>

Tuesday 29 January 2013

Birthday Party at A&W


Assalamualaikum

Hai hai

Bestkan cuti lama? Uolss hari ni mesti ala-ala blues nak pergi opis kan?

Akak Ceria happy sebb friday ni cuti lagi! Yaay! Hari wilayah!

Semlm akaknyer kezen invited party kids dia di A&W Amcorp Mall. Kezen akak buat sekali harung tuk dua  dua kids dia.

Happy birthday Qaisara Damia & Qaleef Dameen

Meh akak share pic party mereka.

Adorable Birthday Girl and Boi. Satu Famili bertemakan putih

Irish dah placing game rebut rebut kerusi
Party start 2.45ptg ttp kami sampai 3.30. Game tk start lagi. Acara makan makan baru je mula. ni yg best ni

Tgh hari akak dah mkn kat rumah, tp ttp kebulur. Makan Ayam
Yg tengah tu Opah burthday girl dan boi.  Mak Long akak

Ni Paklong akak. Atok Birthday girl and boi.  Pak Long akak ni abang kepada ayah akak. Ada mcm org pakistan tak?
Gambar ni gelab jgn salahkan HP akak, tp memang asben akak yg gelab hohohohoohhoo

Anak jantan mana boleh takut
haishh Ai tak suka lah benda benda atas kepala ni

Acara tiup belon. Menang Okeh sebb dia pilih tiup belon yg paling kecik. budak2 lain beria2 lah tiup sehabis besar. Irish setakat tiup sekali nafas pastu kecut balik belon tu

yeeey..ini dia champion kita. Muka blur je kan. Mcm tak ade perasaan. Tgk budak dpt no 3 yg happi lebih

Irish was like "apehal  kecah nie"

Dancing Game. Kena follow bear dancing. Irish just melompat lompat. Lompat-lompat pun menang jugek!

Nak dancing ngan girls jer

Game Rebut kerusi. Mom yg hover. Kalah lah tapi

Pehal ni? oii org main game rebut kerusilah Iman, bukan panjat sambil meraung

Inilah dia para penganjur hhihihi.. papa and mammy burthday girl  and boi

Kek dia like wowweee..sedap hokeh.  Irish kutip mkn bunga je

Asben akak ni bukan nak participate, jadi cheerleader dok tepi

 
Main kasut lagi best. Dia ni buat acara sendiri sendiri sahajork

Hepp kena dah. dok cuit cuit kek tu diam diam


Less is more. Sedap sedap

Ta ta ti ti tu tu. Party end jam 6 ptg. We had fun we had joy! 



Tuesday 22 January 2013

Buat Apa Tgh Hari Tadi


Assalamualaikum

Ehem ehem

Sib baik akak tak ckp 'I slomly swear' kat entry yg lepas konon2 tunggu next month lah hapdet entry baru. Oklah, nie entry 'terakhir' for this month. Sungguh nie

Lately ni rasa berat je badan. ehhh..memang berat domoks pong, asyik makan je. Lemak sana sini. Pagi nasi, tgh hari nasi, malam nasi, tgh malam nasi. nasi nasi nasi. kesian tekak akak semua benda kena sumbat. Dia pun nak restlah jugak. Puasa sunat tak buat-buat. Bila nak tambah pahala nyer ntah akak ni.

Rasa jeans dah ketat gila, nak bernafas pun susah, tp akak gagah jugak pakai. Perit giler nak bernafas.

Okeh entry ni tak ada kena mengena badan domoks akak dengan tajuk di atas. Saje nak nampak taip panjang.

Kembang kuncup idung bila adik akak mau belanja akak lunch tadi. Makanya kami decide ke San Francisco sebb ada promotion lamb shake!! Bersedialah tekak untuk mencekik

 Beria ria tgk menu padahal mmg nak order promotion item *pic nampak lubang idong

Kesedapan Mushroom sup sampai berkerut dahi

Sebb dah kebulur sgt akak lupa snap pic lamb shake tu, yg ada pic tinggal tulang jer lah Jah


Tgk nko... licin tak kasi can! Adik akak nyer mint sos, akak mestilah black paper sos. Mesti kena rasa pedas-pedas haba kat lidah. Seriously, Mint sos dia memang sedap menjilat sudu pisau.


Yg baju putih tu sebenarnya tukang bayor. Adik akak jugak yg no 3. Tgh layan makan, boleh pulak mereka bukak cerita nampak 'sesuatu' di dalam bilik dia di rumah mak akak dlm 3 bulan lepas. Siap dah nampak 'sesuatu' tu terus cerita kat mak akak. Mak akak siap bagi amaran keras jgn cerita kat kak yong (akak lah tu)..aleh aleh tadi mereka cerita kat akak. akak nie lah penakut yg tahap kronik. hadddooooiiiyaaaa.. akak nak cerita pun takut ape yg adik akak nampak tu. Akak kalau takut buat-buat je berani...tu je lah pon yg mampu nak buat

Mood : Seram lah..balik kang nak cerita kat Cik asben. Ada geng takut. 










Telekung Holly Black


Assalamualaikum

Salam Sayang Uolls,

Akak ada like page Telekung di FB.  First time tgk telekung ni kat page diorang, terus meroyan wehh. Jenuh nak decide. Cantik sangat! Macam-macam kaler ada la.. Mak Jemah ckp je nak kaler apa. semua kaler ada, tapi nak rembat kena cepat. Paling hot items og coz la kaler putih kan.

Awal2 bulan tu hari akak decide nak beli telekung Holly Black. 2 weeks after tu baru akak buat payment. So semalam sudah delivery ke rumah akak.

paaaaling akak suka kan aspek keselesaan di bahagian muka. Tak yah dah pakai anak telekung kat dalam. betul2 terletak kat muka.

Yang membuatkan telekung ni sgt gojes mestilah lace berwarna silver di sekelling bawah telekung itew.

waaahhh Muntah pelangi tak tgk akak pose?

Telekung yg sgt selesa ni dari Bella Ammara
Selamat merambangkan mata tuk uolls dan Gazillion thanks for your Gojes Telekung Bella Ammara.





Monday 21 January 2013

Baca dan Bola


Assalamualaikum

Reti ke baca?


Masa ini kan apaknya tgh tgk bola. Dia kalau dpt tgk bola benda lain ape pun jgnlah suruh buat. Anak nya tunjuk gmbar siap ckp ni bear, ni car, ni turtle. Apaknya mata ngadap bola, tgn je pegang buku. Ceh

Friday 18 January 2013

Tegar dengan Jozan


Assalamualaikum

Malam ni FINAL MLM kan?

Everi Friday malam je akak anak beranak melepak rumah mom in law. Motip? semata-mata nak tgk MLM okeh.

Cik Asben akak tak ambil package citra warna warni bagai tu. Rabu tu hari akak saja tekan #132, dapat pulak Jah. Test semua channel semua dapat. Ni rejeki ni. astro ni baik hati ke hapah kasi semua channel free.

Paling Uolls nanti-nantikan of coz la JOZAN kan. Semua Setuju? Setuju madam!!!

Cumanya last week lawak Jozan kureeeeeng la. Tak ada slot pun akak boleh gelak. Adakah sebb Razizan sorang? Adakah berdua lebeh baik? Adakah saja buat gimik Johan masuk hospital?

Dah nama Razizan, nko berdiri pacok gitu pung orang gelok doh. Razizan digaul oleh manusia bernama Johan memang tali perot akak boleh pecah.

Group yang ala- ala tiang bas group BOIBOI kan. Akak dari zaman skolah minat afdliin tu. Lagi lagi dia berlakon dalam Soalnya hati. Hero Gemok tak ensem tapi cute kelakar nak tacle aweks promoter girl Metro. Dah la anak dia sama preschool ngan anak akak Irish. Ni kisah benar Uolls. Anak pompuan dia so comei and adorable. Wife dia kan serani. Akak akan train Irish ngorat anak dia. Dapat berbesan ngan afdlin weeehhh
Okeh okeh focus focus

Frust la lawak depa tak menjadi-jadi. Ada wording yang brilliant tapi tak kelakar lah. Last year kelakar nak mampos. Tahun ni apsal tak kelakar hah

Calon Calonnya


Assalamualaikum

Uolls!

Ayah akak, ayah kandung akak tu...nak bertanding you PRU13 coming soon ni. Dia kata nama dia tercalon. Oh My!

Akak tak nak la tulis kat sini beliau *tetiba beliau, belum pun jadi YB* bertanding utk parti Keraja'ang at pembangkang. Tak silap, parlimen for kawasan tu Rafizi Ramly dan Ong Tee Kiat. Mesti Uolls kenal Rafizi Ramly dan Ong Tee Kiat kan? Tak kenal? Pergi ketuk ketampi kat padang tu sekarang!

Naluri akak kan tak berapa gemar lah dia nak bertanding. Nko hingat bertanding tu ko keluar air liuq dan buat-buat tgk kawasan je? Ni poket mesti ada tak kurang sejuta beb! seeeejuta money drop beb!
Maybe lah ada 'makhluk tuhan' boleh tolong. Kalau menang oklah. Tak tambah cerita. Kalau kalah tambah cerita lain pulok

Moh la kita sama mohon hajat supaya ayah akak tak jadi bertanding. Eh taaaaaaapi.....

Kalau ayah akak bertanding then menang pilihanraya...molek jugak! Boleh akak cedok projek. Kuang kuang kuang...Pang kasi muka akak. Jangan nak verangan sgt!

Ayah akak. Muka happi nama tercalon eh



Thursday 17 January 2013

Pakailah yang Cantik


Assalamualaikum

Rasulullah s.a.w  pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah amat suka melihat kesan nikmatNya pada hambaNya. Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan" 

Jadi tidak salah akak memakai pakaian yang baik dan cantik. Tak kan keluar pergi opis dan berjalan-jalan di luar sahajork nak pakai cantik. Bila ke masjid pakailah pakaian paaaaaaling cantik. Kalau ada telekung yang tercantik, gunalah. Tapi jgn ada riak dan ada rasa  sombong bila pakai pakaian dan telekung yg cantik tu yer

Pakaian akak simple tapi akak rasa cantik * Syok sendiri dah datang dah.

Kadang-kadang time akak rajin mengvougkan diri, akak mekap beria ria sampai cik asben ckp

"Apehal mekap mcm zomba je" keji kan? Dia memang. Jangan harap nak puji akak.

Tebal tak tebal la setiap sudut kat muka ni penuh kaler hahahahaa

.....Tapi bila akak datang Vitamin M akak tu, pelembab muka pun akak tak pakai. Togel je. dan sebenarnya kan, keluar rumah kena pakai pelembab dan krim UV. Nanti muka cepat kedut jah!

Akak tak nak lah umur akak cam sekarang org kata akak 40-an pulak.. Oh NO NO NO

Akak feeling-feeling nak try suntik dagu..kasi runcing cam datin paduka Umi aida tu.... tp osngkosnya Nan Hado..chek-chek harga mahal pulak..beribu Nko! akak pikirkan beratus je jah *Padahal nak suntik kat lengan pun meroyan ni pulak nak suntik kat dagu

                   Muka Togel tak mekep        Muka mekap beria badget cun cun je











Rakus


Assalamualaikum


Hati yang menyakiti hatimu, Jangan dibuat kepada orang lain

Pray for me

Tsk....Tsk.....Tsk....

Nope, I’m not crying...am having a flu....
hehee


Bergomol Berdua


Assalamualaikum


OK....Standard la kan rumah ada budak kecik *Tarik nafas...tenangkan diri

kalau ada orang datang umah akak time ni, konfirm diaorang Astagfirullah, janganlah aku dpt menantu macam ni.

Akak bukan pemalas Mak Jemah. Akak tak ada maid. Akak balik opis ambil anak-anak jam 6 baru sampai rumah.

Kadang-kadang akak masak. Ala...masak simple aja jah. tapi penat ttp penat. Kadang-kadang Cik Asben pemurah dia siap beli kat luar.

Kang akak kemas, anak-anak sepahkan balik. Kaedahnya pulak akak nak mengemas 41 kali sehari. Maka solutionnya bior bersepah.

Segala toto, tilam atas katil akak lipat, ditariknya Irish ke lantai. Tu belum kain baju akak lipat habis ditarik dek iman pulak

Time akak masak, Iman tu dok la kat tepi kaki akak tu. Kang kena minyak panas, akak jugak kena taruh asam jawa kat dia.
Pastu siap tarik tarik kabinet dapur. Dalam tu dah la semua benda pinggan cawan kaca Uolls. semput dada emak nko ni haaaaaaa. Pinggan cawan plastik akak taruh kat kabinet atas boley? Yang tak bahaya simpan kabinet atas, yang kaca simpan kat kabinet bawah. Apa ntah akak pikit time susun tu. Ting tongs akak sudah mari




Xtvt mereka suka bergumpal. betul ke idak wording ni? Yang Irish suka ambil jari iman masuk mulut pastu gigit.  Tak ke menjerit si Iman tu. Pastu menangis, nak kat akak, konpem dia selak baju. Asal nangis je dia teringat nenen. Asal nangis je nak bergayut! Mak akak kata iman ni kembar siam akak. Uolls bayangkan eh, time akak mandi kena bukak pintu hoookeh. Dia kena tgk muka akak duo puloh ampat jam. Akak mandi naked ke, half naked, ke biarlah Iman sorang yang tahu. Muuuuhaaaahhhaaaaa

Yay yah saya tahu! Yay yah saya tahu! 






Wednesday 16 January 2013

Jangan Tengking Anak


Assalamualaikum

Uolls perasan tak?

akak ada baca kat blog kata jgn tengking anak. Tengking anak SEKALI, 1 JUTA neuron musnah. Untuk pulihkan 1 juta neuron tu semula,  kita kena bagi mereka makanan yang sihat selama 3 BULAN

Bahaya betul yer tengking anak nih yer. Kena beringat² lah lepas ni. 

Bukan takat beringat, tp kena amalkan.

Akak ni kekadang tak perasan. Bila penat, anak buat hal sikit aja, akak dah naik suara. 

Akak nak kontrol jgn dok tengking anak-anak ni. Kang dpt darah tinggi pulak. 

Pastu tak mahulah anak-anak akak membesar dengan cara menengking kan.

Akak amalkan surah Taha ayat 1 -5 kasi hilang amarah akak ni. 

kalau akak soft spoken dgn anak...neuron akak lak yg musnah berbillion2 sbb menahan sabar! Hahahahah!

Ok, serius! Serius! Hiks~


Pengarang jantung, pengubat hati dan cinta hati akak. Mom sayang kamu ketat-ketat















ALLAH Knows Best


Assalamualaikum


Nak gerak Irish pergi preschool payah mak jemah.  

Akak gerak dia pung dah beberapa saat nak jam 8 pagi. Masuk preschool jam 8.30 pagi
Akak masuk opis jam 9 pagi.

Cekap kan akak dlm masa sejam boleh siap semua *Padahal rumah dgn opis dekat aja

akak pun terkocoh kocoh sana sini. Org bawah umah akak mesti pelik asal pagi dengar org berlari, asal pagi dengar tapak kaki gajah. Nak menunjukkan akak domoks la tuuuu

Tu Baru pergi preschool umor 3 taun. Belum masuk sekolah rendah lagi

Package sekali dengan meragam. Bukak baju dia nak mandi kena sambil baring mata masih lagi kuyu.
Nak masuk bilik air kena berdukung. Nasib emak nko ni tak de osteoporosis, berat nko tu dah la 13kg. Dah rasa mcm hangkut guni beras dah

Akak bangun pagi jerang air panas khas tuk Irish. Akak and cik asben no money nak pasang heater, so guna manual aja lah

Satu hari akak kejut , boleh dia ckp

“abam (abang) cuti lagi setaun”

Aammbooiii.. sweetnya wording dia! Meloncat lah akak dengar

emak nko ni dah bayar yuran annual fees yg beriban tu nak campak celah mana mana pulak?
Bukannya boleh refund balik.

Sampai gate school je dia good mood. Akak rasa dia sukalah school baru ni.

Last year masukkan dia di Brainy Bunch Islamic Montessori. *Bunyik macam mahal je kan? Adoi Mak Jemah,  fitam akak and cik asben nak bayor annual fees. Sib baik sampai tgh hari sahajork. Bulan-bulan rm290. Kalau ambil day care sekali bayar rm670. Ko mampoo? Akak maampooss 

Disebabkan itu, after tgh hari, akak ambil bawak Irish ke opis. Tapi Ya Ampun!  tak nak dah bawak dia ke opis. Habis semua benda nak main. Sampai CPU staff kat off ni dia jadikan landasan car dia boleh?

Preschool sekarang ni akak ambil sampai ptg jam 6.30 bayar rm350 aja. Hoye...hoye... akak joget2 gembira. Reasonable la kan


Ni pic last week akak ambil Irish kat Preschool dia.

Bibik tukang masak kat situ kata akak pregnant 3 bulan hoookeh. Eeeeiii ..... keji tau.

Perot akak memang buncit lah after bersalinkan Irish 3 bulan sudah.

Pakai krim mustajab ape benda semua dah tak lut dah uolls.
Kebal betul lah kulit perot akak

Cik Asebn suh akak buat sit up. Eleh...perot dia pun cam org pregnant 5 bulan, lagi mau advice orang

yeaaahh..meh mengeliat dulu




Tuesday 15 January 2013

bitchiest and sluttiest


Assalamualaikum

Baru lepas baca buku Table for Three : More Tales of Saffy and Amanda

Akak beli masa Book Sale Serigala besor buruk tu. 3 hinggit aja

Mula2 mcm tak best, lama2 terlebih layan sampai tidur jam 2 pagi. 


Cik asben tu kang kalau akak tak buat apa lepaking kat sofa, dia buat derk. Ni akak tgh nak khatam buku ni, dan dan dia suruh akak bancuh teh la, basuh berak anak la....ajak beromen la... Lempang kang!

Oh, btw lepas baca buku tu hati akak berbunga2 feeling2 kalau masih bujang boleh melaram dengan member-member, berkarokey sampai ting tongs, lepak-lepak di rumah member, pergi kelas make up, buat tattoo...aiiiyooo haram la

Kaedahnya tak sedar diri kau tu dah kawen kannnnn??

Buku akak baca tu 3 dari bawah. Nampak? tak nampak gasak uolls la. Ni aja pic yg ada dlm Pc opis akak *kantoi hapdet blog guna masa opis
*Abaikan buku yg lain2 tu, beli aja lebih, ntah taun bila nak habis

 





Tak Kan Semua Benda kau nak sama


Assalamualaikum

Lepas dah kahwin, langkah akak masih panjang. Nak keluar dgn kwn-kwn pun masih boleh lagi. Nak tgk wayang, hang out sampai tgh malam.. semua masih boleh.

Kekadang Cik Asben membebel jugak. Tp akak jenis hati tegar, dia bising-bising pun akak tak insaf-insaf lagi. Akak Siap boleh tidur rumah member di Klang lagi.* Kelasss kan kedegilan akak.

Bila dah ada Irish, semuanya jadi terhad. Dah x dpt tgk wayang buat sementara waktu. Nak keluar sampai jauh malam pun dah tak boleh sbb tak elok bwk keluar budak kecik sampai tgh malam. Nak keluar dgn kwn pun dah mcm kurang sesuai sbb diorg mesti nak jln-jln, tgk wayang, flirting dgn lelaki bujang etc.. boleh ke akak bwk Irish sekali? Kalau setakat keluar mkn, shopping tu boleh la. 

Agaknya sbb tu la org yg dah ada anak lebih suka keluar dgn org yg dah ada anak jugak. *yg single mingle jgn terasa statement akak ni nokks

Sebab mereka saling memahami. Kalau ada masalah yg timbul, member kita akan faham situasi tu. Yer la, kalau tiba-tiba mom kena tukarkan pampers si anak atau kena breast feed anak, tak ke mengganggu keseronokan kwn2 yg single tu? Entah la..

Bila cuti, akak mesti ajak cik asben keluar.

 Sesungguhnya, akak ajak keluar utk menghilangkan kebosanan. Sometimes, I need a break from my routine as a mother. Tiap-tiap hari buat benda yg sama sampai takde masa utk diri sendiri.

Utk kwn-kwn, lagi la susah nak cari masa. So bila dpt keluar jalan-jalan, hati rasa sedikit relaks. Tapi kalau duduk rumah sendiri, definitely akak akan terperap kat rumah je. Lepas tu malas kemas rumah. Laki akak bising lagi.

Haiyooo, akak perlu cari kwn-kwn baru dikalangan ibu-ibu. Sape mau join akak?

To mothers yg sangap mcm akak jom la keluar sama-sama. 


Roti mari mari


Assalamualaikum

Akak dan cik asben akan lalu jalan ni utk hantar Iman ke bbsitter.

Setiap hari akak lalu depan kedai roti canai ni tak pernah tak penuh org.

Ramai org Jah! kedai biasa tepi jln tu je

Maka pagi tadi asben akak terniat

"Jom kite rase roti canai kedai ni, mesti sedap"

akak no hal. facking keta tepi jalan.

masuk-masuk kedai of coz tak ada tempat duduk kan

tunggu dlm 3 mins gitu, dapat duduk

terus order masing2 double roti bomb. *Matilah, makan mcm ada bela hantu raya


Akak kan tamak. Last2 separuh kasi kat cik asben

Si kecik tu paling teruja, bukan nak makan tp nak ramas roti bomb

Kedai dia di AU5 kawasan perumahan. MMG BOMB rasanya. Menu dia ada satu jenis roti tu je kaedahnya. Pastu nasi lemak bungkus2 kecil 

No wander lah ramai orang. 








Bau bau ikan


Assalamualaikum

Semalam petang lepas kerja pergi Aeon Setiawangsa

Dekat ja dgn office

Bila lalu kedai2 jual sourvenir cepat2 kena bawak lari ya. Kalau tak mau Irish sibuk nak barang2 kat situ.



Beli la seluar dr kain pelekat  RM10 utk 2 helai. Emak mesken

Akak dpt gaji maka plan nak belanja cik asben dinner. Last2 beli barang basah je jah. 

Habis apa motip pergi AEON?

Barang basah pun beli kat kedai runcit area rumah. Konsep berjimat katanya..eh akak yg nak belanja dia pulak nk berjimat. Aneh la dia nie. 

Laki ko hado beli barang basah time ujan? hado?

Cik asben akak nak masak ikan stim asam boi kaedahnya. 

Dia suruh akak masak gulai labu masak lemak. Akak dgn gigih call Mom In law mintak resepi. haaa gitu ada menantu tak gheti masak gulai labu.

laaaaaa.... Senang je nak masak rupenyer. Berlagak!.

See.. dapat gambar buruk. Sapa Suruh masak tak pakai baju?

Masak punya masak kami dpt makan jam 10 mlm gitu. haaaa perot masing2 dah berdangdut

Gulai masak labu akak, santan tercair pulak. eloklah cair, kurang cholesterol

Ikan stim asam boi, nampak mcm tak menyelerakan kan? tp rasa sedap hookay! Ada pulak Udang tersesat di situ

Akak bukan nak up cik asben akak uolls. Asben akak biasa2 je jah. 

Dia boleh jaga akak, Irish dan Iman pun ok. Kami cukup makan, pakai, ada transport, tempat tinggal dah bersyukur pun. Mana ada org perfect dalam dunia nih.

Kalau nak husband kaya, kawen dengan Bill Gates baru cara!

Terima je jodoh kita seadanya.







Monday 14 January 2013

Say YES to Breastfeeding! :)


Assalamualaikum

Yang mana satu pilihan Uolls?

Kalau akak, of course I will choose Breastfeeding over Bottle Feeding.

Even masa awal2 Iman dalam perut lagi, akak dah berniat utk BF kan anak akak, at least, sampai 6 bulan.

 Kalau boleh pass 6 bulan, akak nak up lg sampai setahun & kalau setahun ok, akak up lagi sampai 2 tahun. Gitu lah planningnye.

Kali ni akak nak share  ape pro & cons kite BF kan anak after reading & reading more about it.

BREASTFEEDING

Pros: 

  • Susu ibu adalah susu TERBAIK! - akak rasa semua org pon tau benda ni. Nutrition of    breastmilk mmg tak sama dgn susu2 yg lain. Kandungan susu ibu itself dah mengandungi semua vitamin & nutrisi yg diperlukan oleh bayi.
  • Pembakar Lemak2 tepu - boleh membakar lemak sehingga 500cal/day! – patutlah akak rasa dah  keping sikit *matilah syok sendiri, sebenarnya perut akak banyak lemak tepu
  • Mengurangkan risiko cancer payudara & osteoporosis
  • Dapat berjimat BANYAK. Cuma beli breastpump utk sekali seumur hidup jek. :)
  • Emotional bonding between mother & baby.
  • Badan yg sihat pd ibu2 - Sebab bile kite bf kan anak kita, secara tak langsung kita akan makan makanan yg seimbang & sihat & automatiknye akan mengelakkan cikedis (junkfood).Ibu & anak juga boleh mengelak diri dprd sakit. Tapi kekadang akak teringin makan Maggie. Acaner tu?
  • Antibodi yg kuat pada baby. Kurang mendapat sakit, even kalau sakit pon, akan cepat baik.
Cons

  • Jadik Ibu Gembala - sebab kita adalah milkfeeder, maka kita kena anytime, anywhere kena ada bersama baby, kecuali kalau kita buat EBM. *EBM akak dah habis nokk
  • Nipples crack, then bleeding after that blister. *mcm yg akak hadapi skrg, so painful! Ada ke patut digigitnya...)
  •  Bengkak susu (kalau tak dipam) *pernah rasa! Padan muka akak, sapa suruh tak nak pam kan
  • Kadang2 melecehkan sbb nak kena pikir utk pam dgn konsisten, especially utk ibu2 bekerjaya.  kalau tak, susu kurang. 
  • Kena train babysitter cara2 mengendalikan EBM. kalau kena BS yg tak paham. susah gak.
  • Sakit2 badan - baby asek nak bergayut jek, maunye tak sakit badan, belakang pon sakit. Mcm uncomfortable gak sometimes. Yang ni, mmg tak dapat dielak.
  • Stress - bila mengenangkan susu yg kurang kurang kurang. Especially bila time nak cope up dgn anak yg byk menyusu, tp production susu ibu mengurang.

FORMULA FEEDING

Pros

  • Berkongsi tanggungjawab bersama husband. Boleh take turn time buat susu anak. *tapi cik asben akak tak mahunya dia nak bangun, lagi dikejutkan akak adalah. Akak kan tidur mati
  • Mother & baby bonding in different way. Contohnye, kita susukan anak kt riba, susukan anak sambil peluk. :)
  •  Convenience.
  • Tak payah nak training2, semua org bleh buat susu anak. So takde masalah utk babysitter.
Cons

  • Khasiat susu formula tak sama mcm susu ibu especially on antibodi.
  • High cost. - Katakan susu setin = rm40. sebulan minum 6tin. rm40 x 6tin = rm240. huhuh.
  • Colic problem.
Tapi kalau yang boleh fully breastfeed tu, kalau boleh janganlah berbangga diri tak kena tempat atau dengan erti kata lain, KUFUR.

Tu sampai mengutuk org yg tak bleh bf kan anak. Kita pon tak tau sebenarnye org tuh takleh bf kan anak dia pasal ape, kadang2 kita ni mmg dah kejadian takde susu, nipple tersumbat, or lain2 masalah kewanitaan.

Jangan sebab org tuh boleh nak bagi pure DHA pada anak die, die panggil anak org lain yg menyusu formula ni as anak lembu, anak kambing. Then anggap anak lembu ni tak cerdik. Tak baikkkk nokk
 Abes tuh, kalau minum susu soya, camne pulak? huhuh.. anak pokok soya pulak ke? Kan tak baik kan riak mcm tu. Buat tambah dosa je..

Kita sebagai sesama kaum ibu, kena lah sentiasa beringat. Kalau Allah nak tarik balik semua rezeki tu, sekelip mata jek.
 Dahtu, ko kena gak kan bagi anak dengan susu lembu? Tak ke malu diri sendirik namanye tuh.. Ape2 pon, janganlah terlalu bangga sampai buat org lain sakit hati. Tak baik, berdosaaaa..
Kesimpulannye, ape yg penting, kita berusaha.

Mungkin kita mula2 kurang info, kurang pendedahan berkenaan BF, maka kita tak tau. Tapi kalau kita berusaha, try & error, insyaAllah, usaha kita berhasil. Semuanya bergantung pada kemampuan, rezeki dari Allah dan pilihan masing2. 

Suka tak baca entry ni? ke membosankan? 

Semuga Mak Jemah sekalian mendapat info yg terus masuk ke dalam jiwa




Jom Tak Mandi


Assalamualaikum

Sian taw mak dan adik-adik akak

last week rumah depa tak ade air sampai 5 hari mak jemah!

itu pun dah rasa lama kan? tp kan cer bayangkan saudara seislam kita di palestine bertahun-tahun air mereka disekat. Mereka sgt tabah. *insaf sgt

Umah mak akak di Ampang. huiiisssshhh...jenuh.. mak akak tumpang la mandi rumah akak kan.

Adik-adik akak mandi di Masjid di luar kawasan ampang haiii..mandi je ke? tak jemaah sekali? haaaaa gitu dpt akak yang prihatin neh

Dengar bekalan air di seluruh kawasan Selangor akan pulih after raya china. betul ke?

Kat FB akak banyak komen-komen memaki hamun Syabas. Sian Syabas tau.

Kezen akak ada kerja kat Syabas, new year hari tu pun dia kerja. Weekend pun kerja. *tapi OT mesti dia claim kan kan kan






Irish Zihnee Zidane


Assalamualaikum

Tergeliat  lidah tak nak menyebutnya?

Tajuk atas ni bukan nama pemain bola France yg tanduk perut player Italy tetapi nama anak sulung akak. Belum lagi termasuk nama bapaknya.

Nama bapaknya pun 3 nama jugak. Sila asah lidah ye mak jemah. 


Irish meniarap. 4 bulan kot

gambar Irish terbaru, 2 tahun lebeh. bulan May ni masuk 3 tahun 


Pastu cik asben feeling2 tengok muka Irish senyum2.. Matila bapak syok sendiri mcm nih... Sambil cakap,

'Saya tak sangka  boleh hasilkan anak comel mcm nih..'

Matila kannn... Laki kau ado syok sendiri mcm tuh??? nak pitam akak dengar.



Perempuan gigih


Assalamualaikum

Semalam cuti kannnn??

Akak balik Setiawangsa, rumah mom in law
Iman mengamuk. Emak mertua akak pujuk2 dia tak nak, tetap melalak2.


Jadi, terpaksa la akak beri pada cik asben. Tapi dia tetap mengamuk. yg asben pulak anak meraung boleh pulak dia gomol-gomol? motippp


rupe-rupenye ini yg dia nak

 baru tenang! 



Setahun 2 bulan okeh


Assalamualaikum




I'm proud to be a breastfeeding mom. It's 100% Organic, Fresh and Free, anytime...anywhere 

Terus terang niat akak nak BF kan anak adelah sebab nak berjimat dan of coz nak mendapat khasiat susu kejadian Allah s.w.t

Akak rasa zaman sekarang ni Breast Feeding mcm dah di exagerate kan lah..

Korang tak rasa sama mcm akak ke??

memang la bagus tapi xde la bayi yang minum susu formula tu tak bagus..

Kang kalau akak beli breastpump beribu-ribu + fridge ribu2... Tak ke dah tak jimat jadinya tu?

Breastfeed bergantung pada kemampuan bukan nak menunjuk2 okeh.

Orang kata pump tu best, pump ni best, supplement tu kena amek, supplement ni kena amek..

Ado aku kesah??




 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah