>

Wednesday, 4 June 2014

Perangai dan Nama Sekor-Sekor


Assalamualaikum

Beberapa bulan yg lepas adik aku, Nad ada ambil 2 ekor kucing. Adik beradik warna oren. Maka terjadilah adegan berebut-rebut pilih nama diaorang. Sebab aku ada perangai diktaktor sikit so aku dah chop satu nama ni dan semua orang kena ikut haha aku suka Shadow. Dia mcm ku dikejar bayang2 resah... Tapiiiiii ceehhh sorang pun tak suka. 

Disebabkan diktaktor aku tak boleh melebihi kepoweran nanny kan, oleh itu nanny dah bg nama muktamad! Oren dan brownie. Nanny ni pon bagi nama tak urban lansung. 
Kasik la nama sebastian ke, orlando ke. Panglima2 aku tu kemain suka tambah yg iman imon tu, dia kejar sampai dapat. Masuk bawah meja kerusi semua. Kalau baik sikit Iman dekatkan muka dia sampai penyek kucing tu. 
Yang kucing tu pon, tak nak nya dia berganjak ke ape ke. Boleh redha jer. Tak de melawan langsung. Boleh lagik guling-guling carik pasal ngan Iman. Memang mendapat la kan.
Dia tu kalau aku tinggalkan kucing dengan dia berdua memang arwah la kucing tu sebab dia akan pijak, jinjing ekor, gomol, sangkut kepala kucing dekat lengan macam bawak handbag. Memang tak boleh dibiarkan.

Aku adik beradik and nanny memang suka kucing. KECUALI bapak aku. Walau dia tak suka, dia tetap bagi kiteorang bela. Dari kiteorang zaman sekolah memang dah ada kucing. Meh sini aku bagitau apa perangai kucing aku dari dulu sampai sekarang.

Simba

Bela dia masa tengah baby lagi. Mak dia nama cicak (see... dah tau sape yg bg nama kan?) beranakkan simba dan adik2 yg lain 4 ekor. Selamber cicak selongkor almari baju nanny cari port beranak. Haha aleh2 terus beranak dlm tu. Kami 4 beradik  memasing dah chop. Aku of cozz diktaktor chop yg paling comel, besar dan karekter diktaktor jugak. sebab ape tau, Simba ni time menyusu dia tepis2 je adik2 dia yg lain tu. bior dia bolot sensorang. True story. Huh kecik2 dah ada perangai! Maka dia lah terpaling besor dikalangan adik2 yg lain. Terus anggap dia abang Long haha

Jefry 

Kucing siam. Warna bulu kelabu. Cantik sangat mata dia. Tokei kedai bawah rumah bagi kat nanny sebab bini dia nak bersalin. Takk sesuai kott ada baby and ade kucing sekali. Nama nak nampak jahat je kan hahaha.. tapi jefry ni baik giler uolls! Nanny tu biorkan je ikan2 mentah atas meja. Sikit pon dia tak heran. Dia hanya memandang dengan mata sepi.

Nina 

Dia ni adik jefry. Tapi bulu tak sama. Kaler oren dan kembang2 sikit ala-ala persian. Tapi nottinyer lahaiii kemain! Perangai totally different ngan abgnya. (Mcm review artiss pula. ehh). Nanny punya tak tahan sikit lagi nina kena buang hahaha kesian. Last-last ada orang nak bela dengan lapang dada nanny memberinya.

Lucky

Dia jantan. Ekcelli lebih pada kucing adik aku, Aiman. Sebab dia yg bg nama. Dah besar teruna suara mcm orang sakit tekak. Tak boleh mengiau kuat. Suara tak lepas. Masa lucky kanak-kanak adik aku Mira pergi bantai bagi minum air sabun basuh pinggan. Ya ammmmpunnnn... Nanny punya mengamok kat Mira siap ugut tak bagi makan malam. hahahahaaa kelakar sgt bile diingat2 balik ni. Kesudahnya sampai ke besor suara Lucky mcm baru lepas baligh hahaha 

Nelly

Korang tau rappers nelly tu? Lagu hot dia hot in here. Aku suka giler kat dia. Very the hot! So Mak nelly yg cicak tu. Tapi ni anak cicak yg batch ntah ke berapa ntah. Bukan batch Simba. Baik sangat nelly ni. Ape semua kita makan dia ngendeng. Even durian pun dia bedal. Biskut, kacang, kuaci, roti, aiskream eh semua la yg manusia mkn dia suka makan juga. Usia dia pon panjang. 13 tahun. Nanny catit bila  dia wujud di mukabumi ini sampai dia mati. Sayang sangat kat beliau. Dah dah. Jangan bela kucing kalau tanak sedih bila kucing mati dulu dari kita. OK?

Dyer

Dyer ni, Aiman yg bg nama sempena nama footballer kesayangan -- Kieron Courtney Dyer. Bila dah besar bertukar jadi bapok. Lembik, tak bising, manja sangat & tak reti nak kahwin. Hahaha. Tak segagah lansung dengan nama.   Kami suka dia jadi kucing jantan tak ganas, balik rumah tak luka-luka, asyik perap je dalam rumah.

Nah,, demikian karekter kucing2 yang sangat popular di rumah kami. Ada ramai lagi tapi dah tak ingat nama. 

No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah