>

Wednesday 26 June 2013

Surah-Surah diamalkan ketika mengandung


Assalamualaikum

Bila ingat balik dulu kesian kat mak aku gigih lah masak peberet food anak2 dia. Mcm2 permintaan...........

"Mak nak cucur udang tapi nak udang banyak"......
"mak nak ikan cili tapi buat sambal lebih yer".....
"mak, esk breakfast mak masak nasi goreng yer lepas tu letak telur mata". 
Bila ingat kan balik kejam sungguh anak2 mu itu. Tapi sampai sekarang perangai keji aku ada lagi....
"mak esok yong datang sana nak makan tengahari....mak masak lemak yeh" nak buat macam mana air tangan ibu tersedap, terlazat dalam dunia. Even goreng ikan pun lazat!


Gitulah mak kan. Dia tak sampai hati tak memenuhi permintaan anak-anak.

By the way, =)

Pada yg tgh pregnant / Mommy to be, ni aku kasi surah2 korang rajin2 lah amalkan. Kalau tak pregnant pun nak baca elok juga. Ramadhan pun tak lama lagi kenssss

:)


Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.

Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.

Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.

Surah An-Nahl : 
ayat 78 


Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Surah al-Fatihah

Surah Yaasin

Surah Kursi


Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Surah Al-Araaf : ayat 189


Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

Surah Al-Imran : ayat 8-9, dan 38 - 
Doa memohon anak yang baik.


Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Surah Ibrahim : ayat 40
 - Doa agar anak tetap mengerjakan solat


Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Surah Al-Baqarah :  ayat 128 - Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.


Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Surah As-Sajdah : ayat 7-9 - Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.


Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah Al-Furqan : ayat 74 - Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Semoga bermanfaat, InsyaAllah.


Friday 21 June 2013

Perempuan sinonim dengan makanan.. aku lah tu


Assalamualaikum

Makan ape tgh hr ni? 

ekcelli kan lebih pada bakar line la entry aku hr ni. 

nak jugaaaaak up pic celebrate birthday gegirl yg ke oopps rahsia * bajet artis

Memang since last week Isma dah ckp nak bawak aku mkn di sime darby convention center. Ceh tak surprise langsung kan. Dia tak de makna nak romantik romantik tutup mata aku siap siap sampai meja makan taaaaraaaaa...ada flower sebesar alam, kek patung muka aku, lilin wangi panjang 2 ketol... no no no memang tak kan ada punyer mcm tu. aku ye kan je la dia nak bawak aku mkn.

Tmp tu kat sebelah INTAN damasara. Nama restoren tu halia. Memula ingat ade buffet sebb aku buffet memang otai semua benda nak rasa konon setimpal dengan harga bayar padahal aku memang spesis melantak semua benda kan

Potong betul la... Mlm tu tak buat buffet maka meh lah kite order makanan yg paling mahal sama harga 2 bijik basikal Irish. Bior tercekik isma bayar. kate birthday gegirl! muahahahahaha

Agak frust la tgh2 snap pic sempat la 6 keping kot terus bateri kong. Aku pelik giler. elok penuh aleh aleh kosong. Memang biol. penyuudahnya terpaksa jua ku gunnakan tepon cokia yg pic ala ala org parkinson tangkap gambor. Belasah! Janji tangkap

aksi biasa iman bermain pisau ketuk ketuk piring. Bingit sgt ni. Apak dia buat derk muka tebal mane nak larang anak dia main ape pun dia bagi. Geram akak


kemana mana mesti kena bawak car cinonet dia tu. Kalau hilang ni satu rumah boleh tress kena gagah jugak mencari celah tilam , bawah katil, bawah tikar , semua benda kena korek asalkan jumpe.


Suh isma tangkap pic. Dia suh pandang camera. Ape kelas aku nak pandang camera. pic mestilah ala-ala spontan sambil minum air tawar lepas tu org main snap pic. 

Isma : awk ingat awk sape nak tgkap pic tgh minum air. (gelak gelak)

Vongok ni. Biar lah kan

Aku dah 3 series dah. Mcm BMW. Pakai nyer taaaaaak dpt2 lagi. Asyik dapat no je. kena tingkatkan amalan dan ibadah. Tak kan nak di takuk lama je. *motivate diri sendiri. Haaaa kan, terus nasihatkan diri sendiri mcm mak mak je kan

Ciken wing kami tak order. tgk tgk waiter tu bawak letak atas meja ckp compliment dari chef. waahh tq tq. Aku suka chef tu. Sebb isma reserved meja bgtau celebrate birthday wife. masa nak duduk dia dtg ke meja kami terus wish birthday kat aku then ckp yg ke 21 taun...mak aaaii agak agak laaaaaa. Puji ke perli ke ape tu? ke aku silap dengar dia sebenar ckp 41? but still aku tersengih sengih. hahahaha

aku mengidam lamb.. maka aku order lamb rack. Sebb ade 4 ketol je atas pinggan maka aku tak kasi langsung isma rasa. Nampak tak tamak kat situ


 Spahetti bologniise for my kiddos. Depa share dua org. Berlambak sampai tak habis.

 Feveret dia memang spagetti pun. Laju je makan. Kat rumah aku buat spegetti dengan sup. ringkas. Dia makan je. tapi kan dia memang mcm aku dan isma lah mkn semua benda. tak tolak punya bab makan. Tak pasal pasal masuk sekali nama isma kan hahaha..mane boleh aku sorang je kuat makan. Mesilah ada back up sekali



Isma punya. Dia tekak tetaplah nak nasi ape jua keadaan pun. Dia order kari kepala ikan samlon. Ikan salmon okeh. Ni pun aku tak sempat rasa. Mcm mana boleh lupa nak rasa. Dia ckp sedap. 



 Air aku. Coklat ais katanyerrr

 Air isma. Mango juice

Air anak anak katanyaaaa. Orange juice

Kek ni pun compliment dari restoren ni. Gile baik ni. and gile jimat duit isma ni. kek coklat krim moist. Percaya tak sampai hari ni dah 3 hari berlalu kek still ade dlm peti sejuk lupe nak makan. Rasa kek masa mlm tu je lah. 

Ini panglima no 1 memang suka kacau perhiasan atas kek tu


Dah kenyang nak balik tu bergambar dulu depan ni. nak gambar dok elok elok memang payah. Gambar semua dok bergerak gerak sebab diorang nak berlari depan tu luas. 

Korang tgk ape yg ganjil kat gambar ni? tak perasan langung? betul ni? hahahahha mane ade Irish pakai seluar. Sebabnyer dia popo sampai terkeluar saki baki kena seluar. 

Yg aku ni tak bawak pulak seluar spare. Bawak pampers je. Berlari2 lah dia dengan tak pakai seluar. Sib baik dah habis makan. 

Teringat masa memula bawak Irish keluar baru lepas pantang bawak ke the mall. Dah la masa tu agak bongok. habis semua hangkut barang beg sebesar balik kg. Siap bantal 4 ketol, stokin lagi. bila fikir fikir balik, mak maii bodo juga aku dulu

Sekarang? sampai tak bawak langsung baju seluar spare. Cait

Model tua pun nak jugak.... tu je gambar penutup. Bye

Wednesday 19 June 2013

The Year 2013 - 18 June


Assalamualaikum

So much has happened, so many things have changed, I dont even know where to start. But let me just try with this. For every one thing that you are unhappy with, there are a couple of other things that you can be grateful for.

I became 31

Dia dulu lagi cekap. dah siap tobek dikejekan oleh irish

Phone starts ringing and beeping. Look at that! Birthday wishes in bulk!

Malaysia vote for BN. Ok

Shah Jazle di tangkap khalwat. Motip nak ckp kat sini? 

The best sitcom How i met your mother in history

2nd best sitcom was FRIENDS. 

The best TV series was revenge 1 and revenge 2

2nd  time sent kid to school

My little Iman still Breastfeeding. Wohaa

Our rumah at Rawang had sold

Attended thousands of weddings

Aunts and Uncle passed away

Niece and nephew was born

Added what it felt like 1000kg more. haha

Switched from Blackberry to Samsung cokia

Lunch at Soul Garden almost 5 hours. Eating no stop

Lots of drama in FB. For layan gelak sesorang

Can see KLCC’s fireworks from our balcony. Irish said pom pom

Having silly crushes wif Yoann Gourcuff. Don’t know him? Guggle it pls. So cute lovely dolly. Heart melting. Gediks



Friday 14 June 2013

Buat Sendiri Mini Pepperoni Pizza ( 4 Bahan Only )


Assalamualaikum

A few days ago ada terperasan page JewelPie kongsi resepi yg sgt easy penzy mcm kacang goreng. Aku kan suka makan tp masak malas makanya meh aku share pic mini pizza yg dia cipta sgt sgt simple. Resepi yg renyah renyah boleh jaaaalaaan




Pic mukadimah. How cute is that? Tak telan air liur lagi kan. Kang tgk cara2 nak buat mesti korang tergedik tak nyempat2 nak buat




Simple gile kentang nak buatnya..i tell u



See see 4 ingredients only! Semua murah dan senang beli. Apa yg korang perlu :-

1) Papperoni x 5 gram
2) Dumpling pastry x 1 paket
3) Mozzarella Cheese x 250 gram
4) Tomato Paste x 1 Botol





Cara nak membuatnya pun senang. 15 minit je beb. Pejam mata je..ting! 



Kekdah. Pendek dan ringkas.

1) memula korang panaskan oven 250 degrees, taburkan tepung gandum di mangkuk pembakar sebelum taruhkan dumpling pastry. Dumpling pastry lekatkan dua. Kasi tebal sikit 

2) taruh paste tomato

3) Taburkan mozarella cheese. Dia kate jgn tabur berlambak takut masin nanti

4) taruh pepperoni pulak

5) Bakar selama 8 minit atau agak agak cheese dah cair boleh keluarkan dah. 

kalau korang suka nak tambah bawang, capsicum atau cendawan tak ade masalah. 



Ready for melantak. Ni kalau irish dan iman, mom buat 20 keping belum tentu cukup ni. Sesuai kan tuk snek anak anak makan. 

Nak tahu lagi details?

korang boleh view her JewelPie blog with all her simply and health recipe, lifestyle, ideas and beautiful living =P

Wednesday 12 June 2013

Asyik cerita best anak je


Assalamualaikum

aku lah org yg sgt berlapang dada hari ini. Sebab.......... Puasa kena ganti lagi 5 hari. struggle jugak akcelli..qada puasa 15 hari. minta2 sempat lah ye

Pernah tak korang berdepan ngan situasi aku tak tak tanya pun hal anak ko tp ko ala-ala kasi hint nak cerita. Pernah?

Aku kena semalam ooooiii. Sebu telinga aku tau dak.  Office mate aku tanyakan aku anak yg sulung umur brp yg aku pernah bawak ke off dan dia kenal la. Bila aku ckp 3 years old, dia ckp...

"U see, u must spend lots of money to bring up child especially in education ( benda ni ko tak payah ckp kot semua org alert) 

"I remember my anak, sent him to kinder garden when he was 5 yrs old. Now he is working  the largest bank in Aussie. He called me recently told he already naik pangkat gaji almost 100,000 convert to RM bla bla bla bla bla .... ape benda ntah dia ckp lagi sebab aku sibuk kelebet hp aku bunyikan ring tone buat2 hello konon ade orang call. Daring tak aku? hahahahhaaa.. baru dia stop cakap.

o0o0o0o rupe2 nyer ko saje je la nak test market tanya umur anak aku pastu ko nak buat modal bercerita kebest-san anak tunggal ko. Memang tak dpt respon la dr aku kens. 

Aku bukan nyer tak boleh dengar ko nak cerita best anak ko, tapi berpada pada la jugak pakcik! Asal cerita kata anak ada chartered a.c certificate, anak dia grad sana la sini la.   lepas belajar kerja investment bank siap mentioned gaji lagi. What the hellicopter! dan sebanyak 150 juta kali telinga aku ni dengar ko asyik la ulang dialog yg sama. 

Bila aku tanya bila nak dpt cucu sebab anak dia dah 5 tahun khawin but so far tak pernah dia mentioned pasal cucu. dan aku tahu memang dia tak ada cucu lagi saje kasi gelegak kepala dia.

Pandai pulak dia sengih kata they wants betul2 stabil financially. Puiii kata anak ko kerja gaji beratus ribu. Apekah logik nya kat situ. Ko ckp je la anak ko mempunyai masalah kelakian dan sedang dirawat oleh pakar. Kan senang cerita. Tak payah malu malu

Heh cerita lain. Cerita kat bawah ni lagi asyik.

Malam semalam dah habis makan kat rumah, asben nak keluar lepak dengan member baik dia , Rajasegar

Siap pesan kat aku before keluar rumah tu

"Sy balik kang standby...."

"Ape standby? balik lambat..nasibla.."


Masin mulut aku. Dia balik ntah kul brp. Koser aku nak tahan bijik mata tunggu dia. Baik aku tarik selimut siap siap. 

Aku pernah baca article seks 3 kali sehari adalah normal! Normal okehh... normal. *amboi bab ni memori sgt boleh simpan lama dlm pala otak.* Senak rahim aku dengar. Haishhh...tak boleh citer kat aben. Aku dah boleh baca ape respond dia....





















"kena buat kalau tak jatuh dosa ingkar perintah suami"



JGN HARAP!!!




Monday 10 June 2013

Put Your Records On


Assalamualaikum

Lagu ini yg selalu aku layan di Utube =) Sgt mendamaikan pala otak aku. Sila naikkan volume yer 

Put Your Records On by Corrinne Bailey Rae

Three little birds, sat on my window.
And they told me I don't need to worry.
Summer came like cinnamon
So sweet,
Little girls double-dutch on the concrete.

Maybe sometimes, we've got it wrong, but it's alright
The more things seem to change, the more they stay the same
Oh, don't you hesitate.

Girl, put your records on, tell me your favourite song
You go ahead, let your hair down
Sapphire and faded jeans, I hope you get your dreams,
Just go ahead, let your hair down.

You're gonna find yourself somewhere, somehow.

Blue as the sky, sunburnt and lonely,
Sipping tea in a bar by the roadside,
(just relax, just relax)
Don't you let those other boys fool you,
Got to love that afro hair do.

Maybe sometimes, we feel afraid, but it's alright
The more you stay the same, the more they seem to change.
Don't you think it's strange?

Girl, put your records on, tell me your favourite song
You go ahead, let your hair down
Sapphire and faded jeans, I hope you get your dreams,
Just go ahead, let your hair down.

You're gonna find yourself somewhere, somehow.

'Twas more than I could take, pity for pity's sake
Some nights kept me awake, I thought that I was stronger
When you gonna realise, that you don't even have to try any longer?
Do what you want to.

Girl, put your records on, tell me your favourite song
You go ahead, let your hair down
Sapphire and faded jeans, I hope you get your dreams,
Just go ahead, let your hair down.

Girl, put your records on, tell me your favourite song
You go ahead, let your hair down
Sapphire and faded jeans, I hope you get your dreams,
Just go ahead, let your hair down.

Oh, you're gonna find yourself somewhere, somehow



Friday 7 June 2013

Obses kejar kecantikan


Assalamualaikum

Sekarang ni sana sini di suapan berita (news feed) di muka buku post hal kecantikan. Baju nak cantik, tudung nak cun, badan nak cantik, kulit nak cantik sampai pepek pun kena cantik. Tang pepek memang penting. Jgn sesiapa bantah ok. 

 Siapa yg tak nak cantik kan. Dah nama kaum hawa. Aku pun nak cantik. eh?

Nak cantik pun agak agak le der. Jgn sampai melampaui batas  bergolak gadai sampai menyusahkan diri sendiri. 

Aku agak terkilan era sekarang ni macam macam orang buat utk cantik sampai dah tak dpt beza baik buruk beza halal dan haram. 

Ada produk (tak nak tulis di sini korang kan rajin gugel muacks!) yg kasi kulit putih cara menguraikan melanin kulit. 

Kejadah?

Dengar pun dah scary apatah lagi nak consume benda alah ni. kan Setiap satu Allah jadikan pada diri kita ada fungsinya termasuk lah melanin. Habis kenapa kita tak nak melanin (sebab nak putih melepak kononnyer) yg fungsinya melindungi kulit kita dari kena keanser kulit?

Bila Korang berjemur panas terik kulit jadi gelab kan. melanin tu la yg dihasilkan utk menapis sinaran mentari. lepas dah beberapa hari baru cerah balik kan. Yg sedihnnya rata rata pengguna bangsa aku sendiri. Sememangnya ramai orang melayu yg sungguh senang makan ngan kekelentongan mcm ni. 

Sila lah belajar mensyukuri nikmatnya berkulit mcm kita ni. Mat minah salleh tu berlumba lumba nak tanned kan kulit. Sebab ape? Sebab diaorang jeles kulit orang asian ni cantik sebenarnya. Serius ckp. Korang pergi tgk cermin atas bawah sekarang 

Seperkara lagi yg aku perasan perempuan berlumba-lumba nak kurus. Eh mcm mengata diri sendiri je hahahaha. Fine. Aku tau orang berisi mcm aku ni tak hot, cepat penat, tak fit. kuat makan. Korang nak kurus sanggup ye habis beriban riban consume produk slimming yg berlambak lambak kat pasaran tu. Makan-makan juga slimming produk tu tapi makan yg harian kena kontrol dan exercise sekali. Tak boleh buat sebarangan. Nanti makin di pam pam pulak badan tu, korang salahkan produk yg korang makan tu. 

Aku pernah jumpa bebudak melayu yg promote slimming produk mcm esok dah nak kiamat. Really crazy people. Masa tu rasa mcm  gedempol sgt ke aku sampai ko nak promote gila gila. tapi aku ambil pendekatan tak nak langsung makan segala mak nenek ni.  

So aku exercise ala kadar. Lelebih kang semput mak. Berat sekarang dah 58kg. kena small size font sebab maaaaluuu. Target ujung tahun ni kena kurangkan sampai 50kg. Boleh ke? Tahun lepas pun ckp benda yg sama hahahaha. Tak bergerak pun jarum timbang tu. Aku suspek jarum tu dah biol.







Sekarang 2013






2009
Nangis aku tgk pic ni. *Sambil lap air mata. baju ni butang pun dah tak boleh sekarang. sila lah percaya



Wednesday 5 June 2013

Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita tau segalanya


Assalamualaikum

Sometime aku jejalan tgk blog mommies dan daddies yg sungguh ohsem bercerita hal ehwal kiddos diaorang. *gile lame tk guna hal ehwal, last mase sekolah men mase amik SPM

Awalnya nawaitu meng-creatkan blog ni nak jadi blog mak mak. fikir fikir nak cerita apa sangat hal kiddos aku tu. Paling havoc diaorang bergaduh, menjerit, menangis berjemaah bla bla bla.. yang best dah pandai ABC, Alip ba ta, solat bla bla bla. Kang crita best lelebih kate gua ni mom yg perasan bagus. Takut pula timbul sekelumit riak. *tunduk ayu mata kat atas

Oleh itu blog yg nawaitu nak menjadi blog mak mak terpaksa berubah fikiran menjadi blog vongok vongok sahajork. Aku tibai je citer ape agak2 menarik 

tapi.....Aku selit juga pic kiddos kat sini. Cerita pun yg kelakar2 apa yg mereka buat. 


Sebb dlm bonet kereta ade double stroller je gigih juga la bawak. Irish tu ade la 5 minit duduk lepas tu merengek nak lepas. ko kalau tak no 1 mase  berlari 100 meter time skolah jgn harap boleh ketchap kejor Irish ni. Tu aku suka dia dok dlm stroller. Mom ko ni dah la tak fit nak suruh berlari. Semua benda konferm konferm bergegor kang


Di summit PJ. Ajak Irish teman instead of hantar dia ke daycare. lagipun cuti sekolah kens. Dia baring depan KFC ni tanpa rasa segan silu dan bersalah. haish



 Muka dia lepas kena sound. Dia buat derk dia je. Tak heran dia aku dah transform jadi raja bersiong


 Paksa makan mash potato walaupun seketol ayam peha habis licin. Apaknya memang susah hati kena kasi makan juga. Hoi nak anak jadi machelin ker



 Tak kan jadi michelin la.. asyik Melompat kerusi meja je kerjenyer. Bile masa lemak nak jadi  tepu kalau asyik tak dok diam jer



Nak mendapatkan service make up serendah 15 hinggit, hubungi aku. dengan harga serendah ini sila sediakan bulu palsu sendiri. Weiiii dlm masterchef tgk Cik Ta peluh mcm mana pun bulu mata menten! Make up statik tak berlengas. Jeles!

Aku terkochoh kochoh siap kan anak anak, by the time nak keluar rumah make up pun dah cair sebab peloh tak ingat. Kan? Oh ye sebab lemak sana sini tu sebab pemecahan lemak berpeloh mcm air keluar. Yg Cik Ta kurus mengkeding mana nak dtg nya lemak oooiii



Cam whore sendiri sendiri apa salahnya. Tyra Banks pun buat apa. Tapi nak kontrol lubang idung tahap max punya

 Last thursday nikah adik bestfrend cik asben di masjid setiawangsa. Korang akan perasan pic pic selepas ini satu pun tak dak pic pengantin. Sebab apa tau, bila aku korek camera dlm handbeg sepatas kilat disambar oleh laksamana kecik no 2 aku tuh. 


Dah di tawaf nyer masjid ni jinjit camera tak lepas langsung sampai habis akad nikah sampai masuk dalam kereta nak balik


Sebab anda sombong tahap Taylor Swift, tak nak org lelaki dukung nak perempuan je, mom publish gambar anda yg sedang berlari di sini. Sila kesali


Dia ni pengarah urusan. Garang bukan main lagi. Biasee dia




ni tajuk ape pun tak tau lah. Tak berapa pasti nak buat gaya apa sebenarnya


Dlm masjid tak kan aku nak terpekik pulak suh diaorang duduk diam-diam. Nanti orang ckp mesti mak tiri ni. Aku jegil2 bijik mata je la. Paling hebat pun diaorang melompat lompat je. je! 



 Hari kenduri nya pula Sabtu di rumah Kg Keramat. Kami sampai dah jam 3. Gigil-gigil perot nak masuk angin. Ni dah selesai habis mkn. Dia punya kechah mcm anak 10 orang kau






Hoi dah belengas muka aku dengan make up semua dah berbelak. Tak ayu langsung. Eh ni bibik laaaaa haha




pic ni pun dicilok dr FB pengantin perempuan. Pelamin sgt ohsem ala ala dlm garden konsepnya. Keserasian pengantin dengan photographer sangat penting supaya diaorang tak berdebar golek golek atas pelamin. Motip ko nak golek golek atas pelamin kan. Golek atas katil sudah

Bila dah salam2 ngan tuan rumah nak balik dpt sms from my bonda dia di carefour wangsa maju (sekarang dah tukar nama jadi BIG AEON) bersama ayahda, adinda dan tok de aku. Semua lah ada kecuali adinda no 2 pergi mana ntah dia tak dpt join. 

Ayahda aku ajk high tea di sini. Tak payah sgt ayahda bonda bagai. Aku panggil mak ayah je. Time mengada saje panggil bonda depan orang ramai, tp bonda buat derk! sampai hati tak nak team work 




Kan....feelng nurul izzah ombak rindu pakai baju kenduri lip lap lip lap merah raya cina.
Perut yang sedikit tersentil itu sila abaikan.

Aku order makan simple je. Dah kata baru lepas melantak rumah kenduri lauk kampung kan




Sekali aku tgk menu haaa best! ni best ni best penyudahnya order lamb chop sambil usap usap perot yg well mcm kek lapis tu. Yg penting dagu dah berlapis pun tak hingat hingat nak berhenti makan

Cik Asben " Tak pe, saya tak kisah awak gemok" 

Hak tuuii... jgn nak menipu. Balik rumah dia komplen perut aku apsal tak kempis kempis walau dah buat sit up banyak kali. Ye la...sit up sekali buat 10 kali. Makan banyak kali. Dia jugak selalu ajk mkn kat luar.  Mcm mana nak kempis. Ping sekali kang

Ujung ujung asben tak larat nak habiskan dia punya makanan. *menyesal tak bawak tupperware. Sib baik ade orang habiskan. Tu tak payah disangkal lagi.




tapi paling berseni sekali kan.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Wait for it.....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dalam apakah ini?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tang taraaaaa! buchuk no 2 aku ni dr dalam keta dah tido, sampai carefour letak dlm troli masih tidur lagi. Lena beradukan besi besi itu. 

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah