>

Friday 29 November 2013

Biarlah Mereka Khawin


Assalamualaikum

Semalam aku perasan laman sesawang gossip gossip artis update pasal johan asaari dan lana nordin bakal menikah.

Aku tau dia kawan dengan shila amzah tapi tak perasan pulak dia kawan dengan lana nordin.
Nampak benor tak suka baca gossip gossip artis eh? Pehal pulak aku nak kisah kan hahaha

Dalam tak kisah tu juga aku pun kelebet la instagram johan dan shila amzah. Siap stalk sekali instagram mak johan. Datin firdaus tu hahaha. Saje mengisi masa terluang (sangat!), rata-rata peminat peminat diaorang komen tak setuju johan kawin dengan lana nordin.

Ada peminat keluarkan hujah agama membandingkan shila amzah dan lana nordin yang kita sedia maklum berbeza dari segi penutupan aurat.

Pada pendapat ciput aku ni la apa salahnya dia nak kawin dengan lana nordin? 

Kenapa ? johan tak boleh kawin dengan lana nordin sebab background johan yg sekolah pondok tu dan lana yg berpakain menjolok mata dan kaki clubbing?

Korang tak pernah dengar hidayah tu milik Allah? Pls jangan menilai orang dengan luaran sahaja. Seksi tu luaran di mata kita sahaja. Allah boleh berikan hidayah bila bila masa sahaja. Manusia ni mengata orang sampai melampau-lampau. Dengan sindirian bercampur dengan caci maki. So apa bezanya kau yg memaki dengan orang yg dicaci? Tak ada beza kan? 
Kau nak dia berubah (ambil contoh lana nordin) tapi kau siap melahar maki hamun, mcm mana orang nak ikut? Kan lebih molek bertarbiah dan memberi teladan

aku bagi contoh artis diana emir. Ko tgk filem dia aku masih dara. Seksi nak giler kan. Sekarang tgk dia mcm mana? Bertudung litup dengan pakai sarung tgn. Nikah pun cuma mas kawin senaskah Alquran. Betul ikut sunnah nabi.

Noorkumalasari.

korang boleh gugel la zaman 80an dia. (Kalau ada)

Fiza Elite
tgk zaman dia dengan elite dulu

Tapi aku percaya jauh di sudut hati lana nordin atau org2 yg suka berpakain seksi ada keinginan untuk berubah. Mungkin dia ditemukan dengan johan untuk hati dan diri berubah ke arah kebaikan. Mungkin lepas ni dia tak kan pakai seksi lagi. Mungkin perlahan-lahan dia akan memakai tudung. Mana tahu tuhan bagi hidayah pada dia kan

Aku pun tak paham kenapa orang / peminat / manusia serba pandai concern sangat johan nak kawin dengan lana
tak puas hati dia dapat johan?
sebab meluat? Kalau meluat jangan tengok dan baca.

yang aku mushkil kenapa kena hentam lana walhal johan tak pernah declare pun dia bercinta dengan shila amzah. Dah tu suka hati dia lah dia nak suka siapa ke, dia nak nikah dengan siapa ke. Peminat jangan lah mengutuk sumpah seranah. Pls respek life orang. Faham yg Johan tu public figure tapi dia manusia biasa juga. Jangan memuja dia sampai letakkan dia di tmp teratas.  Biarlah dia buat keputusan hidup dia sendiri. 

Aku pun tak pandai agama. Banyak sangat-sangat aku kena belajar. Tapi aku menulis berdasarkan ceramah ustaz Kazim Elias tarbiah manusia dengan doa dan teladan. Yang Pasti perancangan tuhan itu hebat!



Tuesday 26 November 2013

Over Sangat Dah Ni


Assalamualaikum

Inilah akibatnya baru download apps instamag yg ber-trillion manusia sudah menggunakan dan aku yg moist baru tahu kewujudannya maka terhasillah....................................




Bahahahahaaaa.............














Sangat poyo kan? Ye! Saya memang poyo 


Nasi Goreng Resepi Arwah MakTok Saya!


Assalamualaikum

Aku ni kalau nak masak ikut mood...kalau mood rajin aku datang sebelum ke office aku siap dah potong2 bawang, halia, sayur, ikan keluarkan dari tempat sejuk beku lumur siap ngan kunyit. Lepas tu seminggu makan kat rumah balik rumah kemain lagi kelentung kelentang masak  kat dapur. TAPI bila datang mood malas aku masak ada je alasan. Ahad hari tu mood pemalas masak datang balik nasi goreng je aku masak. Isma pun kerja, malam baru dia balik.

Aku pemalu (ye ke?) sikit nak post kat FB benda yg aku masak. Lagipun nanti isma stalk FB aku mulalah dia bagi sedas hahahahaaaa... (dia tak suka aku post makanan dalam FB, apa pasai ntah) tapi yg ni aku buat nasi goreng copy paste resepi arwah mak tok aku, so saja lah post dalam FB. Alih-laih kezzen aku pun buat sama nasi goreng arwah Maktok. Suka copy me tauuu



Ehem....



Ni la rupanya nasi goreng kita yg dalam FB tu! 




Pastu pakcik aku komen rupa tak sama dengan arwah maktok buat. 

Sudah tentu larrrr.. yg penting rasa sama dah.....

Resepi asal taruh cili kering potong kerinting-kerining. Dah dalam peti gigil tak de cili kering aku bantai je cili hidup. jadi la...buat kenang-kenangan kat maktok aku 

Sayur patut tak ada, tapi aku kan ala ala  menjaga kulit maka aku campak kailan dlm tu potong halus-halus. 

Aku tak pandai masak. Bukan tak pandai bengong. Maksudnya tak pandai masak sedap. Tapi lepas lah nak masak kan untuk suami dan anak2. Utk orang luar aku tak berani lagi....kang buatnyer tak sedap jadi umpatan seumur hidup..hahaha. So far Isma tak pernah sakit keracunan makanan...hahahah. Selalunya bila aku tengah masak terjerit2 mulut aku suruh Isma rasa....masin ok tak...pedas sangat tak....kahkahkah berbulu jer isma.



Monday 25 November 2013

Moga Tuhan Bantu Aku Untuk Terus Teguh


Assalamualaikum

Selamat dua tahun kekasih.

Iman Amineen Aimar :)

25-Nov 

dan teristimewa penuh cinta tak berbaki dari Mom dan Papa dengan harapan ----

Hadiah terbaik dari seorang anak bukan terletak pada benda yang paling mahal di dunia ini tapi agama yang dipelihara dari hujung rambut sampai hujung kaki... Mati mom dan papa pun tenang dalam kubur kelak :) 


Muka mengeladi. Miang 
Pebenda? Mom asyik hala phone je
Anak saya garang. Sangat.
Suka la main peluk2 gentel2 manja2
Huiyoo merahnya raya cina gincu mom. Errrrr mom, tu konfirm bukan  sireh eh?


Thursday 21 November 2013

Kekecohan, konon bagus la


Assalamualaikum

Dah beberapa hari lepas ni asyik la baca kisah villa nabilla dan kes pun rupanya tak betul. 

Aku memula tau bila nampak status FB Yun kata topik hangat hari ni pasal villa nabilla seram bangat. Aku memula blur ape benda tajuk novel ke apa. Still tak ambil tau. Sampai la dlm group wassup kazzen meletop depa kecoh hal ni. 

OK baru paham jalan ceritanya.

Ada la baca sikit-sikit dlm FB. Tapi kau tahu la kan, FB ni banyak tokoh tabah perisa kasi sedap jalan cerita sampai cerita boleh spin 100% tak tepat. Syabas lah FB!

Now what?

Yang sebetulnya kisah budak tu hilang memang la menggelabah. Parents mana tak risau weh kau hilang tak balik-balik. Telifon idak sms pun idak. Dah kau pulak sesuka hati tido rumah kawan perempuan ke gurlfriend ke tak tau lah. Mcm tak sedor pulak kekecohan tgh berlaku. Cisssssssssssssss..... Debik sekali kang. 

Tapi i cannot help la. Dalam kecoh-kecoh villa nabilla sempat lagi manusia-manusia mendajalkan gambor villa tu tercongok pulak muka Kak Mah kesayangan Abe Najib kite tu dengan baju putih mata lebam ala-ala Antu kak Limah. Tergelak-gelak den. Ade je idea kreatip lawak haram depa ni. 

 Eh aku now tengah tunggu boyfrend ambil ni. Tengah tunggu dia la ni. Tapi perut lapar petang-petang gini. Kau ni dalam pala otak tak de menda lain makan makan makan. 

Bai! 

Wednesday 20 November 2013

Pahala solat kita macam mana?


Assalamualaikum

 Lagi beberapa minggu kita akan melalui tahun baru. Bila fikir fikir banyak dosa sebagai hambaNya dan dosa sesama manusia. 

Kenapa dosa sesama manusia? 

Aku ni kadang tak perasan termengumpat, terkutuk, bergurau sampai orang kecik hati tp aku tak sedar. 

Bila ada perasaan insaf dan takut kpd Allah bila mana Ada manusia-manusia sedang mengumpat, mengata, aku cuba ambil pendekatan tak mahu masuk campur.  ek tak o'k tak. Satunya sebab takutkan dosa tu. Duanya sebab takut kena balik pada diri kita.

Dosa dengan Allah s.w.t?

Dah tentu ada banyak dosa selama hidup 31 thn di muka bumi Allah ini. Antara dosa kecil dan besar ku ini hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui. 

Dengar ceramah ustaz ghazali ptg td (adik arwah ustas Asri Rabanni), beliau berkata dosa paling banyak ditanggung manusia adalah solat. SubahanAllah.. aku sangat takut. Takut solat ku tidak diterima oleh Allah. Tu tak termasuk lagi mana yang pernah tinggal solat, yang solat di akhir waktu, solat cepat-cepat atau solat express. Astagfirullahalazim......bayangkan  aku yg sangat sangat kerdil di sisiNya

Marilah kita (lebih kpd aku) muhasabah di dlm solat utk mendapat solat yg terbaik di sisi Allah s.w.t.











Friday 15 November 2013

Wangi-Wangian dan Mencantikan Diri Di Malika Perfume Boutique


Assalamualaikum

Uolls suka tak wangi-wangian semerbak bau dari 10km dah boleh bau? Mestilah suka kan... giler soalan tak logik langsung. Aku memang giler babeng  perfume dari dulu sampai ke tua tak boleh ubah dah sebati dengan hidung lebar aku ni. Aku lagi suka extra wangi-wangian waktu malam sebelum bumm atas katil. rasa semangat tetiba. Kejadah kau ni tidur pun rasa semangat. Haha.  Ini bukan unsur-unsur sex ye. Babab nih! Setengah orang tak suka wangi-wangian sebelum tidur depa kata pening tak boleh tido sakit otak, rasa nak muntah. Tapi aku macam rasa cantik konfident tido sebelah isma...hahahahhaa bodo je

Tetiba minggu ni jumpa port baru beli perfume. Aku kelebet-kelebet apa yang patut. walahwei banyak brand yang aku rasa nak borong semua. Tapi kang ujung bulan tak kan aku melantak meggie hari2 kot. Kontrol napsu Pls! Tapi bila dah rambang mata aku pergi gatal tangan PM bagai kan........



Maka............



















Bau dia? ada cherry, marshmallow dan berry. Bau yg sangat-sangat refreshing. Rasa mcm chic hot muda belia ha ha 


......................dapat dah! Semalam tiba hari gegas masuk dlm blog sebab gedik sangat suka sangat ngan bau dia sedap giler...bau dia nyaman je rasa...bila bau mata jadi stim-stim je nak tidur kahkahkah unsur2 sex lah jugak tu kan! 

Kat sini ada Original perfume, skin care & make up original..lower price dari market price...Orginal tau! Konfirm Original. Bukan yg macam kat Kenanga tu tau.
Macam-macam brand i tell u.. korang just request.. Ada Yang dah upload Dalam FB. Boleh Tengok di SINI . Kalau korang tgk dlm fb tak ada brand yang korang nak tu, just request kat tokei dia. Dia akan memenuhi permintaan korang. Ala ala fairy godmother kekdahnya. Hahaha




Christian Dior ada weh!
Sebab aku pernah ada perfume Miss Dior Chic ni meh aku discribe sikit bau dia macam mana. Bau dia manis ada bau-bau ko rasa mcm nak makan. tapi memang wangi giler. ko sembur sikit je bau tak hilang sampai ke petang



Byrberry of cozz!
Burberry Brit ni bau dia fresh giler. Sedap nak mampos. Fresh sesangat. Ko sembur feeling rasa best jer



Nina Ricci in the house yo!
Aku rasa sesuai pakai malam la sebab bau dia stroooooong gila. Malam yg sejuk bila ko keluar malam sambil berbau semburan nina ricci. peeerhh rasa sexy habis






Yay Estee Lauder kegemaran ramai! 
Bau Soft-soft ala ala feminin solehah gitu. Bau dia boleh lapangkan otak yang berserabut ni dan merelaxkan jiwa. Ko amenda yg tak wangi kan?

dan of cozz banyak gilos brand perfume lain korang tgk sendiri la nanti pitam nak pilih. Tak per, korang boleh borong semua yippies!






kau tengok! Gincu pun ada. Mcm orang tua sangats nih ckp gincu. Brand Estee Lauder. Warna cun weh



Set makeup Estee Lauder yg konfirm-konfirm jauh lagi murah from kaunter. Yang penting Original beb. Sangat-sangat Teruja.....


Hingat artis je mampo pakai SK-II? Puiii.. kita pun mampo laaaaa *Libas shawl. 
Boleh beli set atau satu satu 

Kat sini ada gift set also. Nak bagi for birthday ke, hantaran ke pun boleh. Senang, tak yah gi kaunter.


Ada lagi!!!!!

Yg lain-lain album.....selain daripada album gift set/original perfume tu tu semua dubai sephora perfume which is 90% similar like original (packaging, bottle, bau) just less alcohol saje..
Lasting 4-6 hours..ikut temperature body masing2...
Yang paling hebat menggila sekarang ni ada Promotion untuk Sephora 3 Botol Besar (50-100ML) Hanya RM110 including postage. Kan? Gila murah kan? 3 botol okeh. Gosok-gosok mata anda sekarang. Ini realiti bukan fantasi okeh

Kalau nak beli, tanya harga, tanya stok, beli borong, nak mintak carikan perfume boleh call/msg/wassup/wechat di 019-299 8091 tokei dia nama Cikin.

YES! YES! YES! Dah kelebet FB Malika Perfume Boutique kan, dapat rasa aura-aura wangi-wangian dan kecantikan kan, dan dan tu rasa ghairah kan hahahahahahahaha ahkak memang hover. Laju-laju PM tokei dia okeh.
Meh sini dekat sikit, wanginyaaaaaaaaaaa, Love love!


Wednesday 6 November 2013

Secebis Ingatan Zaman Menengah


Assalamualaikum

Kalau ada mesin back to the masa lampau memang aku nak try. Aku nak kembali zaman sekolah menengah (yg kita sedia maklum memang sgt awesomeeeee) yakni semasa form 3 hingga form 5. Time tu group aku nama sweet girl (sila muntah!). Ada Shifa, Nora, Ikin, Balqis, Ikin bohsia (dia tak bohsia, saja nak membezakan ramai nau nama ikin, tak memaksal), ikin shukor, Bayu, Tipah, Salleh (Punai tapi suka join kitaorang).

Time tu ramai abang-abang senior yg jambu tapi haram tak ngorat aku pun (kahkahkah). Dah ko tu comot berlengas mana ada abang senior jambu nak kacau. Ada fews yang aku ingat sampai sekarang sebab ada FB kens. Dah jadi bapak-bapak orang dah. Dah tak macam 4U2C dah.

Masa form 3 dan from 5 time tu tak sedar diri dah nak PMR dan SPM sebok masuk acara menari la, dikir barat la, Sebok camping di sungai gabai la, camping di pangsun la. Pertandingan menyanyi pun join masa hari kantin sekolah berduet dengan Bayu. Yang magik time tu tak adalah suara ketar ke apa. Suara ke laut pun relex je. Ko try sekarang bagi mic? Baru panggil nama dah gigil ketaq terkencing. hahahaha

Aku dulu pengawas. Bukan buat kerja apa pun. Muka ni lah selalu datang lambat pagi-pagi kena tahan dekat gate sekolah. Macam mana pengawas lain tak hangin, rumah aku belakang sekolah jer choi! hahaha. Saje nak glamer pakai baju biru. Boleh keluar awal waktu rehat. Ada sekali tu sekolah ada apa ntah so tak ada belajar tapi kena duduk dalam kelas buat revision sendiri-sendiri. Huh tak ada revision derrr. Aku dengan Shifa, Ikin dan Salleh Lari ikut tepi padang sekolah pergi melepak rumah Shifa main monopoly. Kami rasa tu la game terpaling best dalam duhnia dah.

Bila teringat balik, mula lah bukak album gambar yg aku buat koleksi tgk lama-lama, ingat satu-satu senyum sorang-sorang. Seronok! Tgk kening aku Nauzubillah punyalah nipis tegak mcm pembaris. Trim kat saloon, balik rumah kena bebel  ngan mak aku. Hari sabtu keluar lepak KL naik bas tapi pakai skirt pendek. Ntah mana la hilang rasa malu tu. Teruk sungguh. Nak melawa seksi tapi naik bas kahkahkah. Macam-macam akiviti yg aku buat. 

Utk geng-geng sekolah terchenta, aku doakan korang sihat sejahtera. Much much love sgt memori yg terindah bersama korang. May happiness be urs dunia wal akhirah. Sedih rasa dah 13 tahun kita meninggalkan zaman persekolahan *HUGs* 

Monday 4 November 2013

Menang bola, Isnin Cuti dan Gambar


Assalamualaikum

Ehem... kerje ke? Mendebarkan football match semalam kan? Me is suka pahang menang! Walaupun bukan orang pahang tapi kampung aku perak so pahang dan perak dua dua suka patin tempoyak maka yes! Approved! Aku sokong pahang. Isma pun sokong juga. Motip  tiru aku?  Padahal kan ayah isma sendiri ore kelate haha.. 

Ini aku test masuk blog guna hp. Eh petik jari. Asalkan line internet mantop tak de sekat2 semua boleh hapdet

Jamu mata uolls dengan gambar-gambar










 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah