>

Monday, 7 October 2013

Bersalinkan anak kedua (bacaan menginsafkan diri)


Assalamualaikum

Walau dah 2 thn berlalu
tetap jugak nak hapdet

Org kata anak kedua senang bersalin kan
Memang ye okeh
berbeza dengan anak 1st
Satu sebab dekat nau jaraknya
Irish sethn 3 bulan dah dpt adik
muahahahhaaa
subur weii ker tersasar opssss!

Irish dulu ngam ngam bersalin 36 weeks
Kandungan 38 weeks dah bersalin kan iman
Expected 10 Dec, keluar 25 Nov
Dah tak nyempat 
Kontraksi pun tak lama
masuk wad kul 4am
bersalin kul 9am
bila dokter pecahkan air ketuban
Selang 5 minit dah rasa meneran
pastu Zusssss keluar
Sampai isma tak sempat tgk dia keluar
Dia sampai je dah potong tali pusat
minta maaf kat dia pun tak
kira dia dah maafkan siap siap lah tu
Eh macam tu pulak
anak 1st dulu beria-ria minta maaf
sampai shahdu mahdu semua
ye la..kang tersangkut kang
koyak lagi besar. hoii scary merry
takleh tahan.....

Tidur semalam je 
Irish dulu sampai 6 hari kena tahan 
sebab G6PD tu kan
dia punya jaundis kena pantau

Iman pun ada jaundis
lepas 3 hari alhamdullilah ok 
ni Nov ni genap dia 2 thn
masih berkopek
eeeii shame shame
bagi botol tak nak
kat rumah bbsitter boleh pulak
ketagih punya hal
plan nak wein off (betul ke eja)
Nanny nya kata taruh jadam kat nenen
mana pulak cari jadam
tak pernah tau, tgk, beli
Nov nanti kita try ye iman

btw, beberapa hari ni asyik angin dlm perut
berpusing dlm perut
sekali rasa mcm kontrasi pun ada
tapi kontraksi kaw-kaw punya lg sakit arrr
ntah salah makan ke apa ntah
tak ingat lak aku makan apa
asyik berry jgn citer la
melecet jubor 
muntah ada sekali
rasa perut ada kempis la seinci
merasa kau nak sgt kurus
mulut tu dok zikir kurus kurus kurus 
Allah kasi cash lagi
package
Insaf...tak nak merungut gemok-gemok nak kurus
yg penting sihat sejahtera

eh ok la
nak berry lagi!
*nangis


tontodak! senaman utk kempiskan perot. now tak terangkat dah. Perot aku lagi berat dari dia 

Jgn gadoh2 tau. kena hugs hugs selalu tau



Friday, 4 October 2013

Junior Creative Mind Montessori


Assalamualaikum

Segan nak share tentang playschool Irish kat sini. Memandangkan dah sampai ujung tahun moh la aku cerita sikit. Sikit jer...sumpah tak tipu.

Kepada lovely dovey parents yg masih tercari-cari playschool and kindergarden kens...Lai lai lai boleh baca di sini.

Kami memang nak hantar Irish ke playschool instead of babysitter sebab bayor tiap bulan sama jugak wei. Cuma kena bayar sedebuk annual fees for playschool. Orang kata awal sgt hantar ke tadika sebab Irish baru 3 tahun. Baiklah.  Di sini for 3 years old more to playschool. Kemahiran montessori. Belajar ada juga tapi tak seberat yg umur 4 tahun ke atas. Sini boleh belajor kemahiran montessori sambil berminggle dengan rakan sebaya. Kasi dia biasa dan konfident dengan rakan-rakan dan teacher di situ.

1st day (Jan 2013) -  Lepas hantar Irish, tgk dia masuk kelas then dia nampak aku dan isma blah memang dia meraung kauu. Tapi  kami sebalkan je *dlm hati adoii rasa nak tunggu dia sampai kena halau hahaha * 
Masuk office balik rasa gelisah. Laju-laju wassup Principal Mimi how is Irish progress. She replied Irish dah ok dan sedang bermain. Fuuhh lega sgt. 

Esk esk hantar pun dia happi but standed la sometimes dia kata tiap pagi time gerak dia bangun "abam no school, abam nak  sleep"..... yer lah! dah tidor jam 1 pagi mcm mana nak senang bangun awalnyaaaa.



Kelas masa 1st day. Masing-masing baru pas menangis hehe. Comel je kan

Before mulakan kelas, diaorang ada aktiviti montessori kekdahnya. Salah satu nya bermain dengan parachute 


Imbangkan bola 

Ada Art aktiviti

Bermain dengan deria


Celebrating Chinese New Year Memoir of Geisha eh 




Teacher ada sebelah terus jari masuk mulut. Malu kew tu Irish? 

Berdoa berjemaah. lepas tu ada dancing *Ekcelli senaman. saje nampak gempak letak dancing*. Yeaaah beramal sambil cergaskan badan 


Belajar buat kek batik


Uli-Uli aidilfitri sgt nih 

Healthy food week
Cute kan gegirl belakang Irish tu? Bila kat rumah kan Irish selalu kata Syasya Shantek (cantik). Amboiiii...


Syasya shantek sambut burfday *clap clap clap.

Irish : Syasya the only one.
Hambooi kamu... sunat pun belum lagi. 


Yay! sampai dah di animal farm di sri kembangan.

Rasailah pengalaman menyuap rusa


Berlengas ni. Tapi dia memang suka berpeloh peloh



Sport day di Dewan serbaguna Keramat. Having fun 


sementara menunggu rakan-rakan yg lain tiba



Inilah barisan kita la la la 


Sementara menunggu perasmian sport day 
dua beradik seperti biasa duduk katak. Nasib aku tak join sama duduk katak


eh eh kena cuit pipi


Steady! bawak sponge air



 Muka kopipes



Us!







Sah selesai acara so apa lagi dua beradik ni panjat memanjat la acara sendiri-sendiri



la.... dah ujung-ujung baru masukkan pic Irish tiup tiup lilin. Haishh mom ko ni.  Janji ada 


Celebrating hari raya 



Young river scientists program at River Carnival SMK Tmn Melawati




Water Splash day 


Dental checkup with nurses from Klinik Pergigian Genting Klang


Aku : How many times you should brush your teeth, Irish?
Irish : errr errrr Irish wat sendiri

Story telling siap ada lakonan lagi. Vouge the vass! 

Membuat Animal Craft 

Kan .. kan.. kan... best tak aktiviti dan programe Junior Creative Mind Montessori? Aktiviti diaorang ada banyak lagi cuma aku yg tak masukkan di ini...sebab sebab sebab tak ada pic Irish dalam tu haha aku memang diskriminasi.  

So Uolls yg stay di area Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Gombak, Setiawangsa, Wangsa Melawati dan seangkatannya nak masukkan kiddos uools di sini boleh lah review dan likes di FB JCM Montessori . Aku promote ni bukan ada share dpt komisyen ke ape ke tidak tau. Kita sesama insan mengwarwarkan perkara bagus dan elok. Harga pun berpatutan setanding dengan kualiti yg diberikan. 

Good luck! 


Wednesday, 2 October 2013

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS


Assalamualaikum

Meleleh leleh ayor lio?  sedut balik? Perut berdondang sayang tak? 

I is tak kedekut resepi. Mesti try tau! konferm jadi. Senang je mak ngah nak mengulinya. 

Bahan-Bahan
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu  cair
**200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair
**250 gm susu pekat

250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

                                                    Cara-Cara

1.           Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
2.           Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3.           Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4.           Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Chocolate Ganache
250gm cooking chocolate
180 gm whipping cream

cairkan whipping cream gune kaedah double boiler. bila dah berwap, matikan api, masukkan cooking coklat yang dipotong kecil2, dan kacau hingga cair kesemuanya. simpan dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum mula menghias kek.


Yammeh



Monday, 30 September 2013

Bila Suami Curang.....


Assalamualaikum

Gitewwwww... Gerun tak denggar?  

Bila share-share cerita dengan member-member kan pasal kes curang kan macam-macam cerita keluar. Lelaki pandang screen hp tersengih sambil sms tu tanda tengah aungau lah tu. Ada yg kata lelaki ni akan melekat kat hp sampai bawak ke jamban. Eh mengata aku ni. tapi aku main candy crush lar heheheheheh 

Pastu ada yg guna 2 hp as 2 nombor, satu utk di rumah, satu letak kat office. Perempuan ni instinct dia hebat okeh. Kelebihan naluri ibu dan isteri. ko buat sorok la macam mana pun tetap kantoi juga. Perempuan ni power tau dak! 

Aku nak share cerita kisah benar terjadi pada member aku.  Dia syak aben dia flirt belakang dia. Dia cuma syak tapi tak kantoi lagi. Ciri-ciri lelaki ngah angau ada la sikit-sikit contoh every tgh hari since kawen tau mesti asben dia balik rumah makan sebab member aku ni cikgu so separuh hari dan diaorang lunch together di rumah.  But sekarang ni dah tak balik mkn. Bila tanya dia ckp makan kat office. 

Ok fine.

Sebelum ni asben dia ada je waktu malam memang tak keluar rumah, lepak ngan famili je. Sekarang ni keluar malam seminggu 2 kali. So member aku akan catit hari apa asben dia keluar tu. Bila tanya asben dia jawab jumpa kawan-kawan.

Come on la. jumpa kawan-kawan seminggu 2 kali punya tak logik. Kawan-kawan pun dah kawen. Tak kan lah bini diaorang tak bising asyik melepak malam. Huh

Ok fine lagi

Member aku pergi tanya kawan sekerja asben dia. Kawan asben tu kata asben dia every tgh hari keluar balik makan di rumah. Padahal dah tak balik makan di rumah. See see something fishy di situ. 

Member aku siasat lagi. Dia ambil cuti. Member aku pinjam kereta aku sebab nak menyamar. Aku tak follow pun. Isma tak bagi masuk campur. Tgh hari member aku tunggu depan office asben dia. Lepas tu nampak kereta asben keluar dari gate office. Dia follow sampai asben dia berhenti satu rumah. Member dah berdebar ni sebab dia cam sgt rumah tu. Asben dia masuk rumah ada perempuan kat pintu. Demn! perempuan tu bini orang. Dan dia kenal sgt perempuan tu!

Apa lagi tanda-tanda curang eh? 

Kalau dalam drama bila basuh baju tinggalkan bukti dalam poket. Tak pon  tinggalkan kesan gincu kat kolar, elok pulak tu bentuk bibir tu. Gila drama melayu betol. ko tinggal la kat lengan ke, kat belakang baju ke. Ko saje je nak kasi orang tu kantoi dengan bini dia kan. Perempuan devil! 

Perempuan ni cepat risau dan jeles terlebih. Respect kat privasi asben kena ada jugak. Tak kan lah tiap kali asben balik "bak sini hp.." chek laju laju sms call ape semua" Lelaki ni panjang akal. Ko hingat dia bodoh. Macam la dia tak boleh delete segala bukti dlm hp tu. Tak pon dia tukor nama GF dia jadi nama jantan. Salmiah jadi Salleh. Syahirah jadi Syahir. 

Orang perempuan ni tak jeles langsung dan tak ambil kisah susah jugak. Kang ckp tak sayang la ta ambil berat la kat laki. Tapi asben jangan lah ambil kesempatan. Nampak isteri sporting hammmbooii ko jadi puaka pulak. 

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah