>

Monday, 20 April 2015

7th Anniversary of Pregnant Lady (62kg) n Papa Mokmok (85kg)


Assalamualaikum

Hai!

Rasa macam cepat nyer masa berlalu. Sabtu semalam anniversary kami yg ke 7. Yg best part laki bini tak ingat okeh date tu. Mlm sebelum tu Isma siap gi melepak ngan Boy n aku dok melayan movie sensorang tatkala anak2 sudah sleep. Sehingga pepagi dpt whatsup from  group family isma wish anniversary.. eh eh eh? Dah la aku tgk whatsup tu dah kul 10 pagi. Maklomlah baru bangun tidor hohohoh Isma? time tu masih membongkang lagi. Tunggu dia bangun terus bgtau dia hari ni anniversary kitaaa laaa...Along n Kak mi wish pg tadi.. tp reaksi dia? Emmmmm... eeeemmmm jek? sendu sgt!





Tahun ni syok la sikit anniversary sebab tengah pregnant. Tak dek sambut ape pun, sabtu petang isma kerja di Subang, siap before tu gi main ball jam 3 petang. 3 petang ye! Manalah dia dpt ketahanan kulit dek terkena matahari. Balik2 rumah berbelang badan. 
Irish n Iman dah mcm abam babam kawasan. Cuma aku perasan kan 2 panglimas tu diaorang macam nak geng ngan Isma jer. Kalau Isma balik time diaorang tengah menyusu, terus letak botol menggelupur berlari ke pintu. atau tgh leka tgk big heroes dlm bilik berlari memasing ke Papa. Kalau Papa keluar gi main ball kan, diaorang bergayut dekat tingkap bilik tu jerit papa! papa! bye papa. Sebab tingkap bilik diaorang tidor tu berdepan dengan balcony nak ke lift. Kalau ngan aku, memasing buat derk je. Irish tu okey sikit sambut mom kat pintu sambil sengih2. Dia pandai amik hati. Isma tu memang big fan no 1 Iman la... Kalau dia tengah main dengan Isma and begelak ketawa depan tivi, aku pun nk nyelit sekali nanti dia pandang n kata ‘Mom go sanaaaaa, Mom tak boleh’ T______T


Haha. Kecik hati aku. Pastu aku ngadu kat member kata Iman, irish n Isma pulaukan aku kat rumah. Taknak main sama-sama. Diaorang tak sayang aku. Kata member, anak lelaki memang macam tu. Sebab diaorang sama-sama ada ‘bird’ macam Papa dia, so macam ada chemistry la. Gitu.


Time bila nak ngan Mom dia? Time nak tido and time sedih/nangis and time sssshh/popo kena teman tunggu tepi bilik air. Pasrah jer lah mom. Time bersukaria-ria tadek eh? Memang they tend to play and bergelak ketawa dengan Bapaknye. Sebab biasanya Bapak lebih suka layan main sebab kiter emak-emak kan bizi buat kerja kat rumah? Nak kemas umah, lipat kain semua nak sediakan makan bagai. So mana ada masa sangat nak main ngan anak melainkan kalau ada bibik ah.


Kalo ada bibik senang. Nak lagi best ada bibik, driver, tukang masak, tukang jaga anak. Laaaagi best! **Banyak cantik muka ko kan? Bila gamaknya boleh dpt tu? wink wink wink

Mengimbau kenangan 7 tahun lepas. Alaaaaaa. Jangan kutuk plisssss. Biasa la kan? Time kawen la baru nak berangan posing macam ni. Dlm ni dah boleh tau sape yg garang sape yg tak haha!

 
Ni dah 30 weeks. Ala pic last week pun. Bila tunjuk kat group wahtsup high school siap mentined situ iras-iras Mia Ahmad ~~ Diaorang ckp TAK LANGSUNG! TEMBUN LAGI ADA LA.. kuang ajor haaaahaaaaa. tk leh bg chance mak buyung up iras2 retissss 


Bukti Isma memang hover aktif main ball. Berlagak tuuu Isma siap bg statement Bie tak pernah masuk paper kan? Aku kan tak nak kalah, hellooo muka saya pernah jadi cover dinding branch RHB Islamic seluruh malaysia okey. Siap dpt duit lagik
Isma : Setakat 200 ratus baik tak payah....*gelak gelak


Tak kena jotos dengan aku pulak. Gerrrammmmm!! E!


 IRISH

IMAN

PRICELSS...

 
Ni ke naluri ibu/isteri cantik yang orang duk cakap2 tuhhh ??

Alhamdulillah. terima kasih Allah.  :') 


Cepat sangat masa berlalu....




No comments:

 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah