Perggghh tajuk skema sgt ni. tapi wording tetaplah tatabahasa berterabur, tunggang balik ayat. Habis.... sasterawan negara pun kena tangkap yg konperm konperm tulisan beliau sgt dramatis, sopan dan tersusun. Aku???? ada la jugak entry sopan tapi banyak yg merepek
Aku masuk farmasi care ada perempuan slim kulit sgt gebus *serius memang cantik. kalau aku jantan memang minta no phone* bagi aku pamphlet tentang ibu mengandung.
Aku mcm motip ko kasi benda alah ni? *sambil tgk perot sendiri
What everrr aku ambil then bagus jugak utk masa akan dtg. Boleh buat rujukan I and Uolls hahaha mcm nak tambah lagi sorang je ni.
Sebab aku nak merehatkan pala otak aku malas fikir nak taip apa maka aku kopipes ape yg ada dlm pamphlet tu eh. Semua setujuuuuuuuu? cepat ckp ye lah jgn kasi aku malas sesorang.
Bagi melengkapi tuntutan nutrien di samping menjaga pertambahan berat badan, ibu-ibu dinasihatkan supaya mengawasi pengambilan makanan. Ada kalanya doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.
Berikut adalah panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil:
- Karbohidrat dan lemak - sumber zat tenaga untuk penghasilan kalori. Boleh diperolehi dari bijirin seperti oat.
- Protein - sumber zat pertumbuhan sel. Boleh didapati dari daging, kekacang, ikan dan telur.
- Mineral - zat pengatur. Sumber dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Vitamin B kompleks - menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal. Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu), telur dan sereal dapat membantu.
- Vitamin D - untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Minyak hati ikan, susu dan kuning telur antara penyumbangnya.
- Vitamin E - bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau boleh dimakan.
- Asid folik - perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan mutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi. Amalkan pengambilan bayam, brokoli, pisang dan tomato.
- Zat besi - mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung. Sumber makanan adalah seperti bayam, kangkung, daging dan hati.
- Kalsium - bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis, yang mungkin berlaku melalui pengambilan kalsium dari tulang ibu sekiranya bekalan nutrien ini tidak mencukupi. Penyumbang nutrisi ini banyak di dalam sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.
Perkara penting yang perlu diingatkan adalah mengambil nutrisi pemakanan secara seimbang, iaitu tidak terlalu kurang dan juga tidak melebihi yang sepatutnya. Berjumpalah dengan doktor anda bagi mendapatkan kepastian mengenai cara pemakanan anda.
No comments:
Post a Comment