>

Monday, 8 April 2013

Cerita hantu tak ada faedah


Assalamualaikum

Takut tapi nak tgk jugak

kadang2 hairan tgk sepupu2, anak2 sedara terjerit2 dan terlompat2 takut bila disergah oleh hantu, pochong dan pontianak di tibi. Baik filem tempatan atau dari luar impaknya sama jer. Takut nak tgk tapi tetap juga nak tgk. 

Maka diaorang menyorok di belakang emaknya, ada yg mengintai di balik pintu atau ada yg duduk jauh2 di belakang. Yg tutup mata sebelah guna tangan pun ada. 


Ada rasa takut mcm naik benda alah ni tak?

Dah tahu takut siapa suruh tgk cerita hantu. Filem tahyul ulang tiga empat kali pun diorang tak bosan2. 

Asyik2 kisah hantu betina merayau-rayau mahu membalas dendam atas jantan durjana yg merosakkan dan membunuhnya. Asyik2 hantu yg diupah oleh org utk merosakkan rumah tangga org lain disebabkan dendam kesumat yg memang sebati dengan org melayu katanya.. Asyik2 kisah hantu konon memberi pelbagai signal kepada hero atau heroin utk membogkar misteri pembunuhan dan entah apa-apa lagilah.

Mana real ghost story?

Cuba buat filem/cerita hantu dlm bentuk kisah benar. Contohnya menghasut manusia supaya sentiasa berbuat jahat, menakut-nakutkan dan membimbangkan manusia dengan soal rezeki, menyesatkan manusia drp jalan kebenaran, menimbulkan pemusuhan sesama mansia, melalaikan dan mengelirukan manusia dalam urusan agama dan macam-macam lagi

Setuju tak dengan akak yg itu adalah half drp tugas2 syaitoon dan hantu, belum lagi kisah pintu2 masuk syaitoon ke dalam diri kita, bermacam-macam gaya tipuaan syaitoon dan 1001 perihal alam syaitoon yg perlu kita tahu.  

Kalau setakat filem hantu cekik orang lalu mati dan si mati menjadi hantu, kita as penonton tak dapat mengambil apa-apa faedah pun. Syaitoon pun bersorak bangga sebab kejahatan sebenar mereka masih gagal kita bongkar dan dedah! 

Friday, 5 April 2013

Baju terpakai? Hina sangat ke?


Assalamualaikum

Angkat tangan! Siapa pernah beli baju terpakai or bundle?

Mase akak dok Rawang dulu kan, berlambak2 kedai bundle tepi2 jln tu. Pernah lah singgah dan pernah la beli baju dress 3 helai lagi sebb each is rm5. Bapak murah kan! lawa Jah.. akak siap pakai pergi off okeh. Off mate pun tak tahu sebb nampak brand new. 

Cik asben pun terjebak beli jugak seluar jeans bundle brand TommyHilfiger. Tak ingat dah brp hinggit. Dia punya lusuh tu ya ampun dah mcm kain buruk. Beli tetap beli bro

Baju bundle ni selamat utk dipakai. Balik rumah rendam baju bundle ngan air panas semalaman lepas tu baru bilas. kalau nko rasa geli lagi takut kena kurap panau kayap lipas cicak, rendam sekali ngan klorox yg utk baju bercolor tu

Memang sesetengah orang geli ngan baju bundle ni. Ada yg kate ape kelaaaas nak pakai bj bundle. Eeeeuu...Baju 2nd hand kan. Eleh..Baju 2nd hand tak boleh pakai, yg nko tu sendiri 2nd hand boleh pulak? hahaha..jgn cebik kan mulut, siapa suruh buat projek sebelum khawen kan dah tention

Ada org yg teringin pakai baju brand tp tak mampu, maka pergi la mencari kat bundle. Akak ada kenalan lelaki yg suka beli baju bundle. Bila akak tanyer apesal nko suka shooping bundle, dia kata pakaian bundle unik, original, branded dan best. Tepat jugak apa yg dia ckp kan tu.

Terpulanglah pada pandangan dan citarasa masing-masing. Nko ada duit berkepok mampu beli baju branded dan mahal belilah. Rasa-rasa duit ala kadar tp nak pakai branded boleh je cari kat bundle. Tak ada saper pun kisah. 

#'tuit'lah apa saja. siapa pun tak kisah





Wednesday, 3 April 2013

Ada Mesej Utk Kamu. Harap Mengerti


Assalamualaikum

Ada perkara-perkara yg membahagiakan yg kadang-kadang kita terlupa bersyukur atau mungkin kita tak sedar.

Bersyukur untuk rezeki dpt merasa makan yang best best. Akak ni walaupun 'tembam' tp makan tetap kusssss semangat. 

Entri ini ringkas sahajork. Cuma ada sikit gambar2 bahagia dari handphone. *Maap lah pic tak brp clear sgt. Pakai samsong ajek











Bersyukur dengan kesihatan badan dan mental yg sihat. Selepas solat ambil lah masa 5-10 minit mambaca Al-Fatihah 3 kali dan Zikir As Shifa' 3 kali 

Bersyukur dikurniakan anak-anak yg sihat dan pandai. Rajin rajin membaca surah Al Insyirah, surah AL Anbiya' ayat 79. 

Zikir Ya Latiff 7 kali ditiupkan di umbun umbun anak







Syukur untuk 3 budak jantan yg akak sayeng banget







Amalkan membaca surah Al-furqaan ayat 74 untuk kebahagiaan sekeluarga. 

Syukur Alhamdullilah di atas segala nikmat yg dikurniakan. Masalah tu memang tak boleh lari. Senantiasa lah berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberikan kekuatan utk mengharungi hari-hari yg mendatang. 


# Hidup macam makanan. Manis, tawar, masin


Monday, 1 April 2013

Diserang Gigitan Cinta


Assalamualaikum


Early warning: cerita kali ini agak seperti membuka pekung di dada,dan menimbulkan ketidak puasan hati pd seseorang pihak.  siapa seseorang pihak tuh? nanti Uolls akan tahu. huhuh..





Akak selalu mcm merungut dgn gigitan2 cinta yg diterima. ok, dont get me wrong, ini bukanlah gigitan cinta dr sang suami, tp gigitan cinta dr serangga2 yg tatau tah mana celah muncul pulak sejak 2,3 menjak ni! especially nyamuk! 

Cissss ko nyamuk! :(

Especially bila bersenang lenang kangkang kat ruang tamu, asben and anak-anak elok je tk de dok menggaru tak tentu hala. Yg akak ni Hoiii..suka betul lah diaorang nak gigit. Sebb darah akak jenis AB+ yg diorang ketagih sedut darah akak? kejab kejab tepuk betis, kejab kejab tepuk lengan, pipi pun ada. Dah tu kulit jadi bintat-bintat merah. Nampak horror.

Dah siap pasang ubat nyamuk elektrik pun tak lut. Nyamuk Bandar ni kebal sungguh la. Yess! Akak taruh losyen baby jonson&jonson  kaler pink tu....moisterizer duapuloh ampat jam dan hasilnya taaadaaaaaaa..... Nyaman idup. Tak gigit dah. 

Mujarab!




 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah