>

Friday 6 May 2016

Daging Merah Aloq Setaq. Eh Sedap Pulak Kau Ni


Assalamualaikum

Masa cuti 3 hari berderet minggu lepas, 2 hari berturut-turut kami pergi lunch di Daging Merah Aloq Setaq! Harga RM6.50 sepinggan nett. Air free boleh refill minum sampai kembung. Ada 3 jenis air. Aku nengok Isma asyik berulang ambil air. Dalam kekenyangan tu, bergelas2 dia minum. Last masa nak balik aku perli, tak nak tapau air sekali ke hahahaaa.. 
Aku pulak kalau ada tempat makan sedap mestilah share dengan korang semua. Takkan la nak gemok sorang-sorang? Mana aci! Daging merah punya pasaaaaaaaaaaaaaaal la aku punya badan naik sekilo ni! 

Kami pergi makan hari ahad dan isnin. Isma cakap dia pon dah gemok sebab kuat tido. Ok bagus. Alang-alang you gemok, jom la makan nasik hari ni sepuas hati. Isma pon ONNNNN. 

Kata Isma, kalau aku letak dalam FB atau Insta lepas tu orang terliur, aku dah berdosa. Sudah. Dah tu acane ni? Maksudnya lepas ni dah tak boleh la nak share makan-makan dah la kan? Hahahaha. Sebab confirm akan terliur punya la. Sedang aku yang sendiri punya badan pon dah terliur, ni kan pulak korang. Tapi seliyesssssssss memang sedap makan dekat sini. Aku nak ajak Isma pergi lagi la weekend ni. Kalau dia taknak, dia tido luar. Hahahahaha


 Sapa yang tak makan daging boleh main jauh-jauh jangan banyak cakap. 
Konsep dia is no sharing ok? Ko nak rasa, pergi order lain haha. 

Korang kenal Azuan bikin panas melodi kan. kedai ni dia yang punya. Kalau korang nak pergi, dia menghala ke Taman Tun Dr Ismail then terus ke Kg. Sungai Penchala. Kalau korang tak tau, sila la Google sendiri. Jangan nak malas-malas sangat macam lembu baru lepas makan. Ok? Hahah. Tetiba lembu pon masuk dalam ini cerita. Daging dia dalam perut dah pun. Ok la! Dah nak waktu balik dah ni.  Selamat makan semua. Dengan  pesanan, kalau makan sedap tu jangan lupakan aku disini. Ok Bai.





No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah