawah 5 thn dikira FOC. 


















Disebabkan kena mendaki tangga ke Tasik dayang Bunting, Cik asben lah kena gendong Iman. Akak kan tak fit. 







Nampak Iman sleep. letak dia kat atas dek ni ajah




  




Malamnyer tu kami supper makan pizza........


Akak ckp jujur ni, kerak bawak pizah tu memang kalahlah pizza hut. Punyalah rangup. Order satu je, kate supper. mana boleh makan berlambak. 


Ni kedainyer.  Artisan Pizza. Simple je. dekat2 tepi2 resort kami 






Lain lain Menu yg ada di sini




 menunggu feri nak balik ke Kuala Kedah


Hari khamis we said good bye to Pulau Langkawi. Walaupon tak hujan, dan agak panas jugak tapi kami seronok ronok. Pergi berjalan apa yg tk seronoknyer kan. 





Monday 18 February 2013

Damn, that's impressive


Assalamualaikum


Akak  sgt rajin mencoret akhir-akhir ini..mungkin ini tempat yang bagus untuk meluahkan rasa dan ya! kena cari mood untuk tidak stress sebb akak buat minor chek up, darah tinggi naik and colestrol pon lebih dari paras normal Jah. Haiyoooo ni buktinya





Memiliki dua anak lelaki yg comel *at lease comel di mata akak..itu harta dunia dan akhirat yang akak ada setakat ini. Otw nak masuk ke3 sekarang ni..eh tak la..acah mak enon. Yg otw ke3 belum ada rezeki lagi.

Anak lasak anak yang cerdik..

Yang ini kata ramai orang..anak-anak akak yang dua2 ni memang lasak....Nannynyer selalu kata tak gheti dok diam. Ade je aktiviti. Pinggan cawan nanny ntah berapa kali pecah. Kabinet kaca nanny pun pecah. Telepon rumah pun boleh pecah. Mudah-mudahan kata2 ramai orang ni termakbul la ye..cik asben kata kids ikut dia masa kecik dulu..lasak..ye la kot..Mase kecik dulu, cik asben ngan abang dia tahan org kg naik motor bawak durian dengan batang buloh,semata-mata nakkan durian tu. Terpaksa lah org kg tu kasi gak kat depa berdua durian. macam-macam kan..

Akak pun lasak juga rasanya..tapi mak dan ayah kata akak ni spesis lembik sejak kecik..lembik lembik akak bersalin dua kali normal okeeh. kalau diingat balik tak lah lembik sgt cuma pemalu banyak.. *Matilah tk de sape percaya.

Kawan masa Ittar dulu pernah kate kat akak “muka ko ni lembut tp bila ckp tak nampak dah kelembutan  ko. Perangai kasar, dengan lasernyer.....” ye la kot sebab akak mengaku mmg laser tp laser akak ni kelakar2 paham tak. Org dengar pun tak sakit hati hahahhaha  sumpah akak tak tipu.

Anak akak uollss pegi rumah org main mainan orang. Kadang2 terjadi adegan rampas merampas. Lepas tu tolak menolak. Lepas tu salah sorang mesti menangis. Tak pun dua dua menangis. Boleh bayangkan kechah dia mcm mana kens.

Kalau setakat dengan Qa’qa dan Rafa (anak buah Asben) tu takpe. Sbb diorg pon kaki rampas dan menolak. Kalau pi rumah org yg anak dia main elok2 tup2 anak akak pi rampas, tak ke haru. 
Pastu bila makan sepah2 ye. Kalau orang paham xpe. Kalau jenis org yang takde anak nanti dia tulis kat blog kata anak akak sepahkan makanan atas karpet kannn?

Sebab tu akak malas nak pegi rumah org yang jenis barang terletak. Tersusun rapi Jah. Lagi2 barang2 kaca kat bawah. Oh oh tidak la akak pegi. Kalau rumah dia ada anak atau budak bawah 5 tahun yess akak pegi sbb biasanya orang2 mcm ni memahami.

 Kawan akak ada anak dia baya2 anak akak lah, dia jenis suka kumpul brg2 kaca ala-ala KK deco and romantika ni, kaca kecik kecik  letak atas peanut table la, mane table yg ade kat rumah dia penuh la barg2 kaca. Uolls...anak dia sikit pun tk usik. Disiplin sungguh lah. Anak akak jgnkan nak hias kaca, bunga akak letak atas meja makan habis dia tendang pakai bola. Pecah berderai...dahh tak payah nak hias hias bagai.

Yela uolls. Irish ni 2 tahun setgh. Iman setaun 2 bulan. Dua dua tgh lasak nak main semua benda, lepas tu bukannya reti pon kalau nko marah. Takkan depan2 org ramai tetamu kat rumah orang tu kita nak meroyan marah kannn?

Yes! So sapa yang jenis rumah tersusun tak mau org makan  sepah2 jangan panggil akak datang. 

Sapa yang kutuk anak orang macam tu just wait until you own a child below 5. 



 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah