>

Wednesday, 20 November 2013

Pahala solat kita macam mana?


Assalamualaikum

 Lagi beberapa minggu kita akan melalui tahun baru. Bila fikir fikir banyak dosa sebagai hambaNya dan dosa sesama manusia. 

Kenapa dosa sesama manusia? 

Aku ni kadang tak perasan termengumpat, terkutuk, bergurau sampai orang kecik hati tp aku tak sedar. 

Bila ada perasaan insaf dan takut kpd Allah bila mana Ada manusia-manusia sedang mengumpat, mengata, aku cuba ambil pendekatan tak mahu masuk campur.  ek tak o'k tak. Satunya sebab takutkan dosa tu. Duanya sebab takut kena balik pada diri kita.

Dosa dengan Allah s.w.t?

Dah tentu ada banyak dosa selama hidup 31 thn di muka bumi Allah ini. Antara dosa kecil dan besar ku ini hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui. 

Dengar ceramah ustaz ghazali ptg td (adik arwah ustas Asri Rabanni), beliau berkata dosa paling banyak ditanggung manusia adalah solat. SubahanAllah.. aku sangat takut. Takut solat ku tidak diterima oleh Allah. Tu tak termasuk lagi mana yang pernah tinggal solat, yang solat di akhir waktu, solat cepat-cepat atau solat express. Astagfirullahalazim......bayangkan  aku yg sangat sangat kerdil di sisiNya

Marilah kita (lebih kpd aku) muhasabah di dlm solat utk mendapat solat yg terbaik di sisi Allah s.w.t.











No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah