>

Monday, 2 March 2015

Did I Tell You? (Penulisan yg Serius)


Assalamualaikum


Mari kita baca entri ini dengan tenang (Kesinambungan kisah ini INI )

Orang kata kalau kawan berlebih-lebih sangat tak elok kan? Bila dua orang sahabat rapat, tersilap tersalah terlebih cakap sikit dah tiba-tiba terus dia mengasingkan diri.

Pendirian aku dalam kisah kawan ini mudah. Kalau tidak mahu berkawan lagi, berhenti saja. Aku rasa dia pun tak rugi aku tak menjadi sahabat dia. Kerana ikut telahan aku, dia masih raaaaaaaamai lagi sahabat yg boleh keluar melepak mengisi masa lapang dia yg sentiasa kosong. Pernah dahulu aku kata, kawan-kawan aku lebih besar nilai emasnya berbanding kekasih jiwa. Tapi sekarang aku rasa, biarlah aku berkawan sedang-sedang saja. Kerana jika aku terlalu taksubkan dia, akhirnya aku disakiti jua. Jadi aku guna teori, ada masa kita berjumpa. Jika tidak, kita abaikan saja. Yang penting kita sama-sama tahu, dia masih sihat sejahtera dan berbahgia di samping suami tercinta (ikutkan katanya di dalam FB lah - well sometimes can be fake right) . Sekadar berhubung di dalam FB pun sudah cukup rasanya. Untuk meluruskan ikatan bengkakng bengkok persahabatan yang kita bina.
  
Aku paling tidak suka jika perkara yang sudah selesai, dibangkit-bangkit semula. Kalau begitu, ada baiknya kau buang terus aku dalam hidup kau.  Biar saja bermusuh-musuhan. Mungkin itu lebih baik.

Dalam satu hal kadang-kadang, aku terlalu banyak menjaga hati orang. Sedangkan hati aku yang satu ini, cuma satu.. tidak pernah diendah orang. Dia sering bilang, terasa itu ini. Jadi, apa yang aku rasa ini tidak penting untuk kamu kah? Adakah aku ini dilahirkan hanya untuk menerima nganga setiap apa yang dibilang orang?

Aku mula pelik.

Aku sibuk dengan hari besar, sedang satu kawan bikin aku gusar. Satu hari aku fikir, apa lagi yang tidak kena. Kalau ikutkan perkara itu sudah berlalu sejak January 2015.  Haih.

Betul lah, berkawan berlebih-lebih itu tidak elok. Tidak mengapa. Aku tegar bawa diri. Sudah biasa. Kalau aku boleh faham tentang kau, kenapa tentang satu hal kau tidak boleh mahu faham tentang aku?

Dengan ini, aku mohon maaf atas semuanya segala. Mungkin ada ketika aku bermulut lancang kerana aku fikir, kalau kau boleh begitu mengapa tidak aku. Semoga semua kita sama-sama fikirkan dimana silap kita. Baru kita sedar, dari mana silapnya perkataan sahabat kita.

Manusia berubah.
Kena ingat tu.

Ok, nak gi makan jap. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeee!


Friday, 13 February 2015

My 1st star, 2nd star and becoming 3rd star


Assalamualaikum

Hi....fuh..fuhhh
Aku kembali membersihkan sawang!! Ada yang rindu aku dengan suami aku tak? Takder? OKbye! 

Well...hari ini kiter borak-borak kosong la eh? Haritu ada yang bertanya dlm group whatsupp mommies n papas school baru Irish, apa maksud Irish Zihnee Zidane sebab namanya agak jarang jumpa.  Irish Zihnee Zidane maksudnya ialah Penenang jiwa , kefahaman bertambah. Irish aku yg pilih bunyi mcm smoooooth je.  Isma  yang pilih nama Zidane ni. Zihnee tu sebab isma nak jugak taruh 3 nama mcm dia jugak. Maka decide lah kami 3 Nama. panjang okeh. Nama nak international aje. Ikut taste aku nak yg simple n precise. Bapak dia kan hover. Kang sape yg tangan lenguh tulis nama anak dlm buku latihan sekolah sok? Muka niiii gak kan..  ohh tk pe.. gunalaaaaaa mr Dymo! ( memula menda ape lah dymo ni..sekali google ohhhh ade kat opis rupenyerrr )
 
So yg tu 1st anak. Yg 2nd pulak dengar mcm nama melayu. Tak de international dah haha. Masa lahir kulit agak kopi sket. Bila dah sebulan eh melepak pulak.  Iman mon mom tuuu. Nama dia iman biase la banyak kott sekarang nama iman baik girl atau boy. Iman Amineen Aimar - Amineen memang aku nak. Dlm surah yusuff ade disebut Amineen (org yg aman), so aku ckp ngan isma, amineen ok? then Isma setuju. Aimar tu biaser lah Isma suka football, Pablo Aimar kenal? Player Argentina tu main kejab utk Team JDT. Ada makna tau. Maknanya Bulan.. bulan pun bulan lah =)

Bila perancangan untuk anda menambah anak? Sendiri tanya sendiri jawab. OK- InsyaAllah this becoming no 3 due is bulan june. hehehee.. Berdebar jugak. 3 hari lepas sudah scan dan jantina pun dah tahu.
Kami laki bini decide nama tgh letak huruf 'K'. Depan harus 'I' jugak.. sama bapak dia keeennn. Nama belakang tak pilih lagi. Baju2 baby semua tak berbasuh lagi... Dari sehari hari nak buat takkkkk berbuat. Kite tgk weekend ni mcm mana.. tu pun kalau tk gi melepak rumah mak aku.
 


Thursday, 18 December 2014

Haruman Inspirasi Memang Original!!!


Assalamualaikum


Kepada sesiapa yang cintakan wangi-wangian dan bau-bauan semulajadi aku sarankan korang  boleh terjah dan beli tau di The Perfume Lovers. Aku dan Isma mmg peminat parfume. Moto kami laki bini adalah wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.. haha gitu! 
Jadi nak beli selalu sangat di kaunter harganya boleh urut dada lah kens. Ikutkan hati setiap bulan nak beli segala jenis brand. Hover kan. Hover ke poyo? Kesah pulak aku. 
Lepas tu bila terjumpa ada perfume best-best di The Perfume Lovers , eh jimat banyak kott daripada harga kaunter. Ini tidak boleh jadi. Harus dibeli dengan kadar segera!  

Segala brand luxury (You name it Like Anna Goutal, Arvin Arpege, Chleo, Le Parfum Elie Saab Perfume, Astor Place Perfume by Bond No 9) dia boleh dapatkan utk korang dengan harga kasih sayang lah katanya. 

Kalau korang suka brand yg commence like Davidoff, CK, Ferragamor, Nina Ricci, Burberry, Clinique, DKNY, atau Lancome pun ade dijual. Dont worry baby! 
Korang rasa brand yg di atas tak menarik minat korang, bgtau tokei dia jenis apa dan brand apa, dia boleh carikan. Settle masalah korang. Best kan? 

Sekarang tak perlu susah2 lagi nak perfume yg best kan. Kat The Perfume Lovers ada juga  menjual set utk wedding yang lengkap. 

Memang tak rugi kalau korang nak try beli sbb dah lah murah, Original pulak tu sebab tokei ni order direct from USA. Delivery selalunya ambil masa 7 ke 10 hari. Konfirm Original. Buktinya sebab aku dah pernah beli. Pantas kan? Pantang nampak yg best dan murah. 
Tambah macam sekarang ni kan krismas timeeeee so mana-mana saje sale gila babah rabak duit dan duit. So harga dia memang very down to earth. Korang PM je tokei dia zass zass zass siap akan dibalas dengan cepat oleh beliau! 

Nah kalau korang perlukan keterangan lanjut boleh je terus hubungi dia, PM, call, Msg and wassup tanya pasal perfume je tau, jangan mengantei ngorat pulak. Orang punya tu woii 

FaceBook:


019-299 8091
Cikin Shukor

 Wangian adalah satu sifat surga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abiu Sufyan dan Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Allah s.w.t berfirman kepada syurga, wangilah untuk penghuni engkau ! Lalu syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia)  kala dinihari, iaitu sebgaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebgai peringatan tentang api di akhirat." - Sumber dari dari majalah solusi



Tuesday, 25 November 2014

Iman kannnnnn sudah 3 tahun!


Assalamualaikum


Iman Imon dah 36 months! Macam sekejap je masa berlalu kan? Tau-tau aku dah gemok balik. Aritu macam tak cukup udara nak sedut bila orang puji kata dah lose weight/kurus skek. Bawak kereta pon dengan lobang idung je sebab riak tak tentu hala. Warrghh hahahah. Actually aku dah berkobar tahan nafsu makan manjangggg lah sebulan dua ni lapar. Makan nasi tu bertahan utk sejam jer lah. Pastu lapor balik. Ingat nak start my control calories makan dalam minggu ni tapi semalam Isma hasut kata tak payah. Semalam dah makan Nasi Mandhi Lamb segala tahan makan amenda kan? Podah!

Kata Arm (kawan Diploma aku), dia kurangkan ambik sugar, and tak amek nasik dalam masa 2 months dia lose weight. Cara dia, Atkins diet. Dia kate orang rumah nya dah loose weight 7kg within 2 weeks  Macam tu. So padahal tadi nak cerita pasal Iman kan? Lepas tu terus jump cerita pasal diet pulak. Mudah sangat nak distracted by other‘s thing. Ongtue macam ni la 

Menantu pilihan sangatttttt - Iman 7 months. #BalingBelakang
Paling kecik dan paling gemok!


Iman kan? Sekarang dia dah pandai pilih kasih. Sikit2 sayang papa, sayang papa. Mom dia sambung tak sayang. Tu pon aku dah cebik-cebik nak nanges. Perempuan emos macam ni la. Haha. Iman... ingat skek diri ini yg kelam kabut basuh popo iman sebab tak nak vontot tu merah. Harapkan papa? lagi sejam lah jawabnya popo tu dah sampai kering . T__________T Ngan Nanny pun dia sayang. Paling win Tok Mat la. Suka rasuah Iman ngan 7-11. Hai lah Iman.. tu pun boleh tergoda ya? Paling dia tak geng ngan Ayah Wan (my Bro no 2). Kawan gaduh tu. Nampak muka ayah wan siap lari dah dia hahaha sian ayah wan. Suh Ayah Wan kawin arrr cepat2 dapat baby sendirik

Iman 3 tahun #sekarang
Abang kawasan kasut oren

Kelam-kabut aku nak kemas umah dan memasak balik dari kerja dia pon sama naik. Aku biasa balik, letak handbag terus tukar T-shirt. Bukak bra sependa semua. Lepas tu start 
Kehulu-kehilir aku ke dapur nanti dia datang, sembam muka kat bontot aku. Celah-celah tu. Yang masam seharian tu dia sanggup letak muka dia kat situ. Dah kenapa Iman? Now aku dah tau kenapa batuk Iman tak habes-habes. Haha. Pastu time tu la dia nak ajak main aeroplane (ekcelli kereta sorong dia). Kena paksa ni naik sekali ngan dia. Aku peratiiiii je perangai dia. Memang pengacau tapi I enjoy every moment of it 

 Dulu aku akan tidurkan Iman awal. Pukul 9.00 pm dah letak dia dalam bilik,  bergomol sampai dia letih and later dia akan tidur sendiri. Tu dulu. Now no more. Kata dah bujang? Apa barang tido awal kan? Tak Abang Kawasan la nanti.

Aku akan biarkan dia tengok tv or main apapa dekat hall sampai dia sendiri surrender nak tidur and dia akan tidur sendiri. Haha. Sebab I love to be around him. Walaupon tgk-tgk eh dia dah baring atas lantai  TAKPE. Asalkan dia ada depan mata. Angkat je dia masuk bilik tak de problem ape. Takyah tepuk takyah apa. Haha. 

Makan pon dah macam-macam kecuali nasi. Tahik pon dah bau tungkik. Rambut  cepat panjang. Berat dia dah 13 kgs.  Latest tadek timbang. 

Ok la. Tu je nak cerita. 

Letter for the future (poyo!),
Your Mom yg menten comel walaupon dah 3 series



 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah