>

Friday 29 November 2013

Biarlah Mereka Khawin


Assalamualaikum

Semalam aku perasan laman sesawang gossip gossip artis update pasal johan asaari dan lana nordin bakal menikah.

Aku tau dia kawan dengan shila amzah tapi tak perasan pulak dia kawan dengan lana nordin.
Nampak benor tak suka baca gossip gossip artis eh? Pehal pulak aku nak kisah kan hahaha

Dalam tak kisah tu juga aku pun kelebet la instagram johan dan shila amzah. Siap stalk sekali instagram mak johan. Datin firdaus tu hahaha. Saje mengisi masa terluang (sangat!), rata-rata peminat peminat diaorang komen tak setuju johan kawin dengan lana nordin.

Ada peminat keluarkan hujah agama membandingkan shila amzah dan lana nordin yang kita sedia maklum berbeza dari segi penutupan aurat.

Pada pendapat ciput aku ni la apa salahnya dia nak kawin dengan lana nordin? 

Kenapa ? johan tak boleh kawin dengan lana nordin sebab background johan yg sekolah pondok tu dan lana yg berpakain menjolok mata dan kaki clubbing?

Korang tak pernah dengar hidayah tu milik Allah? Pls jangan menilai orang dengan luaran sahaja. Seksi tu luaran di mata kita sahaja. Allah boleh berikan hidayah bila bila masa sahaja. Manusia ni mengata orang sampai melampau-lampau. Dengan sindirian bercampur dengan caci maki. So apa bezanya kau yg memaki dengan orang yg dicaci? Tak ada beza kan? 
Kau nak dia berubah (ambil contoh lana nordin) tapi kau siap melahar maki hamun, mcm mana orang nak ikut? Kan lebih molek bertarbiah dan memberi teladan

aku bagi contoh artis diana emir. Ko tgk filem dia aku masih dara. Seksi nak giler kan. Sekarang tgk dia mcm mana? Bertudung litup dengan pakai sarung tgn. Nikah pun cuma mas kawin senaskah Alquran. Betul ikut sunnah nabi.

Noorkumalasari.

korang boleh gugel la zaman 80an dia. (Kalau ada)

Fiza Elite
tgk zaman dia dengan elite dulu

Tapi aku percaya jauh di sudut hati lana nordin atau org2 yg suka berpakain seksi ada keinginan untuk berubah. Mungkin dia ditemukan dengan johan untuk hati dan diri berubah ke arah kebaikan. Mungkin lepas ni dia tak kan pakai seksi lagi. Mungkin perlahan-lahan dia akan memakai tudung. Mana tahu tuhan bagi hidayah pada dia kan

Aku pun tak paham kenapa orang / peminat / manusia serba pandai concern sangat johan nak kawin dengan lana
tak puas hati dia dapat johan?
sebab meluat? Kalau meluat jangan tengok dan baca.

yang aku mushkil kenapa kena hentam lana walhal johan tak pernah declare pun dia bercinta dengan shila amzah. Dah tu suka hati dia lah dia nak suka siapa ke, dia nak nikah dengan siapa ke. Peminat jangan lah mengutuk sumpah seranah. Pls respek life orang. Faham yg Johan tu public figure tapi dia manusia biasa juga. Jangan memuja dia sampai letakkan dia di tmp teratas.  Biarlah dia buat keputusan hidup dia sendiri. 

Aku pun tak pandai agama. Banyak sangat-sangat aku kena belajar. Tapi aku menulis berdasarkan ceramah ustaz Kazim Elias tarbiah manusia dengan doa dan teladan. Yang Pasti perancangan tuhan itu hebat!



3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kan...

faraherda.razalan said...

Betul2! Setuju entri ni. Kita pun bkn datangnya dr sejarah yg baik2. Kdg tu, dulu baik2 tp skg pulak nak merasa jdk nakal2. Mcm ne tu?

Moga kita semua diberikan kesedaran.

mrspuex said...

btol..setujuuu..

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah