>

Friday 30 August 2013

Mengenai Laki Sendiri


Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal laki pulak. Siapa yg meluat, sila meluat heheheh

Isma ngan aku bila bergabung mulut boleh tahan...Bila hover sgt sama ada aku diam atau dia yg diam. Kalau tak, salah sorang kena baling ikut tingkap. Tak aku, dia. heheheheh.

Kami berdua boleh kontrol lagi tahap penggabungan mulut. Kebanyakkan dia yg diam dulu kot. Nampak sgt aku tak nak beralah kan hohohohoohoh. Kadang boleh discuss ngan dia kadang tak boleh. Bila dia explain kat aku lepas tu aku bluur bluur dia panaaazzzz.. especially kalau bab tanya direction jalan. Bila dia bgtau ikut jalan ni jalan tu aku masih lg tak tau, dia hangin la. Dengan aku simple je, aku nak details. Ko berbuih buih explain kat aku baik lukis map. So sama sama happy sama sama bahagia

Dia cerewet bab-bab baju. Bukannya baju yg dia beli atau pakai. Ni hal baju aku. sibuk jer. Bila aku dah siap gosok baju seluar dan dah pakai, dia ckp tak berkenan. Kecooooooh betul. Suruh tukar baju atau seluar lain. Kalau aku rajin tukar cari baju lain. Kalau tak, aku buat keras kat situ je. Dia bebel muka jgn ckplah mcm nk cari gaduh. Lek le bro.. kena darah tinggi kang? Ini bukan doa...nasihat! 
aku kaver balik kata ok lah baju ni. Warna trend sekarang, saya suka...nampak kurus..sopan... muda.... bla bla bla bla sampai dia diam sendiri hahahahhaa.. YES!! satu kosong. Isteri solehah sungguh 


Seluk kueh sampai jatuh balang ke tu....sungguh tak comel okeh

Isma nie....Kadang  dia nak buat kelaka...kadang benda tu buat aku marah. Mcm contoh bila kat kampung dia, sanak saudara pesyen tidur berjemaah di ruang TV termasuk lah kami sekali. Pagi pagi bangun masih dlm selimut nak pelok aku kat depan depan semua org tu. Dia memang saje pedajalkan aku. Jenuh la aku nak lepaskan diri. Tak kan aku nak terpekik tgh tgh duhnia tu. Aku picit telor dia. Geraaam mak! baru dia rasa kelaka ke tak kelaka.

Dia jenis kalau aku kasi hint hint nak barang apa dia tak paham. Konpius kejab. Aku yg blurr atau dia? Dia jenis straight forward. Ko tak payah la nak hint dengan harapan dia boleh baca apa isi hati ko. Nan adoooo eh. Katalah aku nak pandora kan, ammboooii bg contoh pun! Contoh jeeeee. So Tak payah sangat nak ckp 'yg boleh taruh kat tgn tu, kaler silver, ada stone bling bling..' Nescaya aku akan dpt gelang sepoloh hinggit. Pada aku la, dari beli pandora baik beli brg kemas terus. Harga dia aku tgk lebih kurang ngan barang kemas je. Eh dah pergi survey rupenyer hahahaha.. Mana tahan dengor org dok sibuk pandora pandora pandora, aku pergi terus habib. 

Dia suka perempuan yg lasak. Spesis mcm dia lah bersukan. Aku ni takat nak pegang bola bowling pun tak larat tak payah la bersukan bagai. Dia suka aku turun padang tgk dia main bola taaaaaaaapi aku ni lah malassss muahahaha... masa berkawan dulu boleh lah aku gigih tgk dia main bola kat padang UiTM tu. Sekarang dengan nak kepong si panglima dua orang tu lagi. Baik aku dok rumah marathon how i met your mother.  Tapi U tetap love love me walau Ai mcam agar agar kan kan kan *campak kiss dari jauh*

Dia suka cerita zaman-zaman nakal masa sekolah menengah. Dia ngan member dia atas motorsikal, member dialah bawak. Laki mak ni tak ada lesen motor. Bawak pun tak reti. Masa tengah atas motor tu nampak awek kat tepi bus stand. Target nak kacau awek tu. Yg diaorang ni pergi preng preng preng buat bulatan kat depan awek tu. Sekali kau rantai motor tercabut kat situ jugak. Aku kalau jadi awek tu guling guling gelak kat situ dah. Malu syial!  Dah pulak kena heret motor dah tak boleh jalan. Eh aku suka dengor dia cerita vanggang pengalaman dia muhahahahaha

Tu jer cerekarama minggu ni.... so dah tau dah kan kalau kena pelok apa nak buat? Picitttttttttt jgn tak picittttttttttttttttttttttt

Tuesday 27 August 2013

Fuhhh.... Lega


Assalamualaikum

BTW, la ni aku sibuk dok google pasal tempat-tempat menarik kat Malaysia.  Harga hotel yang murah2. Feeling2 nak ajak isma ujung thn ni. Dah aku ajk, of cozz lah dia yg kena keluar duit. Eh?  Giler kedek

Tapi aku syok sendiri jah. Aku kena tgk isma boleh cuti ke tidak uolllss...dah confirm boleh cuti barulah boleh enjoy kat sana sini kan. 

Dalam aku syok sendiri tu aku sms kat isma 

Pastu dia balas sms balik ;

'pergi Sabah la'

Aku : kan ke dua taun lepas dah p

Isma : pergi pulau2 la pulak, simpadan ker"...'

Aku : takut kot. kena colik kang

Isma : siapa nak kidnapped. Diaorang tak larat la angkat awak 

Bengong! Asal gemuk je kena kat aku. Dia tu perut mcm 5 bulan pregnant, kata 6 pack. Puhlessssss... tu namanya lemak berpack pack.

Tapi dlm pada tu pun hoye...hoye... aku joget2 gembira. Ternyata isma mendengar isi hati aku.. Hahaha..gedix gila. Irish pun pandai ckp gedix. Bila isma pegang2 aku kan kalau Irish nampak dia ckp Papa Gedix! mihmihmih

Eh, korang tau tak? 

Since bulan May tuh hari akak kumpul2 duit nak beli emas, keji tak itu pun nak citer? Emas ngah murah kan sekarang.... Kumpul je uolls..beli nyer tak lagi pun. Rase2 tak jadi beli emas, aku angkat je fon baru
  *goyang2 bontot kembang hidung

Tunggu dan lihat sajork. Sekian gossip hari nih, ok bai



Monday 26 August 2013

Geliga Lipan


Assalamualaikum

Tok Mat (Ayah aku)  pernah suruh tolong dia guggle pasal geliga lipan. Pernah tau geliga lipan? Aku ni 1st time la dengor. Geliga tu aku tau la.. mcm aku juga wahahahaha.
Aku bab bab suruh search dlm internet mmg aku suka. laju je buat. Aku bengang gile main candy crush tak lepas-lepas level 134, apa lagi zassss aku taip how to cheated candy crust at lev 134. Keluar segala bapak tips siap ade video lagi. Kan senang kerja aku tu. Benda yg kite tak pernah tahu boleh explore. But still.... stuck kat level ni like foreverrrr. member-member dah level dua ratus lebih! giler hebat. Korang terlalu bijak atau aku terlalu budus? aaahh kite putus candy crush. 

Ade pernah aku search member aku nama siti maria. Sekali dia keluar haaaaambik kau punya berlambak nama maria ozawa. Aku kerut dahi  sapo pulak si maria ozawa ni.  Femes apesal pulak minah ni aku tak pernah dengor pun nama dia. Click satu page nama dia  rupenyer minah ni..........perrrghh  tak mampu aku nak cerita, nak tau korang gugle la sendiri
Berbalik  pada cerita gelipan lipan tadi kan, ini yg aku jumpe ;
Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut ‘sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil’ ini kerana kepantasan dan bisanya. 
“Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya. 
“Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.
“Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua. 
“Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya. 
“Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja. 
“Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.
“Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga.
Ape yg aku paham geliga tu adalah sejenis batu yg dapat drp mulut lipan  dan bukan sebarangan lipan ye. Lipan yg terpilih kot.
Rupenyer kawan Tok mat yg aku panggil ayahda dah bagi geliga lipan kat Tok Mat. Bentuk dia bulat berwarna merah, saiz nya kecil lagi drp coin 5 sen. Siap berbalut dengan kain kuning dan ade 5 butir beras dlm tu. Bila kita simpan geliga lipan nanti lipan tu masuk rumah kita tapi ayahda pesan jgn bunuh dia, ambil buang je.
Aku tanya apa sebenar function geliga lipan ni. Mestilah curies kan. Membuak2 nak tahu gt nih. Tok Mat kata utk org berniaga elok simpan geliga ni. Tok Mat tak jawab pun soklan aku. Tapi sebab aku pun ade sikit sikit geliga tu kan so bile fikir la kenapa Tok Mat nak simpan.
Ayahda pernah bagi tahu geliga ular lagi power. Bukan sebarangan orang boleh dapat. Power dia macam kau boleh jual dengan harga jutaan ringgit. Bapak! * mata pusing pusing keluar sign $. Dan ada pulak orang sanggup beli... juta pun juta la. Don’t play play haaaaa kite main juta juta okeh *buat mulut senget
Same goes to gelipan lipan tadi, bila simpan geliga ular nanti ular akan masuk rumah kita. Ko tak meloncat dengar. Benda benda mistik ni aku suka ambil berat tapi aku penakut. Disebabkan penakut tak pegang langsung geliga lipan tu. Tengok je.  Adik adik aku siap belek bagai. Amboooi korang. Nak minta share sikit ker?
Family tok mat ni memang ade keturunan mistik la. Baca post yg lepas ni.
Arwah Tok aku,  Mohaiddin (ayah kpd Tok Mat) pandai mengubat orang sakit secara tradisional. Bila dia dah tua dia sakit-sakit Opah Putih nama sebenar (opah aku, Mak Tok Mat) nasihatkan dia buang segala ‘benda-benda’ yg dia ada tu. You know ‘benda-benda’ yg dia belajar tu.
So satu malam tok mohaiddin buat  virtual buang ‘benda-benda’ tu kat sungai perak di kuala kangsar.  Yang paling horror, Mlm tu juga jam 2-3 pagi ‘benda-benda’ tu datang balik ke rumah dia gegar-gegarkan satu rumah , mengamuk sakan ni tuan dia dah buang dia. Dia cakar-cakar dinding luar rumah. seram takkkkkkkkkkkkkk? Mcm adegan dlm filem hantu hollywood gred C.. memang real. 
Esk pagi opah putih aku pergi cari bomoh, ala orang dulu-dulu suka cari bomoh, tuk usir benda-benda yg mengamuk tu.So  mlm tu bomoh menurun ape benda ntah sampai penuh beras berterabur satu rumah . Then baru benda benda tu tak datang mengacau lagi.
Betul kan orang dulu dulu sikit sikit bomoh. Sikit sikit cari dukun. Mungkin masa tu perubatan islam tak banyak dan tak didedahkan lagi mcm sekarang ni. Kalau dpt bomoh yg betul ok la. Kalau dpt bomoh menipu, duit beribu ribu habis, benda tak hilang-hilang.
Tapi kalau aku jadi bomoh, aku nak specialized in lemak. Bomoh gemuk kan badan. korang nak berubat meh la jumpe aku, bomoh haidar Abdullah. Aku boleh kasi free lemak-lemak kat badan aku.


Tuesday 20 August 2013

Big Brother


Assalamualaikum

Dia bukan main lagi dia dah mcm abang abang sgt la konon. Bile dia nak buat sesuatu contoh panjat grill kat rumah dia mesti ajk adik dia buat komplot sekali. Adik dia mengikut je la apa abang dia buat.

Tiba tiba kat rumah ade pulak seketol cicak, Irish menjerit suruh adik dia pegang.. boleh? Tolak tolak adik pergi dekat cicak. “Adik!!! go pegang cicak, go pegang”


Pernah aku sidai kain kat atas, tinggal kejab dua beradik tu kat bawah tiba tiba bau semerbak. Hahhh sudah, aku turun bawah, tgk tgk diaorang tgh main tabor bedak atas lantai lepas tu berenang sebab lantai tu dah licin. Dua dua dah jadi tepung gomak. Bedak tu dah la botol besar, langsung ringan terus. Mastermind nyer Irish lah. Dia tarik stool tinggi dapur panjat almari dlm bilik mmg boleh capai bedak atas tu

Ada hari tu pergi shooping complex, Irish nampak toy car, selalu nya papa dia susah la nak say NO apa yg anak nak. Naik lemak korang yer. Bila abang nak adik nak sama. Abang dia memang feveret car so dia pilih car. Dan adik tak tau pilih lagi papa dia sua sua toy car yg chokia je lah. Adik ambil je. Bila balik rumah, abang tgk toy car adik lagi laju dan dan dia nak tukar ngan adik. Adik memang tak bagi lah dah dia tahu tu dia punya. yg adik pun boleh tahan bg sakit hati abang,  memang anak no 2 ni agak notti cam apak dia jugaaaak *ade qolqolah di situ*  adik saje je bakar abang lari2 keliling abang sambil kepit car sua sua konon bg abang. Abang nak ambil je dia lari laju2. Adoiii memang kechah campur kelakar.  Abang apa lagi jadi mat leleh. Hello.... nak jd brother brother mana bleh asyik meleleh jerrr


Irish paling suka pergi rumah nanny (is my mom). Asal bangun pagi “nak nanny, nanny best”. Nak kata nanny dia layan sgt melebih lebih tu tak lah jugak.  Nanny tu marah je Irish kalau notti sgt. Tak de kasi can punya. Tapi bila aku marah irish, mesti nanny cepat2 pujuk. Hugs dia lame-lame. Mengader sgtsss!

Isma yg paling rajin melayan Iman, sebab anak bongsu kens. Aku pun tak serajin ni.*ke memang malas eh* Isma memang suka gomol2 iman kat perot kasi gelak gelak geli. Irish pulak dtg tetiba “abam (abg) pulak. Papa, buat abam” sambil selak baju dia dah siap baring depan papa. Shiaaan diaaaa.. teringin rupenyer


Bila aku suruh Irish ambil remote tibi ats meja memang dia buat derk. aku buat2 suruh Iman ambil. Iman aku suruh apa pun dia buat, cuma dia kecik lagi tak sampai capai remote tu. irish dengar aku suruh Iman, dia kelam kabut berlari ambil remote.  Ni mcm ada KPI la sapa berjaya bodek dia dpt bonus banyak. 

Kaler feveret Irish tau apa? Pink!! Pitam apak dia. Makan nak sudu pink, beli baju sekarang dah pandai pilih, mesti nak pink. Kasut kaler pink. Apak dia beli kasut irish kaler hitam rentung tapi lambang kaler pink. Suka betul dia. Botol air dia nak kaler pink, tapi aku beli kaler blue. Koser aku nak ikut ckp dia. Memula dia tak mau botol air tu tapi sebab ada gambar mickey mouse baru dia nak.





Tuesday 6 August 2013

Blog syok sendiri


Assalamualaikum

Ntah kenapa malas nak baca blog orang yg syok sendiri.. tengok balik citer sebenarnya saya isteri dia lagi best. Awww sgt baby face Izzue Islam yg memegang watak Firash ala-ala buat mimic muka Korean hero. Aku suka lagi muka dia masa memula group forteen tak brp glamer that time, rambut dia panjang dan ada misai. Giler tak cair tgk.

In real life masa Izzue khawin, dia cakap Awin (wife) sayangkan dia bukan sebab dia artis, tapi sayang sebab dia buat kerja bancuh air kat kedai makan. Touching sgt! Lama diaorang couple, before Izzue tu jadi artis lagi.

Ok sambung balik.

Nyampah jugak kalau baca blog asyik citer pasal kekayaan dia je.. Mcm dia sorang je yang bercuti sana sini..

Malas juga nak baca blog orang citer pasal shopping mcm  nak mampos... lepas tu claim 'Terbeli'.. Kepala hotak dia.

Malas juga nak baca orang citer pasal percutian keluar negara yang seminggu tapi update pasal tu sampai 6 bulan...
Tapi uolllsss... kadang2 kita tengok husband orang tu baiknya belikan beg jenama hell Vee ke Cenel ke... kannn??

Tapi kita tak tau sebenarnya mcm mana. Yelaaaaa, ADA orang tulis kat blog yang baik2 saja. Mana kita tau inside dia??

Ekcelli kan aku baru tersedar wujudnya blog cursing malays. Lame dah pun blog nyer pun wujud.  Aku yg moist ni baru tahu. Wording yg dia guna sarcastic.  Yang penting aku tak mengantuk bila baca.  Isi kandungan blog dia banyak memerli politik Malaysia, memerli orang orang kita which is very true.

 As example, dia buat topic makan di restoren, tgh-tgh kita makan tiba-tiba pekerja restoren sapu and mop lantai dekat dekat dengan meja kita. Kita yg tgh makan ni mesti rasa geli atau tak selesa kan. Tp itu yg terjadi kebanyakkan restoren di Malaysia ni. 

Lagi satu contoh, pekerja tgh lap meja guna kain buruk, then  bila nak serve air kat pelanggan, ambil straw masuk dalam minuman tanpa membasuh tangan kan. Perasan tak banyak yg perangai busuk macam tu? 


Friday 2 August 2013

3 Zaman


Assalamualaikum

Kalau ada lah farmasi jual vitamin R dah lame aku beli. Bila malas mengatasi, semua benda tak jalan. Aku mengaku memang aku malas. Nak makan pun malas. Makan kat luar je rajin.
Tu semua zaman anak dara. Dah kawen mana boleh malas malas. Mak mertua pening kepala nanti.  Memang rasa malas tapi kena rajinkan diri.  Masa single tak nak bangun sahur pun no problem. Sekarang  kena bangun jugak dah Isma nak sahur. Tak kan aku still terbongkang atas katil kan.

Bila khawen semua benda kena jd rajin. Taaaaaaaapi satu ni la..niiiiiiiiiii yg fail lagi. Malas sejuta kali. LIPAT KAIN BAJU! Choiiii sgt! Ke korang rajin lipat baju aku sorang je tak rajin? Muahahahah... Memang respek lah kat korang. Dah la aku tak minat kerja2 melibatkan kain baju ni, tambah dengan vitamin M. Memang harapan menjadi layu. Memang Isma yg membasuh baju2 sekali ngan sidai. Bab melipat dia kerahkan pada ku. Tak hingin katanya.  Ada pernah sampai 2 jam aku mengerojekan kerja2 melipat lenguh2 belakang aku sekali ngan jari. Stok brp bulan punya ntah. Perangai! 

Respek kat Mummies yg ada anak kecil lebih dari 2, berkerja dan tiada maid. Hoiii.. aku boleh bayangkan penatnya menguruskan rumah tangga mcm mana. Melainkan asben membantu. Mcm tu anak 10 pun tak de hal

Aku rasa lah..aku rajin belajar ni pun berkat doa mak aku. Time SPM memang ala kadar je tgk buku. Asyik merayap je kerjenyer. Aktiviti kat sekolah pulak time form 5 ni jugak la aktif menari la... dikir barat la.. semua tu kan kena practice. Masa belajar perlu dibahagi 2. Result pun dapat gred 2! Padanlah muka kan

Ingat lagi time birthday aku. Hari jumaat. Member kelas nak pedajalkan aku ngan baling telor dan tomato. Time tu femes giler kot asal dpt tahu ada birthday mesti kena baling ngan telor. Bodo betul siapa yg mencipta game tersebut.  Diaorang kalau baling telor kat luar sekolah. Nak mampos buat dlm sekolah. Jumaat kan balik cepat. Yg aku ni ala ala tak nak kena baling, bila habis kelas aku lepak luar bilik guru. Adelah sejam juga. Yg member 2 org nk pedajalkan aku ni gigih pulak tunggu same-same ngan aku. Lepas tu aku dah tak tahan lama sgt tunggu, aku picit tgn member ngah pegang 2 telor pecah kat situ juga. Ting tongs kan aku. Kami semua panik. Lalu pulak Cikgu Sakinah as guru disiplin. Suara dia petir habis. Orang nyer kecik molek jerr tp mak tuan suara dia bergegar pala otak ni. Dia tgh pregnant masa tu. Ko bayangkan kami kena jadi cleaner dan dan situ jugak sambil mendengar bebelan suara petir dia dengan perut besar dia lagik. Semua student takut kot ngan cikgu sakinah ni. Kalau boleh tak nak bertebung langsung lah ngan dia.

Time Diploma aku score!  Sebab ape tau?  Seeeeeeeeeeeeebab member2 kelas aku rajin mentedarah buku. Habis...tak kan aku pointer corot pulak. Maka aku pun terjebak mcm mereka. Siap pergi ke library Negara tu konon nak  kusyuk. Good good je mcm lah stadi mechanical engineering.

Masa tu kami junior 1st year diploma, ada lecturer tak datang so kami satu kelas mcm pasar ikan lah memekak nya. Kelas sebelah 3rd year student. Bingit sangat sampai lecturer Cik Puti yg ajor kelas sebelah sergah masuk. Memang pitam lah masa tu menengok keadaan kelas kami. Yg tgh tido berdengkur pun ada. Yg budak brunei tak ingat nama dia apa tgh bersyair. Lawak!  Yg si Shah tgh buat gegendang atas helmet. Yg si Anas tengah duduk atas meja lecturer. Perangai sekor sekor mcm 10 Sinchan. Cik Puti sound menjerit jangan bising. Anas memang kaki melawan dia kata mana lecturer? Kami ni bayar tau bukan belajar free. Lecturer tak masuk dari tadi. Mcm tu lah ayat dia aku pun ingat-ingat lupa. Masa tu senyap sesenyap sepi  telan air liuq pun boleh dengor. Cik Puti tu memang lecturer paling garang di abad kampus kami tu. Garang sebab sehingga kini  masih tittle ‘cik’ kot hahahaha.. berubah habis muka cik puti terus dia keluar. Anas tu memang berani. Budak  kelas aku dia lah paling banyak melawan ckp lecturer. Memberontak panas baran. Lepas habis diploma loose kontek terus ngan dia. Aleh aleh nampak muka dia dlm Jejaka tak kacak minggu ini di pacaindera BN Utusan Malaysia. Puhleeessse....  mcm muka model2 sgt lah ko hheh

Bila sambung degree ingatkan boleh same same masuk U ngan member2 diploma dulu. Tapi semua dah terpecah. Ada ke Sabah, sorang ke Sarawak, ada ke utara, ada ke Shah Alam. Aku ngan ex-bf je ke selatan. Aku menci. Ntah mana lah mamat tu... bile kami sama-sama kat U selatan dia minta break. Bongok. Aku mcm suka hati ko lah. Ko tak nak sudah. Time tu  memang hot  budget hot hot. Padaaaaaaaaahal....... suam suam kuku jer

Tanyalah semua orang zaman paling best tentu diaorang ckp zaman sekolah menengah!  kan kan kan kan. Cepat ckp Ye! Nak cerita zaman sekolah menengah thn depan pun tak habis. Dia punya best tu tak dapat ditandingi zaman diploma, degree, Master, PHD bla bla bla bla. Nanti nak cerita lagi lah zaman sekolah. Aku pulak layan sendiri baca balik atas ni. Sebab semua cerita terdapat di sini menggunakan ayat yg kelakar serta tidak bosan utk membacanya 


What a blissful year! 


 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah