>

Friday, 7 June 2013

Obses kejar kecantikan


Assalamualaikum

Sekarang ni sana sini di suapan berita (news feed) di muka buku post hal kecantikan. Baju nak cantik, tudung nak cun, badan nak cantik, kulit nak cantik sampai pepek pun kena cantik. Tang pepek memang penting. Jgn sesiapa bantah ok. 

 Siapa yg tak nak cantik kan. Dah nama kaum hawa. Aku pun nak cantik. eh?

Nak cantik pun agak agak le der. Jgn sampai melampaui batas  bergolak gadai sampai menyusahkan diri sendiri. 

Aku agak terkilan era sekarang ni macam macam orang buat utk cantik sampai dah tak dpt beza baik buruk beza halal dan haram. 

Ada produk (tak nak tulis di sini korang kan rajin gugel muacks!) yg kasi kulit putih cara menguraikan melanin kulit. 

Kejadah?

Dengar pun dah scary apatah lagi nak consume benda alah ni. kan Setiap satu Allah jadikan pada diri kita ada fungsinya termasuk lah melanin. Habis kenapa kita tak nak melanin (sebab nak putih melepak kononnyer) yg fungsinya melindungi kulit kita dari kena keanser kulit?

Bila Korang berjemur panas terik kulit jadi gelab kan. melanin tu la yg dihasilkan utk menapis sinaran mentari. lepas dah beberapa hari baru cerah balik kan. Yg sedihnnya rata rata pengguna bangsa aku sendiri. Sememangnya ramai orang melayu yg sungguh senang makan ngan kekelentongan mcm ni. 

Sila lah belajar mensyukuri nikmatnya berkulit mcm kita ni. Mat minah salleh tu berlumba lumba nak tanned kan kulit. Sebab ape? Sebab diaorang jeles kulit orang asian ni cantik sebenarnya. Serius ckp. Korang pergi tgk cermin atas bawah sekarang 

Seperkara lagi yg aku perasan perempuan berlumba-lumba nak kurus. Eh mcm mengata diri sendiri je hahahaha. Fine. Aku tau orang berisi mcm aku ni tak hot, cepat penat, tak fit. kuat makan. Korang nak kurus sanggup ye habis beriban riban consume produk slimming yg berlambak lambak kat pasaran tu. Makan-makan juga slimming produk tu tapi makan yg harian kena kontrol dan exercise sekali. Tak boleh buat sebarangan. Nanti makin di pam pam pulak badan tu, korang salahkan produk yg korang makan tu. 

Aku pernah jumpa bebudak melayu yg promote slimming produk mcm esok dah nak kiamat. Really crazy people. Masa tu rasa mcm  gedempol sgt ke aku sampai ko nak promote gila gila. tapi aku ambil pendekatan tak nak langsung makan segala mak nenek ni.  

So aku exercise ala kadar. Lelebih kang semput mak. Berat sekarang dah 58kg. kena small size font sebab maaaaluuu. Target ujung tahun ni kena kurangkan sampai 50kg. Boleh ke? Tahun lepas pun ckp benda yg sama hahahaha. Tak bergerak pun jarum timbang tu. Aku suspek jarum tu dah biol.







Sekarang 2013






2009
Nangis aku tgk pic ni. *Sambil lap air mata. baju ni butang pun dah tak boleh sekarang. sila lah percaya



2 comments:

mrspuex said...

bior gedempol janji ktie sihat walafiat udahlee..

klo dpt kurangkan jarum timbang tu dh kire syukur alhamdulillah laa..:D

ape yg penting bykkan minum air masak utk buang lemak tepu menerusi air kencing..:D

Unknown said...

Ayang.. jarum tu tak bergerak2 dr thn lepas. susah benor nak kasi kurangkan

Ok. aku follow advice ko. Banyakan minum. Sekarang jugak aku penuhkan tupperware minum aku

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah