>

Thursday, 9 May 2013

Betul betul lupa


Assalamualaikum

Kelakar oke

Sgt kelakar hingga menusuk Peranakan

(Alamak lupa...tahun ni belum buat pap smear, tahun lepas buat dah)

Hari ni sgt kena beringat

Kena follow dgn patrol car siap nyala2 lampu polis ckp thru pembesar suara

W*L *** sila berhenti di tepi jln

Serius rasa mcm penjenayah

Thanks cik asben sebb guna HP masa memandu

Demm! pak polisi tu yg perasan road tax dah mati

Rasa nak lari laju2 dan terjun waterfall

akak jeling cik asben, akak kerut dahi

dan serius dia pun tak perasan road tax dah mati!

kalau dgn JPJ dah kena towing kan

kena naik court dengar hakim jatuhkan hukuman

tapi pak polisi ni baik hati

kasi warning sahaja

agaknya kalau tak kena tahan kami pun tak perasan road tax mati

Terima kaceh pak polisi 

exposekan kami dengan experience ini  

Tuesday, 7 May 2013

Spring Potato Cafe


Assalamualaikum

Mak akak pesan kalau mulut penuh jgn cakap

nanti tersembur Uolls geli nanti

so... akak type je la eh


Spring Potato Cafe di Sri Gombak

Akak order Bibimbap

 
Kimchi. Marvelles! 
Makanan korea. Dlm ini ada sayur timun, togeh, kobis, carrot, telur dan daging bersama Sos special korea 

Banyak2 bahannya. 

Sos meriahhhh

Kenyang termengah2

Kepuasan berganda 

Sedap. Rekemended! Utk penggemar sayur boleh order ini. 

Harga RM11.00

Cik Asben tak suka. Tak kena dgn tekak dia. Dia kan kg.com.my

Maka dia order ini




Tekak ttp mahu nasi. Keli goreng berlado dan udang besar bercili

Akak tak sempat rasa pun. Irish meratah udang. Cik Asben kata sedap sgt

Ini pula RM10

Yang penting owner dia org islam masak sendiri makanan ni semua

pandai dia masak korea cuisine

Rupenyer bini nya org korea, Maka dia belajar dgn mak mertuanya

Tambahan....


Signature dish sempena nama kedai

Potato toing toing  

ada perasa BBQ, cheese, Cream corn, blackpaper

RM3.00




Asam pedas pun ada di sini

Kan kepelbagaian namanya tu

Western pun ada. Lupa nak tangkap gambar menu western

Cam tu la bang...

Meniaga macam-macam. Customer banyak pilihan makanan


Lokasi?

No. 11a, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak
boleh CLICK  sini tgk gugel map


Bulan depan akak dtg lagi

konfem

saya kunci lirik ini......


Monday, 6 May 2013

Awak kentot ye....?


Assalamualaikum

Uolls pernah tahan kentot?

Pernah buat2 bersin pastu kentot?

Kentot dlm kereta pastu tak mengaku terus menjerit woii busuk, sape kentot ni?! 

Pernah tiba-tiba jerit coz cover bunyi kentot?

Paling bangsat pun kemut2 bontot pastu bunyi kecil kecil je

Pernah? pernah?

hahahahha

Mesti pernah kan??

Akak lupe dh siape pernah ckp

tapi dia ckp...

Tahan kentot tak bagus sebb angin tu naik ke otak, so otak jadi lembab. hahaha

Tu pasal bile akak kentot asben jeling pastu akak keluarkan hujah2 kentut tersebut.

Asben : Masalahnya  bau kentot awk otak sy ni boleh jd lembab

Ello.... org yg melepaskan kentot dgn bunyik yg amat lantang ni org yg percaya pd diri sendiri tau haha

Thursday, 2 May 2013

Cabaran Dalam Mengopek Anak


Assalamualaikum

Dulu zaman sekolah rendah akak ingatkan org yg menetek susu ibu ni org yang susah dan tak ada duit. dan org yg kasi anak dia minum susu formula jenama yg mahal2 tu la org yg mewah dan kaya2. 

Tapi itu dulu lah. Zaman tak boleh fikir dgn betul dan tak tahu ape2. Bila pregnantkan Irish rajin2 gugel dan baca Pa&Ma, ditambah pula tengok offmate gigih pam di surau. Tanya2 diaorang hal menetek ni, barulah sedar KELEBIHAN SUSU IBU. 



Irish menikmati susu fresh!

Kelebihan yg maha banyak sampai susu formula yg paling mahal pun tak dpt lawan. Yer la, nak lawan ciptaan Allah s.w.t, manalah boleh, kan? betul dak?


Teruslah akak nak mengopek iman sampai umur 2 thn. Abgnya dulu sampai 10 bulan ajah  sebab dah pregnant balik.


Suara2 sumbang org sekeliling


Walaupun menetek anak ni bagus tapi hakikatnya bukan mudah. Kalau mental tak kuat memang rasa give up. Belum lagi suara2 sinis mencemuh.


Eh jijiklah susu ibu


 “Ishh apa ni menyusu depan orang? Tak malu ke?” 


Bagi je la susu formula, kan senang bila kau nak keluar, boleh tinggalkan baby kat rumah



Kan kan? pernah berdepan ngan org2 mcm gini kan? Cabaran PALING BESAR dlm menetek anak ni adalah PERSEPSI ORANG SEKELILING. 

Para2 Cik asben pleaseeee kasi sokongan 100%. Asben akak mmg support akak menetekkan anak. Dia tak kasi campur susu formula. Bersyukur di situ. Ada juga saudara mara kata

 “baby lapar tu, tu sebab asyik bangun mlm je.  kena tambah dengan susu formula kasi dia kenyang“ 

Rakan2 pun ada menokok tambah

Dah kerja nanti ko bagi je anak ko susu formula, senang! Tak payah nak pam2

Cuba bayangkan berapa banyak benda para2 mom kena hadapi?

Bengkak Susu

YA! Pernah alami kan. Uolls yg tak pernah rasa mmg satu kerugian amat besar hahahha.. sakit nya sampai ke otak sampai badan menggigil demam melampau2. Hoi! sakit nya lagi dasyat dari contraction tau dak. Rasa nak nangis. Tercalar keegooan akak di situ 

Kadang2 rasa untungnya jadi lelaki. Rasa sakit time berkhatan je. Tapi kaum hawa? Sakit senggut, sakit bersalin, sakit bengkak susu. Oleh itu jgn mengata kaum hawa ni lemah. Kami hebat. Kasih sayang seorang ibu lagi hebat. Sebab itu Islam kata syurga di bawah telapak kaki ibu =) 

Sakit Belakang

Bila menyusukan badan sambil baring badan kita kan mengiring. Sama ada mengiring ke kanan atau ke kiri. Sama je sakitnya. Kena lah bekorban ye, bukan utk sesiapa, utk anak sendiri je pun

Puting melecet

Bila bb dah ada gigi...berwaspada ye Uolls. Gigit menjadi perkara feveret diaorang. Bila dia gigit rasa mcm nak ping dia je. Selalunya akak jerit sakit je le. Dia tersengih-sengih. Cik asben tak faham apsal akak kena menjerit. Tak faham ye? Cer akak gigit puting dia, mau meroyan. 

Malu Nursing in public

Memula dulu benda alah ni lah yg buat akak risau. Akak dah standby bawak poncho nursing cover tu. Kat restoren selak lah ape lagi sambil di cover oleh poncho nursing. Yg penting cover kena tip top dan yakin. 

Masalah Sifat M

Kalau perkara mengarut alasan tak kasi susu badan sebab keturunannya tak ada susu boleh terima lagi. Kalau jawapan MALAS kasi susu badan, WTH? memang sangat sangat geram. Ingat tau....... susu ibu hak anak-anak kita.


 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah