>

Wednesday 4 March 2015

Orang memang ramai teka saya baby apa?


Assalamualaikum

Minggu ni dah 5 bulan yakni 24 weeks umur kandungan.... 4 months to go and rasa berdebar-debar jugak rasenyer nak bersalin huhu
Preparation untuk baby? Heeeeeee..... 5% jer kot? Selamba jer tak beli besungguh-sungguh. Bukan apa, segala barut, bedung, baju2 kecik abang2 dia punya elok lagi. Tunku batu pun masih berbalut ngan daun mengkudu hohoohoho. Cuma now ngah cari comforter baby. Tgk dlm insta rm80 ade, RM120 pun ada, Yang ni aku masih sebok nak google sana sini.  Murah semestinya. Heeeee. Nak yang murah jer kan?

Well hari ni aku bukan lah nk citer preparation brg baby pun, tp more kepada fizikal mental untuk pertambahan ahli baru. Sebab anak sulung baru 5 thn, anak 2nd 4 thn so both masih kecil lagi perlukan perhatian kami laki bini. Aku baca blog namee roslan pagi tadi, dia kata - Jangan stress untuk berita gembira.. gituh lah tajuknya. Memang kena mengena dgn pertambahan baby baru yg rapat-rapat.

To be honest kan... masa dpt tahu mengandung (this time tk check lagi air kencing), sebab my period memang regular, eh dah tetiba seminggu lewat ko boleh agak lah mesti ade sesuatu kan, aku rasa berdebar jugak - eh dah ready ke no 3 ni? Tak lah stress cuma perasaan tu ade dang ding dung la.. Fikir banyak sangat. Padahal before2 ni bile org tanya bila nk tambah lagi no 3, ngan konfidentnya thn 2015 laaa pregnant semula. Masin mulut 2015 pregnant hehe.. Masa sebulan lebih kandungan aku, iman masuk hospital sampai sebulan 2 kali. memang mencabar minda segala-galanya. Seminggu jaga iman di hospital. Tak dpt rest secukupnya. Aku sangat bersyukur tak ade alah muntah2 semua tu. Kalau takkk mmang papa dia lah berkampong kat hospital. 

Iman now dia ada hobi baru. Yang somehow boleh buat Isma heart attack. Haha. Isma sekarang memang aku nampak level of dia punya kesabaran dengan Iman teramatlah tinggi. Dia la paling merajin layan Iman main, gomol  semua. aku pon tak serajin dia. Letih lah memanjang haku ni. Lagipon boys kan? They just weird. Apa menda main lawan-lawan angin bertiga2 org tu lepas tu tergolek jatuh sorang-sorang and happy. Tapaham aku.

Patut nya bersyukur kita dapat zuriat. Rezeki paling mewah. Betul kan? Macam aku memula tak ready no 3 ni tapi bila Fikirkan yg posotive dan baik2 saja insyaAllah Allah mudahkan segala urusan kita. 

Allah bagi rezeki anak tapi kita tak happy mcm tak bersyukur pula kan. Cuba fikirkan pasangan yg dah 5 thn kawen masih tak dapat zuriat and macam2 cara mereka usaha ikhtiarkan. Ada yang berurut, berubat, jumpa dr pakar, cucuk subur eh macam-macam cara.

Phewwwww sskema kemain entry kali ni. Mak-mak sangat. Sebab dah mak-mak sangat kan, Bz ngan anak laki and tunang memasing makaaaaa ahad tu hari jumpa BFF sek men minum2 makan2 kek, minum celery apple. Hilang haus! 
Best wohh! Tiga org je pun. Tapi bising mcm tak sedor diri yg 2 org pregnant dan sorang lagi bakal menjadi isteri solehahh

 



Shipah kata, dia redha jer kalau orang cakap gemok. aku pon suruh Shipah redha. Jarang la orang pregnant yang tak gemok kan? Nora Danish je yang tak gemok. Yang penting nanti dalam pantang, pantang bebetul. Macam aku, kali ni tak naik berat, eh bising lah nurse. Habis aku makan banyak pun cenggitu nak buek cam ner? Nak menurunkan berat tu senang, nak menten tu yang seksa. Nak-nak pulak lepas habes pantang semua menda nak makan. Kalau boleh, lembu nak makan sekor, durian selori. Baru puas hati. =P



Perrrrrgggghhh. Hebat giler! Shipah tak sampai lagi habis sepotong kek aku kerejakan


Tudung itam tu tgh excited tunggu bulan 5 ni.. bakal membuat perasmian 1st nite kan ekyn kan weeeeeeeheeee. Minta2 muat la baju tema peach semlm aku beli utk pakai majlis resepsi dia



Malam ni bukan malam Jumaat kan? Kbye. Haha

2 comments:

Leena said...

ahahaha... ye anak2 aku pun laki aku yang banyak bermain2 nye.. ganas.. aku pun tak paham jugak.. banyak la ko nye tak ready ek... semoga selamat lah melalui kehidupan beranak 3 ye..ahahah..

Unknown said...

They are boys and kite girls yg lemah lembuttt

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah