>

Monday, 8 April 2013

Cerita hantu tak ada faedah


Assalamualaikum

Takut tapi nak tgk jugak

kadang2 hairan tgk sepupu2, anak2 sedara terjerit2 dan terlompat2 takut bila disergah oleh hantu, pochong dan pontianak di tibi. Baik filem tempatan atau dari luar impaknya sama jer. Takut nak tgk tapi tetap juga nak tgk. 

Maka diaorang menyorok di belakang emaknya, ada yg mengintai di balik pintu atau ada yg duduk jauh2 di belakang. Yg tutup mata sebelah guna tangan pun ada. 


Ada rasa takut mcm naik benda alah ni tak?

Dah tahu takut siapa suruh tgk cerita hantu. Filem tahyul ulang tiga empat kali pun diorang tak bosan2. 

Asyik2 kisah hantu betina merayau-rayau mahu membalas dendam atas jantan durjana yg merosakkan dan membunuhnya. Asyik2 hantu yg diupah oleh org utk merosakkan rumah tangga org lain disebabkan dendam kesumat yg memang sebati dengan org melayu katanya.. Asyik2 kisah hantu konon memberi pelbagai signal kepada hero atau heroin utk membogkar misteri pembunuhan dan entah apa-apa lagilah.

Mana real ghost story?

Cuba buat filem/cerita hantu dlm bentuk kisah benar. Contohnya menghasut manusia supaya sentiasa berbuat jahat, menakut-nakutkan dan membimbangkan manusia dengan soal rezeki, menyesatkan manusia drp jalan kebenaran, menimbulkan pemusuhan sesama mansia, melalaikan dan mengelirukan manusia dalam urusan agama dan macam-macam lagi

Setuju tak dengan akak yg itu adalah half drp tugas2 syaitoon dan hantu, belum lagi kisah pintu2 masuk syaitoon ke dalam diri kita, bermacam-macam gaya tipuaan syaitoon dan 1001 perihal alam syaitoon yg perlu kita tahu.  

Kalau setakat filem hantu cekik orang lalu mati dan si mati menjadi hantu, kita as penonton tak dapat mengambil apa-apa faedah pun. Syaitoon pun bersorak bangga sebab kejahatan sebenar mereka masih gagal kita bongkar dan dedah! 

No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah