>

Monday 2 March 2015

Did I Tell You? (Penulisan yg Serius)


Assalamualaikum


Mari kita baca entri ini dengan tenang (Kesinambungan kisah ini INI )

Orang kata kalau kawan berlebih-lebih sangat tak elok kan? Bila dua orang sahabat rapat, tersilap tersalah terlebih cakap sikit dah tiba-tiba terus dia mengasingkan diri.

Pendirian aku dalam kisah kawan ini mudah. Kalau tidak mahu berkawan lagi, berhenti saja. Aku rasa dia pun tak rugi aku tak menjadi sahabat dia. Kerana ikut telahan aku, dia masih raaaaaaaamai lagi sahabat yg boleh keluar melepak mengisi masa lapang dia yg sentiasa kosong. Pernah dahulu aku kata, kawan-kawan aku lebih besar nilai emasnya berbanding kekasih jiwa. Tapi sekarang aku rasa, biarlah aku berkawan sedang-sedang saja. Kerana jika aku terlalu taksubkan dia, akhirnya aku disakiti jua. Jadi aku guna teori, ada masa kita berjumpa. Jika tidak, kita abaikan saja. Yang penting kita sama-sama tahu, dia masih sihat sejahtera dan berbahgia di samping suami tercinta (ikutkan katanya di dalam FB lah - well sometimes can be fake right) . Sekadar berhubung di dalam FB pun sudah cukup rasanya. Untuk meluruskan ikatan bengkakng bengkok persahabatan yang kita bina.
  
Aku paling tidak suka jika perkara yang sudah selesai, dibangkit-bangkit semula. Kalau begitu, ada baiknya kau buang terus aku dalam hidup kau.  Biar saja bermusuh-musuhan. Mungkin itu lebih baik.

Dalam satu hal kadang-kadang, aku terlalu banyak menjaga hati orang. Sedangkan hati aku yang satu ini, cuma satu.. tidak pernah diendah orang. Dia sering bilang, terasa itu ini. Jadi, apa yang aku rasa ini tidak penting untuk kamu kah? Adakah aku ini dilahirkan hanya untuk menerima nganga setiap apa yang dibilang orang?

Aku mula pelik.

Aku sibuk dengan hari besar, sedang satu kawan bikin aku gusar. Satu hari aku fikir, apa lagi yang tidak kena. Kalau ikutkan perkara itu sudah berlalu sejak January 2015.  Haih.

Betul lah, berkawan berlebih-lebih itu tidak elok. Tidak mengapa. Aku tegar bawa diri. Sudah biasa. Kalau aku boleh faham tentang kau, kenapa tentang satu hal kau tidak boleh mahu faham tentang aku?

Dengan ini, aku mohon maaf atas semuanya segala. Mungkin ada ketika aku bermulut lancang kerana aku fikir, kalau kau boleh begitu mengapa tidak aku. Semoga semua kita sama-sama fikirkan dimana silap kita. Baru kita sedar, dari mana silapnya perkataan sahabat kita.

Manusia berubah.
Kena ingat tu.

Ok, nak gi makan jap. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeee!


No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah