>

Tuesday 6 May 2014

Tidak Ada Sutera Yg Begitu Lembut Seperti Belaian Seorang Ibu


Assalamualaikum

How time flies kan? Tak sangka bos kecik Iman Imon dah 2thn 6 bulan umur dia. Macam baru sekejap je rasa sakit lepas kena jahit. Tup-tup dah 2 tahun. Bos iman  suka mandi walaupun air sejuk bedi. Menangis dah keluar suara kucing jantan tersepit telur serta dah pandai tepuk kopek mom sampai senak sebab suruh dia berhenti mandi. Cuba Ikut perangai mom ni tak suka mandi. Haha.

Nanny (mak aku) selalu gelak bila aku cakap macam ni dengan bos iman, 'Iman Imon ni tak comel'. Sat lagi dia balas 'takkk Iman Mon mel.. Haha. Mengikek nanny gelak. Bos Iman pulak kecit-kecit dah tunjuk perangai rock star. Dia buat abam tak pe. Bila abam tengah meniarap selamber je duduk lompat2 belakang abam. Boleh imangine tak dgn berat badan dia saje dah 13 kilo. Kalau dia tengah nangis or mamai-mamai nak tidur, selak je baju aku ni kasi candu terus dia diam hahaha

Paling best bila pergi rumah nanny, service nanny memang tip top. Nasi berhidang time lunch and dinner. Minum pagi dan petang dah ready. Best kan? Pastu bila kat rumah sendiri semua kena buat sendiri hatta memasak sekalipun maka bagaimana untuk menahan emosi jikalau begitu? All kena buat by my own. tapi ahaaaaaaa membasuh baju memang tugasan wajib isma hohohohhoho

I love U very much mak! Harap mak akan sihat sampai la bos iman masuk U and sampai dia ada 1 orang adik lepas ni. Bukan untuk mak memanjakan diri ini sewaktu dalam pantang tetapi untuk sentiasa berada dibelakang, menyokong dan membela diri ini kerana Engkau sumber kekuatanku.. :) *May kan hari ibu*

Bos Iman Imon dah banyak akal sekarang. Orang dah nak membesar macam tu la. Hari-hari ada je akal dia. Pipi dah makin labuh. badan dah makin lebar berkembang. Kadang-kadang naik seram tengok perut dia bulat. Mensusu dah banyak kali ok? Setakat malam dia berjaga 5 kali, apa ada hal??? 


Dah dekat nak sama saiz ngan abam. 
Iman Imon sila bawak bersabar. Drama sekali sekala takper sebab comel. Kalau selalu drama, urut dada. Haha


Minum air dari labu
Boleh dibawa bila berjalan
Bimbingan awal dari ibu
Serta kasih yang berkekalan ;) Love u forever ever ever ever 100000000x!


2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

how sweet entry nie.... :)

Izwa Kamaruddin said...

how sweet entry nie.... :)

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah