>

Thursday 18 December 2014

Haruman Inspirasi Memang Original!!!


Assalamualaikum


Kepada sesiapa yang cintakan wangi-wangian dan bau-bauan semulajadi aku sarankan korang  boleh terjah dan beli tau di The Perfume Lovers. Aku dan Isma mmg peminat parfume. Moto kami laki bini adalah wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.. haha gitu! 
Jadi nak beli selalu sangat di kaunter harganya boleh urut dada lah kens. Ikutkan hati setiap bulan nak beli segala jenis brand. Hover kan. Hover ke poyo? Kesah pulak aku. 
Lepas tu bila terjumpa ada perfume best-best di The Perfume Lovers , eh jimat banyak kott daripada harga kaunter. Ini tidak boleh jadi. Harus dibeli dengan kadar segera!  

Segala brand luxury (You name it Like Anna Goutal, Arvin Arpege, Chleo, Le Parfum Elie Saab Perfume, Astor Place Perfume by Bond No 9) dia boleh dapatkan utk korang dengan harga kasih sayang lah katanya. 

Kalau korang suka brand yg commence like Davidoff, CK, Ferragamor, Nina Ricci, Burberry, Clinique, DKNY, atau Lancome pun ade dijual. Dont worry baby! 
Korang rasa brand yg di atas tak menarik minat korang, bgtau tokei dia jenis apa dan brand apa, dia boleh carikan. Settle masalah korang. Best kan? 

Sekarang tak perlu susah2 lagi nak perfume yg best kan. Kat The Perfume Lovers ada juga  menjual set utk wedding yang lengkap. 

Memang tak rugi kalau korang nak try beli sbb dah lah murah, Original pulak tu sebab tokei ni order direct from USA. Delivery selalunya ambil masa 7 ke 10 hari. Konfirm Original. Buktinya sebab aku dah pernah beli. Pantas kan? Pantang nampak yg best dan murah. 
Tambah macam sekarang ni kan krismas timeeeee so mana-mana saje sale gila babah rabak duit dan duit. So harga dia memang very down to earth. Korang PM je tokei dia zass zass zass siap akan dibalas dengan cepat oleh beliau! 

Nah kalau korang perlukan keterangan lanjut boleh je terus hubungi dia, PM, call, Msg and wassup tanya pasal perfume je tau, jangan mengantei ngorat pulak. Orang punya tu woii 

FaceBook:


019-299 8091
Cikin Shukor

 Wangian adalah satu sifat surga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abiu Sufyan dan Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Allah s.w.t berfirman kepada syurga, wangilah untuk penghuni engkau ! Lalu syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia)  kala dinihari, iaitu sebgaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebgai peringatan tentang api di akhirat." - Sumber dari dari majalah solusi



Tuesday 25 November 2014

Iman kannnnnn sudah 3 tahun!


Assalamualaikum


Iman Imon dah 36 months! Macam sekejap je masa berlalu kan? Tau-tau aku dah gemok balik. Aritu macam tak cukup udara nak sedut bila orang puji kata dah lose weight/kurus skek. Bawak kereta pon dengan lobang idung je sebab riak tak tentu hala. Warrghh hahahah. Actually aku dah berkobar tahan nafsu makan manjangggg lah sebulan dua ni lapar. Makan nasi tu bertahan utk sejam jer lah. Pastu lapor balik. Ingat nak start my control calories makan dalam minggu ni tapi semalam Isma hasut kata tak payah. Semalam dah makan Nasi Mandhi Lamb segala tahan makan amenda kan? Podah!

Kata Arm (kawan Diploma aku), dia kurangkan ambik sugar, and tak amek nasik dalam masa 2 months dia lose weight. Cara dia, Atkins diet. Dia kate orang rumah nya dah loose weight 7kg within 2 weeks  Macam tu. So padahal tadi nak cerita pasal Iman kan? Lepas tu terus jump cerita pasal diet pulak. Mudah sangat nak distracted by other‘s thing. Ongtue macam ni la 

Menantu pilihan sangatttttt - Iman 7 months. #BalingBelakang
Paling kecik dan paling gemok!


Iman kan? Sekarang dia dah pandai pilih kasih. Sikit2 sayang papa, sayang papa. Mom dia sambung tak sayang. Tu pon aku dah cebik-cebik nak nanges. Perempuan emos macam ni la. Haha. Iman... ingat skek diri ini yg kelam kabut basuh popo iman sebab tak nak vontot tu merah. Harapkan papa? lagi sejam lah jawabnya popo tu dah sampai kering . T__________T Ngan Nanny pun dia sayang. Paling win Tok Mat la. Suka rasuah Iman ngan 7-11. Hai lah Iman.. tu pun boleh tergoda ya? Paling dia tak geng ngan Ayah Wan (my Bro no 2). Kawan gaduh tu. Nampak muka ayah wan siap lari dah dia hahaha sian ayah wan. Suh Ayah Wan kawin arrr cepat2 dapat baby sendirik

Iman 3 tahun #sekarang
Abang kawasan kasut oren

Kelam-kabut aku nak kemas umah dan memasak balik dari kerja dia pon sama naik. Aku biasa balik, letak handbag terus tukar T-shirt. Bukak bra sependa semua. Lepas tu start 
Kehulu-kehilir aku ke dapur nanti dia datang, sembam muka kat bontot aku. Celah-celah tu. Yang masam seharian tu dia sanggup letak muka dia kat situ. Dah kenapa Iman? Now aku dah tau kenapa batuk Iman tak habes-habes. Haha. Pastu time tu la dia nak ajak main aeroplane (ekcelli kereta sorong dia). Kena paksa ni naik sekali ngan dia. Aku peratiiiii je perangai dia. Memang pengacau tapi I enjoy every moment of it 

 Dulu aku akan tidurkan Iman awal. Pukul 9.00 pm dah letak dia dalam bilik,  bergomol sampai dia letih and later dia akan tidur sendiri. Tu dulu. Now no more. Kata dah bujang? Apa barang tido awal kan? Tak Abang Kawasan la nanti.

Aku akan biarkan dia tengok tv or main apapa dekat hall sampai dia sendiri surrender nak tidur and dia akan tidur sendiri. Haha. Sebab I love to be around him. Walaupon tgk-tgk eh dia dah baring atas lantai  TAKPE. Asalkan dia ada depan mata. Angkat je dia masuk bilik tak de problem ape. Takyah tepuk takyah apa. Haha. 

Makan pon dah macam-macam kecuali nasi. Tahik pon dah bau tungkik. Rambut  cepat panjang. Berat dia dah 13 kgs.  Latest tadek timbang. 

Ok la. Tu je nak cerita. 

Letter for the future (poyo!),
Your Mom yg menten comel walaupon dah 3 series



Monday 10 November 2014

Fakta istimewa (Muntoh!) tentang aku!


Assalamualaikum

Pagi2 ni bukak PC harus tgk blog Kak D dulu, eh dia buat pasal 20 fakta tentang diri beliau. Eh nak buat jugaaaaaaaaaaaak laaaaaaa. Mcm kan femes benau. Kesah pulak aku. Dahhhh.. korang baca jgn buat2 menguap okeh! 

1. Org nampak muka aku ni sombong bongkak tahap org tak nak kawan, tapi nehiii Ai tk begitu. Aku admit la susah nak senyum. Sebab bila senyum nanti nampak kelebaran muka di situ. So kite buat-buat masam. Muka Yes memang nampak sombong tapi once bila korang kenal aku mesti korang cakap aku ni kelakor. Yer tak? Yunnnn ko jgn buat2 juling bijik mata

2. Aku teringin anak perempuan. Doakan ye? Standed arrr dah ade 2 hero. Kawan2 bg tips suruh makan asam. Tapiiii tuuuuuu la yg paling tak suka. Bukan takat masa pregnant je pun, masa2 biasa pon tak suka. Isma tu suka beli asam boi kaler merah tu. Aku nengok pon ngeri. 

3. Nama Zidane tu tak yah citer la semua tau isma yg dapat. Irish tu aku suka. Ekecelli suka Iris, tak de H. Dah keluar lelaki taruh lah H kat belakang. Tak de dengor keperempuan sgt. Even sebelom aqil baligh dah suka nama iris (sebab sejenis bunga). Dah set in my mind ade anak esk taruh nama iris. Gatal sangat

4. Dulu sebelom get pregnant, susah giler minum air. Bukan takat air kosong je, air manis pon tak suka minum. Tapi cuba kau hidangkan aku makanan.. fuhhhh aku boleh mencekik sambil tak minum air. Bulan puasa kan, time berbuka aku terkam makanan dulu, air kendian2 tak pe. Tak minum pun tak pe hahahaaa.. dasyat sangat ni. Tu pasal kulit dulu keringgggggggg kalo garuk pakai kuku berbekas kau tertinggal kat kulit. 

5. Zaman menengah dulu kaaaaaaan pakai tudung gi sekolah. Dagu tu nampak berlapis. Padahal tak gemok pun. Aku pon tak paham apesal dia ade. Pastu ada budak laki dlm kelas nama dia sulaiman selalu usik bawah dagu aku, ejek ayam belanda, ayam belanda, ayam belanda. Ngek nih! Suka suka pegang bawah dagu orang hoiii. 

6. Aku pernah kintingkan rambut dulu. Buat kat salon murah bawah rumah. Tak de duit mase tu kan? Hazab kembang keras memang sangat horror. Aku muka selamber jenjalan kat sg wang lepas tu macam kan sahara yaakob. Mujur org tak mintak autograph.

7. Setiap zaman belajar & kerja, aku mesti closed ngan kawan2 laki. Bukan bercinta tau. Mase zaman sek rendah aku closed ngan hafiz .Tak tau mana ntah pergi dia ni, sebab result UPSR aku bukan full A so si hafiz ni dpt 4 A, dpt masuk Sekolah bagus.  Aku? terceruk lah kat sekolah belakang rumah nanny. Terus lost contact ngan dia. 
Zaman menengah aku closed ngan sulaiman (yg suka ejek aku ayam belanda tu) dan Fahmee. Dua-dua makhluk ni dah jadi ayah pun.
Zaman kat Ittar aku closed ngan P. Malas lah mentioned nama dia kat sini. Habisss kena bahan kang nanti.
Zaman UiTM closed pulek ngan Rahman. Dia ni dah tua baru nak sambung belajor. Aku lupe umur dia, maybe dalam 40-an kott. Closed yg tahap study sama2 berduan hahahahaaa.. ntah hape2 ntah. Ngan org tua pun bolehhhhh.
Zaman masa kerja pun ade closed ngan lelaki tp masa tu aku dah bercintun ngan Isma, koserrr pulak tulis kat sini. Kang tak pepasal balik rumah aku kena soal siasat hahahaha

8. Aku pelik bila orang lain rasa panas aku je manjang rasa sejuk. Bila nak subuh tu aku terus tutup aircond lepas tu tak bukak-bukak kipas. Nikmatnya rasa suam suam sejuk tu kan. Lepas 5 minit dengar lah roomate aku tu hangen sebab dia rasa panas. nasib laaa.. nak sejuk bangun bukak sendiri hahaha

9. Aku suka drama berseries. Hollywood of course. Zaman belajor layan Alias @ Jenifer Garner. Body tough terus impian nak join gym bagi bahu ketol. perghh  ai suka nampak badan sendiri gagah. Motip? Now layan Revenge. Dah sesaon 4 dah. Cuma this season, rumah aku dah tak ambil astro, gigih lah every monday gi rumah nanny semata2 nak tgk revenge. Ko memang hantu kaaann, bagi aku ketagih layan ko jer kan. 

10. Ohh ye.. suka juga comedy berseries. Macam how i met your mother (kemonnn la sape tk suka meh sini aku cucuk perot dia) dan friends ( epic sangat). Family guy suka jugak. Walaupon cerita dia sgt tak bermoral dan si Peter tu rasa nak teranjang2 je dia hahaha haku sukaaaaaaa. 

11. Aku ni jenis tidur bantal mesti kena tutup half muka. Barrrrruu lah boleh lena tidur. Sleeping beauty katanyaaaa. Mengiring ke terlentang ke tak kisah, janji tutup sebelah muka. 

12. Masa sekolah rendah masuk pertandingan nasyid lawan antara sekolah. Aku jadi lead vokal, apesal ntah ustazah pilih aku. Mungkin masa tu dia nengok aku ni ade pontial besar sok jadi artis, terus pilih wahahahaaa.. nak citer kat sini bukan pasal tu, tapi cara lilitan tudung tu memang ala ala mak mak habis. macam pakai scraf ikat belakang, lepas tu tali dua-dua terjuntai tu lilit atas kepala. Tengok budak sekolah lain tudung labuh menutup dada, Tu pasal kami kalah gamaknya ( biase laaaa still deny bukan kalah sebab suara tak sedap hahahah)

13. Dulu aku pengawas. Bukan lah disiplin mana sangat pun. Saje je nak glamer pakai baju kaler lain hahahaha. Pagi2 tak ke muka niiii kena tahan kat gate sekolah. Hari-hari lambat. Kalo cikgu disiplin tau rumah aku belakang sekolah je harus kena sebat.


14. Aku ingat lagi gi jenjalan kat Sg wang ( whatttt?? i knew.. ..mana lagi tempat melepak yg murah). Masa tu aku form 4, aku ngan ikin syukor. Tgh2 makan kat food court atas tu ade mamat ni tegur. Tak ingat nama dia. Kiut jugak. Dia nak berkenalan ngan Ikin rupenyer. Sangat berani okeh dia tu. Mamat ni dtg ngan kawan dia, pon  tak ingat nama. Penyudahnya ikin jalan ngan mamat yg nk kenal ngan dia tu, aku jalan ngan kawan dia. Ponnn bolehhh! 

15. Aku pernah masuk pertandingan pencarian model cover utk novel edaran Creative Enterrpise. Harus lah kalah kan. Sebenarrnya Make up tak cantik masa final tu. wakakakaa lagi mau salahkan makeup, padahalllll
Judge masa tu normala samsudin. Ya Allah. Cantikkkkk sangat. Memang sesuai lah dia dpt gelaran perempuan melayu tercantik 

16. Masa aku sekolah menengah tapi tak ingat form 4 ke form 5, ada producer yg buat video utk karokey proposed aku jadi model dalam video tu. Sah la Tok Mat tak allowed kan. Haishhh kalo takkkkk glamer dah... setaraf ngan Amber Chiah. tapi elok pun. Kang ntah jadi hape kang masuk dunia glamer tak sedor diri hhahahaha 

17. Masa aku baru2 kerja sebab baru2 habis belajor, ikut nanny gi rombongan UMNO ke Pulau Langkawi. 2 bijik bas gak la masa tu. Best sangat walaupon join ngan makcik2 dan pakchik2. Malam nya tu ade barbeque sesambil karokey. Cer teka siapa yang konker stage?? hhaahhaaaaa aku berduet ngan sepupu aku, Pizah nyanyi lagu Uji Rashid... dont play play! Dah kate rombongan makcik2 pakchik2!

18. Aku ada tahi lalat agak besar gak bhg perot tapi dia selari kat bawah kopek belah kiri. Arwah opah ckp tandanya  subur. Errrkkk,..... 

19. Masa darjah 6 suka sangat pergi ke rumah kawan (safeena) then prektise menari lagu feminin dan Res Q. Masa tu group kami nama sweet girl - Sangat tipikal, pikiran pon sempit lagi. Nama main belasah jer. Group ni ada aku (belasah korang buat2 tak kenal!), Safeena, Bayu dan Tipah.  Siap buat Demo tape gi pos ke KRU studios hahahaaa.. ni memang cerita serius tak main2. Miang sangat, kopek baru nak naik, bulu tak tumbuh lagi ada hati jadi artis haha

20. Fuihhhh.. nitik2 pelok den. Aper lagi last hah? errrrrrmmmmm.... ahh haaa!  aku terror masak lala goreng berlada/bercili. Tapi jarang masak. Acaner tu? hahaha 




Tuesday 14 October 2014

Kalau Kita Kuat Semangat, Dari Perlis Ke Pavillion Naik Basikal Pun Akan Sampai


Assalamualaikum

Nak citer pasal Iman Imon la hari ni. Sebab dia wangi pagi tadi (tetiba) walaupon tak mandi hantar dia gi daycare. Tak lama dah masuk tiga tahun. Alhamdulillah sihat-sihat aje iman selepas keluar hospital 3 hari lepas. Bebetul jam 2 pagi selepas raya haji kami laki bini cargas bawak dia ke Hospital. Dia batuk sampai tak boleh tidur malam dan nafas yg turun naik laju sebab batuk. Bila doktor cakap admitted terus mom sebak. This time dia demam agak strong up to 40. Terkejut sangat mom. Dah la mase cucuk jarum kat tangan menjerit satu hospital boleh dengar. Mom ni doktor dah siap pesan duduk jauh2 haha.. doktor pon tahu kang kalo mom ade sekali mau meraung bejemaah.  


Sekarang ni kalau nak bagi dia makan dah tak ada drama dah. Pantang suap mesti nganga. Dulu kalau nak bagi dia makan kena time dia leka tengok tv. Tu pon bila hulur sudu kat mulut dia geleng-geleng. Belum rasa dah taknak. Pepenat la Mom kau ni masak banyak cantik tak nak makan?? So kena bagi jugak dia rasa. Lepas first suap usually dia dah nak makan tapi tetap takes time giler. Makan pastu main loncat lompat2. Kunyah plak dia ikut sunah nabi, 40 kali kunyah. Pastu kena kejar dia untuk suap. Kekadang kena main ton ton todak (mainan org dulu2 - Iman duduk atas kaki aku then kena angkat kaki sampai lah  lagu habis. Sila imagine aku punya mengah jgn citer laaaa)  aku agak impressed sebab boleh sesabar tu sebab aku dulu adik angkat rimau. Garang nak mampos. Nak suap anak makan punya pasal apaaaaaa pun boleh buat

Iman ni dia lebih suka makan biskut dan roti. amboiii mat salleh sangat la? Tak kisah apa jenis. Bagi je. Tadek masalah pon nak bagi dia makan manis-manis as long as tak berlebihan and makesure dia gosok gigi. Sebab nanti gigi mereput dah tak hensem. Walaupon usually Iman lebih banyak gosok dinding and lantai dari gigi tapi takpe. Kiter kena tabah.

Coco crunch dia suka. Segala jenis kekacang pon dia suka. Aritu bagi kek carrot sampai mengejar aku suruh suap. Bebudak kecik cenggitu la. Suka la makan manis-manis macam tu kan? Biar dia rasa. aku memang bagi je tapi dengan kuantiti yang terkawal la. Nanti kalau asyik bagi junk food, makan nasik pon dah taknak.

Nak papa suapkan. Yes! Mom boleh relex

Suka mengacau bambam dia. Elok bambam tu main car susun buat mcm keretapi, tetiba otromen kecik ni dtg lalu menyepak car2 tersebut. Harus lah bambam tu hangen kan. Ok sekali tak pe. Masuk kali kedua, memang kena cepuk la iman tu ngan bambam. Manusia ni ada juga tahap kesabaran dia kan? ha ha 

So far aku rasa bersyukur dengan perkembangan Iman walaupon I hope more  but I know that kiter tak boleh selalu compare kemampuan anak kiter dengan baby lain. Tak baik Both. For us and for kid itself. Nanti stressed.
Sebab aku pon tak suka golongan emak yang terlalu bangga compare anak dia dengan anak kiter depan-depan show that anak dia paling bijak dalam dunia and anak kite tak bijak macam anak dia, so aku pon elak untuk bercerita lelebih. Ada tau golongan emak macam ni? Sesungguh tu nak tunjuk capability anak dia depan kiter. Apa-apa pun pelan-pelan kayuh. Hidup ni bukannya pertandingan. Bior le orang lain nak tiba dulu. Cenggitu =)

Iman ni aku nampak kepala angin dia. Kalau main dengan kekawan kang tetiba je nanges tak puas hati. Tu tak pelik la sebab main ngan kawan. Kekadang main sorang pon tak puas hati kat diri sendiri. Haha. memang dia manja. Suka merengek.  Kalau nak apa apa tak reti der nak mintak elok-elok. Dia akan merengek. Eeee geram jer! Perkataan paling dia suka ‘nak milk milk mom'. Kuat pulak tu. Masa kat hospital satu wad boleh dgr dia sebut. Cecepat  aku tekup mulut dia hahaha maluuu dia dah nak 3 thn kan. 

Iman ni perangai dia lain ngan bambam. Tu perangai nak menang membawak la sampai sekarang. Kalau main lumba2 lari dengan bambam atau kawan2 kena menang. Berlumba kalau kalah, nanges. Terpaksa la bambam tu buat2 lari slow. 

Pheewwww. Dah panjang sangat dah ni cerita pasal iman. Semua orang dah menguap dah pon. Hahaha.  Last sekali  share cerita masa kat hospital ntah hari ke berapa iman berdiri atas katil hospital, tangan dia sempat cubit pipi nurse yg tengah check patience katil sebelah.  Kemain kan? Sunat pon belum dah tau cubit pipi pempuan cantik. Amboi...






Tuesday 2 September 2014

Sedarlah selama 57 tahun, negara ini aman, tenteram dan maju. Walaupun.......


Assalamualaikum

Semalam kami raya merdeka di rumah sepupu Isma. Menonong je pergi. Nasib ada orang di rumah. So, aku dengan Isma mengambil kesempatan untuk menggunakan masa yang singkat ni untuk beraya.  Cheeewah. Mood bulan raya tak habis lagi nampaknya.

Hari sabtu jerk aku merajin masak kat rumah. Itu pun di rumah nanny. Nanny and Tok ada wedding. Nanny beli barang2 basah pandai-pandai lah aku mengerjakannya. 
Aku masak ikan bakor talapia - lumur dengan garam taruh butter sikit duduk lah ekkau diam-diam dalam oven. Beres! 
Masak Kerang cili...  Ala, kacang jerk nak buat. Blender bawang besar + bawang putih + halia + cili hidup.  Pastu tumis sampai naik bau, before that goreng serai 2 batang dulu. Pastu masukkan bahan-bahan blender itu.  Bila dah agak2 garing dan bau menusuk kalbu, masukkan la kerang ( jgn kopek kult )

Pastu masak sayur bayam. Goreng bodo je. Tapi pasal haritu aku kekurangan masa, aku rendam batang dia pakai air panas. Muahahahha. Nasib tak terlembik sangat.

Gambar terlupa plak nak snap. Jadik tak boleh la nak berlagak yang yours truly pandai masak  yang sebenarnya tak perlu nak berlagak pun, budak darjah dua mungkin boleh masak dengan menutup mata. Miahahahhaha.


Hari ahad, along (abang isma) and his family datang ke rumah mak mertua di Setiawangsa. Along ajak makan di tepi padang menimati cendol dan rojak. Pasal aku lapar tahap gaban, aku tetibe menjadi konpius nak order laksa atau beehonsup?  Memula tingin nak makan mee rebus, Tapi tetiba teringin nak makan laksa. Alih-alih mulut order beehonsup. Wadda???

maka  telah mengorder beehon sup dan sepinggan lagi laksa.. ( laksa ni sebab anak buah isma tak habis well siapa lagi yg DBKL kat sini kannnn?) Aku punya kebulur lapor pasal dah kul 4.30 tak lunch lagi sampai tarik2 muka masam kat Isma. Ya ammmmpunnn Isma punya bersiap dari lepas zuhur membawak ke Asar. Ikut masa dia jawabnya aku masuk angin dan angin keluar kat telinga. Kami pergi makan yang dekat tepi padang tu je. Nasib baik aku pakai deodoran jenama Lady Stick yang jenis apple tu. Walaupun dah petang, masih tak berbau apple masam. 

Ok. Jom layan gambar blur dari handphone hina aku yang jenis outdated, tapi berlagak dan kompiden tetap carta teratas! Daaaaaaaa oh ya! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamba jerk rebut-rebut spek orang tanpa rasa bersalah

Anak sulung mom yg termanja 

Tak obses cenggini? keje keje main game 

Berderet! 

Seronok panglima's pasal banyak toi di rumah sepupu Isma

Beraya merdeka

Perempuan ni wajib ada dalam setiap entry dia. Dasar ...Ptui!



Monday 25 August 2014

Marah. Ini Serius! (Penipuan Melibatkan Rumah Anak Yatim Baitul Ummah)


Assalamualaikum

Hari ni mood ada sedikit kelaut...masuk opis terus merempan sorang2 dalam bilik stor. Tutup pintu bilik menung depan handphone lepas tu mata layu2 macam nak tidur.  
Ntah apa yang aku monday blues pun tak tahu. 
Susah hati jugak ni pagi tadi kejut Irish bangun pagi tup tup badan dia dedor. Eh semalam elok melompat2 main bagai. Last-last tinggalkan dia dgn nanny. Hantar Iman je ke daycare. 

Ni cerita yang dah masam. Simpan dah berminggu-minggu. Tapi atas rasa kesian kat kawan-kawan Ittar aku share serba sedikit ye.

Kekadang terasa cam nak mengutuk si polan ni, aku gelarkan dia S lah senang citer-----> gigih ni siap kaler and bold.  tapi aku tak nak tulis teruk2 pasal blog aku ni bukan medan mengutuk mencarut semua tu. Jadinya dalam ni aku tulis yang manis2 jerk... Tadek kutuk orang, tadek sakit hati.. Malahan semuanya yang indah2 belaka. Maka mari kita siap puji si S tu melambung2 okey? Apa tujuan ntah. Hehe

Kan aku pernah cerita, aku ada group ITTAR dalam wassup budak2 kelas aku je semunya. Ramai tak ramai lah sekali letak HP, tengok2 beribu2 msg masuk. Asal tido malam tit tot tit tot bunyik wassup masuk. Tak tenteram hati aku tgh geli2 dgn isma kahkahkah 
Memang happening. Kadang dalam kereta dgn isma aku dok kelebet berwassup ngan diaorang. Isma tak boleh tahan nengok aku gelak2 sensorang depan HP, korang tau tak, siap sound " tak habis2 bermsg".. elehhh dengki lah tuuuu. Aku tahu dia nak layan gosok2 peha debab dia tu tapi tak nak cakap. Nasib laaaaa

Sambung balik. 

Dalam banyak2 member dlm group aku ni ade lah sorang ni agak poyo. Yang si S ni lah. Tapi aku tak ambil port pon. Mungkin cara dia mmg mcm tu. Eh banyak benda lain lagi aku boleh pikir drp memekirkan kepoyoan S ni. 
Poyo dia tu makin lama main dasyat sehingga masa bulan puasa setiap kali dia jelajah Param dia akan tgkap gambor makanan yg dibeli dan siap menioned brp hengget berhabis. Takat 50-60 hengget tu biasa bagi dia yg tak ada kerja tetap. S ni claimed dia cuma freelancer. Kerja nya jual-jual powerbank dan berlepak minum adalah di stabak. 
Setiap kali dia bershooping di Sogo mentioned rm1K berhabis utk satu malam. Dan semua2 itu adalah perkara yang dia akan up serta tempekan gambar di wassup group. 

FINE.

Orang kalau dah biasa menipu, dia lupa apa yang dia cakap dan apa yang dia buat. Contoh yg si S ni terkantoi. Ada la kawan2 group berbuka tmp best2 di luar dan tempekan gambar sekali. Then S ni ala ala sedih bgtau dia thn ni tak berbuka langsung di luar. Semua di rumah. Padahal masa minggu 1st puasa S siap mentioned kat group berbuka di hotel, member dia manager hotel. Eh ko dah kenapa S. Kot yer pon tak dapat jadi pelakon slot akasia...jgn ahhhhh macam ni. Bila dah kena kantoi dengan Liza (yes, liza ni memang bagi setempek je) dan dan S cakap terlupa dia ada berbuka di luar. 

FINE LAGI. Korang mesti rasa bukan lah issue besar sangat pon kan hahaha.. ada lagi cerita S ni. Memang bikin panasssss

Tak semua orang nak kawan dengan kita dengan ikhlas dan jujur. Even yun (admin group) ni buat group ITTAR wassup sebab nak keep in touch balik kawan2 dah kenal lebih 10 tahun. Cari balik no phone kawan2 lama, invite masuk group and kat wassup kami jumpa dan berjaya buat ghatering awal thn itu hari di tasik titiwangsa. So bila ada sorang ni buat hal jadi tak best. 

Aku dan liza memang dah perasan ada tak kena ngan S ni. Tapi mcm tak baik lah buruk sangka. Masing masing tak ambil port. S ni baik je. Kadang lunch ngan aku and liza sekali. Sesambil lepak makan, S ada lah mentioned mak dia penaung since 2010 di rumah anak yatim Baitul Ummah. Kalau nak bagi sumbangan duit, pakaian, makan, minum boleh pass kat S ni. Aku and liza angguk2 je lah.

Nak dijadikan cerekarama nya, S ni pm sorang-sorang dalam member2 Ittar ni. So ada yang bagi derma rm50 and ada yang bagi duit zakat RM350. Yang bagi duit zakat ni, Erda ni nak la resit sebab nak claimed income tax utk pengecualian cukai. Sampai ke sudah S kata memang selama hari ni Baitul Ummah tak pernah keluarkan resit. Eh kan ke sangat fishy di situ. Kiteorang yg tk bagi sumbangan apa apa ni diam je la and tak tahu siapa yang dah bank in duit pada S ni. Bila erda bagi tahu dia dah bank in duit  Masa tu kami ckp kenapaaaaa tak bincang ngan kiteorang dulu.

Erda ni bijak jugak (dalam kesengalan dia tu). Dia call no phone rumah baitul ummah yg dalam website tu. Call No office tak dapat. Line macam kosong je. Lepas tu, call no handphone ustazah azlina, tak berjawab, tapi erda tinggalkan pesanan dalam wassup. Selang beberapa minit tu ustazah tu call... haaaaaaaaa masa ni semua cerita terkeluar. 

Ustazah tu terangkan rumah anak yatim baitul ummah dah lama tutup since 2011. Utk pengetahuan korang ye rumah anak yatim ni di Setapak Indah area2 danau kota. Memang dah kosong rumah tu but now mereka dah moved to cheras disebabkan banyak sangat penipuan orang mengaku agent kutip derma menggunakan nama Baitul Ummah. Masa tahu cerita tu berdebar2 aku. Erda tu terus call aku cerita semuaaaaaaaaaaa. 

Yang aku ni sebab rumah dah dekat sangat ngan rumah anak yatim tu, terus ajak isma singgah tengok kat Danau Kota tu. Nak tengok sendiri apa yang ustazah tu cakap. Memang dah Tak ada. Zero. Kosong. 

Lepas dah semua tahu cerita, masing2 jadi raksasa gorgon dalam wassup group, yang kaum pompuan la especially. Memang marah sampai putus urat kentut. Sampai kaum laki pon serender lah nak masuk campor.  Aku masih tak melahar lagi sebab aku tak terkena kan. Aku cuma ugut nak report polis je. Dah 10 mins kieorang mengamuk, S ni muncul. Mula mula dia belit jugak. Lama -lama dah tahan gamaknya kena pressure ngan team power puff girl ni, terus pm kak ILA  personnal mengaku memang duit tu dia amik.

Dah dia mengaku, mengamok lagi kiteorang ni buat kali kedua. Aku rasa masa ni S pon tadah jer lah. Dia kata dia akan ganti balik duit yg dia ambil tu secara berperingkat2. 

Yang buat kiteorang marah sangat sebab -

Satu - kau tikam kami dari belakang. Serik...no more bagi muka...especially yang bersangkut dengan duit atau barang makesure ada hitam putih. No more kau kawan kami so kami percaya jer lah. 

Dua - Kau pompang pompang shooping sakan belakang ko selak duit zakat dan duit derma

Tiga - Kau nak menipu tapi tak cerdik. Kau main petik nama rumah anak yatim baitul ummah yg dah lama tutup sebenarnya utk kau gunakan nama tu kegunaan peribadi. 

Empat - Kalau erda tak call ustazah tu, gamaknya sampai ke sudah lah kau buat kerja2 menipu ni ye? dan sampai ke sudah la duit zakat dan derma itu burn begitu sahaja? Macam tu? dan utk bulan ramadhan akan datang kau akan guna pakai dialog yg sama utk minta sumbangan?

Malam yg telah S kantoi tu, dengan sendirinya S mengeluarkan dirinya daripada group wassup ittar. Dipersilakannnnnnn! Tau pon kau sendiri malu kan...


Peluh2 haku menaip kali ni. Lega ok dapat lepaskan...bagi yang terasa nasibbb lah ya!! Aku tak pandai bercakap tapi aku cuma pandai menulis.....
Bukan apa, Tak mau dah ada penipuan2 menggunakan nama Anak yatim ni. Tak sangka member sendiri membuat onar. 

UNTUK S, kalau ko baca ni harap selepas kes ini muhasabah diri dan fikir balik kenapa orang tak nak kawan dengan kau. OK Bai! 


Wednesday 6 August 2014

Low Class Mentality


Assalamualaikum

Huish, dah sebulan baru dapat nak update blog. Wah! sesambil tu tengok uolls search ape di blog pician ini. Macam-macam benda kan. Paling hits Bacaan Al quran utk anak. Bagus uolls. Ahkak suka. Walau blog ini banyak merapu, ada juga entry islamik untuk di share pada korang tersayang   :)

Ok. Baiklah. 


Hari ni aku nak cerita pasal mentaliti orang Melayu. Well...aku sendiri orang melayu (ada la kacuk arab + scottish sikit tapinya) Haha. Eh tak laaaaaa. Serius boleh?


So, aku nak cakap pasal mentaliti kebanyakan orang Melayu. Tak semua macam ni but ada la yang macam low class mentaliti (hah kan dah keluar bahsa azwan ali aku ni. why bother? why bother? why bother? Tgk tak diva AA di diwanwancara dlm sembang teh tarik? - part dia menangis tu aku percaya bukan air mata propa haha) yang jadik good-good sangat!

Ok. Pergi la mana-mana restoran yang exclusive sikit dekat KL ni, kalau ko pakai tudung. Cakap pulak bahasa Melayu sejati nanti korang akan nampak muka-muka waiter/waitress yang tak kompiden dengan kiter. Dari mula nak masuk restoran sampai la nak order. Siap macam boleh perbodoh-bodohkan kiter lagi. Daaaa??? Mengapa mesti taknak senyum and buat muka ketat ni? Kau owner restoran ker? Kerja ko ape? Waitress je kot??? Hah. Kan dah bunyik belagak tu. Eeeeeee

Kenapa eh? Kalau orang pakai tudung muka ala kadar tu takder duit sangat ker? Memang nak kena parking kereta depan restoran or lekat kunci kereta BMW ats dahi baru nak layan dengan bagus ker atau macam mana? Kiter ni kan semua customer? Sama jer kan? Bayar jugak kan harga makanan tu?

Serius kalau dekat KL ni, member aku dah terkena. diaorang laki bini masuk Designer Boutique Longcham kat klcc, diaorang memang nak beli beg tu. So sesambil belek selfie depan cermin. Ala.. biase lah kan. Sekali kauuuuu kena sound keras ngan Sales Girl situ. Pandang atas bawah atas bawah macam member ni miskin sangat. 

Hati diaorang sebal dah ni. Lepas tu diaorang blah pergi pavi beli sebijik Longcham, gigih ni pergi balik klcc semata2 nak tunjuk balik kat sales girl sombong tadi tu. Hahh muka sales girl tu terkebil-kebil. Dont judge people by selfie. Lantak ah. Bukan ko bagi diaorang makan or hand bag Longcham pon kan? Haha. Tolonggggglah layan customer molek-molek. Ko bukan tahu duit customer ada berapa henggit. 
Kekadang sikap Sales Girl macam ni la buat level of confidence kiter drop ke tapak kaki. Tak kasik chance langsung kiter nak masuk Designer Boutique. Terus rasa rendah diri. Jangan kan kata nak masuk, nak lalu depan tu pon dah rasa debar-debar.

Bila la eh scenario macam ni akan berubah? Kiter ni manusia sama jer. Kalau meninggal semua pakai kain kapan kaler putih. Takder der kalau orang kaya meninggal kapankan dengan kain kapan jenama LV. Orang kaya kalau meninggal dimandikan pon dengan air biasa jer pon dan bukan dengan air evian. Siram kubur dengan air jugak and bukan orang kaya nanti meninggal siram dengan perfume channel Coco. Sama jer kiter semua ni. Takda beza pon orang kaya/orang miskin disisi Allah.


Aku citer ni bukan lah semua manusia sebegitu rupa. Aku nak share cerita kena kat diri sendiri. Laki aku tu konfident dia memang sangattttt tinggi padahal duit dalam wallet ade seratus je haha. Lama dah cerita ni. Masa tu tak ada anak lagi. Kami suka tgk designer handbeg. Cerita ni bukan saja nak mengada bagitau kami suka beli designer handbeg tau.. jangan nak kata ai belagak.. takat suka tapi tak beli buat kene gelak ngan Cik Ta.

OK.


So kami di KLCC, Isma ajak masuk butik channel. Ko tau lah harga seketol channel pon melebihi simpanan aku kan. Aku macam alaaaaa segannn kot. Isma ajak masuk tengok boleh pegang-pegang and rasa beg mahal. FINE. Sales boy situ baikkkkkk sangat layan kami laki bini yg memang sah-sah tak membeli. Dia terangkan kulit apa, jenis apa. Aku yang terkebil-kebil mendengarnya sebab bukannya aku tau hal ehwal channel tu. So now dah dapat mengetahuan channel. Orang sembang channel aku boleh masuk la lepas ni. Kalau tak sebelom ni jilake apekah channel hahahha 


#Group ITTAR ai sedang plan buat family ghatering ke Gold Cost Morib this September! eeeeeee tak zabarnya!


 Burung Indah Yang Galak :)



Tuesday 1 July 2014

Tak mainlah durian sejuk beku ni. Kalau nak, mesti yang baru kopek punya (taste tinggi!).


Assalamualaikum

Helooo adik manis abang legam... Sudah makan???? Sudah kak. Bagus! Ehh Ko tak puasa ek? 

Semalam jiran kami bagi 2 ketol durian. Kecil tapiiiiiiii sedapnya isi dia boleh inzal dibuatnya. Berebut-rebut makan dengan bebudak tu. Sambil suap durian sambil aku jeling Irish. Jangan la dia ambek yang ada dalam pangsa tu. Nervous aku. Hahaha

Sekian sahaja cerita makan-makan untuk kali ni yer? Macam ngantuk nak baca. Ok la. Bye. 



 Rangup fresh sangat krup krap memang sebegitu rupa


Tuesday 24 June 2014

Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan


Assalamualaikum

Hemmm aku kan lambat lekat.  Khawin awal tahun 2008. So total menunggu 2 tahun. 
Masa tu fikir bestnya kawin2 terus pregnant. Macam bulan empat kawin, tup tup bulan lima dah start uwekk uwekk.  .. 
Eee macam desperate kan bunyinye.. Mana tak desperate, bila dah masuk 1 tahun khawin   kira dah macam lambat atau senja, member- member office aku yang  kawin selepas aku dah pregnant dan bersalin dah pon.  bestnye khawin2 dah pregnant.....


Bila nak dekat cuti sekolah mula la kawan2 office bujang bagi kad khawin dang!!!  Lepas tu sedih aku ni bila lagi nak pregnant. (wahhh kemain jauh lagi fikir. Khawin = pregnant) tapi pergi juga kenduri sebab fikir nanti orang kecik hati pulak. Ada juga tau orang berpikiran macam ni "Ooo kenduri aku hari tu ko tak datang kan? kenduri kau aku datang tau!" Sepatutnya mana boleh pikir macam tu sebab mana lah kita tau orang tu femes so sampai dapat 10 jemputan nak pergi..? hahaha Mampos -- Maafkan lah dia... Ok Ok tak citer pasal kawin lagi (Apa aku merepek ni?)

Pause--


Kilang proses anak pun boleh valid sampai 20 tahun, tu yang aku nak cepat2. 

Malam pertama terus on je.. Belasah je lantak la orang nak kata bunting pelamin memang dah tak sempat dah ni haha

Bila dah setahun kawin orang dok tanya2 bila nak mengandung bila nak mengandung. Selalunya yang tanya ni bukannya family terdekat aku. Macam mak, ayah, adik beradik TAK PERNAH TANYA langsung ye. Diaorang faham.  Tuuuuu yg rajin bertanya sedara2 side Isma tuuuuuu.  OK soklan ni memang menjadi feveret ditanya orang-orang kita. Jangan ambil hati sangat. Apetah lagi tgk badan ko tambun sikit soklan dia "dah berisi ke". kannnnn? Itu pasal masa tak ada anak aku mentennnnkan badan jgn gemok hahaha so aku jawab je belum ada rezeki 


Setahun lebih lepas khawin baru aku mengandung. Itu pun keguguran 2 kali. 2 kali pada tahun yang sama. Sampai ke tahap nak bawak aku pergi berurut. Holololooooo asal bermasalah je aku je yang kena berurut. Aku ke yg bermasalah ni? memandai-mandai kan memasing. Lepas gugur 2 kali tu aku buatttttt uruttt..ape susah


Ditakdirkan sebulan selepas gugur kali kedua aku pregnant kali ke-3. Aku ingat lagi bulan oktober tengah2 busy buat persiapan adik ipar (adik isma) khawin sebab buat di rumah kami, dengan aku naik turun tangga berlari2 lagi, alhamdullilah sebenarnya masa tu aku dah pregnantkan Irish. Cuma aku je tak sedar sebab seminggu sebelum wedding ade keluar stain tompok2 coklat. So aku ingatkan period. Rupanya masa tu orang2 tua kata 'tanda' kita dah lekat. 


Kalau kita paham rezeki tu di tangan Allah, kita tak perlu stress melayan soklan2 ni. Suka aku maklumkan bahawa soklan2 ini adalah  amat sensitif.  Kadang memang susah deal ngan manusia yang tak berapa faham ni. Tambah beban kalau kita pesyen memikirkan soklan2 diaorang ni. Anggap je lah diaorang sekadar nak  Busy body menyembang . Habis cerita. Hidup ko pon tak susah.





My Zidane dan Aimar ( Nama belakang sebenar )





Thursday 19 June 2014

Clap Clap. Sudah Semestinya Angka Yg Ke Tiga Puluhan


Assalamualaikum



Ok semua, kesian giler muka macam hampeh lagi sibet. Tapi pasal aku jujur dan tak la asyik berangan cantik, aku redho bubuh jugak gambar aku dalam ni. Tapi tu la. Kalo gambar buruk, letak satu jer. Kalo gambar cun, musti terpaling banyak walau tak kena dengan tajuk. Hahahahaha


Marliza dan Nor Azian (revealed full name mereka) : Terima kasih for the birthday treat tu. I never regret since we know each other.. Korang sangat cantik semalam. Sampai aku terasa macam aku ni tukang gaji korang. Ces!

Isma Firdaus : Bie, terima kasih pasal belikan handbeg yg ke entah brp kali dan izinkan saya keluar sekejap tengah hari semalam berangan macam anak dara, dan Bie tengah hari pun tak sempat lunch sedangkan saya makan sedap-sedap kat luar :) . Baiknya... I love U..!!!

OK

Disebabkan Arip juara walau gigi tak bersusun  (tetibe minat pulekk -- Well, aku tau sapa yang tak layan kilauan emas tak kenal pon sebenarnya Arip tu--Yayyy kite geng laaaaa), aku tinggalkan korang dengan satu video dan lirik sempena birhday ahkak yg dah tiga puloh sen. 




Hakikat Sebuah Cinta - Original by Iklim

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta




 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah