"Sedarkah
Uolls kopi dan daging kambing adalah minuman dan makanan sunnah nabi?"
No 8 paling kritikal
1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan
kita umat Islam. Mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka
minum susu kambing. Mereka minum apa yang diminum oleh nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita? Kita ikut orang Zionis tapi ternyata mereka
mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
2. Teruskan membongkar kebijaksanaan
Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis
Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil".
3. Kita diajar dalam buku biologi, buku
pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B
dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi
sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut
zionis ke nak ikut nabi kita?
4. Sebenarnya makan hati ayam dapat
melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ di mana semua toksin akan
dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi dalam hati
ayam. Maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam
sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.
5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi
tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman
kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi
Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di
tangan mereka.
Kita diajar memakan daging kambing
tinggi kolesterol, namun daging kambing juga adalah makanan nabi kita.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan nabi kita. Sebenarnya
daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
6. Para zionis ni juga menggalakkan
kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan
maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan
(gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang
Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…
7. Kita diajar bahawa makan McDonalds
adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG
dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen
dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan
pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat
melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
8. Selain itu juga soya dapat
meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta
melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn
estrogen kat wanita. Selepas itu soya ada phytic acid yang membuatkan
penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
# Diperolehi dari HPA Stokis
No comments:
Post a Comment