>

Friday, 17 April 2015

Bencinta Samarinda Harus Tengok lah Si Fattah Amin


Assalamualaikum



Dengar sini orang kampooooongggggggg KL...!!!

Ishk, menggeletis dah sangat aku sekarang ni.. Terasa macam cibet betul punyer eksaited nak cerita dengan korang how wonderful and bestnyer cerita Bencinta ni sampai aku terasa macam kalau boleh nak tengok 3 juta kali and nak lekat poster di seluruh Malaysia besar-besar supaya semua orang tengok cerita ni. Memang aku paksa U all tengok! Tak kira... Nak jugak!
Kat mana kita tadi? ok walaupun my roomate mokmok kata cerita ni tak lojik, kesah pulak aku kan? Tabah jer lah Bie eh. Sebab ada abam Fattah Amin ku yg sadooo tu. Lojik tak lojik aku tetep tgk. Selasa sampai khamis jam 10.00 mlm make sure 2 panglimas tu dah settle tgk buku, kalau boleh ptg settle buat kerja sekolah.. gituhh mom yg prihatin sgts  and pls dont kacau ur mom ngadap tivi masa kritikal time nih. Masa ni segala susu berak ape semua tak di layan. Sila suruh papa handle semuanya. Harap maklom.

No wonder la Fattah Amin sekarang meletop2 nama dia (ye ke? ke aku yg perasan, nasibb laaaa)  Mula-mula aku antara nak taknak jerk tgk citer ni. Sebab mengenangkan fattah berlakon Playboy menda ape tu mak tuannn giler kayu golf mamat ni. Pengarah main serkup amik pelakon janji bayar murah and boleh buat cerita cedok dari novel. Sampai lah cerita nasuha tv9 fattah ni jadi hero org kaya baruuuuuuu lah nampak meningkatan lakonan dia. He is superbly talented. <------ ayat peminat fanatiks!   Mase tu aku dah tersengeh2 lah depan tivi sebab NAFSSSUUUUUUUU!! Kau memang sangat kacak kan? hahahahaaaa
Heroin dlm bencinta ni si Nur fathia tu cun dah memang cun. Cuma gincu dia tebal nyer kaler. Merah ang ang raya cina. Pastu rambut blond perang karat tu. Mcm tak kena lah. Make up segala2 nya jadi kalerfull sangat sampai aku silau. Orang dah lawa tak yah makeup beria pun tak pe. Kasik makeup natural lagi anggun aku rasa. Lain lah aku ni nak cantik 106% kena gandakan make up sampai Isma komen macam hantu. Sampai hati dia soobb sobb
Isma taknak kalah. Nak jugak borak pasal cerita ni. Dia mmg tengok lah sekali tapi mulut dia tu kena tahanlah telinga ada je dia nak komen and tanya. Tak focus aku dibuatnya. Kadang2 Isma tadek kekuatan untuk membuka mata langsung! macam kena pukau. Eh yer la. Aku rasa dia kena pukau la. Aku sangat kasihan kepada mereka yang bersungguh-sungguh berlakon terutama abam Fattah Amin ku ( eh nak jugak backing diaaaa). Tapi mata aku sentiasaaaaaaaaaaa terbukak
Bila dia dah terjaga, mulahlah tanya knp macam tu, kenapa macam ni, apesal mcm tu.  Pastu aku jeling and pandanggggggg jeeeeee dia. (Sebab menyebok kan?)

"Saya tak tau saya bukan pengarah" sambil bulat mata. 





Isma cakap, ‘Alaaaaaaaaa apesal tak google siap2.... 



…………………………….




 Dish dish.

Watak dia Nabil. Cool. Dah la jadi abang yang caring, CEO company pulak tu. Memang kena la. Dah la renungan menajam rasa macam nak cakap iras-iras muka Isma.  Eh gatal. hahaha.. Dulu masa Aaron Aziz tgh up aku cakap mcm muka Isma gak. Habis dia kena bahan like forever ngan adik beradik dia! kesiannnn haha



I told u?  Makeup Fathia sangat lah menebal disamping rambut karat beliau


Thursday, 9 April 2015

Lembutnya Kek Marble Susu Ni... S.E.D.A.P


Assalamualaikum



Baiklah. Tanpa membuang masa sila la sediakan pen dan kertas untuk menyalin resepi hebak lazat hensem memikat hati ini. KEK MARBLE SUSU. Jangan pandang kek susu aku ni sebelah mata eh? Tak pernah up  gambar  dekat FB takut riak pulokk. **Libas shawl 



Aku kan pernah sampai  bodek member kerja RHB dulu mintak resepi cookies choc dia yang sedap enak lazat tu dia taknak share. Cisss bukannya dia berbizzness pun.. taik idung masin kan? Dunia ni memang tak adil. Yang gemok ditindas, yang cantik disanjung. Eh. Hahaha. Tak per.. sebab kalau ada pun resepi belum2 tentu aku rajin membuat. 



Sebab Kek lembut ni la yang adik ku Nad tertewas. Asyik makan - makan- makan- dan makan. Dia sedar tak dia tu dah 95KG hahahaa.. Sabar sabar... Kalau malas exiercise dapat makan kaki. Pilih la. Tapi dia suka badan gemok. Dia lah cakap. Ntah tulus dari hati ke ntah



Baiklah. Panjang pulak celoteh. Mari kiter teruskan dengan resepi.


BAHAN-BAHAN

3 biji telur
1 cawan majerin / butter (Brand tatura)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis (aku jadikan 3 sudu)
1 sudu kecil esen vanilla
2- 3 Pewarna ikut suka koranglah

CARA BUAT

1. Pukul Majerin / butter bersama gula sampai kembang
2. Kemudian masukkan telur satu persatu
3. Pukul lagi adunan hingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat rata dan sebati
5. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder ( KAUP BALIK JER.. PAHAM?)
6. Bahagikan warna pada 2 atau 3 bhg dan bubuh warna ikut suka hati
6. Tuangkan ke atas loyang yg dah disapu majerin atau di alas kertas kek
7. Tuangkan satu persatu warna selang seli
8. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah (Api atas bawah)



Sedia dihidangkan. Kekadang makananan simple macam ni pun kalau sesekali dapat maka syorrrrgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bersama teh serai panas! 
Sekian, selamat mencuba!



 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah