Jarang citer pasal iman kan? Nak citer pasal iman boleh tak? Tak nak baca pun tak per, tetap jugak nak citer. *goyangbontot
Iman kan? Dia kalau jumpa orang yg tak kenal garang sgts. Nak nak jmp pertama kali, muka masam sambil buat bunyik tiger aaaaumm. Garang sgt la kononnya cinonet je pun. Bawak pergi rumah kawan atau sedara boleh buat muka sardin golek golek atas kusyen org. Pesyen tak takut org. Dia kan pengarah urusan.
kalau benda mkn terjatuh dr tangan dia, marah dulu pastu baru suruh isma atau aku ambilkan. Apakah perasaan korang? Kata dia kutip sendiri, jgn harap. aku buat derk je tahan dia menangis sampai aku ambilkan. Nak keeeeenaaaaaaa ni
Sekarang ni jgn sebut wording mandi depan dia, dan dan situ bukak seluar dan pampers. Baju tak pandai lagi bukak sendiri. Mandi nak selalu dan wajib lama. Setakat jirus 2-3 kali sabun jirus balik memang tak lut. dia kena sampai kecut telo dia pun tak per. Kena had kekerapan mandi sebab dah start selsema sekarang. Geram apak dia nak korek idung dia kalau ada taik idung idung ijau tergantung. Orang nak bersihkan mula lah menjerit menangis macam kena dera.
Iman segala benda boleh capai. Table talk dapur tinggi tau. Dia tak boleh capai. Maka dia ambil stool org basuh kain dlm bilik air tu berdiri atas tu tadaaaaaaaaa dah boleh capai. Kena sentiasa alert.
Vitamin IG6 Elken kena sorok. Rasa susu memang asyik ahh. Majang nak min min min. Sehari kena mkn 4 ketol vitamin. Ni nak makan sebotol! *muntah duit*
Jakun jmp tangga. Rumah sendiri tangga kena pagar |
Makanan kegemaran selain dari duit syiling adalah tayar car toy irish yg dah pecah tu.Pantang nampak mesti masuk mulut. Irish nampak adik makan mcm berselera sangat konperm jerit "adik eat tayar..No no adik No..." Bagus tul ada pengawas sorang ni. Mainan kesukaan masih lagi iron board. Berkenan sungguh la duduk celah-celah pusing pusing bawah tu. Iron aku dah siap cabutkan taruh atas almari. Kekadang dia suka pampers. berterabur satu rumah. Rajin mengemas sekarang ni. Tgk mood dia la. Yg hard core lagi suka tampar tampar tibi. Urut dada mak ko ni Pheewwww
Sekarang dah pandai gaduh dengan abang dia dah.
Hari tu dia capai remote tibi, abang dia rampas simpan dalam laci.
Dia pegang car mainan dia *bukan main sgt pun, suka campak campak kasi berderai*, abang dia siap rampas.
Dia capai charger samsung sebab nak hisap hujung tmp jolok bontot samsung, abang dia siap menjerit. Sebab pernah aku nak charge hp meletop terus hp aku lepas tu keluar asap. Terbakar kat dlm tau sebab basah aku tak perasan main jolok jer . Panassss je. Bukan hp tapi hati mak ni
Dia punggah drawer almari tibi, abang dia tutup balik drawer almari
Last-last dia pergi bilik ambil hanger, pelepukkkkkkkkk atas kepala Abang. Melolong- lolong Irish menangis dtg kat aku.
Pastu dia boleh sengih muka tak bersalah package kejar abang nak pelepuk lagi sekali
No comments:
Post a Comment