>

Wednesday, 26 June 2013

Surah-Surah diamalkan ketika mengandung


Assalamualaikum

Bila ingat balik dulu kesian kat mak aku gigih lah masak peberet food anak2 dia. Mcm2 permintaan...........

"Mak nak cucur udang tapi nak udang banyak"......
"mak nak ikan cili tapi buat sambal lebih yer".....
"mak, esk breakfast mak masak nasi goreng yer lepas tu letak telur mata". 
Bila ingat kan balik kejam sungguh anak2 mu itu. Tapi sampai sekarang perangai keji aku ada lagi....
"mak esok yong datang sana nak makan tengahari....mak masak lemak yeh" nak buat macam mana air tangan ibu tersedap, terlazat dalam dunia. Even goreng ikan pun lazat!


Gitulah mak kan. Dia tak sampai hati tak memenuhi permintaan anak-anak.

By the way, =)

Pada yg tgh pregnant / Mommy to be, ni aku kasi surah2 korang rajin2 lah amalkan. Kalau tak pregnant pun nak baca elok juga. Ramadhan pun tak lama lagi kenssss

:)


Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.

Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.

Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.

Surah An-Nahl : 
ayat 78 


Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Surah al-Fatihah

Surah Yaasin

Surah Kursi


Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Surah Al-Araaf : ayat 189


Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

Surah Al-Imran : ayat 8-9, dan 38 - 
Doa memohon anak yang baik.


Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Surah Ibrahim : ayat 40
 - Doa agar anak tetap mengerjakan solat


Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Surah Al-Baqarah :  ayat 128 - Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.


Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Surah As-Sajdah : ayat 7-9 - Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.


Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah Al-Furqan : ayat 74 - Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Semoga bermanfaat, InsyaAllah.


Friday, 21 June 2013

Perempuan sinonim dengan makanan.. aku lah tu


Assalamualaikum

Makan ape tgh hr ni? 

ekcelli kan lebih pada bakar line la entry aku hr ni. 

nak jugaaaaak up pic celebrate birthday gegirl yg ke oopps rahsia * bajet artis

Memang since last week Isma dah ckp nak bawak aku mkn di sime darby convention center. Ceh tak surprise langsung kan. Dia tak de makna nak romantik romantik tutup mata aku siap siap sampai meja makan taaaaraaaaa...ada flower sebesar alam, kek patung muka aku, lilin wangi panjang 2 ketol... no no no memang tak kan ada punyer mcm tu. aku ye kan je la dia nak bawak aku mkn.

Tmp tu kat sebelah INTAN damasara. Nama restoren tu halia. Memula ingat ade buffet sebb aku buffet memang otai semua benda nak rasa konon setimpal dengan harga bayar padahal aku memang spesis melantak semua benda kan

Potong betul la... Mlm tu tak buat buffet maka meh lah kite order makanan yg paling mahal sama harga 2 bijik basikal Irish. Bior tercekik isma bayar. kate birthday gegirl! muahahahahaha

Agak frust la tgh2 snap pic sempat la 6 keping kot terus bateri kong. Aku pelik giler. elok penuh aleh aleh kosong. Memang biol. penyuudahnya terpaksa jua ku gunnakan tepon cokia yg pic ala ala org parkinson tangkap gambor. Belasah! Janji tangkap

aksi biasa iman bermain pisau ketuk ketuk piring. Bingit sgt ni. Apak dia buat derk muka tebal mane nak larang anak dia main ape pun dia bagi. Geram akak


kemana mana mesti kena bawak car cinonet dia tu. Kalau hilang ni satu rumah boleh tress kena gagah jugak mencari celah tilam , bawah katil, bawah tikar , semua benda kena korek asalkan jumpe.


Suh isma tangkap pic. Dia suh pandang camera. Ape kelas aku nak pandang camera. pic mestilah ala-ala spontan sambil minum air tawar lepas tu org main snap pic. 

Isma : awk ingat awk sape nak tgkap pic tgh minum air. (gelak gelak)

Vongok ni. Biar lah kan

Aku dah 3 series dah. Mcm BMW. Pakai nyer taaaaaak dpt2 lagi. Asyik dapat no je. kena tingkatkan amalan dan ibadah. Tak kan nak di takuk lama je. *motivate diri sendiri. Haaaa kan, terus nasihatkan diri sendiri mcm mak mak je kan

Ciken wing kami tak order. tgk tgk waiter tu bawak letak atas meja ckp compliment dari chef. waahh tq tq. Aku suka chef tu. Sebb isma reserved meja bgtau celebrate birthday wife. masa nak duduk dia dtg ke meja kami terus wish birthday kat aku then ckp yg ke 21 taun...mak aaaii agak agak laaaaaa. Puji ke perli ke ape tu? ke aku silap dengar dia sebenar ckp 41? but still aku tersengih sengih. hahahaha

aku mengidam lamb.. maka aku order lamb rack. Sebb ade 4 ketol je atas pinggan maka aku tak kasi langsung isma rasa. Nampak tak tamak kat situ


 Spahetti bologniise for my kiddos. Depa share dua org. Berlambak sampai tak habis.

 Feveret dia memang spagetti pun. Laju je makan. Kat rumah aku buat spegetti dengan sup. ringkas. Dia makan je. tapi kan dia memang mcm aku dan isma lah mkn semua benda. tak tolak punya bab makan. Tak pasal pasal masuk sekali nama isma kan hahaha..mane boleh aku sorang je kuat makan. Mesilah ada back up sekali



Isma punya. Dia tekak tetaplah nak nasi ape jua keadaan pun. Dia order kari kepala ikan samlon. Ikan salmon okeh. Ni pun aku tak sempat rasa. Mcm mana boleh lupa nak rasa. Dia ckp sedap. 



 Air aku. Coklat ais katanyerrr

 Air isma. Mango juice

Air anak anak katanyaaaa. Orange juice

Kek ni pun compliment dari restoren ni. Gile baik ni. and gile jimat duit isma ni. kek coklat krim moist. Percaya tak sampai hari ni dah 3 hari berlalu kek still ade dlm peti sejuk lupe nak makan. Rasa kek masa mlm tu je lah. 

Ini panglima no 1 memang suka kacau perhiasan atas kek tu


Dah kenyang nak balik tu bergambar dulu depan ni. nak gambar dok elok elok memang payah. Gambar semua dok bergerak gerak sebab diorang nak berlari depan tu luas. 

Korang tgk ape yg ganjil kat gambar ni? tak perasan langung? betul ni? hahahahha mane ade Irish pakai seluar. Sebabnyer dia popo sampai terkeluar saki baki kena seluar. 

Yg aku ni tak bawak pulak seluar spare. Bawak pampers je. Berlari2 lah dia dengan tak pakai seluar. Sib baik dah habis makan. 

Teringat masa memula bawak Irish keluar baru lepas pantang bawak ke the mall. Dah la masa tu agak bongok. habis semua hangkut barang beg sebesar balik kg. Siap bantal 4 ketol, stokin lagi. bila fikir fikir balik, mak maii bodo juga aku dulu

Sekarang? sampai tak bawak langsung baju seluar spare. Cait

Model tua pun nak jugak.... tu je gambar penutup. Bye

Wednesday, 19 June 2013

The Year 2013 - 18 June


Assalamualaikum

So much has happened, so many things have changed, I dont even know where to start. But let me just try with this. For every one thing that you are unhappy with, there are a couple of other things that you can be grateful for.

I became 31

Dia dulu lagi cekap. dah siap tobek dikejekan oleh irish

Phone starts ringing and beeping. Look at that! Birthday wishes in bulk!

Malaysia vote for BN. Ok

Shah Jazle di tangkap khalwat. Motip nak ckp kat sini? 

The best sitcom How i met your mother in history

2nd best sitcom was FRIENDS. 

The best TV series was revenge 1 and revenge 2

2nd  time sent kid to school

My little Iman still Breastfeeding. Wohaa

Our rumah at Rawang had sold

Attended thousands of weddings

Aunts and Uncle passed away

Niece and nephew was born

Added what it felt like 1000kg more. haha

Switched from Blackberry to Samsung cokia

Lunch at Soul Garden almost 5 hours. Eating no stop

Lots of drama in FB. For layan gelak sesorang

Can see KLCC’s fireworks from our balcony. Irish said pom pom

Having silly crushes wif Yoann Gourcuff. Don’t know him? Guggle it pls. So cute lovely dolly. Heart melting. Gediks



Friday, 14 June 2013

Buat Sendiri Mini Pepperoni Pizza ( 4 Bahan Only )


Assalamualaikum

A few days ago ada terperasan page JewelPie kongsi resepi yg sgt easy penzy mcm kacang goreng. Aku kan suka makan tp masak malas makanya meh aku share pic mini pizza yg dia cipta sgt sgt simple. Resepi yg renyah renyah boleh jaaaalaaan




Pic mukadimah. How cute is that? Tak telan air liur lagi kan. Kang tgk cara2 nak buat mesti korang tergedik tak nyempat2 nak buat




Simple gile kentang nak buatnya..i tell u



See see 4 ingredients only! Semua murah dan senang beli. Apa yg korang perlu :-

1) Papperoni x 5 gram
2) Dumpling pastry x 1 paket
3) Mozzarella Cheese x 250 gram
4) Tomato Paste x 1 Botol





Cara nak membuatnya pun senang. 15 minit je beb. Pejam mata je..ting! 



Kekdah. Pendek dan ringkas.

1) memula korang panaskan oven 250 degrees, taburkan tepung gandum di mangkuk pembakar sebelum taruhkan dumpling pastry. Dumpling pastry lekatkan dua. Kasi tebal sikit 

2) taruh paste tomato

3) Taburkan mozarella cheese. Dia kate jgn tabur berlambak takut masin nanti

4) taruh pepperoni pulak

5) Bakar selama 8 minit atau agak agak cheese dah cair boleh keluarkan dah. 

kalau korang suka nak tambah bawang, capsicum atau cendawan tak ade masalah. 



Ready for melantak. Ni kalau irish dan iman, mom buat 20 keping belum tentu cukup ni. Sesuai kan tuk snek anak anak makan. 

Nak tahu lagi details?

korang boleh view her JewelPie blog with all her simply and health recipe, lifestyle, ideas and beautiful living =P

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah