Sabtu lepas (a day B4 CNY) tgh mkn tgh hari kat food court bawah rumah tu, asben tetiba kasi idea bernas pergi ke Pangkor. Akak ckp nak pergi berjln time cuti seminggu CNY kena lah booking awal2. konfirm full la semua benda. pastu dia kata kite gamble pergi langkawi. Dia ada member kerja kat Kastam Langkawi. boleh tolong tgk kan keta sewa and chalet.
Aiiyoo nak melancong pon pakei org dalam kah? Dah la member kastam dia ni last kontek masa form 1, boleh? lepas tu nak minta tolong org tu.
Cik asben tak ada no phone dia. tapi ada add frend di FB. So dia tgk FB mamat ni, ade no Hp. Bila call dapat ckp, dia kata boleh carikan chalet and keta sewa kat sane, Kami pon packing2 baju, lepas Asar zasssas ke Utara. Kami bermalam di Yan, rumah Pak Uda Cik asben. Hari Selasa baru gerak ke Langkawi.
Ni Di Jeti Kuala Kedah. Nak Naik Ferri jam 11.30am. Pak Uda je yg hantar kami. Kereta kami tinggalkan kat dia. Rumah Pak Uda ke Jeti ni adelah dlm setgh jam.
Di dalam Ferri. Lega lah si kenit ni sleep. Perjalanan 2 jam. lame kens. ujung2 tu akak memang nak muntah pening dah. Lame bukan ape, driver kena bawak slow sebb ade penumpang baru pas operation.
Irish biaser la, tak gheti dok diam
dekat2 nak sampai, Iman bangun. sib baik tak meragam. Terus pass Iman kat MIL kasi tgk tingkap luar. OH Ye, cik asben ajak maknyer sekali, then ajak dua orang anak pak uda.
Nilah keta sewa kami. kami dok 3 hari 2 malam, rate sehari sewa Rm140. Selesa lah jugak tuk kami anak beranak 4 org, campur lagi 3 orang.
Member kastam cik asben carikan kami Tjg malie Resort. Belakang tu betul2 pantai cenang, tapi kami tak mandi pon pantai tu. Rate semlm RM120. Bilik tu ada dua katil queen size. kami ambil sebilik aje! save! hahahaha
Banner di tepi resort Tjg Malie. Ko tgk org berzinar dia samakan ngan Hanjing eh. Maka Jgnlah berzinar
Lepas chek in, kami feeling2 makan di tepi lapangan kapal terbang. Cuaca sepoi2 angin bahasa melayu. redup je.
makam Mahsuri |
Kami ambil trip ke island hooping, naik boat kover 3 island. Pergi ke Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar. Seorang dewasa RM30, Kanak-kanak RM20. Anak akak bawah 5 thn dikira FOC.
Disebabkan kena mendaki tangga ke Tasik dayang Bunting, Cik asben lah kena gendong Iman. Akak kan tak fit.
Nampak Iman sleep. letak dia kat atas dek ni ajah |
Malamnyer tu kami supper makan pizza........
Akak ckp jujur ni, kerak bawak pizah tu memang kalahlah pizza hut. Punyalah rangup. Order satu je, kate supper. mana boleh makan berlambak.
Ni kedainyer. Artisan Pizza. Simple je. dekat2 tepi2 resort kami
Lain lain Menu yg ada di sini |
menunggu feri nak balik ke Kuala Kedah |
Hari khamis we said good bye to Pulau Langkawi. Walaupon tak hujan, dan agak panas jugak tapi kami seronok ronok. Pergi berjalan apa yg tk seronoknyer kan.
No comments:
Post a Comment