>

Monday, 25 February 2013

Happy Birthday Isma Firdaus Fareed


Assalamualaikum

Happy birthday to my gorgeous Cik Asben. He's 34 years young today. Gigih akak nak tulis 20 random fact about him. Excited? You should be! 


1. Dia tak gheti main gitar
2. Dia sangar suka makanan pedas. Sangat sangat pedas.
3. Dah pernah pergi Liverpool dan Manchaster City secara percuma. Dua kali lagi okeh!
4. Peminat tegar Football club Benfica dan AC Milan
5. Nama dia diberi sempena Maknya sukakan Isma DJ radio thn 70-an
6. Selalu kata kulit anak-anak sama dengan kulit dia. Padahal dia tu versi tinted
7. Dia boleh congak math yg susah babeng tanpa menggunakan kalikator. Tapi math SPM tak dapat pun A haha
8. Dia pandai berenang
9. Dia benci susu. Semua jenis tok nenek susu dia tak boleh telan. Masa umur dia 2 thn dia dah tak nak susu tapi ketagih teh.. boley?
10. Sama sekolah menengah dengan Azmin Ali dan Aznil Nawawi
11. Rambut tak boleh panjang, nanti jadi David Arumugam Alleycats
12. Selalu tak tutup air dalam bilik air. Tentions mak
13. Melihat dia menangis sewaktu hari akad nikah dan kelahiran anak-anak
14. Paling suka movie perang dan suspense thriller 
15. Kipas susah mati dengan group Gun and roses dan Wings
16. Ada team futsal -  satu team dengan Edry KRU, Adam AF dan Tomok OiAM. Akak pon tk tahu mcm mana dia boleh terjebak dengan geng artis. Yg tentions selalu main futsal waktu malam. Goyang akak tinggal bertiga ngan kids kat rumah
17. Suka giler kenyang makan kuachi
18. Pandai masak ikan bakar. Tetamu dtg rumah kami acara wajib adalah serve ikan bakar yg resepi rencah yg konon-konon rahsia sgt tu. Semua kata sedap. Alah..akak tahu resepinya cuma malas nak buat. Bior dia  bakar sesorang
19. Beli baju and seluar jalan untuk kids mestilah dari jenama Benetton. Katanya design nya cam org besar. Tak nampak budak-budak
20. Time dia tgk bola, kena tahan lah telinga dia maki players main cam lembu. kalau team malaysia lagi dasyat lah makinya tu. Bila Team faveret dia kalah, jgn harap dia baca paper selama seminggu. Frust tergolek dog punya.   




"We fight, we make up, we share secrets over a tea cup. Sometimes you're my friend, sometimes a guide, you are the person in whom I take pride. Happy Birthday Love"



No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah