>

Wednesday 6 November 2013

Secebis Ingatan Zaman Menengah


Assalamualaikum

Kalau ada mesin back to the masa lampau memang aku nak try. Aku nak kembali zaman sekolah menengah (yg kita sedia maklum memang sgt awesomeeeee) yakni semasa form 3 hingga form 5. Time tu group aku nama sweet girl (sila muntah!). Ada Shifa, Nora, Ikin, Balqis, Ikin bohsia (dia tak bohsia, saja nak membezakan ramai nau nama ikin, tak memaksal), ikin shukor, Bayu, Tipah, Salleh (Punai tapi suka join kitaorang).

Time tu ramai abang-abang senior yg jambu tapi haram tak ngorat aku pun (kahkahkah). Dah ko tu comot berlengas mana ada abang senior jambu nak kacau. Ada fews yang aku ingat sampai sekarang sebab ada FB kens. Dah jadi bapak-bapak orang dah. Dah tak macam 4U2C dah.

Masa form 3 dan from 5 time tu tak sedar diri dah nak PMR dan SPM sebok masuk acara menari la, dikir barat la, Sebok camping di sungai gabai la, camping di pangsun la. Pertandingan menyanyi pun join masa hari kantin sekolah berduet dengan Bayu. Yang magik time tu tak adalah suara ketar ke apa. Suara ke laut pun relex je. Ko try sekarang bagi mic? Baru panggil nama dah gigil ketaq terkencing. hahahaha

Aku dulu pengawas. Bukan buat kerja apa pun. Muka ni lah selalu datang lambat pagi-pagi kena tahan dekat gate sekolah. Macam mana pengawas lain tak hangin, rumah aku belakang sekolah jer choi! hahaha. Saje nak glamer pakai baju biru. Boleh keluar awal waktu rehat. Ada sekali tu sekolah ada apa ntah so tak ada belajar tapi kena duduk dalam kelas buat revision sendiri-sendiri. Huh tak ada revision derrr. Aku dengan Shifa, Ikin dan Salleh Lari ikut tepi padang sekolah pergi melepak rumah Shifa main monopoly. Kami rasa tu la game terpaling best dalam duhnia dah.

Bila teringat balik, mula lah bukak album gambar yg aku buat koleksi tgk lama-lama, ingat satu-satu senyum sorang-sorang. Seronok! Tgk kening aku Nauzubillah punyalah nipis tegak mcm pembaris. Trim kat saloon, balik rumah kena bebel  ngan mak aku. Hari sabtu keluar lepak KL naik bas tapi pakai skirt pendek. Ntah mana la hilang rasa malu tu. Teruk sungguh. Nak melawa seksi tapi naik bas kahkahkah. Macam-macam akiviti yg aku buat. 

Utk geng-geng sekolah terchenta, aku doakan korang sihat sejahtera. Much much love sgt memori yg terindah bersama korang. May happiness be urs dunia wal akhirah. Sedih rasa dah 13 tahun kita meninggalkan zaman persekolahan *HUGs* 

4 comments:

faraherda.razalan said...

Amboi, notty die ms skool dulu eh? Sy tak suke nak igt zaman skool. Tak syok! Tapi suke sgt ms blaja kat U. Rs mcm nak pth blk zaman tu....

Unknown said...

Memang. Pening mak kita haha

mrspuex said...

samelah rindu sangat zaman skola..aritu reunion apsal tak join??best woo..yg kurus jd montel, yg montel dh selim melim, yg perut kempis dah memboyot, eyhh aku le tuh..hahhaa..best sgt2 tau..nxt time sile join ok! klo la ade lgik planning lee..

Unknown said...

Tau yg kat KDE tu.. aku ada hal masa tu. Pikir2 balik hoi nyesal plak tak join. Bagus la lin dia organized. Suh lin buat lagi larrr...

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah