>

Friday, 2 August 2013

3 Zaman


Assalamualaikum

Kalau ada lah farmasi jual vitamin R dah lame aku beli. Bila malas mengatasi, semua benda tak jalan. Aku mengaku memang aku malas. Nak makan pun malas. Makan kat luar je rajin.
Tu semua zaman anak dara. Dah kawen mana boleh malas malas. Mak mertua pening kepala nanti.  Memang rasa malas tapi kena rajinkan diri.  Masa single tak nak bangun sahur pun no problem. Sekarang  kena bangun jugak dah Isma nak sahur. Tak kan aku still terbongkang atas katil kan.

Bila khawen semua benda kena jd rajin. Taaaaaaaapi satu ni la..niiiiiiiiiii yg fail lagi. Malas sejuta kali. LIPAT KAIN BAJU! Choiiii sgt! Ke korang rajin lipat baju aku sorang je tak rajin? Muahahahah... Memang respek lah kat korang. Dah la aku tak minat kerja2 melibatkan kain baju ni, tambah dengan vitamin M. Memang harapan menjadi layu. Memang Isma yg membasuh baju2 sekali ngan sidai. Bab melipat dia kerahkan pada ku. Tak hingin katanya.  Ada pernah sampai 2 jam aku mengerojekan kerja2 melipat lenguh2 belakang aku sekali ngan jari. Stok brp bulan punya ntah. Perangai! 

Respek kat Mummies yg ada anak kecil lebih dari 2, berkerja dan tiada maid. Hoiii.. aku boleh bayangkan penatnya menguruskan rumah tangga mcm mana. Melainkan asben membantu. Mcm tu anak 10 pun tak de hal

Aku rasa lah..aku rajin belajar ni pun berkat doa mak aku. Time SPM memang ala kadar je tgk buku. Asyik merayap je kerjenyer. Aktiviti kat sekolah pulak time form 5 ni jugak la aktif menari la... dikir barat la.. semua tu kan kena practice. Masa belajar perlu dibahagi 2. Result pun dapat gred 2! Padanlah muka kan

Ingat lagi time birthday aku. Hari jumaat. Member kelas nak pedajalkan aku ngan baling telor dan tomato. Time tu femes giler kot asal dpt tahu ada birthday mesti kena baling ngan telor. Bodo betul siapa yg mencipta game tersebut.  Diaorang kalau baling telor kat luar sekolah. Nak mampos buat dlm sekolah. Jumaat kan balik cepat. Yg aku ni ala ala tak nak kena baling, bila habis kelas aku lepak luar bilik guru. Adelah sejam juga. Yg member 2 org nk pedajalkan aku ni gigih pulak tunggu same-same ngan aku. Lepas tu aku dah tak tahan lama sgt tunggu, aku picit tgn member ngah pegang 2 telor pecah kat situ juga. Ting tongs kan aku. Kami semua panik. Lalu pulak Cikgu Sakinah as guru disiplin. Suara dia petir habis. Orang nyer kecik molek jerr tp mak tuan suara dia bergegar pala otak ni. Dia tgh pregnant masa tu. Ko bayangkan kami kena jadi cleaner dan dan situ jugak sambil mendengar bebelan suara petir dia dengan perut besar dia lagik. Semua student takut kot ngan cikgu sakinah ni. Kalau boleh tak nak bertebung langsung lah ngan dia.

Time Diploma aku score!  Sebab ape tau?  Seeeeeeeeeeeeebab member2 kelas aku rajin mentedarah buku. Habis...tak kan aku pointer corot pulak. Maka aku pun terjebak mcm mereka. Siap pergi ke library Negara tu konon nak  kusyuk. Good good je mcm lah stadi mechanical engineering.

Masa tu kami junior 1st year diploma, ada lecturer tak datang so kami satu kelas mcm pasar ikan lah memekak nya. Kelas sebelah 3rd year student. Bingit sangat sampai lecturer Cik Puti yg ajor kelas sebelah sergah masuk. Memang pitam lah masa tu menengok keadaan kelas kami. Yg tgh tido berdengkur pun ada. Yg budak brunei tak ingat nama dia apa tgh bersyair. Lawak!  Yg si Shah tgh buat gegendang atas helmet. Yg si Anas tengah duduk atas meja lecturer. Perangai sekor sekor mcm 10 Sinchan. Cik Puti sound menjerit jangan bising. Anas memang kaki melawan dia kata mana lecturer? Kami ni bayar tau bukan belajar free. Lecturer tak masuk dari tadi. Mcm tu lah ayat dia aku pun ingat-ingat lupa. Masa tu senyap sesenyap sepi  telan air liuq pun boleh dengor. Cik Puti tu memang lecturer paling garang di abad kampus kami tu. Garang sebab sehingga kini  masih tittle ‘cik’ kot hahahaha.. berubah habis muka cik puti terus dia keluar. Anas tu memang berani. Budak  kelas aku dia lah paling banyak melawan ckp lecturer. Memberontak panas baran. Lepas habis diploma loose kontek terus ngan dia. Aleh aleh nampak muka dia dlm Jejaka tak kacak minggu ini di pacaindera BN Utusan Malaysia. Puhleeessse....  mcm muka model2 sgt lah ko hheh

Bila sambung degree ingatkan boleh same same masuk U ngan member2 diploma dulu. Tapi semua dah terpecah. Ada ke Sabah, sorang ke Sarawak, ada ke utara, ada ke Shah Alam. Aku ngan ex-bf je ke selatan. Aku menci. Ntah mana lah mamat tu... bile kami sama-sama kat U selatan dia minta break. Bongok. Aku mcm suka hati ko lah. Ko tak nak sudah. Time tu  memang hot  budget hot hot. Padaaaaaaaaahal....... suam suam kuku jer

Tanyalah semua orang zaman paling best tentu diaorang ckp zaman sekolah menengah!  kan kan kan kan. Cepat ckp Ye! Nak cerita zaman sekolah menengah thn depan pun tak habis. Dia punya best tu tak dapat ditandingi zaman diploma, degree, Master, PHD bla bla bla bla. Nanti nak cerita lagi lah zaman sekolah. Aku pulak layan sendiri baca balik atas ni. Sebab semua cerita terdapat di sini menggunakan ayat yg kelakar serta tidak bosan utk membacanya 


What a blissful year! 


No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah