>

Monday 18 February 2013

Damn, that's impressive


Assalamualaikum


Akak  sgt rajin mencoret akhir-akhir ini..mungkin ini tempat yang bagus untuk meluahkan rasa dan ya! kena cari mood untuk tidak stress sebb akak buat minor chek up, darah tinggi naik and colestrol pon lebih dari paras normal Jah. Haiyoooo ni buktinya





Memiliki dua anak lelaki yg comel *at lease comel di mata akak..itu harta dunia dan akhirat yang akak ada setakat ini. Otw nak masuk ke3 sekarang ni..eh tak la..acah mak enon. Yg otw ke3 belum ada rezeki lagi.

Anak lasak anak yang cerdik..

Yang ini kata ramai orang..anak-anak akak yang dua2 ni memang lasak....Nannynyer selalu kata tak gheti dok diam. Ade je aktiviti. Pinggan cawan nanny ntah berapa kali pecah. Kabinet kaca nanny pun pecah. Telepon rumah pun boleh pecah. Mudah-mudahan kata2 ramai orang ni termakbul la ye..cik asben kata kids ikut dia masa kecik dulu..lasak..ye la kot..Mase kecik dulu, cik asben ngan abang dia tahan org kg naik motor bawak durian dengan batang buloh,semata-mata nakkan durian tu. Terpaksa lah org kg tu kasi gak kat depa berdua durian. macam-macam kan..

Akak pun lasak juga rasanya..tapi mak dan ayah kata akak ni spesis lembik sejak kecik..lembik lembik akak bersalin dua kali normal okeeh. kalau diingat balik tak lah lembik sgt cuma pemalu banyak.. *Matilah tk de sape percaya.

Kawan masa Ittar dulu pernah kate kat akak “muka ko ni lembut tp bila ckp tak nampak dah kelembutan  ko. Perangai kasar, dengan lasernyer.....” ye la kot sebab akak mengaku mmg laser tp laser akak ni kelakar2 paham tak. Org dengar pun tak sakit hati hahahhaha  sumpah akak tak tipu.

Anak akak uollss pegi rumah org main mainan orang. Kadang2 terjadi adegan rampas merampas. Lepas tu tolak menolak. Lepas tu salah sorang mesti menangis. Tak pun dua dua menangis. Boleh bayangkan kechah dia mcm mana kens.

Kalau setakat dengan Qa’qa dan Rafa (anak buah Asben) tu takpe. Sbb diorg pon kaki rampas dan menolak. Kalau pi rumah org yg anak dia main elok2 tup2 anak akak pi rampas, tak ke haru. 
Pastu bila makan sepah2 ye. Kalau orang paham xpe. Kalau jenis org yang takde anak nanti dia tulis kat blog kata anak akak sepahkan makanan atas karpet kannn?

Sebab tu akak malas nak pegi rumah org yang jenis barang terletak. Tersusun rapi Jah. Lagi2 barang2 kaca kat bawah. Oh oh tidak la akak pegi. Kalau rumah dia ada anak atau budak bawah 5 tahun yess akak pegi sbb biasanya orang2 mcm ni memahami.

 Kawan akak ada anak dia baya2 anak akak lah, dia jenis suka kumpul brg2 kaca ala-ala KK deco and romantika ni, kaca kecik kecik  letak atas peanut table la, mane table yg ade kat rumah dia penuh la barg2 kaca. Uolls...anak dia sikit pun tk usik. Disiplin sungguh lah. Anak akak jgnkan nak hias kaca, bunga akak letak atas meja makan habis dia tendang pakai bola. Pecah berderai...dahh tak payah nak hias hias bagai.

Yela uolls. Irish ni 2 tahun setgh. Iman setaun 2 bulan. Dua dua tgh lasak nak main semua benda, lepas tu bukannya reti pon kalau nko marah. Takkan depan2 org ramai tetamu kat rumah orang tu kita nak meroyan marah kannn?

Yes! So sapa yang jenis rumah tersusun tak mau org makan  sepah2 jangan panggil akak datang. 

Sapa yang kutuk anak orang macam tu just wait until you own a child below 5. 



2 comments:

emma abdullah said...

jom dtg umah i. tapi bg notis awal nak sorok semua kristal ahaks.

Unknown said...

Bak dtg address rumah hehehe

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah