>

Monday 14 January 2013

G6PD dalam hidup aku


Assalamualaikum

Jika tidak anak sulung akak ada G6PD, mmg haram benda alah tu akak tak pernah dengar langsung. Sekarang baru lah terhegeh-hegeh nak ambil tahu kan.

G6PD ni penyakit genetik yang akan kena pada bayi lelaki. Lelaki adalah pengidap dan perempuan adalah pembawa. Cik Asben akak tak mengidap penyakit ni, maka siapa yg bersalah? Dengan ini akak lah pembawanya. Yg membawa penyakit ni tak ada effect apa pun. Yg pengidap ni kena berhati-hati. Bab pantang larang makan dan benda di sekelling kena ambil berat.

Pantang makan, tak boleh makan langsung, bau pun tak boleh its like haram la kalau makan org yg ada G6PD ni ialah kacang parang. Mak Jemah sekalian tahu idak bentuk kacang parang tu. Tang tara...perkenalkan.......





Yg ini dah disiap goring. Selalu tgk ane jual maruku kan kat tepi jalan kan?  Confirm ada jual kacang ni sekali. Eleh tak la sedap mana pun. Eh? 



Ni kacang parang mentah. Kalau akak, tak pernah pun masak kacang ni. Kacang mat saleh mak I kata.

Benda –benda sekeliling yg tidak boleh termakan, terhidu, terdekat, terdedah, terpegang, tertelan, tersentuh ialah ubat gegat dan ubat  nyamuk lingkaran.  kadang-kadang  ada ubat gegat versi warna warni di tandas awam tu kan pun tk boleh bau. Opah-opah atau mak-mak kita kan suka letak ubat gegat kat lipatan kain baju, bila pakai baju ada bau ubat gegat kan? Konon nak wangi la, tp akak rasa macam bau lipas je,  Tu pun tak boleh.

Setakat ini, akak cuba pakai ubat nyamuk elektrik dan penyembur sheltox anak akak ok. Ridsect tak pernah try. Lagipun bau dia tengik. So far anak akak tak pernah lagi terdedah dengan benda-benda yang disebut kat atas tu.

Ada certain ubat  especially antibiotik memang tak boleh makan. Bila jumpa dokter ensem
bgtau siap-siap anak ada G6PD. Nanti dia tahu lah ubat ape boleh makan ke tak. 

Dan doc juga kata masalah ni lebih kepada masalah allergy bukan penyakit yang serius pun...tapi seumur hidup. So, apa yang perlu akak dan cik asben  buat sekarang adalah HARAMKAN KACANG PARANG dalam keluarga kami dan JANGAN SEKALI-KALI BAGI UBAT TAK TENTU HALA..... 


2 comments:

nur aini amran said...

tq sharing

http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/g6pd-langkah-pengawasan-yang-ibu-bapa.html

Anonymous said...

tq sharing

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah