>

Thursday, 18 December 2014

Haruman Inspirasi Memang Original!!!


Assalamualaikum


Kepada sesiapa yang cintakan wangi-wangian dan bau-bauan semulajadi aku sarankan korang  boleh terjah dan beli tau di The Perfume Lovers. Aku dan Isma mmg peminat parfume. Moto kami laki bini adalah wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.. haha gitu! 
Jadi nak beli selalu sangat di kaunter harganya boleh urut dada lah kens. Ikutkan hati setiap bulan nak beli segala jenis brand. Hover kan. Hover ke poyo? Kesah pulak aku. 
Lepas tu bila terjumpa ada perfume best-best di The Perfume Lovers , eh jimat banyak kott daripada harga kaunter. Ini tidak boleh jadi. Harus dibeli dengan kadar segera!  

Segala brand luxury (You name it Like Anna Goutal, Arvin Arpege, Chleo, Le Parfum Elie Saab Perfume, Astor Place Perfume by Bond No 9) dia boleh dapatkan utk korang dengan harga kasih sayang lah katanya. 

Kalau korang suka brand yg commence like Davidoff, CK, Ferragamor, Nina Ricci, Burberry, Clinique, DKNY, atau Lancome pun ade dijual. Dont worry baby! 
Korang rasa brand yg di atas tak menarik minat korang, bgtau tokei dia jenis apa dan brand apa, dia boleh carikan. Settle masalah korang. Best kan? 

Sekarang tak perlu susah2 lagi nak perfume yg best kan. Kat The Perfume Lovers ada juga  menjual set utk wedding yang lengkap. 

Memang tak rugi kalau korang nak try beli sbb dah lah murah, Original pulak tu sebab tokei ni order direct from USA. Delivery selalunya ambil masa 7 ke 10 hari. Konfirm Original. Buktinya sebab aku dah pernah beli. Pantas kan? Pantang nampak yg best dan murah. 
Tambah macam sekarang ni kan krismas timeeeee so mana-mana saje sale gila babah rabak duit dan duit. So harga dia memang very down to earth. Korang PM je tokei dia zass zass zass siap akan dibalas dengan cepat oleh beliau! 

Nah kalau korang perlukan keterangan lanjut boleh je terus hubungi dia, PM, call, Msg and wassup tanya pasal perfume je tau, jangan mengantei ngorat pulak. Orang punya tu woii 

FaceBook:


019-299 8091
Cikin Shukor

 Wangian adalah satu sifat surga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abiu Sufyan dan Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Allah s.w.t berfirman kepada syurga, wangilah untuk penghuni engkau ! Lalu syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia)  kala dinihari, iaitu sebgaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebgai peringatan tentang api di akhirat." - Sumber dari dari majalah solusi



Tuesday, 25 November 2014

Iman kannnnnn sudah 3 tahun!


Assalamualaikum


Iman Imon dah 36 months! Macam sekejap je masa berlalu kan? Tau-tau aku dah gemok balik. Aritu macam tak cukup udara nak sedut bila orang puji kata dah lose weight/kurus skek. Bawak kereta pon dengan lobang idung je sebab riak tak tentu hala. Warrghh hahahah. Actually aku dah berkobar tahan nafsu makan manjangggg lah sebulan dua ni lapar. Makan nasi tu bertahan utk sejam jer lah. Pastu lapor balik. Ingat nak start my control calories makan dalam minggu ni tapi semalam Isma hasut kata tak payah. Semalam dah makan Nasi Mandhi Lamb segala tahan makan amenda kan? Podah!

Kata Arm (kawan Diploma aku), dia kurangkan ambik sugar, and tak amek nasik dalam masa 2 months dia lose weight. Cara dia, Atkins diet. Dia kate orang rumah nya dah loose weight 7kg within 2 weeks  Macam tu. So padahal tadi nak cerita pasal Iman kan? Lepas tu terus jump cerita pasal diet pulak. Mudah sangat nak distracted by other‘s thing. Ongtue macam ni la 

Menantu pilihan sangatttttt - Iman 7 months. #BalingBelakang
Paling kecik dan paling gemok!


Iman kan? Sekarang dia dah pandai pilih kasih. Sikit2 sayang papa, sayang papa. Mom dia sambung tak sayang. Tu pon aku dah cebik-cebik nak nanges. Perempuan emos macam ni la. Haha. Iman... ingat skek diri ini yg kelam kabut basuh popo iman sebab tak nak vontot tu merah. Harapkan papa? lagi sejam lah jawabnya popo tu dah sampai kering . T__________T Ngan Nanny pun dia sayang. Paling win Tok Mat la. Suka rasuah Iman ngan 7-11. Hai lah Iman.. tu pun boleh tergoda ya? Paling dia tak geng ngan Ayah Wan (my Bro no 2). Kawan gaduh tu. Nampak muka ayah wan siap lari dah dia hahaha sian ayah wan. Suh Ayah Wan kawin arrr cepat2 dapat baby sendirik

Iman 3 tahun #sekarang
Abang kawasan kasut oren

Kelam-kabut aku nak kemas umah dan memasak balik dari kerja dia pon sama naik. Aku biasa balik, letak handbag terus tukar T-shirt. Bukak bra sependa semua. Lepas tu start 
Kehulu-kehilir aku ke dapur nanti dia datang, sembam muka kat bontot aku. Celah-celah tu. Yang masam seharian tu dia sanggup letak muka dia kat situ. Dah kenapa Iman? Now aku dah tau kenapa batuk Iman tak habes-habes. Haha. Pastu time tu la dia nak ajak main aeroplane (ekcelli kereta sorong dia). Kena paksa ni naik sekali ngan dia. Aku peratiiiii je perangai dia. Memang pengacau tapi I enjoy every moment of it 

 Dulu aku akan tidurkan Iman awal. Pukul 9.00 pm dah letak dia dalam bilik,  bergomol sampai dia letih and later dia akan tidur sendiri. Tu dulu. Now no more. Kata dah bujang? Apa barang tido awal kan? Tak Abang Kawasan la nanti.

Aku akan biarkan dia tengok tv or main apapa dekat hall sampai dia sendiri surrender nak tidur and dia akan tidur sendiri. Haha. Sebab I love to be around him. Walaupon tgk-tgk eh dia dah baring atas lantai  TAKPE. Asalkan dia ada depan mata. Angkat je dia masuk bilik tak de problem ape. Takyah tepuk takyah apa. Haha. 

Makan pon dah macam-macam kecuali nasi. Tahik pon dah bau tungkik. Rambut  cepat panjang. Berat dia dah 13 kgs.  Latest tadek timbang. 

Ok la. Tu je nak cerita. 

Letter for the future (poyo!),
Your Mom yg menten comel walaupon dah 3 series



Monday, 10 November 2014

Fakta istimewa (Muntoh!) tentang aku!


Assalamualaikum

Pagi2 ni bukak PC harus tgk blog Kak D dulu, eh dia buat pasal 20 fakta tentang diri beliau. Eh nak buat jugaaaaaaaaaaaak laaaaaaa. Mcm kan femes benau. Kesah pulak aku. Dahhhh.. korang baca jgn buat2 menguap okeh! 

1. Org nampak muka aku ni sombong bongkak tahap org tak nak kawan, tapi nehiii Ai tk begitu. Aku admit la susah nak senyum. Sebab bila senyum nanti nampak kelebaran muka di situ. So kite buat-buat masam. Muka Yes memang nampak sombong tapi once bila korang kenal aku mesti korang cakap aku ni kelakor. Yer tak? Yunnnn ko jgn buat2 juling bijik mata

2. Aku teringin anak perempuan. Doakan ye? Standed arrr dah ade 2 hero. Kawan2 bg tips suruh makan asam. Tapiiii tuuuuuu la yg paling tak suka. Bukan takat masa pregnant je pun, masa2 biasa pon tak suka. Isma tu suka beli asam boi kaler merah tu. Aku nengok pon ngeri. 

3. Nama Zidane tu tak yah citer la semua tau isma yg dapat. Irish tu aku suka. Ekecelli suka Iris, tak de H. Dah keluar lelaki taruh lah H kat belakang. Tak de dengor keperempuan sgt. Even sebelom aqil baligh dah suka nama iris (sebab sejenis bunga). Dah set in my mind ade anak esk taruh nama iris. Gatal sangat

4. Dulu sebelom get pregnant, susah giler minum air. Bukan takat air kosong je, air manis pon tak suka minum. Tapi cuba kau hidangkan aku makanan.. fuhhhh aku boleh mencekik sambil tak minum air. Bulan puasa kan, time berbuka aku terkam makanan dulu, air kendian2 tak pe. Tak minum pun tak pe hahahaaa.. dasyat sangat ni. Tu pasal kulit dulu keringgggggggg kalo garuk pakai kuku berbekas kau tertinggal kat kulit. 

5. Zaman menengah dulu kaaaaaaan pakai tudung gi sekolah. Dagu tu nampak berlapis. Padahal tak gemok pun. Aku pon tak paham apesal dia ade. Pastu ada budak laki dlm kelas nama dia sulaiman selalu usik bawah dagu aku, ejek ayam belanda, ayam belanda, ayam belanda. Ngek nih! Suka suka pegang bawah dagu orang hoiii. 

6. Aku pernah kintingkan rambut dulu. Buat kat salon murah bawah rumah. Tak de duit mase tu kan? Hazab kembang keras memang sangat horror. Aku muka selamber jenjalan kat sg wang lepas tu macam kan sahara yaakob. Mujur org tak mintak autograph.

7. Setiap zaman belajar & kerja, aku mesti closed ngan kawan2 laki. Bukan bercinta tau. Mase zaman sek rendah aku closed ngan hafiz .Tak tau mana ntah pergi dia ni, sebab result UPSR aku bukan full A so si hafiz ni dpt 4 A, dpt masuk Sekolah bagus.  Aku? terceruk lah kat sekolah belakang rumah nanny. Terus lost contact ngan dia. 
Zaman menengah aku closed ngan sulaiman (yg suka ejek aku ayam belanda tu) dan Fahmee. Dua-dua makhluk ni dah jadi ayah pun.
Zaman kat Ittar aku closed ngan P. Malas lah mentioned nama dia kat sini. Habisss kena bahan kang nanti.
Zaman UiTM closed pulek ngan Rahman. Dia ni dah tua baru nak sambung belajor. Aku lupe umur dia, maybe dalam 40-an kott. Closed yg tahap study sama2 berduan hahahahaaa.. ntah hape2 ntah. Ngan org tua pun bolehhhhh.
Zaman masa kerja pun ade closed ngan lelaki tp masa tu aku dah bercintun ngan Isma, koserrr pulak tulis kat sini. Kang tak pepasal balik rumah aku kena soal siasat hahahaha

8. Aku pelik bila orang lain rasa panas aku je manjang rasa sejuk. Bila nak subuh tu aku terus tutup aircond lepas tu tak bukak-bukak kipas. Nikmatnya rasa suam suam sejuk tu kan. Lepas 5 minit dengar lah roomate aku tu hangen sebab dia rasa panas. nasib laaa.. nak sejuk bangun bukak sendiri hahaha

9. Aku suka drama berseries. Hollywood of course. Zaman belajor layan Alias @ Jenifer Garner. Body tough terus impian nak join gym bagi bahu ketol. perghh  ai suka nampak badan sendiri gagah. Motip? Now layan Revenge. Dah sesaon 4 dah. Cuma this season, rumah aku dah tak ambil astro, gigih lah every monday gi rumah nanny semata2 nak tgk revenge. Ko memang hantu kaaann, bagi aku ketagih layan ko jer kan. 

10. Ohh ye.. suka juga comedy berseries. Macam how i met your mother (kemonnn la sape tk suka meh sini aku cucuk perot dia) dan friends ( epic sangat). Family guy suka jugak. Walaupon cerita dia sgt tak bermoral dan si Peter tu rasa nak teranjang2 je dia hahaha haku sukaaaaaaa. 

11. Aku ni jenis tidur bantal mesti kena tutup half muka. Barrrrruu lah boleh lena tidur. Sleeping beauty katanyaaaa. Mengiring ke terlentang ke tak kisah, janji tutup sebelah muka. 

12. Masa sekolah rendah masuk pertandingan nasyid lawan antara sekolah. Aku jadi lead vokal, apesal ntah ustazah pilih aku. Mungkin masa tu dia nengok aku ni ade pontial besar sok jadi artis, terus pilih wahahahaaa.. nak citer kat sini bukan pasal tu, tapi cara lilitan tudung tu memang ala ala mak mak habis. macam pakai scraf ikat belakang, lepas tu tali dua-dua terjuntai tu lilit atas kepala. Tengok budak sekolah lain tudung labuh menutup dada, Tu pasal kami kalah gamaknya ( biase laaaa still deny bukan kalah sebab suara tak sedap hahahah)

13. Dulu aku pengawas. Bukan lah disiplin mana sangat pun. Saje je nak glamer pakai baju kaler lain hahahaha. Pagi2 tak ke muka niiii kena tahan kat gate sekolah. Hari-hari lambat. Kalo cikgu disiplin tau rumah aku belakang sekolah je harus kena sebat.


14. Aku ingat lagi gi jenjalan kat Sg wang ( whatttt?? i knew.. ..mana lagi tempat melepak yg murah). Masa tu aku form 4, aku ngan ikin syukor. Tgh2 makan kat food court atas tu ade mamat ni tegur. Tak ingat nama dia. Kiut jugak. Dia nak berkenalan ngan Ikin rupenyer. Sangat berani okeh dia tu. Mamat ni dtg ngan kawan dia, pon  tak ingat nama. Penyudahnya ikin jalan ngan mamat yg nk kenal ngan dia tu, aku jalan ngan kawan dia. Ponnn bolehhh! 

15. Aku pernah masuk pertandingan pencarian model cover utk novel edaran Creative Enterrpise. Harus lah kalah kan. Sebenarrnya Make up tak cantik masa final tu. wakakakaa lagi mau salahkan makeup, padahalllll
Judge masa tu normala samsudin. Ya Allah. Cantikkkkk sangat. Memang sesuai lah dia dpt gelaran perempuan melayu tercantik 

16. Masa aku sekolah menengah tapi tak ingat form 4 ke form 5, ada producer yg buat video utk karokey proposed aku jadi model dalam video tu. Sah la Tok Mat tak allowed kan. Haishhh kalo takkkkk glamer dah... setaraf ngan Amber Chiah. tapi elok pun. Kang ntah jadi hape kang masuk dunia glamer tak sedor diri hhahahaha 

17. Masa aku baru2 kerja sebab baru2 habis belajor, ikut nanny gi rombongan UMNO ke Pulau Langkawi. 2 bijik bas gak la masa tu. Best sangat walaupon join ngan makcik2 dan pakchik2. Malam nya tu ade barbeque sesambil karokey. Cer teka siapa yang konker stage?? hhaahhaaaaa aku berduet ngan sepupu aku, Pizah nyanyi lagu Uji Rashid... dont play play! Dah kate rombongan makcik2 pakchik2!

18. Aku ada tahi lalat agak besar gak bhg perot tapi dia selari kat bawah kopek belah kiri. Arwah opah ckp tandanya  subur. Errrkkk,..... 

19. Masa darjah 6 suka sangat pergi ke rumah kawan (safeena) then prektise menari lagu feminin dan Res Q. Masa tu group kami nama sweet girl - Sangat tipikal, pikiran pon sempit lagi. Nama main belasah jer. Group ni ada aku (belasah korang buat2 tak kenal!), Safeena, Bayu dan Tipah.  Siap buat Demo tape gi pos ke KRU studios hahahaaa.. ni memang cerita serius tak main2. Miang sangat, kopek baru nak naik, bulu tak tumbuh lagi ada hati jadi artis haha

20. Fuihhhh.. nitik2 pelok den. Aper lagi last hah? errrrrrmmmmm.... ahh haaa!  aku terror masak lala goreng berlada/bercili. Tapi jarang masak. Acaner tu? hahaha 




Tuesday, 14 October 2014

Kalau Kita Kuat Semangat, Dari Perlis Ke Pavillion Naik Basikal Pun Akan Sampai


Assalamualaikum

Nak citer pasal Iman Imon la hari ni. Sebab dia wangi pagi tadi (tetiba) walaupon tak mandi hantar dia gi daycare. Tak lama dah masuk tiga tahun. Alhamdulillah sihat-sihat aje iman selepas keluar hospital 3 hari lepas. Bebetul jam 2 pagi selepas raya haji kami laki bini cargas bawak dia ke Hospital. Dia batuk sampai tak boleh tidur malam dan nafas yg turun naik laju sebab batuk. Bila doktor cakap admitted terus mom sebak. This time dia demam agak strong up to 40. Terkejut sangat mom. Dah la mase cucuk jarum kat tangan menjerit satu hospital boleh dengar. Mom ni doktor dah siap pesan duduk jauh2 haha.. doktor pon tahu kang kalo mom ade sekali mau meraung bejemaah.  


Sekarang ni kalau nak bagi dia makan dah tak ada drama dah. Pantang suap mesti nganga. Dulu kalau nak bagi dia makan kena time dia leka tengok tv. Tu pon bila hulur sudu kat mulut dia geleng-geleng. Belum rasa dah taknak. Pepenat la Mom kau ni masak banyak cantik tak nak makan?? So kena bagi jugak dia rasa. Lepas first suap usually dia dah nak makan tapi tetap takes time giler. Makan pastu main loncat lompat2. Kunyah plak dia ikut sunah nabi, 40 kali kunyah. Pastu kena kejar dia untuk suap. Kekadang kena main ton ton todak (mainan org dulu2 - Iman duduk atas kaki aku then kena angkat kaki sampai lah  lagu habis. Sila imagine aku punya mengah jgn citer laaaa)  aku agak impressed sebab boleh sesabar tu sebab aku dulu adik angkat rimau. Garang nak mampos. Nak suap anak makan punya pasal apaaaaaa pun boleh buat

Iman ni dia lebih suka makan biskut dan roti. amboiii mat salleh sangat la? Tak kisah apa jenis. Bagi je. Tadek masalah pon nak bagi dia makan manis-manis as long as tak berlebihan and makesure dia gosok gigi. Sebab nanti gigi mereput dah tak hensem. Walaupon usually Iman lebih banyak gosok dinding and lantai dari gigi tapi takpe. Kiter kena tabah.

Coco crunch dia suka. Segala jenis kekacang pon dia suka. Aritu bagi kek carrot sampai mengejar aku suruh suap. Bebudak kecik cenggitu la. Suka la makan manis-manis macam tu kan? Biar dia rasa. aku memang bagi je tapi dengan kuantiti yang terkawal la. Nanti kalau asyik bagi junk food, makan nasik pon dah taknak.

Nak papa suapkan. Yes! Mom boleh relex

Suka mengacau bambam dia. Elok bambam tu main car susun buat mcm keretapi, tetiba otromen kecik ni dtg lalu menyepak car2 tersebut. Harus lah bambam tu hangen kan. Ok sekali tak pe. Masuk kali kedua, memang kena cepuk la iman tu ngan bambam. Manusia ni ada juga tahap kesabaran dia kan? ha ha 

So far aku rasa bersyukur dengan perkembangan Iman walaupon I hope more  but I know that kiter tak boleh selalu compare kemampuan anak kiter dengan baby lain. Tak baik Both. For us and for kid itself. Nanti stressed.
Sebab aku pon tak suka golongan emak yang terlalu bangga compare anak dia dengan anak kiter depan-depan show that anak dia paling bijak dalam dunia and anak kite tak bijak macam anak dia, so aku pon elak untuk bercerita lelebih. Ada tau golongan emak macam ni? Sesungguh tu nak tunjuk capability anak dia depan kiter. Apa-apa pun pelan-pelan kayuh. Hidup ni bukannya pertandingan. Bior le orang lain nak tiba dulu. Cenggitu =)

Iman ni aku nampak kepala angin dia. Kalau main dengan kekawan kang tetiba je nanges tak puas hati. Tu tak pelik la sebab main ngan kawan. Kekadang main sorang pon tak puas hati kat diri sendiri. Haha. memang dia manja. Suka merengek.  Kalau nak apa apa tak reti der nak mintak elok-elok. Dia akan merengek. Eeee geram jer! Perkataan paling dia suka ‘nak milk milk mom'. Kuat pulak tu. Masa kat hospital satu wad boleh dgr dia sebut. Cecepat  aku tekup mulut dia hahaha maluuu dia dah nak 3 thn kan. 

Iman ni perangai dia lain ngan bambam. Tu perangai nak menang membawak la sampai sekarang. Kalau main lumba2 lari dengan bambam atau kawan2 kena menang. Berlumba kalau kalah, nanges. Terpaksa la bambam tu buat2 lari slow. 

Pheewwww. Dah panjang sangat dah ni cerita pasal iman. Semua orang dah menguap dah pon. Hahaha.  Last sekali  share cerita masa kat hospital ntah hari ke berapa iman berdiri atas katil hospital, tangan dia sempat cubit pipi nurse yg tengah check patience katil sebelah.  Kemain kan? Sunat pon belum dah tau cubit pipi pempuan cantik. Amboi...






 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah