>

Monday, 14 January 2013

Daripada semua hak wanita, yang paling agung adalah menjadi IBU


Assalamualaikum

Pertama kali mahu menulis blog. Ape yer entry pertama nak tulis ni. Meh kita flash back ke thn 2010 masihi. St0ry pasal anak sulung akak yg ada penyakit genetic G6PD itew

14 May 2010 – jam 8.00 malam

Adoi contraction kecil sudah mari. Sakit lain macam dah ni. Jerit kat Cik Asben, “ Jom lah pergi hospital, mcm sakit kat ari2 bawh perut je”, Cik Asben jawab, “eh bukan due date 10 June ke?” yg Cik Asben pulak dok melangut kushuk tgk final Thomas

Jam 10.30 malam

Gerak dr rumah ke hospital.  This time mmg dah sakit sgt. Tp boleh control ayu, nurse offer naik wilcha pon boleh kate its ok.  Kat labour room, dr Tanya serba sedikit bila last period la, kandungan keberapa  la, bla la bla then dia chek bukaan pepek tu dah 3 cm. Terus akak kena tahan. Cik Asben tunggu aje kat dlm labour room tu. Terkejut jugak awal nyer baby nak keluar. Ikutkan due akak on 10 June ‘10. 

Jam 1.00 pagi

Dr chek lagi, dah 5 cm hoookay bukak. Dr estimated jam 7 pagi akak akan bersalin. Tetapi nak menanggung contraction bagi akak yg nak bersalin anak pertama nie, sakit sampai ke otak. Akak menahan contraction ke kiri kanan akak mengiring sampai air yg dimasukan ke tgn terbukak lah! punya ganaz nya akak. Akak bagitahu Cik Asben, tak tahu nak ckp sakit contraction tu mcm mana.

Jam 6.00 pagi

Cik Asben Keluar kejab dr labour room tuk solat subuh and dia mahu balik kejab utk ambil brg2 baby and brg2 akak di rumah. Akak tak ada apa packing pun. Yer la...ingatkan lambat lg nak bersalin kan. Brg2 baby berterabur pun lagi kat atas lantai rumah tu. Yg ini jangan ikut perangai akak.

Jam 7.15 pagi – 15 May 2010 - Sabtu

Eh contraction ni dah sampai ke kemuncak menara, that time rasa mcm nak berak, nurse and Dr suruh akak kangkang luas2, Dr dah jerit nampak kepala baby di pintu pepek, dr gesa terus teran. Korang paham2 la Mak Jemah ooiii, akak ni 1st time nak bersalin, mana tahu teran mcm mana, jenuh la teran. Yg keluar taik ada lah!  Mana nak tahan sakit contraction lagi, nak teran lagi. Dr and nurse goncang2kan perut akak, terus akak rasa ada benda slrruurrpp keluar, and dgn serta merta terus hilang sakit. Nurse angkat baby bagi akak tgk.  Akak dah tahu baby lelaki.
.........tp kan dahi anak akak bengkak sebelah, dah mcm alien dah akak tgk. Sebb kepala dia tersekat lama kat pintu pepek tu. Cik asben cuak la. Masa ni nurse tgh sedut air dlm mulut baby dan ambil darah untuk chek kot ada apa2 penyakit ke. Normal procedure kan. Nurse kata urut and selalu usap bg bengkak tu hilang.


Jam 9.00 pagi

Selesai sahaja seisi menjahit, Nurse tolak guna willcha ke wad. Haaaa masa ni kan dahi anak akak yg bengkak sebelah tu dh nampak surut. Nurse ajar cara Breast feeding baby. Akak memang niat nak bagi fullybreastfeed pada anak akak ni. Sebelum ni akak sudah 2 kali keguguran in row. Ni akak ceritakan di lain entry nanti ya.

16 May 2010 – Ahad

Sepatutnya hari ini akak dah boleh discharged. Akak dah terbayang2 saat di dalam pantang, Bertungku, berbekung, bertangas, makan jamu, mandi akar kayu. Semua benda tok nenek la.  Baby pun tak ada jaundis.
 Bayangan akak terus terbang bila tgh hari tu Dr datang ke wad. Dia bgtahu sample darah uh semlm mereka ambil tu menyatakan baby akak ada G6PD. Akak bluur. Apakah pulak benda alah tu Mak Jemah. Dr pun explain la siap kasi pamphlet pasal G6PD. Last tu Dr kata baby yg ada G6PD ni at least  10 hari kena tahan di NICU  ( Unit Kawalan Rapi for babies ), dengan ibu2 nya sekali. Di NICU tu hanya ibu dan bapa baby sahajork yang boleh masuk. Org lain dilarang keras sama sekali masuk. Errrkkk... akak dah rasa sedih dah ni.
Baby Kena tahan 10 hari tu sebab dr kena pantau bayi G6PD Pasti ada jaundis, dan baby G6PD yg ada jaundis very dangerous for their brain. Petang itu jugak akak dan baby dimasukan pula di NICU. Para para Cik Asben hanya boleh stay sampai jam 9.00 sahajork.
Masuk hari ke-3 di NICU, baby akak diambil sample darah untuk chek peratusan jaundis. Dapat sahajork result, sah baby akak kena letak di bawah lampu biru. Apa ntah nama lampu tu akak lupa la. Kena bukak baju baby, yg tinggal hanya pampers. Sy Sedih tau masa ni. Buat Malu je kat nurse sebb akak menangis. Dari pagi sampai ke 12 tgh mlm baby baring je bawah lampu. Dr pesan jangan diangkat baby selama dia di bawah lampu, except time bagi susu tetek kenalah angkt, tk kan akak pulak yg kena baring sebelah bayi. Tk muat pun baby coat tu.



Hari ke-6, dr bg akak dan baby pulang sebb jaundis bayi dikategorikan ok even masih ada lagi jaundisnya. Yeaayyy..akak happy tak terkita sambil melompat-lompat  keriangan. Ok ni tipu je. Mana boleh org berpantang melompat. Bentan weeii nanti cik asben akak yg makan hati




No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah