>

Monday 27 January 2014

Entry Emotional


Assalamualaikum


Hari tu keluar lunch sorang2 masuk kedai makan pucuk dicita tu. Meja sebelah tu group 'bebudak' jantan dlm 4 org. Telinga aku ada dgr kat diorg mengata pasal wanita zaman sekarang pemalas & kurang produktif! Panasssss je telinga mak ni kan nyahhhh. Pasal aku sorang, kalau ada geng kena lengsing depa tu! 

Tapi Meh! sini aku cili2 kan mulut korang jugak....lepas tu aku cubit kecil kat sekeliling mulut bagi bengkak sikit. Sedap mulut ko jer nak mengata perempuan (aku sangat lah emo kalau isu wanita diperkatakan)....harapan sesiapa yang membaca ni akan calonkan nama aku kat Dato Shahrizat Jalil utk masuk bertanding lagi 5 tahun....muahahaha. Fuh! kalau aku dicalonkan dalam parlimen mmg dah lama aku naik atas kerusi demi pertahanan kan isu wanita. *Ok ni memang poyo giler, kau dah kenapa involved politik pulak*

Spesis yang mengata tu.....meh! kita test power sikit....agak2 mampu tak korang (spesis yg balik kerja terus melepak depan tivi, baca paper dan tidur) jadi wanita berkerjaya, ada anak dan TIADA MAID. 

Bersiap sedia semua! 


1. Bangun pagi pukul 6...sediakan sarapan....kejut anak & suami...siapkan anak...dah keluar semua....kemas rumah sikit2...zasssss pergi kerja

2. Kerja 9 - 5

3. Sampai rumah....tukar baju...menyapu.......settled

4. Start basuh sayur....siang ikan....masak nasik....prepare brg2 nak masak...kupas bawang itu ini

5. Masak

6. Solat. Of cozz time solat ni laaaaaaa anak2 panjat belakang, main petik2 suis elektrik.

6. Hidang bagi anak dan suami makan

8. Kemas dapur...basuh pinggan & kuali

9. Lap lantai berminyak2 tadi dan lap sekali lantai meja mkn sebab sisa2 makanan jatuh ke bawah kan. Remember ada anak kecil kan

10. Baru boleh mandi

11. Anak2 suruh tgk sekali apa dia warna, tulis, eja.....ajar itu ini.....masuk kan baju anak-anak dlm beg masing2

12. BARU BOLEH tgk tivi sambil berbaring. Tu pun ADA SELINGAN kena bancuh milk milk anak

13. Aktiviti malam....melayan suami (kalau nak hari2...lagi mati...hahahahah)

Tulis pun dah letih....korang mampu jadi wanita! sila jawab........gamaknya kalau korang la  terus ambil MC utk esok. hahahahahaaa

Kalau anak sorang ok lagi cuba korang bayangkan yang ada anak 4 - 5 orang. Aku anak 2 ni pon gagah lagi la sebab maid tak ada. Nak pulak yang tengah peknen tu. Memang boleh nanges sebab penat sangattttttttt *You Go Girl Power!!!

Sebelum bangkitkan isu2 macam ni....pikir dulu...Jgn ikut sedap rasa je ckp. Kan aku dah emo. Tu pun aku tak payah basuh baju, sidai, angkat semua tu la sebab dah menjadi tugasan Isma. hohohohohoho.. ambooii tak kan dia sila panggung goyang bontot tak buat apa kat rumah kan. Kite sama-sama berkerja. Kalau tak nak membantu isteri sila sediakan maid ye! hahahaaaa


Thursday 23 January 2014

Kepada Syaitan, Harap Kau Main Jauh-Jauh


Assalamualaikum

Celik mata perut berirama dangdut.
Selera adalah anugerah, syukur Ya Rabbi.
Kalau makanan bertimbun tapi selera tak ada seksa jugak tau.

Ada juga yg selera ada tapi keuzuran membataskan selera.
Conclusion nya, selagi boleh bedal, bedal!
Ini kata2 yg aku 'petik' dari seorang yg ada 12 jenis penyakit.....

"Kalau rasa nak makan tu makan aje lah, dah hinggap penyakit itu ini baru kita berpantang."

Hmmm.....itu kata kau.....Logik jugak lah.

"Habis tu asal kau tak pantang sedangkan kau ada 12 jenis penyakit kronik?" Nampak tak? Nampak? Pembidasan sedang berlaku. Aku cuba skill 'lawyer' yg sememang nya aku ada. Puiiii

"Weiii laaa....Buat apa aku pantang, aku kan dah ada back up ubat-ubatan bercupak ni..Makan jerlah, apa saja, lepas tu telan ubat, settle problem..Tengok kau tu, diet bagai, tapi tak kurus2 jugak, Rugikan nafsu makan kau jer.."

Ceeittt! Rupanya aku hanya lawyer, dia tok hakim, hukuman dah di jatuhkan. 

Yer tau, aku gemuk! (Sentap!) tapi itu dah keluar tajuk keyyy.
Ni tak pasal-pasal ada periuk kuali yg melayang nih.
Urut dada, ok ok, bawak bertenang.
Korang rasa dia betul ke?
Ajaran sesat dari mana lah yg dia dapat nih?!

Atau paling menjengkelkan ialah bila diaorang memilih untuk berselindung di balik kebenaran.

Begitulah hidup ini.
Manusia yang di beri akal fikiran.
Terpulanglah nak guna cara mana.
Tepuk dada tanya selera.

Tepuk perut, perut aku kata, sekarang waktu breakfast.
Aku kena makan kalau tak gastrik..Good excuse!


Semua makanan apa-apa pun sedap tapi yg paling sedap di atas muka bumi ni ialah,























MAKAN FREE!


Diet?

My diet starts tomorrow...lepas esuk, esuk....esuk


Tuesday 21 January 2014

Gigih Lah 'Masak' Home Made Playdough


Assalamualaikum

Hari ni tak ada gambar sendiri nak dijajakan utk korang. Ada sebenarnya tapi malas nak upload. Aku sendiri pun menyampah nak tepek muka sendiri. Dah blog aku takan nak tepek muka orang lain pulak. Harus tuan belog mendahului carta...hahahaha. Bagus sendiri komplain sendiri pertahankan diri. Kau mampu!!! 

Jadi marilah kita nengok gambor anak-anak bermain playdough. Home made laaaaaa buat sendiri. Aku menggentel tepung taruh pewarna, dah SIAP. Lepas tu send gambor dekat group wassup. Rasa macam poyolah pulak. kahahkah. Agak2 korang rasa aku merepek mcm perempuan giler korang tutup jer lah ya!

Irish tu asyik tengok gambar dalam hp aku sepupu-sepupu dia main playdough. Asyik-asyik cakap nak playdough. Permintaan anak aku gigih lah buat kesian pulak dia mengharap jer nak main playdough. So uli  simple jer hari tu. Uli dalam periuk atas api. Hangat-hangat tu taruh pewarna baru lah power....hahaha. Sendiri buat sendiri cakap power nak harap korang puji nando kan!!!





 Sambung main di rumah sendiri pulak







Isma : Apesal kelabu asap je? Letak la kaler terang sikit

Bang ooiiiii....Ni je pewarna yg ada kat rumah. Pink dan hijo lumut


Marilah kita sama2 menerokai resepi nya di dapur.

Bahan - Bahan 

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1 sudu makan minyak masak
1 cawan air
Sedikit soda bikarbonat atau serbuk cream tartar 
Pewarna makanan ikut suka korang letak kaler apa

Ok lah itu jer nak tunjuk!! Korang yg pernah buat siap ada kaler terang warna warni ....jangan nak ngada2 riak kat aku. I tak boleh terima ok!! hahahaha



Thursday 16 January 2014

Conclusion nya, selagi boleh jumpa, jumpa!


Assalamualaikum

Eh?

Sapa?

Aku lah uollsss...



Ni gambar mukadimah namanya! *cerita hari ni tak ada kena mengena apa aku makan semalam.

Eh, uols tengok tak Kiah Pekasan malam semalam?

Ala, Cik Ta berlakon pakai baju sendat2... Cemanala dia bernapas pakai baju kurung sendat nak mampus macam tu? *tgh imagine*

Ala.....Semalam.....hari bersama kengkawan. Akhirnya berjaya berjumpa setelah buat temujanji hampir 180 kali. Asal whatapp jer jumpe Jom! Tak jumpa2 pun. Ni semalam jumpa terkejut2 tak payah set-set date. Baru betul jumpa. 

Sebelum berjumpa budak berdua ni haruslah aku mintak kebenaran suami kan....walaupun I notty I tetap isteri mithali....haktuiii.



Yan dan liza (is driver yg sangat rajin memungut dan menghantar kami) dah lepak since tgh hari tu. Aku kerja petang baru boleh lepak. So dalam kul 4 aku whatapp diaorang bukan mintak tolong ya tapi lebih kepada memaksa...hahaha. Jangan harap korang boleh cakap tidak...aku relax jer bagi macam satu arahan. "Korang pungut aku kat office la. Aku tunggu bawah". Nasib  baik Yan ngan Liza tak ada hal. Diaorang tahu sangat aku kan anje-anje ayu. awwwwwww.

Sebelum tu aku ada sms sara (dia ni manusia yg tak ada whatapp. Weng!) bgtahu nak ambil dia kat Keramat sebab dia memang housewife dan jarang ada di Keramat. Sebab follow laki dia balik Klang. So alang-alang dia ada kat keramat meh la culik dia bawak keluar sekali.


.
Seperti biasa aku orang yang pertama candid pic....setan korang kan asal selfie suruh aku pegang tepon.




 Mesti orang lain tengok meluat. Lantak. Haha. Sebab kieorang  bergambar beratus2 kali send dekat group whatapp. So kiter bagi la pose muka ceria ok?



Beby Luth Ali Imran 




Kegembiraan teserlah di wajah bonda beranak dua....gitu!!
Aku? Muka kena ada attitude okeh. Kasi orang bengang je kannn



Lepas tu, member2 dalam group whatapp meroyan suruh closed up pic Sarah sorang. Jadi perhatian ko eh Sarah. Minah tembam ni jarang online. FB pun jarang. Korang nampak raut muka dia lembut jerr kan? jgn terpedaya wehh! mulut bisa minah nih.. tapi seriously sikit pon kiteorang tak takut haaaahahaha





Dah lama tak jumpa diorg ni....masing2 busy. Kalau korang nak tahu ini lah antara geng aku masa diploma dulu.....Ada lagi yg lain. Masing-masing jauh. Waktu tu semua slim2. Sekarang....hambek ko. Topik perbualan petang tu adalah pasal kegemukan....orang tu cakap gojes, orang tu cakap menten. Semua nak bercakap dalam satu masa. Gelak guling2 nasib tak tertetas perut terburai siapa nak kutip nanti? hahahaha sebab ingat balik macam mana kiteorang semua masa dalam kelas. Ya Ampunnnn nakal hati kering sampai lecturer merajuk keluar kelas! 



Zaman kami dulu mmg berbeza ngan budak2 zaman sekarang..Sama mcm remaja lain yang suka tengok wayang...lepak ngan kawan2. Pergi kelas balik kelas. Petang tak ada kelas merayap tengok wayang. Tak pernah clubbing dan tak pernah terpikir pun nak ambik pil2 or dadah ni. Nak mampos bapak aku bunuh aku nanti.... nakal boleh tapi kena tahu batasan nyer. Aku tak sampai tahap macam tu sekali. Even member-member aku pun nakal-nakal gitu je. 




Teruja aku. Orang tua mmg perangai macam ni dapat lepak kejab rasa muda mudi hati berbunga2. Topik ibu2 pon ada....kenakalan anak......emmmmm sangat lah ibu2. So cute.





Liza dan Yan yang dari dulu gojesssss berGAYA beg LV jer manjanggg


Ini baru betul model handalan.... hahaha tampar kang baru tau!!


Monday 13 January 2014

Tak Faham Kenapa Orang Tak Suka Pada ITTAR


Assalamualaikum

Haaaaa... Atau apa kata kalau kiter lupakan saje aktiviti kerja hari ni (memandangkan esok cuti) dan kiter kembali memeriahkan blog ni dengan aktiviti membebel pasal zaman ahkak di Ittar masa diploma! Zaman konon kurus dulu. Kegilaan ramai. Lemak santan. Karipap pusing. Nak tak?

Apa?? Tanak?? Tanak sudah! Bye! *sendirik tanya sendirik jawab. Sian....

Tahun ni umur dah 31 woh! Sekarang tengah buat notes untuk plan aktiviti tahun 2015. (Poyos! 2014 pon tak habis lg) Memiliki cahaya mata berada dalam carta paling atas. Doakan yer? Nampaknya usaha kena lipat gandakan ni. Rrrrrr... **cakar screen 3 kali.

Jom sembang kosong jer nak? Mood nak bercerita kemain menebal sekarang ni. Hehe. Betul la kan? Orang kata bila dah ada family ni, duapolohpat jam ngan family. Bile gathering (dalam wassup group je pun) semula ngan member2 lama kiter jadik lebih semangat, giler gelak sesorang depan hp and hidup lebih ceria. Macam aku sekarang sejak tertubuhnya group ex-ittar bebudak kelas aku time diploma Eeeeee nak tunjal jer rasa! Masing-masing masuk air. Haaaa sesuai la ngan nama group kitaorang setelah beratus2 kali tukar2 nama




Tgh2 best chatting dah kul 10.30 kot aku tak mandi lg. berlengas gatal badan. Aku suh diaorang pause kejab. tak memaksal? Tak nak ketinggalan punya pasal! 




Semalam punya chatting. Lawak vanggang sgt! aku tak larat prinscreen semua topik. Asal letak je phone kejab, beribu msg masuk!



Kau adoo fess parking mcm ni? Brp thn punya parking nih liza wehh!! 








Si Liza balik Sabah. Seminggu kot dia park keta dia di KLIA. Semalam dia balik kl balik haaaaaa kau kena RM432 tunaiiiiii.. Giler kan. Aku gamaknya dah buat2 jatuh pengsan. Esok terus masuk metro headline 'Parking KLIA terlalu mahal, seorang ibu beranak 2 tapi masih vouge pengsan dan diberikan penerbangan percuma seumur hidup'. Kannn?? Dasar pompuan kuat berangan!


Aku dulu pergi kelas bukan cam bebudak sekarang. kau tgk bebudak sekarang pergi kelas naik bas je pun, atas bawah macam J.LO! Pakai macam nak pegi clubbing, siap buat smoky eyes bagai, rambut mesti gulung kat bawah - buat kat salon taw?

Aku budak natural beauty (mampos tak layan!) sekadar tempek bedak debu dan lip gloss. Pernah pakai gincu kaler pepel. Pastu muka macam belagak-belagak sikit la pasal bajet gothik macam dah biasa pakai la. Mampos senior pompuan mencemuh aku hahahaha

Bila dtg giler tu weekend aku dandan rambut kecik2 so kelas isnin aku buka pagi2 tu kinting-kinting kembang la jadinya kan. Hazab kulit kepala gatal dah 3 hari tak basuh kepala. Pastu Cik puti selalu sound rambut kena karen. Ngek! hahahaaa... 

Siapakah Cik Puti tu? Nahh BACA SINI

Seminggu sekali shopping baju dekat Ampang Point pasal tanak pakai baju siaran ulangan pergi kelas.

Aku memang dasar dari dulu pemalas. Koser aku aku nak scan gambor2 ni semua. Tangkap pix terus tempek sini


See See..I told you kan.. I AM natural beauty.....  (selalu org ckp mcm ni nak ckp diri sendiri tak buruk tapi tak juga cantik.Tengah2. PH7 gitu hahahaha)



Memperkenalkan the hottest chick dari depan kiri :-

Kak Haplah, Marliza, Erma, Sarah, Sam (Di depan Sarah and which is sekarang dioarang dah kawin dah ada anak 2 beby. Lame okkkkk diaorang kapel. 10 tahun!!!) Sebelah tu haruslah aku terkiut, Maria dan Shaid. 









*Effect daun-daun berguguran seperti pasir ditepi pantai.


* Sentap aku tak ada dlm ni. Tapi Tagged aku sekali. Nyampahh *

Fuh! Tetiba rasa banyak jugak eh effort zaman-zaman dulu kalau tangkap pic? Sekarang ni? Pakai save dlm pc je la. kalau pc rosak nanges la jawabnya. Tak pon terus post ke fb dan instagram. Kelas ni nampak bodo je kan tapi sejuk tak hengat! Sampai tetek pon boleh vibrate. Bak kata diaorang la.

'Sejuk sangat dalam kelas ni sampai tetek aku vibrate! Cuba ko rasa'. Dah. Tak pepasal suruh haku 'rasa' tetek dia pulak. Haha. Bangang ! Seb baik aku rasa sipi-sipi jerk.






Jgn salah sangka tau. Aku tak lah kaya sampai buat party2 ni. Birthday girl tuuuu terselit sikit2 hahaha




Ni dia birhday gegirl kontrol moncong tiup kecik kecik jerrr






Konvo di Bukit Jalil. Serius aku ckp dia punya best time study di ittar tak bleh challenge masa aku kat UitM. 


Rambut iron kejung perasan hot dan akan menjadi trend muda-mudi. Ya Allah. Muntah muntah. Tolong la... Agak-agak la kot kalau nak kompiden pon. Lantak ah. Orang kompiden ni biasa hati dia tulus. Cececece





Bersama kereta sewa lawatan sambil belajar ke menara kawalan KLIA. Nerd!!!!





Gathering di Kampong Baru selepas 2 thn meninggalkan Ittar. sobb sobb. Tapi memasing Menten jambu! masak ranum lagik krupp krapp krapp kropp



kami panggil ayu ayuan. Ayu kuasa 2 pun ada. Belasah! Sorang nama ayu sorang lg pun nama ayu





Baca tak entry Cik Puti? Ni la dia. Bukan yg tudung putih baju kurung tu. Tu Ana Miss Klang! Cik Puti 2 dari kiri sengih lebih tu. Dia memang garang tapi sebenarnya dalam hati ada ikan berenang-renang. Sebenarnya dia sporting. Tapi yun dah sound awal2 dia tak boleh ngam ngan Cik Puti 



Diaorang berdua selalu gak menjadi borak kiteorang. Sam dan Sarah. Memasing adaaaaa jer modal kalau bab nak mengenakan/mengutuk orang. Macam berpenyakit la, hisap dadah la hahahahaaaaa.... Tahu sebab pe? Sam ni selalu bahan kiteorang dalam kelas. Kaw kaw punya bahan.   Dia tu kalau orang silap sikit or mana perbuatan nampak pelik laju jer nak komen. 

Aku tabik kat diaorang. Lama giler diaorang kapel. MACAM AKU SORANG JE DALAM DUNIA NI ADA BALAK hahahah. Dari start belajar thn 2000 sampai kawin thn 2010. Lamaaaaaa kannnnnnnnn? 




Opps! exercise pala otak korang sikit. Gadis genit (masa tu la... sekarang??) - Liza dan Sarah





Liza sengal kata Yun mak ayam terus tukar icon pix group
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mak AYAM KE KO YUN??!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yun ni mcm emak-emak sebab anak dia twins paling tua antara anak kiteorang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
Dia pun Admin Group kami
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dia pun kepala planning buat gathering
-
-
-
-
-

-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kalau tanya benda2 ilmiah laju je gugle share kat group
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tanya tak ilmiah pun laju jugak share kahkahkah. Sama Naik!
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



SAYANG KO YUN!!!





Yun ni memang putih gebus kalah Maikel Jeksen. Dia tak pergi suntik or buat facial tiap-tiap hari, tenyeh muka dekat salon, buat bleaching or so on. Tak buat okeh. ORIGINAL made in Siam! Ko asal Siam kan? belasahhhh 



 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah