>

Tuesday 15 January 2013

Tak Kan Semua Benda kau nak sama


Assalamualaikum

Lepas dah kahwin, langkah akak masih panjang. Nak keluar dgn kwn-kwn pun masih boleh lagi. Nak tgk wayang, hang out sampai tgh malam.. semua masih boleh.

Kekadang Cik Asben membebel jugak. Tp akak jenis hati tegar, dia bising-bising pun akak tak insaf-insaf lagi. Akak Siap boleh tidur rumah member di Klang lagi.* Kelasss kan kedegilan akak.

Bila dah ada Irish, semuanya jadi terhad. Dah x dpt tgk wayang buat sementara waktu. Nak keluar sampai jauh malam pun dah tak boleh sbb tak elok bwk keluar budak kecik sampai tgh malam. Nak keluar dgn kwn pun dah mcm kurang sesuai sbb diorg mesti nak jln-jln, tgk wayang, flirting dgn lelaki bujang etc.. boleh ke akak bwk Irish sekali? Kalau setakat keluar mkn, shopping tu boleh la. 

Agaknya sbb tu la org yg dah ada anak lebih suka keluar dgn org yg dah ada anak jugak. *yg single mingle jgn terasa statement akak ni nokks

Sebab mereka saling memahami. Kalau ada masalah yg timbul, member kita akan faham situasi tu. Yer la, kalau tiba-tiba mom kena tukarkan pampers si anak atau kena breast feed anak, tak ke mengganggu keseronokan kwn2 yg single tu? Entah la..

Bila cuti, akak mesti ajak cik asben keluar.

 Sesungguhnya, akak ajak keluar utk menghilangkan kebosanan. Sometimes, I need a break from my routine as a mother. Tiap-tiap hari buat benda yg sama sampai takde masa utk diri sendiri.

Utk kwn-kwn, lagi la susah nak cari masa. So bila dpt keluar jalan-jalan, hati rasa sedikit relaks. Tapi kalau duduk rumah sendiri, definitely akak akan terperap kat rumah je. Lepas tu malas kemas rumah. Laki akak bising lagi.

Haiyooo, akak perlu cari kwn-kwn baru dikalangan ibu-ibu. Sape mau join akak?

To mothers yg sangap mcm akak jom la keluar sama-sama. 


No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah