>

Tuesday 21 April 2015

Setelah Menjadi Surirumah


Assalamualaikum



Haluuuuu.. nampaknya hari-hari asyik rajin menulis je... korang kan suka baca kan kan kan?

Memang ‘bajet’ kan ayat di atas? Macamlah pengunjung blog aku beribu sehari. Nak cecah 50 pon susah (pengakuan no 1) waakakakaka.. kesian sangat. 


OK Straight to the point. Aku berkerja. Tapi selalu angan-angan nak jadi kaya mcm mana aku hendak menjadi seorang surirumah (pengakuan no 2). Buat saat ni MASIH BELUM BOLEH bertukar kerjaya dari seorang yg bekerja untuk duduk di rumah. Mungkin sebab financial? Ntah la.. mungkin jugak sebab  fikir kalau jadi suri rumah semua benda kerja rumah 100% aku kena handle. So Isma boleh lepas tangan. Ohh noooooo  noooooooo.. aku tak boleh imagine semua benda aku kena settle. Pening pening penat penat (pengakuan no 3). If you’re searching for controversy, there is none.

Mak (Nanny) aku  adalah seorang surirumah in the truest sense. Tapi dia menjadi suri rumah pun setelah aku dah sekolah menengah. Ok aku anak sulung. Sebelum itu beliau berkerja di JPA dan mak mengambil keputusan untuk retired awal. Selama hidup aku membesar dan adik-adik dijaga oleh orang gaji. Walau pun mak bekerja, balik dari office dia tetap masak untuk makan malam (sebab ayah aku tak mahu orang gaji yg masak) di samping melayan karenah suami dan anak-anak. Setiap pagi juga dia akan menyediakan sarapan utk kami walaupun ada orang gaji. Itu konsep dia haaaaa.  Mungkin ibu kamu pun seperti ini.

Ada teori yang mengatakan kita tidak akan menyimpan apa-apa memori tentang apa yang berlaku sebelum kita 5 tahun. Tetapi aku ada memori di mana mak aku, setiap kali dia hendak keluar rumah ke office, aku dan adik aku (nad gomok) akan menarik2 baju mak  konon jangan bagi mak pergi kerja.

Aku ada memori membawa bekal cokodok ke sekolah hingga aku darjah 4. Mak aku berusaha menggoreng cokodok di pagi-pagi buta dan meletakkan ke dalam Tupperware untuk dibawa sebagai bekal ke sekolah. Kadang-kadang diselang dengan kueh 'gedebek'. Eee aku suka sangat gedebek tu. Simple sangat masaknya. Bancuhan macam hendak buat lempeng, bila atas api terus taburkan nyor (kelapa parut) dan gula. Kemudian lipat 2 or 3. Dia punya sedap sampai tangan kawan2 sekolah akan menghulur serentak ke dalam bekal aku untuk mengambil isinya. Mereka suka gedebek mak aku. Mereka kata mak mereka tak ada masa untuk membuat sarapan.

Kadang-kadang aku rasa malu kerana terpaksa membawa bekal. Budak-budak lain bawa RM1 atau RM2 sehari. Mereka dapat membeli air warna warni. Mereka dapat membeli nasi lemak di kantin. Tapi perasaan malu itu lama kelamaan hilang. Sesimple mana pun sarapan mak aku buatkan, dia tetap gigih bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan menyiapkan diri beliau untuk pergi kerja. 

Dan contrary to the misconception bahawa surirumah tidak mempunyai pilihan lain, helloooo mak aku ada sijil di dalam setiausaha (mungkin ada nama lain - Mak aku memang seorang setiausaha di JPA) 

Bila dia menjadi suri rumah sepenuh masa, of course orang gaji pun ayah aku tak ambil dah. Mak jadi terlalu overwhelming. Dia rasa macam tak cukup masa untuk membuat semua benda.  Aku pula pada usia yang muda seorang yang demanding. Begitu juga yang lain. Bangun-bangun, mana sarapan pagi? Kenapa air dalam peti sejuk ni dah habis? Kenapa baju sekolah yong tak iron lagi? kenapa lauk ni je? Kenapa itu, kenapa ini.

Kalau ada anak-anak macamni, memang rasa nak terajang kan? Tapi mak aku diam saja. Cool. 
Today, at 60, she looks like she’s still in her 50s. Akibat tidak suka stress dan marah-marah.

Ya, aku pun tak faham kenapa ada lagi golongan yang masih mahu menghina surirumah. Memandangkan mereka membuat kerja mereka secara sukarela. Non stop everyday.  Tanpa bayaran seperti orang gaji. Kalau ibu kamu bukan surirumah pun, tentu sekali nenek atau moyang kamu seorang surirumah.

Dah, weekend ni kena balik rumah mak. Sajaaaaaa je

Ibu bekerja menjadi surirumah berjaya <-------tajuk nak front page aje 

 Gambar dicedok dari FB mak. Ini tahun bila pun tak ingat dah =P



1 comment:

rabiajacintah said...

JMT Casino No Deposit Bonus Code - JamBase
JMT 영주 출장샵 Casino No Deposit 부천 출장안마 Bonus 이천 출장샵 Code | Get up to $1600 casino bonus in NJ. 창원 출장마사지 casino bonus code, JMT Casino No Deposit Casino Bonus Code - Read our 공주 출장안마 review!

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah