>

Friday, 10 January 2014

Portmeirion (amboii tergeliat lidah menyebutnya) Made In UK


Assalamualaikum

Kita kan, dah jadi emak emak ni pergi store tetap jugak pergi bahagian pinggan mangkuk dan perkakasan dapur. Tengok design pinggan, cawan, teko Ya Allah nak nanges rasa. Sambil ambik letak ambik letak mulut mengomel "bestnya kalau banyak duit borong sebulan sekali setiap design, senang crita". Pastu pening tak cukup lemari mau simpan pastu kena bebel ngan isma. Eh mesti ade je nama dia dalam cerita ni kan haha! Pompuan macam ni la. Ada barang cantik manjanggg bersemangat. 

Tambah kalau made in UK memang harga urut dada la kan? so macam mana nak beli barangan tersebut dengan harga murah? Sementara waktu korang memikirkan berkira2 nak membeli, nih aku ada adik ipar yg sedang belajar di UK boleh membantu korang membeli. Eazy penzy beb! Harga yg dia jual termasuk shipping ya dan yang paling penting  ohemgee! murah. Tak perlu bayar tambah walau seposen pon.

Seriously tengok dlm FB dia barang yg dia jual molek dan omel omel belako. So meh tengok gambar-gambar barangan yg dia jual 



Design semua cantik-cantik. kualiti pon bagus. Harga pon berpatutan. Tajuk dia Portmeirion Botanic Garden Teacups and Saucers Set of 6 + 1 Teapot. Made in UK. Semua gambar di sini Tak ade de made in china ye. 


Porcelain Garden by Sanderson for Portmeirion


Cantik semua kan? dan geram rasa nak pecah2 kan je kan haha
 

Suka tak suka tak?


Spode Paddington Bear Double Handled Mug and Porringer Set


Portmeirion Botanic Garden Teacups and Saucers Set of 6 + 1 Teapot

Ok yg ni aku sangat geram tahap berpusing bijik mata. 

Cik Bung... Plsss postage this at wangsa maju. Apa? Boleh kasi free?? hadiah sebab jd 

guarator?!! Woohaaaaaaaa....


Mesti semua nak kan?



Ni hot items. Baru je dia restok


Royal Scot Crystal pun ada. FYI ye, Brand ini hanya ada di malaysia satu kedai S A H A J A. Di Great Eartern Mall ampang ye tuan2 dan puan2 dirahmati sekalian



Portmeirion Botanic Garden Oatmeal Bowl
Diameter 15cm/6inch

 

Portmeirion Pomona




Cenggitu la dah jd emak emak ni. beralih arah ke benda2 ni mcm ni pulak. Bapak bapak pun boleh beli juga utk isteri tercinta yang sentiasa bizi and berlari-lari anak nak buat kerja rumah memerlukan tenaga lebih, tak kisah la nak jaga anak ker, buat anak ke, nak memasak ker, nak main pondok-pondok ker



What??!! Barangan elektrik pun ada. Yes memang hebat. 


Tefal Toast n Egg masak sekaligus. kalau mcm aku dasar nak cepat manjang maka inilah produk yang anda patut beli


Tefal ActiFry 1kg. Boleh goreng mcm-mcm dalam tu

Best kan? kompem aku beli lapanblas.. Pastu kagum. Macam tu.

So, jangan lepaskan peluang! 

Macam mana nak dapatkan barang-barang tu boleh tengok dekat page my sis in law dekat FB dia. Klik SINI (gambar in for sale is public view) atau zassssssss PM sendiri dekat Inbox FB dia. Jangan tanya pasal nak berkenalan ker apa. Tau? 



Thursday, 9 January 2014

Abaikan Sajalah Apa Dia Cakap Tu...


Assalamualaikum

Tengok orang menabung rasa nak berjimat cermat jugak.
Orang duk bilang harta bertimbun, kita ni kadang kala hujung bulan poket kering.

Tengok orang jaga makan, rasa nak berdiet jugak.
Orang tak sakit tumit dan pakai apa pun lawa, 
Pakai kebaya cantik,
kita dah la guni beras, pickup pun kurang... ;(

Tengok orang aktif berpersatuan, join macam2 kelab dan sukarelawan
Kita ada kala rasa nak lebih out going jugak.

Orang nampak yakin jer bila in limelight, kita asyik duk nyorok belakang tabir.
Tengok orang jadi popular,selebriti, rasa nak juga jadi heroin filem.

Tengok orang bertuah, di payungi kasih sayang yang berlebihan,
Kita pun nak juga macam tu..Nak juga ada yang rindu.

Aku suka tengok gelagat orang tapi kalau di beri peluang,
tak nak lah aku jadi orang lain.

Untung nasib aku walau tak sekencang orang lain,

Kadang2 terasa amat mudah pula
Berelang seli suka duka
Tahu erti syukur?
YA
Aku redha dan syukur.
Alhamdullilah aku bahagia begini.
 

Mujur jadi manusia.

Kalau jadi monyet?
Tak ke penat bergayut jer kerja nya
dan makan pisang

Eh pisang aku suka! 
Bukan buahnya la tapi mihmihmih

# Hati tua cepat terasa. Tak mengapa.. Allah ada. Kita ingat Dia, Dia ingat kita balik. Senyum!


Tuesday, 7 January 2014

Itu Namanya Akal Panjang


Assalamualaikum

Masa Nak new year ni uollsss juling mata ye tengok sales sana sini.
Kalau aku byk duit dah lama aku rebat LV satu. Tapi LV mana pernah ada sale punn. Manjang naik harga. Thn lepas aku masuk butik dia (bukan beli okeh konfident harus tiptop utk menanyakan harga serta cuci mata hahaha) harga lain.

Last week aku masuk lagi (sekali lagi lakonan terhebat primadona konon nak beli tapi dlm purse ade 100 hinggit je jah!) harga naik RM200 uolls. Weng sungguh. Kalau ko nak suruh beli beg LV memang tak lah. Teringin pakai tapi sayang duit hoihhh.

Hujung tahun la purse kami laki bini (dan semua orang di alam semesta) jadi kempis. 

Annual fees Irish dan Iman sebab dah nak masuk playschool. 

Roadtax masa tu jugak lah mati Bulan Nov.

Cukai pintu

Cukai pendapatan (paling benci bayar)

Maintenance fees rumah

Kereta pulak dan dan air cond tak sejuk. Eh kau ni hujung-hujung thn buat hal kan? masa tgh tahun elok je baik kan. Sementara itu bersauna lah aku dalam kereta! 

Duit kutu habis lihchin dah. Tak perasan beli apa belanja apa ntah. haha!

.....................But dont worry, insyaAllah cukup ;)

Sambung balik new year sales.

Masuk GAP Kids pun juling mata, baju  murah tengah sales. Tensions aku Isma tak boleh tahan dia beli sorang satu utk Irish dan Iman. Aku approved la boleh pakai wedding bulan march nanti. 

dan Yes! Aku sudah membeli 6 DVD cetak rompak (sebab murah gambar clear giler!) untuk aku marathon setiap malam sambil ditemani jelingan tajam sang Isma mehmehmeh

tu belum lagi aku ingin membeli the bing bang theory dari season 1-7. Belum beli tapi hendak beli senyap2 isma tak boleh tahu. Dah beli dia tahu ok aku cuma perlu tadahkan telinga atau bogel terus depan dia habis cerita. 

Kannnnn?? bab TV Series tak boleh tinggal kannn??? Ni aku tonton malam masa nk tido sahajork. Tak de buat perangai gila mcm masa dulu dimana semua cerita dan setiap masa aku tengok.

Sila jangan contohi aku.

Yang last but not least ialah aku juga kumpul lemak.
Lemak aku tok sah cerita lah, meriah sakan.
Lemak orang lain juga.
Orang tak percaya aku menternak lemak tapi aku anggap org itu hanya mengambil hati.

Tak caya? Sila datang dan sahkan.



Monday, 6 January 2014

Yang Tersirat


Assalamualaikum

Terfikir..

Orang-orang yang tidak mahu vaksin atau ubatan moden atas alasan 'unnatural' what so ever tu.. Diorang masak pakai dapur gas ke dapur kayu eh.. Barangan basah macam mana? Gigih bela ikan ayam tanam sayur segala ye?


Merkuri yang ditakut-takutkan tu dalam ikan lagi banyak tau. Elok pulak makan ikan? Tak takut?

Sikit-sikit..

"Dulu-dulu bersalin kat rumah OK je"
"Dulu-dulu takde pun orang sakit darah tinggi"
"Mak-mak kite dulu tak cucuk vaksin panjang je umo"

Abis tu..

Buat apa pergi belajar sampai universiti.. Orang dulu-dulu tak belajar u pun boleh jugak hidup.. Beranak-pinak membina keluarga

Buat apa guna smartphone.. Nenek-nenek kita dulu tak ada pun gadjet-gadjet canggih..

Dulu-dulu Nabi naik unta sekarang anda naik kereta pula?

Maaf cakap,


Golongan sebegini


Cerdik tak boleh diikut
Bodoh tak boleh diajar

Dialog cerita P.Ramlee:
Dah tua pun bodoh



*Di plagiat dari status FB Sepupu Dr. Nadiah binti Dr. Jamaluddin

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah