>

Monday 23 December 2013

Kambing Golek Bakar Memang Meletop


Assalamualaikum

Macam aku sorang jer dalam dunia ni busy kan. Busy sampai tahap bercakap pun tak ada masa. Nasib baik lah aku bukan Perdana Menteri...kalau aku jadi Perdana Menteri tiba2 sedang bekerja aku meroyan sampai mulut berbuih2 sebab stress kerja.

Kan?

Bedah busy nak kemas-kemas barang balik Perak sampai hari natal ni uolls!  Poyo je kan. Sambil-sambil tu aku nak share ngan korang semua pasal business kambing bakar golek. Selalunya orang buat daging golek time hari raya, open house, party-party, panggil kawan2 sedara mara dtg ke rumah makan-makan, bila ada majlis aqeqah kan kan kan. Yg mana penggemar kambing tu kerat jari lah kalau korang tak sepinggan ulang alik ambil kambing. 

Laki den sebenornya membuat business kambing golek ni. Dia start buat masa bulan puasa itu hari. Ada orang order atau tempah dia akan buat. Business sampingan katanya. 

Pic di bawah ni masa dia buat kambing golek majlis qeqah sabtu baru2 ni. Sebelum ni banyak kali aku suruh dia snap pic tapi dia buat derk je. Bila tang pic aku, habis gambar aku tidur, gambar aku makan dia tangkap....eh! kau jangan bang.  Sampai aku ckp nanti nak masuk dlm blog laaaa boleh promote. Dengar promote kemain laju pulak......





Waktu aku tengok gambar ni bergelen2 air liur aku telan



Isma tak snap pic kambing atas penggolek. Kambing tu tergantung atas penggolek dulu baru transfer ke atas kuali ni




Ok. Aku dah lapar balik ni!!! Cam maner tu.....


Sedap giler ok! ala mentang-mentang laki sendiri punya bizz kehkehkeh tapi serius memang sedap. Terasa juicy bahan marinate dia. Aku tak tipu. Tipu-tipu nanti tak berkat hidup oiii. Tak cuba mana nak tahu kan? Sampai sekarang aku teringat2 kesedapan kambing ni.... dicampur dengan mushroom brown sauce dan ada tambahan mayo...yummy!

Dia bagi korang gravy black papper, mint sauce, dan mushroom sauce. Cili sos, mustard sos dan mayonis pun ada. 
Side dishes ada salad, onion bread dan mash potato ( ini ikut permintaan korang dan harga )


Kambing memang feveret no 1 aku. Pasal makanan aku mmg banyak penipuan sikit cakap jer diet padahal belakang korang aku belasah makan berpinggan-pinggan haha


Aku gerenti korang mesti puas hati....nanti boleh gosok perut dan tidur dalam 
senyuman ;)

Kepada sesiapa nak order dan bertanyakan harga kambing golek, Kambing Qeqah, upah memasak kambing golek cepat-cepat CALL/SMS/Whatsup -


Isma - 013 6282282

Apa tunggu lagi!!!! ;)



Thursday 19 December 2013

Tambah Anak Lagi


Assalamualaikum

Ada malam bila tu borak-borak dengan Isma atas katil (sambil geli-geli hahahahaaa itu tifuuu) tiba-tiba keluar pulak dari mulut dia nak tambah anak lagi seorang. Aku terperanjat terus terjatuh tergolek dari katil. 
"Iman pun dah 2 thn. Awk pregnant sekarang, thn depan ada beby tak lah jauh sgt beza ngan Iman. Beby girl tau bie" 

Lidah ku kelu ye. Jantung berdebar-debar kencang.  Memang teringin tambah anak Uolls siapa yang tak nak anak. Tambah ada beby girl.. Eeeeeiiii bila kat shooping mall tgk baju budak2 mata mesti tertumpu pada baju gegirl. Pitammmm.. Dengan aksesori, scraft, baju kembang2, baju princess, baju berfeyen lagi. 

Sekarang ni dah tak merancang dah. Dulu ye masa Iman tgh beby. Aku ambil injection kat bontot tiap 3 bulan sekali. Tapi period tak konsisten. Time bulan puasa dia buat hal. Hambikkk sampai 15 hari bleeding. bulan-bulan lain pun sama. Pitam laki mak tau. eh? hahahahah 

Buat masa sekarang ni tak ada la tanda-tanda pregnant. Tapi tak tahu lah memalam terlebih aktif tgk-tgk lekat pulak kan? 
Dalam pada itu jugak, Kakak Ipar isma (aku punya biras) baru bersalin anak yang ke-4 pada 11.12.13. Woow! tak sangka kejab je dah 4. Dulu masa anak dia seorang Balqis tu lama sangat tunggu nak dapat adik. Sekali keluar eh keluar lagi, keluar lagi, eh keluar lagi thn ni..hah next year twins pulak hahahaha

Wassup group family Geng Kakak Balqis ditubuhkan pada bulan ini oleh Bunga, adik Isma. *clap clap clap. Potong reben. Yg ada pun kami-kami je ler. Adik beradik isma 3 org. campur sekali bini dan laki masing-masing ada lah 6 orang. Boleh lah bergossip hal ilmiah dan artis oppss! 









Bulat nya mata dia

Bertambah lah cucu Opah Mia (Mak mertua)  7 orang kesemuanya. Iman dah tak dapat title cucu bongsu. Semalam dapat tgk beby Ziyadh Maleeq. Berat dia 2.1KG. Comelllll small je.. Masa Kiss dia bibir aku ni muat-muat pipi dia je. Dia Susu kopek sepenuhnya nanti cepat je tu dia membesar kan. 


Kepada Ziyadh Maleeq, Semoga Allah memberikan keberkahan untuk dirimu atas (kurnia) yg diberikan kepadamu. Semoga engkau sang anak menjadi dewasa dan menjadi anak yang berbakti.

Kepada Along dan Kak Mimi, Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas Along dan Kak Mimi, membalasnya dengan balasan yang baik, merperluaskan rezeki seumpamanya serta memperbanyakkan pahala. 

Much Much Love dari Cik Aida (yg kiut...Hepp jgn cebik mulut)
Isma (Yg gemok dah gebu. Ok yg ni korang boleh angguk)
Irish (the 3rd cucu's)
Iman (the 6th cucu's)

Monday 16 December 2013

Alahai....Tak Habis-Habis Nak Kutuk Azwan Ali Ni Kenapa?


Assalamualaikum

Semalam malam tgk masterchef all stars. Azwan Ali tersingkir sobb sobb.. motip sedih? hahaha Tapi kalau tak ada Azwan ni tak best la aku rasa, dia ni lah penyeri, kadang suka melahar orang tapi penggunaan ayat yg kelakar. So orang dengar pun tak sakit hati. Pasal Azwan la aku tgk masterchef. Orang kutuk dia, meluat dengan dia org tetap jugak tengok nyahh.. eleh kena kutuk pun dapat juga abang dia YB... Kau ada? kahkahkah
Nanny punya heppy siap ckp Yes yes azwan keluar *menantunya gelak nengok nanny hover. 

Ko tgk Azwan  memang drama king habis ni. Giler kuat tgk drama melayu dia ni. Aku suka je azwan walau all stars lain ckp dia propa tapi dia tetap suka hati aku lah bedah! Hahahaaa.. 


Ni baru betul mengimbau Azwan Ali  masa muda-muda. Korang jgn gelak tau.... ensem tu mamat ni. Aku dengar sekali eh layan pulak... Maklumlah aku kan jiwa muda agogo tapi  di hati tetap lagu klasik 60-an hahaha

NEXT

Aku suka kucing. Suka laaaa sampai kemek-kemek kucing tu aku kerjakan. Since dah kawin tak pernah pun bela sekor. La ni dah duduk rumah bertingkat lagi la tak boleh bela. Nanti kena sound dengan orang maintainnace. Mana boleh ikut kepala kita jer.  Di rumah nanny je la dpt main dengan kucing.  Lagi satu iman tu jiwa brutal selamber dia pijak atas perut kucing tu tgh sesedap tidur. Keluar muntah hijo kucing tu. Tak pun dia tarik ekor. Kucing tu mesti fobia tgk iman. Pastu dengar la suara nanny menjerit. Shiaann kucing nanny jadi mangsa keragusan iman cinonet atek aku. 


Irish setakat tengok je. Nak suruh dia pegang memang lah idak jawabnya. Dia kan mat leleh. Sikit -sikit takut, sikit-sikit geli. 





Tertawan tak dengan kelemakkan dia? 
Orang yg suka bela binatang katanya prihatin dan kasih sayang dan penyayang....... 

NEXT


amboooi macam good good je banyak benda nak nak cerita. Hehe

Mood rajin membakor datang dengan tiba-tiba. Aku mengaku memang malas. Semua benda malas. Makan je rajin. Tapi tgk jugak makan kat mana. Makan kat luar rajin. Makan kat rumah malas sebab kena masak kan hahahahaa *jgn contohi sikap aku

Tajuk kek kita kali ini adalah legam menawan kek kurma moisturizer. Haaaaa kau! tajuk haruss lah World kelas setanding dengan kalernya.



Kahkahkah. Konpius apesal legam sangat



Manusia yg bermuka sardin je ulang alik ambil kek

NEXT


HAHAHAHA Brp kali next daaa.. suka tak? Suka tak? Suka tak baca panjang berjela-jela 





Semalam juga dia buat hal. Aku dah mengantuk dah baring pun atas katil dia mintak susu. Ok fine aku bangun turun ke bawah buat susu. Ibu mithali la katakan. Bapak kamu sedap tergolek depan tibi tgk bola kann.

Dah siap tu aku bumm balik atas katil. Ingatkan dia sama bumm minum susu. Rupanya dia main tonggeng-tonggeng botol susu atas katil. Meleket-leket cadar jadinya. Jadi singa betina la aku kejab. Dah satu hal kena salin cadar baru. Menjejeh-jejeh air mata, hingus kena tempik dengan aku. Bukan takat bertempik aku sorok botol susu dia. Tu yang menangis tak hingat tu. 
Dah reda marah aku tu pujuk dia peluk-peluk sambil baring. Elok je dah lepas tu...........

























"Mom, nak tepon mom"

Hoooi! Sudah sudah. Tidur. Mom mengantuk ni.


Wednesday 11 December 2013

My Name Is Not Khan


Assalamualaikum

Miss me?




Miss my old hair?




Miss my old hair yg berselirat macam mop itew? 










 
Sshhhh...papa tak bagi mom potong rambut irish. Tapi mom serabut tgk rambut kamu dah macam pereka fesyen Wan Huzairil. Oh No! 

Jom kita ke saloon berdua tanpa papa! 




Standed la memula dia mcm cekcibor (Org perak mesti tahu) takkkkkkk duduk diam. Dpt pegang hp terus badan statik kepala tunduk je. Kan memudahkan kerja hairdresser itu


Percubaan lagi sekali utk diselubung


Di Dalam proses. Mom yg berdebor2 ni. Sebelum potong tu aku ckp banyak kali dekat hairdresser jgn potong pendek sangat, sikit saja. Potong bulat. Tepi jgn potong banyak sangat. Biar bawah telinga, Belakang pun sama. 
Aku rasa dia mesti berbulu. Kang dia salah potong kang aku pulak kena dgn Isma



holoholo jgn sebik ye nanti panjang la balik tu



Taadaaaa... yang penting Isma suka sangat! Aku cool je, tak nak nampak hover excited bangat (poyo!). Tapi ini kita nak panggil fesyen apa ini? Cendawan atau tudung periuk? Tapi tak kisah asal meletop hahaha



Monday 9 December 2013

Ngada Dessert Bagai! Kelass Sgt Kau Kan!


Assalamualaikum

Aku ni bukanlah tak tahu memasak langsung tapi boleh lah dikatakan setanding dgn isma! (Dia pun ala ala main taram masak apa asal boleh kahkah). Setakat masak simple2 ikut resepi internet aku boleh follow. Semua org boleh kot haha asalkan resepi tu tak tipu konfirm menjadi.

Jumaat hari tu cuti. Plan asal nak ke big bad wolf awwwwuuuu... tapi isma pula kena kerja. Cancell terus plan. Dia suruh aku naik ktm. Huh tak de derr muka ni naik public transport. Aku malas kena bertukar2 train. I kan anjer2 lebih. Nak naik teksi mahal pulak. Save di situ! 

Aku teruskan je lah cuti tu dengan berkobar-kobar membuat puding roti. Resepi kawan yg bagi. Punyalah lama resepi tu aku simpan dah boleh jadi buku sejarah dah!
Memula mood masak tu memang malas. Otak aku terbayang-bayang shooping complex. Sekali kena sound dgn isma 

Isma : shooping complex? ...nak beli ape?

Aku yg bajet suara paling lembut : ala...(sambil gosok2 sikit peha dia haha ok ini tipu)  tak ada beli apa. Saje jejalan 

Isma : duduk je lah rumah. Kata nak buat dessert mcm chef zubir. 

Ambooooi bie... melampau sangat ni! 

Yer la... yer la... *hentak hentak kaki sambil hempas pintu * haha ini pun tipu jugak. Kau gila buat mcm tu tak masuk syurga kang 

Gila kentang mudah je membuatnya. Aku tahu dari dulu buat dah. Aku pakai roti gardenia 10 keping. Susu dutch lady full cream kaler biru 800ml, Margerin (brand mother choice) 5 sudu, gula satu cawan penuh. telo sebijik dan vanilla sedikit. 

Gaul dalam satu bekas bahan2 kat atas ni pehtu kau campak je dalam loyang. Terus bakor. Suhu avon 180 calcius = 40 minit. 



Iklan kejab. Amboooi kamu iman. senang lenang nampak ye



Ahaaaaa... masa ni aku terloncat2 tgk dia naik gebu 

Tu lah Bie... cakap desert saya setanding Chef Zubir. Tak main la Chef Zubir. Saya taraf international Anna Olson wakakaakaaa.. (sila lempang diri sendiri baca kenyataan berani ini) Menangis dia tgk aku masak. So Bie kena belikan handbeg baru lah mcm tu hahaha tak de kena mengena masak dengan beli handbeg. OK Finally.............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Malunya nak tunjuk! *Pang sedass



Demm la. Sendiri upload pic sendiri terlior



Benda-benda hitam berterabur itu adalah kurma. Patut taruh kismis atau coklat chip. Aku letak apa je yg ada kat rumah aku



kuah kastard. Tak nak buat pun tak apa. Tapi aku buat sebab bendanya ada. Aku pakai susu cair 1 tin dan tepung kastard 2 sudu besar. Kaco-kaco atas api sampai dia melekit baru tutup api. Letak dlm peti sejuk. Seju-sejuk baru best makan 
Yg aku punya terhover keras sikit sebab sambil kaco sambil bergossip dalam phone. Tak perasan dia dah keras.


ala keras-keras pun laku juga.  Kalau dah bangsa pelahap kan kahkahkah







Saturday 7 December 2013

Bersandiwara


Assalamualaikum


Benarkah melayu hanya lena dibuai kata-kata indah tetapi realitinya sangat pahit? Jikalau benar, amat menyedihkan. 

- Sumber pantun YB KJ adalah dari FB Dr. Maza -

Thursday 5 December 2013

Tajuk Kek ini Kek Oren Kas Kas


Assalamualaikum

Minat aku memang kearah kek dan cookies.. suka timbang timbang...kacau kacau gula...pecahkan telur tolaknya aku malas sikit nak mula. Oven kat rumah ada je tersimpan hadiah masa aku kawin. Just imagine dah 5 thn oven tu berhabuk dalan stor  tak bukak-bukak kahkahkah...memang dasar kan. 

Iman suka makan kek. Dia tak makan nasi melantak kek pun jadi... sebab anak suka makan berkobar-kobar aku gugel resepi kek. Alih alih jumpa resepi kek oren sukatan pakai cawan. Besok  mom dah tua mintak ko buatkan cheese kek jangan ko hampakan pulak harapan mom ko ni. Ingat! 


Maka aduan dibuat petang balik dari office.  





Hoooihh kemain lagi bertangkap tangkap gambor. Teror bebenor lah ni

Resepi tu kata taruh poppy seed. Dia mcm ngam la lawan dengan perasa oren tu. Aku cari kat cold storage tak ada pulak mendalah tu. Aku gugel tajuk dia kata kas kas sama dengan poppy seed. Boleh taruh dalam masakan briyani juga. So aku zasaas ke kedai mamak bawah rumah tu. Bila aku bgtau nak poppy seed dia mcm-mcm bengong haha so aku sebut kas kas baru dia paham.




Ni la benda nya. Tgk pic gugel kaler hitam lenggam. Ni apasal kaler perang pulak peginya? Aku tanya banyak kali balik dengan mamak tu dia kata konfirm ini kas kas. Aku memula macam kau jangan membongak aku boleh tak? Hahaha tp dalam hati je la. 

Aku tertewas dengan kekonfidentan mamak tersebut beli juga walau dlm hati hisshhh betul ke ni betul ke ni macam tertipu jer. 

So aku tawakkal masukkan sekali dalam mixer. 



MENJADI laaaa... Especially for u iman! Aku post dlm fb caption ala-ala lawak "Omg...haidar ke buat tu? Hahahahaa.. ini kek oren I campur kas kas. Kasi ketagih makan" 

hammboooooi suka korang ye komen Weng la, gempak la, membuta lepas makan la, taruh minyak diesel la hahaha, ckp aku senget pun ada juga, senget tak senget la isma dan iman suka je makan. Dia releks je tak ada stim hayal pon kahkahkah sebab kas kas ni boleh menghayalkan. Adik beradik dadah katanya. betul ke? Ni gugel la kata 



Sunday 1 December 2013

Jadilah Ayam Mimpi Indah Dalam Juadah Ku


Assalamualaikum

Isma kerja balik tgh malam jumaat hari tu dan aku sebagai isteri yg 'rajin masak' telah membuat chicken roasted (padahal bahsa melayu ayam bakor je jemah!) only. Only! No juadah lain..rajin sgt kan. Chicken tu lumor dgn bhn2 Marinated haaaaa kau duduklah kau dediam dlm periuk ajaib tu.

Wajah selepas dikumurkan. Bahan marinated apa? Ni aku agak2 resepi isma sebab selama ni asal dia buat ayam atau ikan bakor aku tak ambil port. Sekarang bila nak buat baru terhengeh2 kan. Bila aku msg call isma dia tak jawab pulak. It's OK. So resepinya aku tibai sendiri : bawang seketol, bawang outih 3 ulas, halia seinci, serai sebatang, daun limau purut daun tu ambil setgh sahaja. Gula sikit, garam dan sos tiram. Kau campak je dlm belender. Mudah kan kerja aku?

Taraaaaaa.. Tapi apesal nampak tak menyelerakan hahahaha.... tu kailan tu aku masuk sekali bagi teman si ayam dalam tu. Result dia terus jadi layu sekumtum mawar merah


Periuk ajaib ni memang memudahkan kerja aku heh


Habis sudah citer pasal ayam. Setakat masak separuh ketol ayam tak yah berangan citer panjang2.

Hari ni (sabtu) aku ke seremban tidur semalam rumah abang ipar sebab isterinya (biras aku) kak mimi adiknya mimi juga namanya bertunang. ayat berbelit sungguh. Tak kisah la janji ada majlis bertunang hahaha...

Masalahnya majlis bertunang ada pelamin shantek tapi haram aku tak tangkap gambor pun. Yang ada cuma gambor ni je lah. Tupun ehsan tangkapan drp orang lain. 

Hai orang sebelah! senyum lebeh nampak?
Aku suka giler bergambar sebelah abg kawasan baju pepel ni sebab aku nampak kurus mihmihmih. Nampak tak  perbezaan saiz di situ. Lega sikit hati ingtkan aku sorang je giant kahkahkah. Ok tak kelakar.



 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah