Demam world cup dah start jumaat subuh hari tu. Before start World cup aku tanya isma bila nak start?
Ni world cup dah mula sebok tanya Bila nak habis?
Ha ha ha member malas nak jawab. Nampaknya sebulan ni TV tu menjadi milik sepenuh masa dia tanpa ada pengecualian. Remote pon aku tak boleh jeling. Bagi aku yg dah lali, tengok kan aje bola sambil mengharap dii tertido ( tapi tak mungkin berlaku..Jab.. ade tak? ohh memang tak ada ).
Pagi semalam dari jam 12 tgh mlm sampai ke pagi kul 10 kot dia tak tidur. Huru hara jawabnya. Dah diqado' nya tido lepas zuhur sampai kul 6.00 kot. Lepas tu ada hati lagi tu pergi main bola tepi rumah. Bila tanya dia esok tak ada bola kan? dia jawab hari2 ada bola non stop. Nak tengok bola takde masalah. Tapi jangan bising ye bila gol ke, tak gol ke Irish dan Iman terjaga, bie yang gol nanti hahaha. Nasib baik Piala Dunia nie 4 tahun sekali. Tapi aku dah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier League, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup... mati la
Isma memang dari dulu hard fan Brazil. Mungkin sebab warna sama (who knows haha). Aku memang dah termaktub tak minat bola, tapi laki minat bola punya pasal aku pun menyokong lah dia dari belakang (geli). Ah tak kisah la. Aku lebih suka tgk muka team yg kacak segak giler mcm team italy, spain dan portugal. Argentina pun boleh tahan jugak. Tengok sambil diam menikmati. Muka terletak. Hidung terletak. Putih merah-merah pink and hot smoking body in a fine. Masa tahun bile tu German jadi tuan rumah. 2006 kot? Aku minat giler tengok muka si Ballack tu. Sweet sangat. Isma tak suka. Dia kata mcm tu pun hendsome ke? haha habissss nak tahap mcm mana lagi? Perempuan memang sangat comel kan bila bercakap tentang
Well...ini tahun kedua world cup kami laki bini. Masa tahun 2010 world cup, aku sedang berpantang di rumah nanny. Irish masa tu umur baru sebulan. Baru naik 3 kilos. Dia keluar 2 kilos je. Dan Isma obses sesangat zinedin zidane . Dah chop dah nama tuuuuu letak kat anak lelaki. FINE. Janji 2 nama lagi tu adalah pilihan aku. Apa motif entry ni sebenarnya?
Aku rasa, perempuan kena tau serba sedikit knowledge pasal bola. Tak tau banyak tapi sikit pon tak ape. Yg basic je pon. Macam selalu aku bagi pendapat (sembang kencang aje) Tgh2 player nak sumbat bola ke gol tiba2 referee angkat bendera tepi padang sambil blow the wiesel, lantas aku ckp "offside la woiit".. as simple as that kan? aku rase benda tu semua makhluk kat alam semesta ni tahu hahaahaa welcome to my world!
Lelaki lain cerita la. Sebab bagi aku lelaki kalau tak minat bola dia memang lain macam. Sebab aku ada kawan lelaki, diaorang tak suka dan tak minat bola, banyak kali aku tanya why bro? why bro? why? why? what's matter with u bro? (sebanyak 18 kali). Sampai tahap dia jawab bagi package pelempang sekali hahaha. Sebab lelaki sesuai dengan bola. Tapi ada jugak lelaki yang tak minat bola tapi dia minat Tennis, Golf, Badminton, Guli. OK. Boleh dimaafkan. Janji dia ambil tahu hal sport. Baru dia Man.
Lelaki dia kena aktif dalam sports. Dont offended pls kalau korang or laki korang tak aktif sports. I was just being random. Tak ada istilah betul atau salah dalam memberi pendapat masing-masing. Anyway, for me dia akan nampak seksi dan gagah (walau pon tak ada six pack tapi ada six lemak). Aku rasa dia tak membosankan sebab dia ada minat. Oh comelnya pergi dating kat Adidas sama-sama sebab nak cari track pants!
Macam aku, aku suka Isma bersukan. Yer la dia dari zaman sekolah sampai sekarang related dengan sukan. So dia akan lepak chill tengok bola, main bola dengan kawan-kawan laki sahaja. Bagus aku kan. Sporting and very lovely indeed. Untung Isma kawen dengan aku. kehkehkeh (Gelabah!)
1 comment:
born Bosnian but breed in Sweden.
Post a Comment