>

Tuesday, 24 June 2014

Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan


Assalamualaikum

Hemmm aku kan lambat lekat.  Khawin awal tahun 2008. So total menunggu 2 tahun. 
Masa tu fikir bestnya kawin2 terus pregnant. Macam bulan empat kawin, tup tup bulan lima dah start uwekk uwekk.  .. 
Eee macam desperate kan bunyinye.. Mana tak desperate, bila dah masuk 1 tahun khawin   kira dah macam lambat atau senja, member- member office aku yang  kawin selepas aku dah pregnant dan bersalin dah pon.  bestnye khawin2 dah pregnant.....


Bila nak dekat cuti sekolah mula la kawan2 office bujang bagi kad khawin dang!!!  Lepas tu sedih aku ni bila lagi nak pregnant. (wahhh kemain jauh lagi fikir. Khawin = pregnant) tapi pergi juga kenduri sebab fikir nanti orang kecik hati pulak. Ada juga tau orang berpikiran macam ni "Ooo kenduri aku hari tu ko tak datang kan? kenduri kau aku datang tau!" Sepatutnya mana boleh pikir macam tu sebab mana lah kita tau orang tu femes so sampai dapat 10 jemputan nak pergi..? hahaha Mampos -- Maafkan lah dia... Ok Ok tak citer pasal kawin lagi (Apa aku merepek ni?)

Pause--


Kilang proses anak pun boleh valid sampai 20 tahun, tu yang aku nak cepat2. 

Malam pertama terus on je.. Belasah je lantak la orang nak kata bunting pelamin memang dah tak sempat dah ni haha

Bila dah setahun kawin orang dok tanya2 bila nak mengandung bila nak mengandung. Selalunya yang tanya ni bukannya family terdekat aku. Macam mak, ayah, adik beradik TAK PERNAH TANYA langsung ye. Diaorang faham.  Tuuuuu yg rajin bertanya sedara2 side Isma tuuuuuu.  OK soklan ni memang menjadi feveret ditanya orang-orang kita. Jangan ambil hati sangat. Apetah lagi tgk badan ko tambun sikit soklan dia "dah berisi ke". kannnnn? Itu pasal masa tak ada anak aku mentennnnkan badan jgn gemok hahaha so aku jawab je belum ada rezeki 


Setahun lebih lepas khawin baru aku mengandung. Itu pun keguguran 2 kali. 2 kali pada tahun yang sama. Sampai ke tahap nak bawak aku pergi berurut. Holololooooo asal bermasalah je aku je yang kena berurut. Aku ke yg bermasalah ni? memandai-mandai kan memasing. Lepas gugur 2 kali tu aku buatttttt uruttt..ape susah


Ditakdirkan sebulan selepas gugur kali kedua aku pregnant kali ke-3. Aku ingat lagi bulan oktober tengah2 busy buat persiapan adik ipar (adik isma) khawin sebab buat di rumah kami, dengan aku naik turun tangga berlari2 lagi, alhamdullilah sebenarnya masa tu aku dah pregnantkan Irish. Cuma aku je tak sedar sebab seminggu sebelum wedding ade keluar stain tompok2 coklat. So aku ingatkan period. Rupanya masa tu orang2 tua kata 'tanda' kita dah lekat. 


Kalau kita paham rezeki tu di tangan Allah, kita tak perlu stress melayan soklan2 ni. Suka aku maklumkan bahawa soklan2 ini adalah  amat sensitif.  Kadang memang susah deal ngan manusia yang tak berapa faham ni. Tambah beban kalau kita pesyen memikirkan soklan2 diaorang ni. Anggap je lah diaorang sekadar nak  Busy body menyembang . Habis cerita. Hidup ko pon tak susah.





My Zidane dan Aimar ( Nama belakang sebenar )





2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

ermm..ramai yg mcm ni kan..tapi tak ramai yg nak paham masalah org kan..

radacekdaigler said...

Where to Play 777 Casino Games in USA
777 casino has a 사다리게임사이트 great selection of slots, table games, live dealer 바카라 필승법 games, roulette, live blackjack, 777 수 있습니다 casino has an excellent welcome bonus, 위닉스 사이트 so do 메이플 슬롯 강화 you know

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah