Akak benar rungsing sekarang
Sentap tau tak sentap!!
Tak tau nak citer kat sapa dah
Citer kat sini lah nampaknya
Pada akak perkara ni amat besar dan maha dasyat
tak tahu lah pada Uolls
Meh akak tunjuk pic neh
Kenapa zaman anak dara boleh jadi slim river badan tak nak gemok-gemok. Nko order lah mcm nak makan 3 hari punya, badan memang tak gemok
Lepas tu zaman dah khawen tp tak ada anak lagi. Pun badan boleh maintain
See see zaman lepas misscarriage yg pertama. Kurus kediang
Setelah beranak anak pertama. Time nie perut dah macam kek lapis lah
After delivered anak ke-2. Mase nie iman 3 bulan. Badan akak memang Gemuk mencanak-canak. Pose pun malu tak boleh tunjuk satu badan. Oklah Kite guna perkataan GEBU la *nak sedapkan hati sendiri
Mulut ngan hati asyik risau je jadi montel...tapi nafsu dan tangan laju je masuk makanan kat mulut. Lepas makan menyesal! Waktu melantak lupa daratan. Dasar....
So.........disebabkan akak menyampah dengan kat badan sendiri yg bila pakai baju terbonjol sane sini maka akak bertekad tak nak makan malam dah.
Usaha ini akan diteruskan sampailah target boleh pakai jeans masa akak anak dara size 28 tu (fuhhh.... berpeluh-peluh dah ni)
No comments:
Post a Comment